Tahun ini dikatakan markah untuk calon PMR mendapat A dalam matapelajaran Sains sangat rendah, sekitar 58%. Ada sesiapa yang boleh memberikan kepastian? Okey……..seperti biasa result PMR 2009 mencatatkan peningkatan yang mana seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya. Calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya.
“Pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas,” katanya. Alimuddin berkata prestasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Punjabi menurun sedikit menurun. “Peratusan berbanding tahun lepas untuk yang memperoleh semua A dalam BM menurun daripada 26.3 peratus kepada 25.6 peratus tahun ini, BI pula menurun daripada 16.4 peratus kepada 16.1,” katanya.
Bagi result PMR 2009, terdapat peningkatan daripada 25.6 peratus kepada 26.7 peratus dalam bilangan pelajar yang memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik manakala bagi mata pelajaran Sains ia naik daripada 17.2 peratus kepada 18.5 peratus. Berita Harian
Mari kita semak sekolah terbaik & cemerlang di Malaysia bagi Result PMR 2009 lalu.
Adakah pelajar istimewa salah satu halangan berjaya dalam peperiksaan PMR 2009 lalu? Oh tidak sama sekali. Insan-insan di bawah ini telah membuktikannya. Tahniah diucapkan kepada mereka. Mereka ini adalah sebahagian daripada tujuh orang pelajar istimewa yang mendapat Semua A.
Pelajar Istimewa Cemerlang dalam Result PMR 2009
- Siti Raihan Abdul Nasir(9A) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah – masalah rabun
- Debbie Lim Huey Chin(8A) dari SMK Sultan Ismail – masalah rabun
- Muhammad Azfar Firdaus Azlah(8A) dari SMK Dato Penggawa Barat di Johor Bahru – masalah rabun
Sekolah Harian Terbaik (Result PMR 2009) :
- SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Selangor
- SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu
- SMK Sultan Badlishah, Kulim
- SMK Sultanah Asmah, Alor Setar
- SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Agama Terbaik (Result PMR 2009) :
- SM Imtiaz, Besut
- SM Imtiaz, Kuala Berang
- Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya
- Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang
- Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu
Sekolah Berasrama Penuh Terbaik (Result PMR 2009)
- Sekolah Seri Puteri Cyberjaya
- Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu
- Sekolah Dato Abdul Razak
- Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
- SM Sains Tengku Abdullah, Raub.
MRSM Terbaik (Result PMR2009)
- MRSM Serting




{ 19 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
salam…aik seri bintang utara tak ada ke?????tapi pmr bukanlah”bench mark” kejayaan seseorang dalam hidup
Kepada kawan-kawan yang mempunyai adik2x yang dah tamat exam PMR, AJ ucapkan tahniah kerana berjaya exam ni.
Skunk nak kena fokus Exam SPM yang lebih penting dari PMR ini.. Rajin2x lah belajar
Teringat zaman masa skul dulu
sekarang ini ramai betul yang dapat result bagus
mana nak tempatkan mereka nanti?
Setiap tahun mesti ada peningkatan. Tidak ada penurunan. Adakah kementerian malu untuk menyatakan perkara benar. Atau adakah memang pasti pelajar sekarang makin bijak?
Tapi kemanakah mereka ini setelah masuk ke alam mahasiswa dan pekerjaan.
Apakah ukuran peningkatan kejayaan itu?
Bila dah masuk U, diaorg ni dah bukan t/jawab KPM lagi tapi bawah KPT pulak. Lantaklah nak jadi apa pun. Kalau merosot, KPT yg kena.
untk mnjdi yg trbaik,
kte knelah brusha,
e2 yg plg pntg!!
wah…bakal2 pengganti PM2 kat malysia la harapnya.saya malsa masa sekolah dulu..hehehehe..2 yang x jd pm 2…huhu..hrp2 ni la bakal pewaris anak bangsa kita.harap2 dapat membanggakan malaysia satu ari nanti
Pernah terbaca artikel cabaran buat orang berjaya awal?
Kalau nak best lagi, cuba tengok cerita A beautiful mind.
Susah juga jadi orang bijak kemudian dipublisitikan.
Eh, ke lari topik ni,maaf la.
tahniah kepada pelajar2 yang menghaumkan nama sekolah…aku dri dulu tringin nk masuk sk sains or maktap…rasa bangga tengok student Mrsm…muka semua suci2 je..huhu..tp nk wat cam ne..x cukup pandai…
aminudin baki dgn tengku kurshiah sentiasa tersenarai tiap tahun.. tahniah sekolah2 malaysia
Power MRSM Serting, biasanya Langkawi aja balun title MRSM terbaik tak pun MRSM Ghafar Baba
congrats smk jln empat coz dpt jd sekolah harian tbaik kt malaysia.. :senyum
wah.tahniah dapat keputusan cemerlang dalam PMR.ingat SPM ade lagi.buat betul-betul
pak awang,
salam.. mrsm TGB (Jasin), mrsm PC, mrsm Langkawi dan mrsm Taiping cuma ada student tingkatan 4 dan 5 sahaja.. sebab tu tak masuk senarai mrsm terbaik PMR.. Kalau SPM baru selalunya ada… :senyum
huhu..congrates buat suma korang yg excellent in spm…
smk sultan badlishah, my skuwl..!! hehe.. bggenye dpt harumkan nme sekola ak.. :comel :senyumkambing
x pe 2nggu la…taun ni sek men agama al-ihsan ten2 akn jd SEKOLAH MENENGAH AGAMA YANG TERBAEK! :tembak insya-allah…
Hello : good blog, just trying about some blogs, seems a reasonably good platform you’re using. I am presently using Wordpress for some associated with my personal websites but wanting to alter one in all all of over to a platform kind of like yours as a chance operate. Something in sometimes shocking you’d recommend concerning it?
Salam…ada sesapa yang ada info ranking keseluruhan sekolah terbaik PMR 2009? sila kongsi…