BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Review) Mitsubishi ASX 2011 DI Malaysia

by Staff Berita Semasa on November 3, 2010

in Berita Automatif

Mitsubishi ASX 2011 telahpun secara rasminya dilancarkan di Malaysia pada harga RM 136,208.10 di atas jalan tanpa insurans. Kereta yang diimpot sepenuhnya dari Jepun ini direka untuk memberikan kesan pemanduan dan ketinggian yang praktikal seperti memandu sebuah SUV, tetapi dengan keselasaan dan kawalan seperti memandu sebuah sedan.

ASX( Actiive-Smart-X-Over) bukan sahaja berkongsi platform yang sama seperti Lancer, tapi termasuk juga dengan enjin yang digunakan. Enjin 2.0 liter 4B11, dielngkapi juga dengan sistem transmisi INVECS -III CVT dengan 6 step mod “Sport”, dimana ia juga boleh dikawal melalui padel stereng magnesium.

Enjin yang ditala untuk prestasi seperti SUV ini, mampun menjana kuasa sebanyak 150 hp dan 197 Nm kuasa tork.Mitsubishi ASX pacuan roda hadapan ini juga didatangkan dengan stereng bantuan hidraulik dan sistem suspensi Macpherson untuk tayar depan dan belakang bagi menambahkan kestabilan pemanduan.

Di antara perlatan standard untuk Misubishi ASX ini adalah :

  • Rim Aloi 18 inci
  • Tempak duduk kemasan kulit
  • Stereng kemasan kulit dengan butang “Cruise Control”
  • Knob Gear kulit
  • LCD Skrin Warna Penuh
  • Penghawa Dingin Fungsi Automatik
  • Kamera Undur
  • Sistem “Key-less Entry”
  • Sistem audio 6 Speakar Double Din Skrin Sentuh dengan port USB

Bagi memastikan kawalan keselamatan yang lebih baik, ASXini menawarkan:

  • Dwi Beg Udara
  • Beg udara lutut untuk pemandu
  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake-Force Distribution (EBD)
  • Active Stability Control (ASC)
  • Hill Start Assis System

Telahpun dibuka untuk menerima tempahan sejak dari bulan Oktober 2010, pembeli Mitsubishi ASX 2011 ini juga di berikan pilihan 5 warna, 3 tahun waranti atau 100,000 Km, dan pakej servis percuma 2 tahun. Mitsubishi Motors, menyasarkan untuk menjual 100 unit ASX sebulan.

Lagi gambar Mitsubishi ASX 2011

P.S. Macamana ye nanti bila Inspira dah berada di atas jalan raya? Pasti ada pemandu Lancer yang terbakar hati.


{ 12 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Jakun November 3, 2010 at 11:50 am

T ak berkenan bhg hadapan, mcm mulut polong kelaparan je.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 MANA??? November 3, 2010 at 2:37 pm

ai??kat cnie pon xder berok2 penghina buatan MALAYSIA coment??biar btol???kt topic perodua alza ari tue bkan maen. . .mana la BEROK@ nih???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 asray November 3, 2010 at 4:04 pm

ASX buatan mitsubishi diimport sepenuhnya dr jepun…bukan buatan malaysia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 sunglasses November 4, 2010 at 2:21 am

teringin juga nak merasa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 MANA??? November 4, 2010 at 8:46 am

asray: ASX buatan mitsubishi diimport sepenuhnya dr jepun…bukan buatan malaysia
  

maksud saya,naper kalu kete buatan “NEGARA SENDIRI” diaorang kutuk hbiz sampai nak mampos???tpi kete “ORG LAEN” x???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 saudare November 4, 2010 at 4:44 pm

MANA???:
maksud saya,naper kalu kete buatan “NEGARA SENDIRI” diaorang kutuk hbiz sampai nak mampos???tpi kete “ORG LAEN” x???  

salam..wah…nak buat mcm mane bro..kete diaorang tu quality dijaga..sbb tu la mahal..kete dari Negara Kite pun Ok ..Cume terpulang kepada individu itu ..dah laju..nak laju lagi..cume kite kene tekankan dari segi quality…itu yang penting..biar mahal ..asalkan quality terjamin

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 pUNJABI November 5, 2010 at 12:00 am

MANA???:
maksud saya,naper kalu kete buatan “NEGARA SENDIRI” diaorang kutuk hbiz sampai nak mampos???tpi kete “ORG LAEN” x???  

Mungkin komen mereka ada asasnya broo…walau macam mana pun setiap teguran tu mesti dianggap positif untuk penambahbaikan , jgn lak melenting x tentu kalu, dh adab dlm bisness, QC perlu dimantapkan lagi diatas setiap komen2 yg diberi, Keta import meka x komen pada pandangan meka QC mgkin bagus dan peratus kecacatan sehingga susah hendak dikesan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Dharma November 5, 2010 at 11:29 am

Bahagian depan tu nampak macam tiru kereta AUDI jer…. cuma dikeluarkan lambang gelang-gelang tu aje.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Grandisan November 8, 2010 at 5:08 pm

Dah try test drive. Dari segi handling boleh tahan untuk 2.0 liter. Tetapi dengan harga menhampiri 140k spec acessori jauh lebih rendah dari pesaingnya yang lain sebagai contohnya Peugot 3008. Itu belum Kia bersaing dengan Kia 2011 tahun hadapan atau Nisan Dualis atau Nisan Juke. Dari segi luaran Asx kalah dgn Kia sportage 2011, Peugot 3008. Sepatutnya Asx meningkat rupanya sesuai dengan imejnya yang garang. Tayar 16″ kelihatan seperti seorang bina badan yang memakai sepatu wanita. Sekurang kurangnya 17″ atau nak lebih mantap 18″ seperti tayar Lancer GT. Di US Asx dijual dengan 18″ rim lancer.. Secara keseluruhanya tiada yang lebih dengan harga menghampiri 140k ditawarkan untuk ASX kecuali rupa depan mirip Evo..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 arief April 19, 2011 at 3:38 pm

spesifikasi asx yg diimport masuk malaysia tak sama dengan spesifikasi di atas.tiada key less entry, tiada auto-stop-go technology.hairan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 si merrah June 27, 2011 at 12:14 pm

mang hebat,mang mengancam..tnggu masa jea nk angkat satu..putih mang lawa…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 anukuat.com June 30, 2012 at 10:35 pm

memang mengancam la…campur insuran 140k tu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: