BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(REVIEW) Honda CR-Z Dilancarkan Di Malaysia – RM115,000

by Staff Berita Semasa on November 4, 2011

in Berita Automatif

honda cr-z

Akhirnya sampai juga model Honda CR-Z di Malaysia. Model Honda CR-Z Ini adalah generasi model lagenda  Honda CR-X. Jika anda seorang yang meminati Honda CR-X sebelum ini, anda mungkin akan turut sama minat dengan model Honda CR-Z ini.

Tetapi apabila melihat Honda CR-Z ini hanya 2 pintu sahaja, pasti akan ada yang berfikir 2, 3 kali sebelum bercadang nak memiliki model Honda CR-Z ini. Apapun keseluruhannya apa yang boleh kami katakan, memang smart dan nampak lebih sporty dengan rekaan aerodinamiknya yang bersesuaian.

Cuma di bahagian belakangnya, kami perlu tutup pejam mata “menelan rekebentuknya”. Mungkin ada yang mengemarinya rekebentuk di bahagian belakang, mungkin ada yang tidak suka. Subjektif.

Pada mulanya kami menganggarkan harga Honda CR-Z di Malaysia dijual sekitar RM130 k-RM140 k. Walaubagaimanapun harga Honda CR-Z di Malaysia adalah :

  • RM115,000 (On The Rod -OTR) yang mana harga kereta yang akan dicukaikan ditentukan pada harga yang dicadangkan oleh Pengeluar Manufacturer’s Suggested Retail Price (MSRP)
  • Fully CBU di Jepun (warna yang ditawarkan adalah Premium White Pearl – putih mutiara premium)
  • Enjin sama seperti Honda Insight (IMA – integrated motor assist)
  • Harga Honda CR-Z di US : RM62,000 (automobiles.honda.com/cr-z)

Kenapa harganya boleh jadi murah. Sebab model Honda CR-Z ini mendapat pengecualian duti import daripada kerajaan :

  • Kerana Honda CR-Z merupakan model kereta hybrid
  • Duti import 0% hanya untuk kereta hybrid 2.0 ke bawah sahaja.
  • Hanya cukai jualan 10% dikenakan
Pihak Honda Malaysia memberi jaminan pakej yang lebih baik bagi model hybrid CR-Z ini :
  • Jaminan 3 tahun atau 100,000 km jaminan dengan 6 bulan atau 10,000 km perkhidmatan percuma
  • Bateri hibrid mendapat jaminan selama 5 tahun atau 140,000 km manakala bateri standard menerima jaminan 2 tahun atau 40,000 km
  • Selang Perkhidmatan masih lagi 5,000 km, seperti Hybrid Insight
Honda menawarkan 3 jenis pemanduan yang bersesuaian dengan anda yang boleh dipilih di stetreng anda samada memilih jenis :
  • ECON (Jimat bahan api, prestasi biasa)
  • NORMAL (Prestasi ditahap memuaskan dalam pada masa yang sama jimat minyak)
  • SPORT (Pretasi sangat memuaskan daripada segi pecutan, streng yang responsif , lebih berkuasa dan pastinya mod ini tidak ekonomi daripada segi penggunaan bahan api)

Honda Cr-Z Spec di Malaysia :

  • Enjin :  1.5 liter i-Vtec (sistem hibrid IMA)
  • Kuasa : 124ps@6,000rpm
  • Maksimum Tork : 174Nm@1,000-1,500rpm
  • Transmisi : enam kelajuan (manual)
  • Pelepasan gas CO2 : Hanya 117g/km (mesra alam)

Antara ciri-ciri lain yang ditawarkan bagi model Hybrid Honda CR-Z ini adalah seperti :
  • Lampu utama Halogen dengan LED, Lampu kabus, Lampu belakang dengan rekaan LED
  • Cermin sisi + lampu isyarat membelok
  • Antena radio ‘Shark Fin’
  • Kunci dengan gaya Jack Knife
  • Rim aloi 16 inci
  • Roda stereng dibalut kulit 3-spoke
  • Gear knob aloi dan kulit
  • Pedal sport aluminium
  • Kusyen dibalut fabrik
  • Kluster meter dengan iluminasi sport
  • Cruise control
  • Sistem audio dengan USB
  • AUX dan serasi iPod (6 pembesar suara)
  • Ruang bonet yang luas
  • Beg udara i-SRS untuk pemandu dan beg udara SRS untuk penumpang
  • Vehicle Stability Assist (VSA)
  • Sistem ABS, BA, EBD, Hill Start Assist, G-Force Control Technology (G-CON) dan Front Seatbelt Pretensioner.

Kalau Honda CR-Z mempunyai 4 pintu, kami pasti jualan terutamanya pasaran Malysia akan lebih melonjak naik. Tapi apakan daya, model Honda CR-Z dilihat lebih menumpukan kepada golongan bujang

P/S : Apa pendapat anda dengan Honda CR-Z yang sudah dilancarkan di Malaysia ini? Berminat?


{ 25 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 fasha sandha insaf November 4, 2011 at 5:27 pm

memang cantik dan bergaya ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 c November 4, 2011 at 5:40 pm

beli!!! =] tp tgu kaye dulu..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 aiza February 3, 2012 at 2:16 am

tgu c kaya….. dah bli cntct saya then tumpangkan saya ea… hahahhah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Chemau November 4, 2011 at 5:43 pm

Honda CRX tu smpai skg org carik…rugi aku x beli dulu..ade org mau tolak dalam 12k

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 aiza February 3, 2012 at 2:13 am

hem….. but crx tak secomel CRZ….. hemmm
CRZ comel… sangatttttttt

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 hammpehh November 5, 2011 at 2:30 am

walau aku mampu skalipun untuk beli,ia tetap bukan pilihan…coz;design bhg blakang x mnarik,2 pntu shj,x nmpak sporty sngt…lebih baik model integra dri cr-z……itu pndapat aku jer..!!!masing2 pnya taste..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 fido armando November 5, 2011 at 7:48 am

same la..aku pun spesis x minat kereta 2 pintu ni. menyusahkan penumpang. beli keta utk naik ramai2, bukan sorg bukan ber2..kalau nak jln 1/2 org..naik moto lg best

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 aiza February 3, 2012 at 2:18 am

memglahh nk ikutkan aku pun tak bermint kereta 2 pintu but kereta yang inni nmpk interesting kowt….. menrk perhatian aku nk tengk dengn lbh lnjut tentg this car

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Khalifah November 5, 2011 at 10:06 am

wooo.. harga otr boleh tahan.. tapi insuran sampai RM3k ++++… huhuh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 Honda 466 November 5, 2011 at 10:15 am

Kalau dibandingkan dengan website HONDA JAPAN, Power dia 114 PS dan Maximum Torque 145 Nm (berbanding HONDA MALAYSIA; Power 124PS dan 174 Nm). Aku pelik kenapa berbeza kalau dia CBU?

Ni Fuel Consumption, maklumat amik dari website jepun:

10.15 Mode: 22.5 km/liter
JC08 Mode: 20.6 km/liter.

***JCO8 adalah Test Mode yang akan digunapakai oleh kereta Jepun berkuatkuasa 2015 (tetapi skarang ni dah start implement). JC08 ni dianggap lebih realistik dalam menunjukkan fuel consumption sebenar.
_________________________________________________________
Perbandingan CITY (assume 16.0 km/liter) dan CR-Z (20 km/liter) dari segi Fuel Consumption (RON95 RM1.90 per liter):

Jarak perjalanan sebulan: 3,000 km
Fuel Cost sebulan untuk CITY: RM356.25
Fuel Cost sebulan untuk CR-Z: RM285

Penjimatan sebulan (3000 km): RM71.25
Penjimatan sebulan (5000 km): RM118.75
Penjimatan sebulan (7000 km): RM166.25

Jadi adakah berbaloi untuk beli kereta hibrid dengan tujuan nak jimat duit minyak?

1. Buat anggaran jarak perjalanan kita sebulan
2. Dalam sebulan berapa kita boleh jimat duit minyak (bandingkan dengan beberapa model)
3. Berapa beza monthly installment beli hibrid berbanding beli non-hibrid? Adakah penjimatan duit minyak kita sebulan boleh cover balik beza monthly installment?

Perlu ingat, kereta hibrid ni nanti nk kena tukar bateri. Sekadar berkongsi pandangan.

Tapi kalo minat design dia, beli ajo

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 rozman November 5, 2011 at 10:56 am

Kalau macam ni la harga kereta hibrid, memang makin banyakla pencemaran udara yang berlaku kat negara ni…Konon nak kan kereta mesra alam, tapi poket pulak yang tak mesra alam….rakyat Malaysia yang berpendapatan sederhana ke bawah ni, jangan bermimpilah nak memiliki kereta hibrid…sampai tahun 2020 pun belum tentu ada yang mampu apabila mengenangkan tax yang melampau2 ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 hmm November 5, 2011 at 11:00 am

tak silap aku hibrid ni di kecualikan cukai atau dikenakan 10% cukai shaja. kereta yang bukan hibrid je yang dicukaikan melampau2. kalau salah, tolong jolokkan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 rozman November 5, 2011 at 1:37 pm

Yela……dah dikecuali cukai import tapi masih mahal kan….fikirkan pulak kenapa mahal?siapa yang ambil keuntungan disebalik kereta hibrid ni?atau memang harga dia mahal….oklah bagi contoh yang senang, Toyota Vios kalau harga dia yang sebenar sama dengan Saga BLM, kenapa mesti mahal dari Persona 1.6? Tak payah nak jelaskan sebab semua orang tahu….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 hmm November 5, 2011 at 3:20 pm

aku dgr harga sepatutnya sama mcm city. tp mustahil dia nak kurangkan mcm city sebab takut saingan kepada city. tak taulah. janganlah marah2. aku rasa keta ni ok je harganya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Honda 466 November 5, 2011 at 4:00 pm

Di Jepun, harga dia 2268000 Yen. Kalau convert lebih kurang RM90700.

Masuk shipping, process fee sumer kira logik la kat malaysia ni jual RM111878.50

Untuk model lain memang mahal sebab tax. tapi utk CR-Z ni memang patut harga macam ni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 hmm November 5, 2011 at 6:09 pm

benda ni ada gak aku baca d paultan. tp kenapa hilang plak post ni ek?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 rozman November 5, 2011 at 4:27 pm

Ok la aku setujula sebab hang pa bagi fakta….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 noname November 5, 2011 at 4:31 pm

hrga mahal.. tp ttp xblh naik rmai.. utk couple sesuai la.. yg ada anak ramai mak aiii sshnyer… estima pun jadi la yg penting selesa…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 hmm November 5, 2011 at 6:08 pm

estima baru 189k kan?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Nyoparut November 5, 2011 at 8:52 pm

Kalo 4 pintu pasti lebih menarik ramai orang….tapi body memang cantik!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 aiza February 3, 2012 at 2:10 am

hemm betul….. kalau 4 pintu memg cantikk dahh cun dah… aku memg berkenn sangt dengn model ni.. tapi apa kan daya duit tk cukup.. kalau beli nnt ader aku mkn pasir lauk rumput nnt…. hemmm dapat tumpaang pun dah kira dah syukur….. tapi skg dapt tengk kat web ni punn dah ok buat cuci mata…. nice car..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 Rani Ishak November 5, 2011 at 11:30 pm

design dia cantik la..tp mcm MPV lak lak aku tengok..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Terbakor June 11, 2012 at 7:36 am

tak berkenan la dengan crz ni.. crx tetap di hati.. buntut crz tu buruk bagi aku. tapi mungkin cantik pada orang lain

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 izzudin June 11, 2012 at 3:58 pm

blog ni salah review crz ini….salah sangat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 mama ina December 1, 2012 at 5:11 pm

kalau yg dh ada family tp ttp nk gak bli crz ni.. boleh.. tp make sure dh ada 1 mpv.. hehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: