BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Review) Kereta Mazda 8 MPV di Malaysia 2010

by Staff Berita Semasa on July 13, 2010

in Berita Automatif

mazda8

Baru-baru ini Bermaz Motor, iaitu pengedar sah utama bagi kenderaan bermotor jenama Mazda di Malaysia, telah melancarkan kereta Mazda 8 MPV di Malaysia  pada harga RM 195,404.20 di atas jalan termasuk insurans. Kereta Mazda 8 MPV ini melengkapkan model Mazda 5 dalam segmen MPV yang lebih kecil, dan supaya dapat bersaing dengan kenderaan MPV lain seperi Honda Odyssey dan Mitsubishi Grandis. Itu sasaran mereka….

Kereta Mazda 8 MPV ini dikuasakan dengan :

  1. enjin 2.3 liter MZR kuasa petrol bersama Sequential Valve Timing(SVT), dinaiktaraf dari versi 2.3 liter yang digunakan pada siri generasi sedan mazda 6
  2. 161 kuasa kuda pada 6500 rpm dan 203 pada 3500 rpm untuk kuasa tork
  3. kuasa tersebut disalurkan ke pacuan hadapan melalui transmisi kotak gear automatik 5 kelajuan dengan sistem Activematic, iaitu fungsi  bagi transmisi automatik kereta Mazda.

Kereta Mazda 8 MPV ini mempunyai 7 tempat duduk yang turut dilengkapkan dengan tempat duduk Super Relax yang boleh digelongsor di  bahagian tengahnya, nisbah 60:40 kerusi boleh lipat di tempat duduk belakang dan pintu gelongsor yang menggunakan kuasa eletrik diharap mampu memudahkan kemasukan barang-barang di bahagian belakang.

Sekiranya berlaku kemalangan, pemandu dan penumpang di hadapan boleh mengharapkan beg udara di sisi, manakala bagi penumpang di bahagian belakang, ia turut dilengkap dengan beg udara tirai. Namun, kenderaan ini juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan biasa iaitu ABS, EBD dan BA serta brek cakera bagi mengelakkan kesilapan dan kecuaian yang boleh berlaku pada mulanya.


Semasa permulaan perlancarannya tempoh hari di Mid Valley, Bermaz Motor telah 80 tempahan  bagi kereta Mazda 8 MPV ini dan pembeli hanya perlu menunggu sekitar sebulan setengah sahaja untuk menerimanya.


{ 1 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat Ini. Komen Anda Pula? }

1 aizad96 July 16, 2010 at 3:50 pm

wow!!~~…………bleh tahan ar….standard asia……besar!! harge pon besar……………..blakang lawa,dpn bruk~~..so sape yg nk beli bndingkn la ngan kete yg len dlu… :tembak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: