BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(Review) Kereta Chevrolet Cruze di Malaysia

by Staff Berita Semasa on June 14, 2010

in Berita Automatif

Chevrolet Cruze,  kereta bagi Peneraju Global General Motors, akhirnya dilancarkan di Malaysia oleh pengedar eksklusif Chevrolet yang baru, Pavillion Crest Sdn. Bhd., yang juga merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Naza. Kereta sedan yang mendapat pengiktirafan dan review yang baik di peringkat antarabangsa ini, adalah diimpot sepenuhnya (CBU) dengan 1.8 liter dan dijual pada harga RM 98,767.60 di atas jalan tanpa insurans.

Kereta Chevrolet Cruze ini dipacu oleh enjin Ecotec 1.8 liter, dilengkapi DCVCP(Double Continuous Variable Cam Phasing) dan VIS (Variable Intake System) yang menghasilkan sebanyak 140 kuasa kuda pada tokok 6200 RPM dan 176 Nm kuasa tork pada 3800 RPM. Dengan kuasa pacuan hadapan dari kotak gear 6 kelajuan automatic shiftronic, Chevrolet Cruze ini mampu menyudahkan pecutan dari 0-100 km/h dalam masa 11.5 saat, dan mencecah kelajuan tertinggi pada 190 km/h.

Walaupun Chevrolet Cruze diimpot dari Korea untuk dibawa ke Malaysia, tetapi Cruze ini juga dibuat dibeberapa Negara lain di seluruh dunia.Yang paling utama, Chevrolet Cruze di direka dan kejuruteraannya dipacu untuk dijadikan kenderaan Global syarikat GM, bermaksud bahawa kereta ini melalui proses ujian yang ketat yang diuji di seluruh eropah sehinggalah ke China. Kereta Chevrolet Cruze ini datang dengan rekaan dan fungsi yang dipercayai Chevrolet, dapat memenuhi kehendak pasaran dunia termasuklah Malaysia.

Chevrolet Cruze ini direka berdasarkan platfom GM Delta II, atau termanya Global Compact Vehicle Architecture. Sistem suspensi depan dilengkapi dengan sistem suspense MacPherson yang biasa ada di kebanyakan kereta termasuklah Proton manakala  bagi sistem suspense belakang pula, dilengkapi “compound crank axle”, yang dikatakan Chevrolet, lebih teguh. Kereta Chevrolet Cruze ini juga dilengkapi dengan cakera brek belakang dan depan, untuk memberhentikan kuasa kereta ini dengan optimum. Manakala sistem pemanduannya pula dilengkapi dengan kuasa sistem hidraulik yang ada pada kebanyakan kereta-kereta biasa.

Bagi kelengkapan lain, rodanya diliputi oleh roda aloi 16 inci, lampu kabus depan (spotlight), cermin sisi boleh lipat automatic, kawalan cuaca/suhu eletronik, stereng boleh laras 2 hala, tempat duduk hadapan 4 arah, stereng yang dilengkapi kawalan audio, 6 speaker sistem audio dengan penukar disk yang mampu memainkan MP3.

Sistem keselamatannya pula dilengkapi dengan 2 beg udara di ruang depan, kawalan break ABS dan EBD. Apa-apa pun, mari jengah beberapa lagi gambar kereta Chevrolet Cruze di bawah dan berikan komen dan pandangan anda.


{ 21 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 RoyaltiMinyak June 14, 2010 at 11:40 am

Saya ingin cadangkan supaya dimasukkan sekali harga kereta-kereta import TANPA CUKAI. Dengan kata lain harga di luar negara. Agak terkejut bila baca artikel “Cukai Kereta Import Bebankan Rakyat Malaysia. Boleh Turun?”. Kereta luar yang jauh lebih baik dari segi kualiti dan teknologi sebenarnya lebih murah dari kereta tempatan. Rakyat diutamakan? Pembohong.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 z-tune June 14, 2010 at 8:46 pm

depan mcm proton BLM
belakang mcm honda civic 2.0
2 bintang
cantik lg model2 jepon

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 ayam serirama June 30, 2010 at 10:44 am

chevrolet ni dga kate x ngam ngan RON 95..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Sexy Girl August 2, 2010 at 2:51 am

tak minat, design x lawa..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 shikin December 8, 2010 at 4:20 pm

siapa pengimport tunggal dan pengedar tunggal kereta chevrolet ni?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 wali January 11, 2011 at 8:30 am

wah ni mesti nak masuk peraduan Menang Di TESCO…
siapa lg PAVILLION kot2

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 X January 11, 2011 at 11:25 am

dengar kata nk bawak masuk type CAMARO…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Jebat June 23, 2011 at 12:39 pm

Saya pernah mencuba pandu uji kereta Chevolet Cruze ini, memang mantap dari segi rupa, keselesaan & pengendaliannya ! Pretasinya turut memuaskan hati & mungkin juga dari segi harga..Cuma Saya kurang pasti dari pengunaan minyaknya, adakah menjimatkan atau disebaliknya ? Harap pihak tuan dapat memaklumkan keadaan sebenarnya sebab Saya berhasrat untuk membeli kereta ini jika ia menepati ciri2 tersebut !! Saya banyak memandu & menggunakan kereta untuk perjalanan yg kadang kalanya melibatkan lokasi yg jauh..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 kb March 20, 2012 at 11:20 am

Salam en Jebat. Kereta Cruze ini memang mantap dari segi luar dan dalam. Sangat sesuai untuk perjalanan jauh / long distance. Dari segi penggunaan minyak pula, kereta cruze ni boleh diisi petrol penuh tangki 60 liter. Penggunaan minyak adalah jimat iaitu 7.6 liter untuk perjalanan 100 km. Jarang kereta continental yg jimat minyak.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi saya di 0122653076

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 sirajuddin l ghazali January 18, 2012 at 9:01 pm

SAYA KINI MEMILIKI CHEVROLET OPTRA 1.8 TAHUN 2004. BOLEHKAH SAYA MEMILIKI CHOVROLET CRUZE DENGAN CARA TRADE-IN.
POHON RESPOND SEMULA. TQ

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 chevrolet March 5, 2013 at 3:00 am

Bole,sila hubungi 0147376334 untuk pertanyaan lanjut

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 azhar May 2, 2013 at 9:59 pm

ni cawangan chevrolet area mana?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 cva January 27, 2012 at 9:59 am

adakah penjimatan minyak nya seperti kereta biasa?
macam mana pula harga spare part kat malayasia, adakah ia mahal?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 kb March 20, 2012 at 11:23 am

Kereta ini memang jimat minyak seperti mana kereta yang lain walaupun cc 1.8
Untuk spare part pula, sekarang mudah didapati di semua cawangan pusat servis naza

kb 0122653076

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 N.A.S June 1, 2012 at 6:38 pm

salam… harga dia macam mana pulak..??
minat sgt dgn kereta nie

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 M.A.S. July 16, 2012 at 5:15 pm

Cadangan Harganya perlu dikurangkan sehingga 30% hingga 40%.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 anon September 14, 2012 at 10:58 pm

ko suruh bapak ko buat kete sendiri la senang

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 Bakal membeli December 13, 2012 at 8:03 am

Dah test drive..byk kelebihan berbanding kelemahan..
1. Kelajuan 6 speed.(shiftronic)
2. Kedap bunyi( bunyi luar kurang masuk)
3.harga mampu milik,
4.kelajuan dan pickup mengagumkan
5.ruang agak besar,maklumla global car,kalau badan giant pakai bigfootla..
6.rekabentuk sporty
7.ada rebate rm12k…( jimat duit utk deposit..tambah rm 5k pun ok)
8..paling penting 5 star dan top 5 kereta paling safe,kalau tak caya tengok you tube
**saya jenis pentingkan keselamatan dan keselesaan,kalau kereta jepun dan proton cepat remuk..memangla rega cruze kurang nilainya jika ditrade in..tapi bagi saya,saya jenis nak pakai untuk jangka masa yang lama dan kurang kerosakkan yang remeh macam power window,dan lain2..enjin jarang rosak kalau mentenen menepati jadual..lagipun sevis hanya menggunakan satu botol 4.0 liter lube oil.jimat dah kat situ..kalau nak jimat minyak sangat carikla kereta cc nya kecik..untuk cruze minyaknya masih jimat compare dengan honda 1.8..rim 18 inch,bodykit lebar bukan bodykit ciput2 jer dan nampak gagahnya?.overall 5 star..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 rara December 26, 2012 at 7:21 pm

berapa bayaran muka yang diperlukan. Kereta ni tak da GPS, system navigation and kamera undur ke? Harap bagi jawapan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Bakal membeli January 8, 2013 at 10:19 pm

Kalo gps dan reverse kamera mmg ada..request pasang masa nak membelinya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 azhar May 2, 2013 at 9:48 pm

cawagan chevrolet dkat johor kat area mana ek?
berminat nak beli.. rebate 12k msih ade lg ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: