Melihat sedutan rancangan 999 di TV3, tangkapan demi tangkapan dibuat ke atas premis yang berselindung atas nama rumah-rumah urut tetapi pada hakikatnya mereka mengambil kesempatan dengan menawarkan pakej lebih daripada itu termasuk seks dan batin kepada pelanggan. Malah rumah urut semakin berlambak sekarang ini.
Sebelum ia menjadi lebih parah dan teruk, Kerajaan perlu dari sekarang bertindak. Setiap hari media melaporkan gejala sosial bertambah. Rumah urut yang ada pada hari ini sudah menyimpang jauh. Rumah urut bukanlah lagi tempat membetulkan urut-urat tergeliat semata, malah tempat urut batin dan dalam masa yang sama ada servis sampingan yang melibatkan hubungan seks. Rumah urut menjadi tempat utama pelanggan yang gila seks untuk melepaskan geram tidak kira kepada warga asing atau warga Malaysia. Mereka menjadikan rumah urut sebagai tempat lepas nafsu.
Akibat permintaan semakin tinggi, pertumbuhan rumah urut semakin meningkat. Negeri Selangor, Penang, Kuala Lumpur dan Johor antara negeri yang banyak rumah urut.Negeri-negeri lain pun apa kurangnya. Tauke premis rumah urut biasanya akan ambil warga negara China dan Vietnam sebagai pekerja dengan menggunakan pas lawatan dan terus bekerja jadi GRO dan tukang urut.
Jangan biar Rumah Urut sebagai pusat pertumbuhan maksiat negara. Nak tunggu bila lagi, imej negara semakin terjejas, maksiat semakin meningkat, gejala sosial meningkat, zina semakin meningkat, HIV semakin meningkat, anak muda juga ramai yang telah mencuba servis di “rumah urut”, ramai pelajar yang bekerja sampingan sebagai tukang urut.
Rumah Urut :
- Biasanya lokasi di lot kedai sahaja. Ada papan tanda yang memaparkan kononnya mereka hanya menawarkan urut refleksologi semata dan memang mereka menawarkan pakej servis untuk mengurut sahaja. Terpulang kepada pelanggan nak mengurut kaki sahaja, urut badan atau ada servis khas iaitu urutan B2B atau pun hubungan seks
- Tukang urut hanya akan mengurut mengikut pakej yang diambil oleh pelanggan. Biasanya antara RM50 hingga RM160 contohnya. Lepas dah urut, barulah mereka kan tawarkan lain-lain pakej lagi termasuk hubungan seks. Ha…yang ini kena tambah sekian-sekian harga RM.
- Ini yang buat rosak rumah-rumah urut di Malaysia
Itu sebabnya rumah urut makin banyak ‘tumbuh’ bak “cendawan selepas hujan”. Bila dah banyak, taukey rumah urut terpaksa mencipta kelainan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Ini kira macam konsep :
‘Demand’ n ‘Supply’
Memang dah terlalu banyak sekarang rumah urut atas nama spa, refleksologi dan urut tradisional. Rasanya semua orang tahu aktiviti sampingan yang ditawarkan di rumah urut. Kena pula tukang urutnya wanita genit yang berkulit putih gebu ataupun sawo matang. Jadi persoalannya sekarang bagaimana untuk menyelesaikan lambakan rumah urut seks dan batin di Malaysia ini? Anda ada cadangan selain daripada poll yang telah disediakan di bawah ini?
[poll id="120"]




{ 15 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Apa susah nak atasi masalah ni?
balik kepada Islam lah… inilah peperangan kita diabad ini.
selagi Akar Umbi orang fasik yang memerintah inilah akibatnya.. mohon berlindung dari Allah sahajalah, semoga dihindarkan dari bala yang bakal menimpa..
apa yang penting, jaga diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka.
Salam Nadahahs
Jangan asyik menyalahkan orang..
cuba cari kesalahan kita
ape salah kita hingga terjadi mende ni semua
kalu berlaku kat negeri umno salahkan umno
tapi kes rogol yang banyak kat kelantan apsal diam je?
takkan nak salahkan TG Nik Aziz plak…
lagi sekali
carilah kelemahan diri sendiri
nengok dalam Quran & Hadis, ape tanggungjawab yang kita dah abai…
Wallahualam
sekadar renungan
amboi cakap sedap mulut je ko ek…asal lak ko nak kait kan kelantan lak? kat negeri lain tak de ke? nape nak tengok buruk je kat negeri kelantan? kalo ko nak sokong UMNO sokong la..kubur masing2…dosa masing2..kalo dah bodoh..jangan nak babitkan org lain lak…
kalo ko islam…cuba ko fikir..dah terang islam tu agama yg sempurna..betol la ape dia cakap..kita ni kena kembali kepada islam..pemerintah dengan tanggungjawab dia, kita dengan tanggungjawab kita sejajar ngan islam…tak kira parti mana2, kalo org islam wajib guna pakai hukum islam..
pasa pandangan saya, ini kerana tak ada penguat kuasaan undang2…selalunya berapa saja denda yg dikenakn utk jenayah ni..maksimum puluh ribu kot..so owner tukang urut ni pun pk.. ‘oo..lek la..rugi skit saja…saya untung berjuta2′…tu pasal kita selalu dengar pusat urut diserbu berkali2…cuba denda berjuta2 mmg sah owner pun nak pk 2-6 kali..
satu lagi saya cdgnkn pihak yg berwajib membuat pemantauan tanpa perlu menungu laporan dri org awam..pg la buat kerja skit..
ini kerana masa kat kh dlu ingt tak mana2 kedai nak buka, mesti daftar kat PBT kan…so pihak berwajib pg la cek senarai kedai2 tu n buat pemantauan setiap tahun..tak salah rasanya di sisi undang2..
wallahua’lam…
jangan lah kita dok asyik sibuk dengan perkara maksiat…..kalo maksiat ni nak benteras senang aje….kalo tangkapan di buat kedua sabjek tu di kenakan hukuman pasti kurang maksiat di Malaysia ni….contoh….kalo masa tangkapan tu…melayu dengan cina…cina pon kena hukum ..melayu kena hukum..dua dua kene…jadi…kalo cina nak ambik pelanggan melayu silam dia orang akan takut….nak buat sex dengan melayu…jadi kuranglah orang melayu yang cari pelacur cina…sebab orang cina takut kene hukum sama rata dengan orang melayu…..betulllllll tak…..
kemaksiatan MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH S.W.T beringgat2 selalu sebab contoh dah ditunjukkan dihadapan mata kita semua :hilangsabar :jangan
tapi besanyakan…kalau org kita(melayu) wat pa2 kesalahan skalipon…gerenti xda tindakan…kes akn d tggguh,dtgguh n then lesap,….tp klu org bkn melayu,bukan maen sampai ke lubang cacing. . .
polis xsalah,imegrisen xsalah,trafik xsalah,jpj xsalah smue pn xsalah..
y btul2 salah adlh pengarah…sape y wt undang2?pikr la bai..lau dh salah xpyh hukum dgn cara byr denda,msuk trus jail..bru smue cuak..
aku nk tye korang?
seorang murid akn dgr ckp sape?
murid akan dgar ckp cikgu…
cikgu dgar ckp sape?
cikgu dgr ckp pengetua skolah….
pengetua skolah dgar ckp sape?
pengetua skolah dgr ckp kmenterian…
kmenterian dgr ckp sape?
kmnterian dgr ckp tmbalan menteri…
timbalan menteri dgr ckp sape?
timbalam menteri dgr ckp perdana menteri….
perdana menteri dgar ckp sape?
perdana menteri dgr ckp sultan…
sultan dgr ckp sape/
sultan dgr ckp HATI….
sbb 2 malaysi dh nk jd ngara org lain…
Yg pergi tempat maksiat tu dgar cakap sape?
Yg pergi tempat maksiat tu dgar cakap setan
Yg buat maksiat tu dgar cakap sape?
Yg buat maksiat tu dgar cakap SETAN……
Yg buang anak tu dgar cakap sape?
Yg buang anak tu dgar cakap SETAN…
Perdana menteri tak suruh pon
Sultan Tak Suruh PON…….
Yg suruh sape?….
Yg suruh …SETAN….
Waa..Ka…Ka….
Tidak ada salahnya kewujudan rumah urut cuma jangan salah gunakan tujuan sebenar ke sana…yang saya tahu org ke sana untuk kesihatan badan – melancarkan peredaran darah, melegakan badan yg letih, mengeluarkan angin dari badan…yg lain itu ada, atas permintaan pelanggan sendiri…bukan semua tukang urut buat keja maksiat ..memang ada setengah tempat urut yg buat tak betul punya…tapi tahukah anda tempat mcm itu dilidungi oleh org yg berkuasa macam polis dan mps…juga imigresen….tu banyak tempat urut sekarang…semuanya kerana org yg terlibat dpt banyak wang…setengah org memandang rendah/look down pada org yg keja urut…pelanggan kebanyakannya 60% Melayu, 30% org Cina dan 10% lain-lain…dan kebanyakan mereka pergi ke Danukh, Hatyai Thailand utk urut dan tujuan lain…
Org pandang rendah keja ni…tapi ada org yg lagi keji/jahat…yg meletupkan Altantuya, yg membunuh Datuk Sosilawati, lebai yg menipu Rm250 juta dan yg terbaru sepasang suami isteri Rm30 juta….ada juga yg buang/ bunuh bayi…kebanyakan terjadi perkara keji ni di Semenanjung…
So sekali lagi jangan memandang hina apa pun keja org…kerana org yg alim lagi teruk…jangan menghakimi org lain…
hukum agama pun manusia x patuhi .ini kan pulah hukum sesama manusia.apa pun segala kesalahan yg manusia laku kan akan terjawab di akhirat nanti akan di bakar bara api NERAKA .BENTERAS BENDUNG hal2 macam ini memang sukar di tangani sebab kita manusia sentiasa di control oleh nafsu yg membara.yg di dorong oleh syaitan iblis .hanya orang yg kuat pegangan agama yg akan terlepas dari hasutan SYAITAN……..
Cara berkesan menangani masalah ini:
1. Sabar dlm iman, pd diri kita masing2
2. Pilih pemimpin beriman, yg sentiasa memantau rumah urut
3. Benteras rasuah terus menerus
4. Lapur rumah urut maksiat. Terus menerus tanpa jemu
5. Didik anak2 dgn agama
6. Tambah penguatkuasa dan serbuan
insyallah berjaya….
selagi hudud x dilaksanakan..mcm ni lah smpai bila2
malu kt anak2 yg tgk 999 memaparkn rendahnya moral segelintir rakyat kita. patutnya dah boley banteras n hapuskn 100%..bkn susah pun. sprti melepaskn batuk di tangga je. nak seribu daya.
bg aku masalahni xsusah pn.. cuma nak dgn xnak ja.. slagi masalah tu ada bermakna rasuah tu masih ada.korg pk la sndri,, bila adanya rasuah so korg pk la hal ni bwah urusan sapa