Semua orang tahu yang Perdana Menteri bersama rombongannya sebelum ini membuat lawatan ke Amerika Syarikat termasuk First Lady of Malaysia. Ha….First Lady of Malaysia? Ya…Wanita Pertama Malaysia merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor yang juga merupakan isteri Datuk Seri Najib Razak.
Semasa lawatan, sempat juga iklan Datin Seri Rosmah Mansor keluar dalam The New York Times yang heboh 1Malaysia yang mana kos sebanyak 2 muka surat penuh bagi iklan tersebut bernilai RM1.5 juta. Dan……ini jawapan dan reaksi Perdana Menteri tentang isu kedudukan wanita pertama Malaysia….
KUALA LUMPUR – Kedudukan Raja Permaisuri Agong adalah lebih tinggi daripada ”wanita pertama Malaysia” kerana kedudukan baginda diberi keutamaan seperti yang termaktub dalam Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, tanggapan bahawa gelaran ”wanita pertama Malaysia” merujuk kepada Raja Permaisuri Agong adalah tidak tepat. Katanya, terminologi ”wanita pertama atau First Lady” tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, justeru menyamakan Raja Permaisuri Agong dengan terminologi tersebut adalah tidak tepat sama sekali.
“Sekiranya ada dan diamalkan, ”wanita pertama” di Malaysia mestilah berada di bawah daripada kedudukan Raja Permaisuri Agong,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tian Chua (PKR-Batu) pada persidangan Dewan Rakyat. Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menyebut; “Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.
“Berdasarkan adat, budaya dan amalan protokol di Malaysia, gelaran ”wanita pertama” tidaklah menjadi suatu amalan. Ramai orang berpendapat dalam konteks negara Malaysia, gelaran itu merujuk kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,” kata Najib. – Bernama
Iklan 2 muka penuh bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times
Jawapan Menteri tentang isu iklan First Lady of Malaysia oleh Rosmah Mansor di The New York Times :
Datuk Seri Najib Razak menjelaskan iklan di akhbar The New York Times yang memaparkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai ‘Wanita Pertama’ negara, ketika lawatannya ke Amerika Syarikat pada 16 April lalu, bukan ditempah Kerajaan Malaysia atau mana-mana kementerian.
Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan, iklan itu ditempah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Amerika sempena anugerah yang mereka sampaikan kepada Rosmah atas kerja amalnya dalam hal-ehwal kemanusiaan dan pendidikan kanak-kanak. berita harian
Ini pula jawapan Perdana Menteri di dewan rakyat ketika menjawab kos keseluruhan ketika lawatannya ke Amerika syarikat tempoh hari :
Menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh), Najib menjelaskan jumlah perbelanjaan keseluruhan bagi lawatan rombongan Perdana Menteri ke Amerika Syarikat dan Jepun pada April lalu adalah sebanyak RM1,887,268.13.
Beliau berkata, perbelanjaan lawatan ke Amerika sempena Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang berlangsung pada 12 dan 13 April lalu berjumlah RM1,461,732.17 membabitkan tambang kapal terbang, elaun makan, penginapan, sewa kenderaan dan perbelanjaan lain, manakala perbelanjaan lawatan rasmi ke Jepun pada 18 hingga 21 April adalah RM425,535.96.
berita harian
Pakar perlembagaan Malaysia yang juga merupakan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari pernah menjawab isu ini :
Datin Seri Rosmah Mansor hanya bertaraf isteri kepada seorang Perdana Menteri sahaja dan tidak layak menggelar atau menganggap diri beliau sebagai Wanita Pertama Malaysia atau “First Lady” disisi Perlembagaan, kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari. Dalam konteks gelaran Wanita Pertama Malaysia usaha meletakkan gelaran itu pada bukan yang hak adalah sesuatu yang tidak bermoral dan tidak bersopan menurut pakar perlembagaan itu.
“Wanita Pertama Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan tidak boleh mana-mana pihak membuat tuntutan ke atas penghormatan itu hatta isteri Perdana Menteri sekali pun. “Rakyat negara ini harus faham protokol kepimpinan negara sebagaimana yang dipertuntukkan dalam Perlembagaan,” Prof Abdul Aziz.
Menurut Perkara 32 (2) dalam Bab 1 berkaitan “Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan isterinya” jelas dinyatakan, ” Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong”. “Oleh kerana Yang DiPertuan Agong mestilah seorang lelaki maka isteri baginda menjadi Permaisuri Agong dan bagindalah yang menurut Perlembagaan memegang gelaran Wanita Pertama Malaysia bukannya mana-mana pihak lain,” jelas Prof Abdul Aziz lagi.
Ditanya mengenai laporan media yang sering mengaitkan Datin Seri Rosmah sebagai “Wanita Pertama”, beliau menyatakan perkara itu menyalahi protokol negara dan tidak menghormati kedudukan mulia Permaisuri Agong. “Dalam Perlembagaaan termaktub dengan jelas dalam Perkara 70 berkaitan kekananan Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri selepas Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri Agong,” tegas beliau.
- Perkara 70 (1) berhubung “Keutamaan Raja dan Yang di-Pertua Negeri” menyatakan “Tertakluk kepada keutamaan Yang di-Pertuan Agong dan Isterinya, Raja dan Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri-Negeri hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain dan setiap Raja atau Yang di-Pertua Negeri hendaklah, di dalam Negerinya sendiri, diberi keutamaan daripada Raja dan Yang di-Pertua Negeri yang lain”.
- Perkara 70 (2) pula menyatakan, “Tertakluk kepada Fasal (1), Raja hendaklah diberi keutamaan daripada Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dan, antara mereka sendiri, mengikut tarikh mereka menjadi Raja, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri hendaklah, antara mereka sendiri, diberi keutamaan mengikut tarikh mereka dilantik sebagai Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri; dan jika Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri dilantik pada hari yang sama, maka yang lebih tua hendaklah diberi keutamaan daripada yang lebih muda”.
“Maksud kedua-dua fasal dalam Perkara 70 tersebut ialah selepas YDP Agong dan Permaisuri kekananan atau “seniority” Sultan, Raja dan Yang DiPertua Negeri adalah mengikut tarikh mereka dilantik memegang jawatan masing-masing. Umpamanya yang paling kanan selepas YDP Agong dan Permaisuri Agong ialah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan diikuti oleh yang lain.
“Tidak disebut dalam Perlembagaan isu kekananan Perdana Menteri dalam hirarki kepimpinan negara. Kalau Perdana Menteri tidak disebut apa lagi isteri kepada Perdana Menteri!,” ujar beliau. Prof Abdul Aziz menasihati media dan agensi kerajaan supaya mempelajari sistem protokol negara sebelum memberi apa-apa gelaran kepada mana-mana individu. “Malaysia bukannya sebuah republik seperti Amerika Syarikat di mana Presiden adalah Ketua Kerajaan dan juga Ketua Negara, dan isteri beliau adalah Wanita Pertama.
“Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang mana YDP Agong adalah Ketua Negara dan Permasuri Agong adalah Wanita Pertama. “Saya berpendapat menamakan Rosmah Mansor sebagai wanita pertama hanya helah politik oleh kuncu-kuncu beliau untuk menaikkan namanya,” jelasnya lagi.









{ 32 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
haa..tgk apew sudah jd..dh x mengaku pulak..pelik2..n duit rakyat mengahbiskn iklan di Amerika..baik duit rakyat tu disumbang ke Orang2 yg diperlukan..ini tidak duit tu untuk kepentingan diri sendiri..Tumbang kn Kerajaan BN :tembak
HIDUP PAKATAN RAKYAT!!! :joget
Rakyat Sarawak masih miskin. tapi rosmah bazir duit negara dimerata dunia hanya untuk nama..apa tu first lady…gile nama punya pompuan……boooo!!!!
xperlu nk pakai titile ‘first lady’ nih. bukannye rakyat dpt pape pon.
jack menulis Berita Terkini….Kurangkan Berat Badan Secara Sihat
semakin xpaham dah aq… hua3 :ketawa
aku nk mngingatkn aku dan kengkawan kite spaye kite sntiase broa spye negare kite ni terselamat dari laknat Allah. mudah-mudahan :berangan . Amin~
itu baru najib kawin sorang dah ade first lady.kalau kawin 2,3,4 mesti ade second,third,fourth lady. :ketawa :ketawa
Lepas balik pade US lah najib mula memulau Iran..Kita mula tunduk pada barat,bermula dengan APCO..Harap Malaysia tidak menjurus ke lembah hina..
Na’uzubillah
saya tidak nampak ada isteri2 kepada mantan2 Perdana Menteri sebelum ini begitu menonjolkan diri mereka seperti Rosmah. Apakah keperluannya hingga perlu kerap medapat publisiti untuk diri sendiri ? percayalah, orang tak akan lupa kepadanya.
sebaiknya buatlah keja amal kat negara kita dulu…baru bantu org lain..jgn jd anak kita mati x mkn..kera dihutan disusukan.. :curiga
Padan dengan muka hangpa,pangkah lagi BN….”Barang Naik” :gelak :gelak :gelak :gelak :gelak
jika aku pangkah PKR…
PKR menang PR 13…
satu persatu undang2 digubal…
negara tergadai dan jadi huru hara…
hak org melayu hilang dan agong digulingkan…
siapa hendak tanggungjawab…
jolokan first lady ni pada rosmah ni betul2 membelakangkan kedudukan pemaisuri agong kita.sepatutnye pemaisuri yang berhak guna geralan first lady ni.Jangan jadi penderhaka.DAULAT TUANKU!
rosmah pmpun lup daratan.tk sdr diri
gila pablsti.nengok muka d rsa nk tutup je tv
nape la kite perlu mengutuk..tp seorang islam wajib memakai tudung..nape die x pakai tudung nie..ya allah…tp iklan first lady dibuat oleh NGO amerika bukan rosmah? kenape kite perlu mengutuk sebab kefahaman politik yg berbeza..sampai klu betol bukan die yg buat iklan tu..wat dosa jer fitnah..cakap biarla mengunakan akal dan bukti..jgn la sampai akibat kemarahan dalam hati sampai menghina sesama islam..ya allah ampunkan hambamu ini..
La, isteri kedua nak jadi First Lady, hahahahahahahaha!!!
bercakap gune otak,bukan kepala lutut..tut kejap lagi..baru tau..ya allah,benarkah apa yang ku kata ini,tunjukkan pedoman pada ku..
…nenek saya tu laa…first lady. 4.30 pg dah bangun sembahyang jahajud, sembahyang hajat, sembahyang witir. Lepas tu doa sambil nangis minta ampun pada Tuhan atas segala kesalahan..30 minit sebelum sembahyang dah mula berselawat….saya tanya; “kenapa kenapa awal sangat nenek?” Dia jawab; “Tak sabar nak bertemu dan bercakap-cakap dengan Tuhan Pencipta sekelian alam?” -FIRST LADY DI SISI TUHAN
i loike cucu nenek pya komen
x perlu nk tunjuk pblisiti sgt la. buat la keja amal dlm negara dulu, bab tudung tu, dosa pahala ni suami yg tanggungjawab tegur isterinya. tpkan, nak tunjuk muka di khalayak ramai ni kena la pakai tudung. lagi afdhal………….
..dalam Islam setiap pemimpin adalah wakil Allah di muka bumi. rakyat mesti dididik untuk mengenal Allah dan dipimpin supaya dapat beramal semua peraturan dari Allah. kelayakkan memimpin rakyat dibuktikan dengan kemampuan mendidik keluarga untuk mentaati Allah….
Salam,
1st lady? hmm…mestilah faqih dlm segala segi…. idup hanya sementara..pangkat xkekal lama…
p/s kadang2 trfikir, perlukah bayar income tax jika kita dh tahu ia akan disalahgunakan….bayar ZAKAT lebih berkat, Insya Allah. Wallahu A’lam.
sapa yang tak faham perlembagaan sekarang ni……hehe. dun wori bik mama we are with you. =p
SETAHU SY PERMAISURI AGONG LAH 1ST LADY
ADA DUA KER KAT MALAYSIA NI?
:ketawamanja :berangan :gelak :gelak :jangan .
TAK FAHAMMMMMMMMMMMMM
siapa rosmah mansur tu….
rm1.5 juta tu.. dari mana dapat duit tu
dari tax ker?
laaaaaaaa
baik bg rakyat miskin kat negra sendiri..
takkanlah NGO nak sponsor..
banyak tu. conform duit rakyat
Rosmah = First Lady
Permaisuri = Very First Lady …..ada ke istilah ni?
Fist lady………..ump..Isteri Rasululah la….jdgn jadi bodoh laa….lain2 x layak .
TERER SUNGGOH ENCIK MENILIK NASIB YEK…SYABBAS..HAHA
Tahniah, Prof Abd Aziz! kerana menyedarkan rakyat Malaysia, siapa sebenarnya first lady.Rasanya pihak istana boleh ambil tindakan atas salah laku rakyat yang durhaka tanpa mengira pangkat dan kedudukan.Barulah kedaulatan raja-raja Melayu dijulang.Banyak sangat berita dan sikap kurang ajar rakyat terhadap raja Melayu kini.Semoga hukuman setimpal dapat memberi pengajaran kepada mereka yang lupa daratan. Daulat Tuanku.
sapa sebenarnya yang berkuasa? NAJIB ? ROSMAH?….tapi gua berpendapat adalah lebih baik rosmah kurang kan lah menonjol sgt diri dlm media masa, kerap sgt muka die je.bukan apa, takot2 rakyat dah mula bosan je, mulahlah timbul mcm cerita, adayang ckp rosmah yang sebenarnya berkuasa, najib mcm boneka pulak! tambah2 lagi budget utk PERMATA RM111 juta , menguatkan lagi andaian2 tersebut. sebagai isteri PM, gua harap rosmah low profile sikit, tak pe, jgn bimbang ,rakyat masih ingat dan kenal dia,pamer pakaian2 rosmah pun org dah kenal pakaian sape.nampaktu betapa rakyat cukup kenal isteri PM.
PKR pun prob.. kl mng xtau nasib melayu..
BN kl xundi, PAKATAN menang auto la DAP Gelak besar PKR kena cucuk idung ngan DAP..
Kalau BN MNG HA.. jd mcm nila… Rosmah cucuk Najib…
malas aku nk g undi pr13.. dok umah makan cuk badak lg bagus..
apasal semah tu x tau malu sgt…… x cukup ke lagi ? nak jadi apae dia ni ?kalau dah lupe batasan cam tu la jd pompuan tu….. igt rakyat x tau ker dia tu queen control sampai hal hal negara pun nak jadi queen control …?apalah nak jadi semah ni.. gila kuasa sgt yer dia ni… dr hasmah mase jd isteri pm dr mahathir pun sopan jer…nak jadi hillary lepas clinton agak nyer
x bleh nk wat wat pe x byr income tax kna kjar n kang kna tgkp ngan plis lak….sabo je lh…
ko anak dia ke?????
bik mama bik mama……sape “we” tu ??? ko je r……x semengah……