BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Result SPM 2011 – 506 Calon Dapat Semua A+. Sekolah Alam Shah Terbaik SPM!!

by Staff Berita Semasa on March 21, 2012

in Berita Pendidikan

Result SPM 2011 bertambah baik dengan indeks Gred Purata Nasional 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya. Macam biasa, seperti statistik sebelum-sebelum Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A) bagi semua mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.

Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya diumumkan sebagai sekolah terbaik peringkat wilayah persekutuan bagi peperiksaan SPM 2011

Bilangan Pelajar Cemerlang Result SPM 2011 (A+)

  • Result SPM 2010 – 403 pelajar lulus cemerlang.
  • Result SPM 2011 – 506 pelajar lulus cemerlang.
Manakala berdasarkan laporan Mstar mengatakan seramai 559 daripada 468,808 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh result spm 2011 iaitu gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.Kedua-dua fakta yang dilaporkan oleh (Bernama + Berita Harian) adalah benar. Cuma bezanya di sini adalah :

  1. calon sekolah KPM ialah calon yang berdaftar melalui sekolah masing-masing
  2. calon bermaksud di sini ialah calon berdaftar melalui sekolah + calon persendirian (calon swasta)

Seramai 10,488 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.

Kepada yang berjaya, kami ucapkan tahniah kepada anda. Yang tak berjaya perjalanan anda tidak berhenti di sini. Perjuangan untuk menimba ailmu baru sahaja bermula. Kepada ibubapa di sini, jika anak-anak anda kurang berjaya tidak usah lagi memarahi dan memandang rendah kepada keupayaan mereka. Dalam situasi ini, mereka perlukan anda semua. Kembalikan semangat mereka. Kenali potensi mereka untuk mengorak langkah  seterusnya selepas ini berdasarkan result SPM 2011 yang baru sahaja dikeluarkan ini…

Peperiksaan SPM bukan semua bab yang keluar. Elakkan melihat kepada gred subjek semata.

  • Kena perhatikan dan tahu bab apa yang anak anda mahir
  • bab apa yang anak anda lemah

Contohnya, dalam Matematik Tambahan ada bab kebarangkalian, ada juga kalkulus.

  • Mungkin anak anda bagus dan mahir dalam kebarangkalian, tetapi lemah kalkulus. Nasihat kami elakkan bidang kejuruteraan
  • Jikalau lemah kebarangkalian, elakkan bidang sains aktuari

Dalam matematik moden pun ada banyak sub disiplinnya. Apa yang ingin kami sampaikan di sini adalah cuba maksimumkan keupayaan diri anak anda.  Gunakan bakat akal yang berbeza, kemampuan yang berbeza pada diri anak anda. Ada yang visual, ada yang abstrak. Begitu juga dalam subjek Fizik. Dalam Fizik pun sama. Fizik adalah merupakan campuran antara elektrik/elektronik, dinamik, statik, dan lain-lain lagi. Ada juga bab yang overlap antara Fizik dan Kimia.

Semuanya beri indikator kepada keupayaan anak-anak anda untuk kuasai pelajaran di universiti. Melihat dan memperhalusi result SPM 2011 anak anda,  mampu membutirkan banyak pilihan untuk dia.

P/S : Sekadar pandangan. Ada kalangan yang “berpengalaman” di sini dipersilakan untuk membantu adik-adik kita di sini memilih halatuju mereka selepas ini


{ 51 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 tokobakso March 21, 2012 at 11:43 am

tahniah kepada semua yang dapat keputusan yang terbaik. yang gagal, padan muka

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 Macam-Macam March 21, 2012 at 11:48 am

bro….yg gagal x semestinya gagal Selama-lamanya…..yang Cerdik Pandai X semestinya Cemerlang dalam Hidup….mesti mau bukak minda skit brother….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 iyo la tu March 21, 2012 at 12:29 pm

betoi3….like this comment…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Syahir March 21, 2012 at 8:15 pm

tahniah kepada semua…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 izhan hadi March 22, 2012 at 11:36 am

aku sekarang kerja bawah kawan aku yg SPM x power. padahal aku score dan dapat scolarship. buat mcm mana dia PTD aku cuma pegawai biasa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 tokobakso March 21, 2012 at 12:28 pm

aku antara yang gagal SPM dulu..skg jadi pencacai berjaya..hehe..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 EkEleh March 21, 2012 at 12:39 pm

Kena batang hidung sendiri, baru padan muka ko!! Gagal tak semesti gagal cuma belum berjaya!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 pakcik March 21, 2012 at 1:17 pm

dulu pakcik cemerlang..skang makan gaji…
kawan pakcik yg xla gagal sgt…x leh sambung blaja…kaya raya berniaga sekarang…..ini Malaysia, rajin dan malas je…mesti mau bukak minda skit brother….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 hadoi March 21, 2012 at 2:51 pm

yes aku dpt 17a. Pasni dpt pegi blaja london. Pasni nak blond rambut dan ada boypren matsaleh..huhuhu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 meriam buluh March 21, 2012 at 3:56 pm

weiii, laki aku yg pandai dlm thn 60an, sklah tnama dlm msia, p oversea lagi…….now jadi biol n sensara hdp. blajar pandai x bmakna hdp senang……qadar n qada tlh d tentukan. Frust n kecewa aku.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 tina March 22, 2012 at 8:11 am

plsla….jangan menyumpah orang lain….sebab anda tidak tahu yang sebenarnya anda juga seorang yang gagal………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Abang Sihat March 21, 2012 at 11:55 am

Budak-budak sekarang semakin pandai..Zaman sekarang kalu mahu berjaya secara akademik kena jadi straight A student..susah kalo jenis tengah-tengah atau pass cukup cukup makan..Jenis macam ni baik asah skill & buat bisnes berjaya..silap-silap A student pun makan gaji dgn C student.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 izhan hadi March 22, 2012 at 9:23 am

tahniah kerajaan Barisan Nasional kerana berjaya menaikkan taraf pendidikan di Malaysia sesuai dengan konsep Wasatiyyah dan 1 Malaysia.

Tiada sebab kenapa rakyat mahu undi pembangkang yang bertujuan merampas kuasa dan mengurangkan kedudukan bahasa dan bangsa Melayu. Ingat betapa terseksanya negeri2 Kelantan, Kedah dan Perak di bawah pembangkang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 MANSIR EEEEE March 22, 2012 at 7:08 pm

sikalang ni SPM…..dapat markah 70 aje dah dpt AAAA…..kalu dulu2
hampeh…..dapat le 1A ke 2A aje le….dapat le pangkat satu hehe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Chemau March 21, 2012 at 12:07 pm

tiap tahun mesti meningkat keputusan exam ni xkira lh upsr
ke, pmr ke, spm..sebab satu je keraja Be end melalui Kpm nak bg tahu rakyat
yg diorang terbaik dlm menyediakn pndidikan kt bdk2..pooraah

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 iyo la tu March 21, 2012 at 12:31 pm

nk jugak masuk isu politik dlm entry ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 bron March 21, 2012 at 2:08 pm

tah nye..nak jugk selit politik..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 mangkukhayun March 21, 2012 at 5:38 pm

dengan meningkatnya kelulusan pelajar dari tahun ke tahun, maknanya ramai le yang dapat masuk U.
maknanya ramai le yang terikat dengan PTPN tu.
maknanya lagi ramai le yang berhutang keliling pinggang
maknanya lagi untung la PTPN buat interest kat bebudak tu
maknanya lagi untung riban jota la kroni BE end tu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 alhamdulillah March 21, 2012 at 9:03 pm

rasulullah suka tgk umat dia ramai dapat masuk u. sebab bila masik u boleh timba ilmu. Ilmu Allah tu. Ilmu tuhan aku.

Tuhan ko sapa ye

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 Tahniah ye March 22, 2012 at 10:40 am

Pandangan yang cukup cetek dan tidak intelektual..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 awas! March 21, 2012 at 12:26 pm

Spm sekdr batu loncatn utk b’jy..usaha ketika di Universiti lebih penting

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 bigboy March 21, 2012 at 12:58 pm

tahniah..mmg ramai budak yang smakin pandai..
tp semakin ramai jugak budak yang kantoi…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 cikgunakal March 21, 2012 at 1:15 pm

Salam. SPM itu tanda aras awal untuk berjaya dan menggambarkan usaha pada usia remaja. Penting atau tidak. Ia sedikit sebanyak memberikan gambaran awal akan kejayaan pada masa yang akan datang. Berjaya atau gagal memberikan petunjuk sama ada akan gagal dalam kehidupan atau sebaliknya. Kalau berjaya tidak semestinya akan berjaya selamanya. Kalau ogagal pun tidak semestinya gagal selamanya. Aku antara yang pernah merasai nikmat kegagalan dalam peperiksaan SPM.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 Alias Bin Hasan. March 21, 2012 at 1:51 pm

Salam semua…

Kita ni dok kira berapa yang lulus cermerlang periksa je, ada pernah kita kira yang lulus cermerlang dalam akhlak???

Itu yang sudahnya belajor tinggi2 lepas tu jadi penyamun perompak perogol dan segala “pe” lah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 spm2005 March 21, 2012 at 2:31 pm

Ceh…SPM takda makna…SPM straight A, kuar universiti jobless jugak…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 Hidup PAS March 21, 2012 at 3:05 pm

Sekolah Alam Shah adalah antara sekolah terbaik di kalangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mencapai status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Tahniah diucapkan.

1. Yang results bagus, boleh dapatkan biasiswa. Yang tak dapat biasiswa, boleh pinjam dengan PTPTN. Yang taknak pinjam dengan PTPTN, boleh buat loan bank. Yang mampu, maybe mak ayah boleh sponsor/ pinjamkan duit. Atau tak payah sambung belajar. Pilihgan di tangan anda.

Atau takyah belajar rajin-rajin. Masuk je PAS confirm masuk syurga.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 Junta March 21, 2012 at 6:19 pm

Alah bukan rahsia lagi
kebanyakan gurunye kaki buat soalan spm
lepas tu ambil pulak budak2 pandai
memang tak mustahil boleh dapat yang terbaik
cikgu macam ini, makan tidur berak cangkung je

aku lagi terkejut kiranya sekolah hulu kampung tak terkenal dpt 100% straight A

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 valuation March 21, 2012 at 3:46 pm

“Bagus teruskan usaha”

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 cintamalaya March 21, 2012 at 3:53 pm

sekolah alam shah adalah sekolah pak2 menteri…
untuk berlaku lbh adil.. dicadangkan, setiap menteri / tim. menteri / wakil2 rakyat mengenalpasti sekolah yang kritikal .. menjadikan sekolah angkat menteri tersebut dan berusaha untuk memartabatkan sekolah tersebut.. kalau ptrestasi sekolah xmeningkat dan, kita tau la apa pak menteri buat kat sekolah tu… hehhe

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 Bigboy March 21, 2012 at 5:50 pm

takperlah,ini just stage awal..
jauh lagi perjalanan..tiada apa yang pasti di masa hadapan :)

teruskan berusaha.pasti berjaya

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 orang lurus March 21, 2012 at 7:36 pm

bagus cadangan tu.. yg ada la ni SBT kira tak adil….
lawan dengan sekolah dah pilih budak kelas, asrama penuh yg kami sekolah kampung naik melebihi peratus sek SBT tak leh lawan lagi sebab nkra masih 4. mana aci pulun dah putih tapak kai ligan bebudak malas ngaji …. ini tak adil. tapi sapa la nak tengok komen kita… kita ni sape….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 Faizura March 21, 2012 at 8:33 pm

betul tu
tapi nak tau my uncle punya la nk bg anak die skor 9A
sampai dia ckp, “kalau angah dapat 9A, ayah bagi myvi”
uhh.. dahsyat kan mak pak zaman skrg ni..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 Tok Lebai March 21, 2012 at 11:33 pm

Memang le bapak dia cakap macam tu….

pertama…. bapak dia tahu anak dia mungkin tak kan dapat 9A…tu yg dia berani….paling cikadak pun 3-5A….

kedua….ia sebagai galakan utk anak dia utk mendapat 9A…dia berduit setakat kereta sebuah xde hal lah…

ketiga….ko cari le sendiri….

keempat…yg pastinya anak aku pagi tadi dapat 6A…syukur Alhamdulillah …Amin….wpun sasaran 9A tak kesampaian….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 Naziman March 21, 2012 at 9:42 pm

semakin ramai orang pndai2 skrang ni..org masuk u pun mkin rmai..kalau dulu, ada diploma pun dah ok..skrg ada degree pun tak tentu lagi dpat ok ka tak..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 shehdilanun March 21, 2012 at 10:37 pm

teman sebagai pensyarah utk budak2 dah abih spm pengalaman hampir 8 tahun….—-> dah abih cara nak ajar… budak just hafal… hafal… muntah… muntah… pusing sket aje soalan kimi-’A'!… terkial2… last2 teman wat kesimpulan mudah… budak masa f4 f5 serupa tak belajar… ingat…! belajar sampai faham x sama dengan hafal pastu muntahkan masa exam… yg penting ilmu milik Allah… milik manusia yg beriman sahaja.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 Panas March 22, 2012 at 9:39 am

Oooo pensyarah ke. Takkan pensyarah pun tak tahu yang PTPTN tu pinjaman, bukannya biasiswa.

Ye ke ilmu tu milik manusia yang beriman? Ni datang dari hadis mana pulak ni.

hang berani cakap depan Allah yang hang ni orang beriman ke? hati jangan busuk. Depan manusia boleh la nak tipu, depan Allah jangan harap la.

Dah pinjam tu, bayar. Dalam Al-Quran tak cakap pun pasal bimuputera.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 STAR March 22, 2012 at 9:04 am

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, STAR Ipoh juga merupakan sekolah berprestasi tinggi dan sekolah berasrama penuh..menjadi sekolah terbaik di Perak bagi SPM 2011..

Tahniah STAR!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 izhan hadi March 22, 2012 at 11:25 am

semua budak pandai berhimpun kat situ, apa nak heran kan?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 Wattini Wazzaitun March 22, 2012 at 4:29 pm

Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) Ipoh adalah sekolah menengah melayu yang pertama di malaysia.

Pada asalnya dinamakan sebagai Malay Secondary School (MSS) dan menerima kumpulan pelajar perintis serama 200 orang pada January 1957. Selepas itu di pindah ke tempat baru di Tiger Lane (sekarang dikenali sebagai jalan Sultan Azlan Shah) dan dinamakan semula sebagai Sekolah Tuanku Abdul rahman pada 14 Mei 1958 sempena nama agong yang pertama.

Tahniah juga kepada STAR. Masih mengekalkan kecemerlangan dan kebanggan sebagai sekolah menengah melayu yang pertama di tanahair kita.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 Tahniah ye March 22, 2012 at 9:12 am

Tahniah kepada sepupu yang dapat 9 A… Semalam dapat telefon dari sepupu di Cyberjaya.. dah aku pun kerja di Putrajaya.. lunch pergi sana…seronok sangat tengok budak-budak perempuan je pergi ambil keputusan SPM.. Tahniah dapat 9A.. tak sia-sia belajar jauh-jauh di Cyberjaya ni ha… tahniah dah menjadi penyambung kebanggaan keluarga.. memang selayaknya kau dapat belajar di Seri Puteri ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 Tahniah ye March 22, 2012 at 9:13 am

tak salah Datuk Seri ni yang datang ke SSP semalam..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 bigboy March 22, 2012 at 9:30 am

harap2 budak2 yg berjaya ni tak mudah terleka, sbb ramai yang mula kantoi bila duduk u/asrama, sbb bebas dgn pergaulan :)

pada yang kurang berjaya, teruskan usaha, jgn putus asa :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 girL March 22, 2012 at 5:28 pm

Yang lebih penting kalo suda berjaya jgn lupakan ibu bapa..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 ustaznizam March 22, 2012 at 4:50 pm

nk PRU semua kena baik…
walhal bab keputusan exam pun kena baik…
nk jaga hati student & ibu bapa
masa depan depa pi mamposlah…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 girL March 22, 2012 at 5:25 pm

Usaha tanpa penipuan adalah sesuatu perbuatan yg mulia..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 saleemkhan December 7, 2012 at 12:09 am
47 girL March 22, 2012 at 5:26 pm
48 Tok Lebai March 22, 2012 at 6:17 pm

Tahniah utk kejayaan anak2 semua…kejayaan dunia mesti diimbangi dgn ilmu akhirat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 saleemkhan December 6, 2012 at 11:57 pm

Smk bandar kota tinggi from 3 saleem khan pmr result think you

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 saleemkhan December 7, 2012 at 12:05 am
51 john January 30, 2013 at 5:24 pm

Kalu dpat BI d bleh kew mohon universiti ???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: