BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Rombakan) Sistem Pendidikan di Malaysia

by Staff Berita Semasa on June 20, 2010

in Berita Pendidikan

Teruk sangatkah sistem pendidikan di Malaysia ketika ini? Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang sebelum ini menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran telah menghantar untuk mengikuti O’ levels bagi persediaan ke United Kingdom. Manakala Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini merupakan Timbalan Perdana Menteri telah menghantar anak perempuannya, Nooryana Najwa ke Georgetown University, Washington DC. Sebelum itu pun, Nooryana Najwa dan juga adik lelakinya Norashman Razak belajar di Garden International School. (Ikut kurikulum di Britain)

Kita diseru untuk menerima bulat-bulat sistem pendidikan di Malaysia oleh para menteri yang terlibat secara langsung dalam merekabentuk sistem pendidikan negera tetapi dalam pada yang sama mereka sendiri tidak yakin sistem tersebut? Terbaru, kerajaan sedia merombak semula sistem pendidikan di Malaysia yang dikatakan selama ini berteraskan peperiksaan semata…..

Beberapa pihak berkaitan bersetuju dengan cadangan Kementerian Pelajaran untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi mengelakkan sistem pendidikan di Malaysia daripada terus berorientasikan peperiksaan.

Masing-masing juga berpendapat pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu akan membolehkan pelajar menumpukan kepada peperiksaan yang lebih penting dalam menentukan hala tuju mereka. Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Jais Abdul Karim berkata langkah itu akan dapat memantapkan sistem pendidikan dan seterusnya melahirkan pelajar yang lebih fokus dan tenang.

“Sistem pendidikan di Malaysia kita hari ini terlalu berorientasikan peperiksaan dan ini memberi tekanan kepada pelajar dan mereka belajar secara membuta tuli semata-mata untuk lulus peperiksaan tanpa memikirkan sama ada ilmu yang diperolehi boleh digunakan pada masa-masa akan datang,” katanya kepada Bernama, di sini pada Ahad.

Pemansuhan itu juga katanya akan memberi lebih banyak masa kepada guru untuk mengajar secara lebih berkesan dan tidak terikat dengan jadual peperiksaan. Bagaimanapun katanya, pada masa yang sama kementerian wajar mencari kaedah lain yang lebih sesuai untuk mengukur pencapaian pelajar.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dipetik berkata kementerian itu mungkin memansuhkan dua peperiksaan tersebut. Ini berikutan aspek pembelajaran ketika ini sistem pendidikan di Malaysia dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata pemansuhan PMR wajar dilaksana memandangkan peranan peperiksaan tingkatan tiga itu hanya untuk menentukan aliran yang akan diikuti mereka ketika tingkatan empat.

“Akan tetapi UPSR wajar dikekalkan kerana masih relevan sebagai penarafan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan lebih besredia sebelum memasuki sekolah menengah,” katanya.

Pegawai Perhubungan Pesatuan Bekas Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Abdul Karim Abdullah pula berkata pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu akan membolehkan pelajar dan guru menumpukan perhatian kepada kegiatan kokurikulum dan sukan. Sebelum ini mereka anggap kegiatan sukan dan kokurikulum mengganggu masa pembelajaran kerana pelajar harus bersedia hadapi peperiksaan, tetapi apabila peperiksaan dimansuhkan kelak pelajar akan ada lebih masa untuk fokus kepada kegiatan kokurikulum dan sukan, katanya.

Diharap kerajaan dalam melakukan sesuatu dasar janganlah flip-flop, jikalau kerajaan mempunyai mekanisma terbaik bagi mengantikan sistem pendidikan di Malaysia yang selama ini berorientasikan peperiksaan, insyaallah rakyat Malaysia akan menyokong. Kena pastikan  sistem dan pendekatan yang betul-betul agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang lebih kreatif dan innovatif. Dalam kita mahukan pelajar-pelajar yang sedemikian, guru-guru pula bagaimana? Itu pun juga harus difikirkan dan kerajaan harus mengeluarkan “guru-guru yang berkualiti”, bukannya kuantiti semata.

Sebab sebelum ini pelajar pernah terkena. Ingat lagi pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mengalami kerugian sehingga RM3.4 bilion. Ini juga antara yang menyumbang kepada Malaysia jadi bankrap, bukannya sebab subsidi kepada rakyat. Harap jangan terburu ketika melaksanakan sesuatu dasar.

Satu lagi, bagaimana “nasib” dan halatuju sekolah berprestasi tinggi yang baru dilancarkan sebelum ini? Implikasinya? Begitu juga dengan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Jikalau di United Kingdom ataupun di Australia pendidikan mereka hanya selama 12 tahun sahaja yang bersamaan dengan tempoh SPM di Malaysia.

Realiti yang berlaku bagi sistem pendidikan di Malaysia hari ini :

  1. Setiap manusia ada keistimewaan masing-masing. Sistem pendidikan Malaysia belum mampu mencungkil kemahiran dan potensi sebenar pelajar
  2. Yang belajar di kelas sains di sekolah lebih dipandang “mulia”. Bagaimana yang lebih mempunyai potensi dalam kemahiran? Dalam bahasa mudahnya diskriminasi terhadap pelajar yang gagal dalam peperiksaan (pernah sentuh isu ini)
  3. Yang gagal semasa PMR pun diterima masuk ke tingkatan empat (padahal akarnya tidak “kuat” lagi, ditambah pula “beban” di tingkatan empat dan lima). Kemana halatuju mereka yang gagal semasa PMR? Nak masuk vokasional? Tak cukup tempat
  4. Sistem pendidikan di Malaysia terlalu lama
  5. Sejak daripada kecil lagi pelajar-pelajar sudah diasingkan. “Kamu dapat 5 A, pandainya. Tahniah. Okey…..kamu pergi ke sekolah terbaik di Malaysia”. Seorang lagi pelajar yang tidak dapat 5A. “Kamu pula masuk sekolah biasa”.
  6. Kalau dapat 10 A. Hebat!!! Hanya dipandang akademik semata (ulat buku)
  7. Pendapat anda?

[poll id="98"]

Update pada 22 Jun 2010 !!

BANGI : Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), jika dilaksanakan, tidak akan menjejaskan kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ini kerana pengambilan pelajar tingkatan empat ke MRSM sebelum ini membabitkan ujian khas manakala pengambilan bagi pelajar tingkatan satu juga akan menggunakan kaedah sama mulai tahun depan.

PUTRAJAYA: Satu ujian khas mungkin diwujudkan bagi kelayakan memasuki sekolah berasrama penuh untuk menggantikan peperiksaan awam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ujian khas itu tidak akan diwajibkan tetapi terbuka kepada pelajar yang ingin memasuki sekolah berasrama penuh. “Ujian khas sebegini pernah dilakukan dahulu bagi kemasukan ke Maktab Melayu Kuala Kangsar,”. Beliau berkata ujian khas itu akan diselaraskan dan tidak dilakukan oleh sekolah berasrama penuh.


{ 8 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 mat asin June 21, 2010 at 9:46 am

Kalau nak yang terbaik untuk anak2 kenalah keluarkan `duit yang lebih. Pendidikan pada masa ini bukanya murah. Cuba hantar anak ke sekolah swasta tgk yurannya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 beejan June 21, 2010 at 3:00 pm

dulu p sekolah tadika kemas je… tak pernah merasa sekolah swasta ni..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 cikgu bio June 23, 2010 at 3:23 pm

perkara ni ada pro n con. takut bila upsr n especially pmr dimansuhkan, student akan jadi leka n lebih abaikan pelajaran. coz ada satu budaya yang subur dalam diri anak bangsa kita iaitu ‘keje last minute.’
ex: “exam 5 thn lagi. relak r… ”
jadi, kalau exam ni dimansuhkan, perlu ada assignment atau kerja kursus setiap tahun yang selaras, di mana resultnya akan menyumbang pada result spm. so student akan lebih prihatin dengan apa yang dipelajari rather than just belajar n tunggu tahun nak exam baru nak ulangkaji….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 shizmi September 14, 2010 at 1:19 am

cikgu bio: perkara ni ada pro n con. takut bila upsr n especially pmr dimansuhkan, student akan jadi leka n lebih abaikan pelajaran. coz ada satu budaya yang subur dalam diri anak bangsa kita iaitu ‘keje last minute.’
ex: “exam 5 thn lagi. relak r… ”
jadi, kalau exam ni dimansuhkan, perlu ada assignment atau kerja kursus setiap tahun yang selaras, di mana resultnya akan menyumbang pada result spm. so student akan lebih prihatin dengan apa yang dipelajari rather than just belajar n tunggu tahun nak exam baru nak ulangkaji….  

setuju, kalau mansuhkan trus berkemungkinan pelajar bertambah malas nak belajar.. budaya last minute mmg budaya majoriti pelajar Malaysia, ditambah pula dengan pelajar yg mmg langsung x minat belajar, datang sekolah sebab mak suruh.. so, kalau bebetul nak mansuh, perlu ada satu sistem penilaian lain supaya pelajar x jadikan tahun2 yg x der exam sebagai honeymoon year (istilah yg slalu diguna pakai untuk pelajar yg x der exam penting)..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 rositinah October 23, 2010 at 3:09 pm

Kalau PMR dan SPM dimansuhkan:
1. Bagaimanakah kita menilai prestasi pelajar pada peringat sekolah menengah ?
2. Apakah yang akan berlaku dengan ” secondary school ” ? Mungkin sahaja para pelajar terus memanjakan diri mereka??? Mungkinkah ini menjejaskan sikap berusaha untuk belajar dikalangan para pelajar ?
3. Apakah kerajaan akan mewujudkan lagi sistem yang lebih cekap, jika PMR dan SPM dimansuhkan ?
Pada pendapat saya…
” Proses belajar itu adalah sesuatu menuntut kita harus mempunyai usaha, bukan dengan bersenang-senang. Kita harus belajar untuk mengajar diri kita berusaha lebih dan bukan bersenang-senang dan memanjakan diri. Ada individu yang bersetuju bahawa PMR dan SPM ini dimansuhkan,dengan alasan, mengurangkan tekanan anak-anak mereka. Tetapi,pada saya…”masalah akan timbul kerana kita yang mewujudkan masalah itu sendiri..” Ini kerana, sesuatu hal akan menjadi susah kalau kita memikrkannya sukar. Kita melihat pada soalan matematik, sesukar manapun, kita tetap menemukan jawapannya. Justeru, begitulah halnya dalam menimba ilmu. Kalau kakak abang kita sudah melalui PMR dan SPM dengan berjaya, mengapa tidak bagi adik-adik kita. Mungkin mereka lagi jauh lebih hebat. Dasarnya, terletak pada usaha kita. Ingat, apa yang sudah kita kerjakan, itulah yang kita tuai nanti. Kita sama-sama fikirkan hal ini bersama. Salam 1 Malaysia “

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 manusia November 16, 2011 at 10:43 am

yess.. btul tu.. sistem pendidikan malaysia still teruk lagi…
kenapa? bile nk apply kerja… hanya tgk result SPM shj.. PMR , UPSR .. tak pandang pun…

result SPM gempak.. baru layak masuk U yg sesuai…
so ape gune UPSR,PMR nie?

bile masuk u.. study sampai peringkat tertinggi.. PHD/DEGREE/MASTER..

dptkah mereka pekerjaan yg sesuai?

opis bukak 50k shj..
lepasan student ada 100k ..

balance 50k lg nk kerja ape?

pikir pikirkan la…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 ikanyu May 12, 2012 at 11:22 pm

biarla PM nak hantar anak2 dia pegy balajr kat mana pon.dia ada duit.kita nak sibuk knp..kalau kita ada duit pon kite pon ada desire nk hantar anak2 pegy blajar kat oversea. yg complain bagai tu agaknye jeles! eee x matang lansung..ni la jadinye kalau dah buta ngan politik bagai.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 ZAFUAN September 12, 2012 at 9:42 am

Saya mengajar tingkatan 1, bayangkan betapa banyak kertas yang digunakan untuk laksanakan sistem ni..tapi berapa banyak kertas tak penting,…yang penting bagaimana bagi pelajar tercicir…yang selalu tak datang sekolah…masa yang diberikan sangat sedikit..bulan 6 pergi meeting baru leh buat…subjek sains ada 7 bab… setiap bab memerlukan lebih kurang 10 soalan plg minima..setiap soalan mesti sediakan 3 set soalan mengikut aras pelajar…pelajar mesti buat sampai lulus…kalau x lulus ketiga-tiga set soalan tu baru dikira gagal soalan tu..ada pelajar yang baru pindah bulan 9 nie.. maklumat sebe,lum ni ntah mana2..yang memang dah ada dari awal tahun pun asyik datang n xdatang sekolah..memang sangat susah nak laksanakan sistem nie..tapi terpaksa gak buat..
memang kalau nak dilihat secara detail sistem ni sangat baik bagi pelajar sebab kita dapat pastikan setiap objektif tu tercapai atau tidak untuk setiap pelajar bukan secara keseluruhan kelas macam sebelum ni..tapi untuk rekodkan pencapaian pelajar seorang demi seorang sangat sukar bagi pelajar yang suka ponteng…

soalan pula satu hal..guru2 sendiri yang buat..terpulangla pada cikgu tu nak wat camner..memang guide telah diberikan mengikut band..tapi bentuk soalan mengikut cikgu tu sendiri..sape nak mudah wat soalan senang nak dijawab..contohnya pilihan jawapan telah diberikan..sape yang memang tegas sikit wat soalan ikut kehendak dia…yang jadi mangsa pelajar jugak…macam tak relevan plak rasa…keputusan pelajar bergantung pada guru masing2…kalau 2 3 tahun lagi soalan yang sama je digunakan bukan ke lagi tak masuk dek akal…ntah la nak ckp…benda tak laksanakan sepenuhnya lagi.. kite tengok la 2 3 tahun lagi..sekian

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: