Relevenkah Kakitangan Awam Hadiri Kursus Biro Tatanegara Anjuran JPM?

by Admin [ Master G ] on November 25, 2009

in Kakitangan Awam & Swasta

[KLIK] Kongsikan di Facebook Anda

Baru-baru ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, peranan Biro Tatanegara adalah selari dengan gagasan 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan dan nilai-nilai patriotik. Tambah beliau lagi, peranan Biro Tatanegara(BTN) adalah selari dengan gagasan 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan dan nilai-nilai patriotik. Penjelasan itu dibuat bagi menjawab dakwaan beberapa pemimpin pembangkang di Selangor sebelum ini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pengisian kursus Biro Tatanegara(BTN) anjuran Jabatan Perdana Menteri yang dikatakan cuba dijadikan alat menyebar sentimen perkauman.

“BTN adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara. Ini bersamaan dengan konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini, Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Negeri Perak atau JAMAIY Perak mengutuk, agensi propaganda kerajaan, Biro TataNegara kerana cuba memberi gambaran negatif terhadap bekas pemimpin negara dan memutar belitkan fakta berhubung pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Boleh membaca kenyataan mereka di sini…………………….

Menurut pengerusi JAMAIY Perak, Dr Khairuddin Abd Malik badan tersebut menerima aduan daripada kakitangan kerajaan yang baru selesai menghadiri kursus BTN.

Kakitangan kerajaan tersebut mendakwa moderator kursus BTN itu telah memburuk-buruk mantan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dengan mengatakan beliau seorang pemimpin yang lemah berbanding Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri baru Najib Razak akan mengembalikan era kegemilangan semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Mengenai isu pembunuhan Altantuya pula ceramah kursus Birotatanegara itu menafikan keberkaitan penggunaan C4 dari simpanan kerajaan. Peserta kursus cuba dikelirukan dengan disogok dengan propaganda kononnya C4 boleh dibeli dari sumber-sumber lain.

“Yang dipertikaikan ialah kenapa BTN membazirkan wang rakyat hanya untuk menegakkan benang basah. Hanya setahun yang lepas Dr. Mahathir dicaci dan Pak Lah disanjung tetapi sekarang sudah terbalik. Apa piawaian yang diguna untuk menentukan kebenaran atau kebaikan. Tidakkah lakonan seperti ini menghina bekas Perdana Menteri dan mengelirukan rakyat?” tanya Dr Khairuddin.

Beliau berkata fakta perbicaraan kes pembunuhan Altantuya menunjukkan mayat wanita itu diletupkan menggunakan C4 oleh dua pegawai polis Unit Tindakan Khas (UTK) yang menjadi pengawal peribadi Najib.

“Pembunuhan oleh mereka tidak bermotif. Pelik dan ajaib. Takkan Polis yang gaji tak sampai RM1,500 sebulan nak habiskan duit kocek mereka nak beli C4. Kalau benar C4 boleh dibeli di luar maknanya negara kita dalam bahaya.

Adakah BTN ingin menjadikan pegawai-pegawai kerajaan yang hadir kursus menjadi bodoh dan dungu dengan ceramah-ceramah politik kosong tanpa fakta,” kata beliau lagi.

Dr Khairuddin menggesa BTN agar jangan membazirkan wang rakyat kerana masih ramai golongan miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan bantuan kewangan.

Manakala ini pula merupakan luahan ibubapa yang mana anak mereka telah menghadiri Kursus Birotatanegara anjuran Jabatan Perdana Menteri. Boleh baca di bawah ini :

AS parents we are glad that our grown up children attend the Biro Tata Negara (BTN) course, which is compulsory for government servants. They are all mature professionals. But what angers me is that, instead of talking integrity, unity and harmony among the various races, participants are taught about disunity and racial hatred. Is this what our Prime Minister Datuk Seri Najib wants for 1MALAYSIA?

Throughout the five days of the course, participants are repeatedly told not to question Malay rights and so on. The course coordinators keep talking about social contracts and telling non-Malays not to question Malay rights and so on.

Many participants, including my Malay friends, are upset.

Are we still living in a primitive age? If the BTN course is to be conducted in this manner, it is better to abolish it or let it concentrate on only one ethnic group. The course is not bringing unity but only arousing anger and hatred. As it is handled by the Prime Minister’s office, please do not say that they do not know what is going on.

DISAPPOINTED,
Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bukan niat saya untuk membincangkan isu semasa ini dengan sewenang-wenangnya. Ini kerana sudah terdapat banyak dakwaan dan saya cuma paparkan sekelumit kecil sahaja. Cumanya, mana-mana daripada anda  mempunyai pengalaman menghadiri Kursus Biro Tatanegara ini, boleh berkongsi di sini. Diharapkan yang mana kurang, kita mantapkan. Yang salah, kita perbetulkan. Itu sahaja tujuannya.

Rakyat hari ini semakin cerdik dan terus memerhati setiap tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan yang mana dilihat mereka agak “canggung” akan ditegur. Ini kerana rakyat hanya mahu yang terbaik untuk mereka. Itu sahaja.

P/S : Kerajaan yang bagus, adalah kerajaan bersedia untuk mendengar teguran dan berubah ke arah yang lebih baik.

PP/S : Walubagaimanapun, mari layan “lagu anak kecil main api” ini.

Adakah Pengisian BTN Perlu Diubah?

View Results

Loading ... Loading ...
Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. [MUKTAMAD] Kerajaan Tidak Beri Bonus Kakitangan Awam 2009 !!!
  2. Pilihan Perkhidmatan Awam: Skim Pencen Kakitangan Kerajaan. Deal or Not?
  3. Kakitangan Kerajaan Perak & Selangor Dapat Duit Raya
  4. Sistem Pengangkutan Awam di Malaysia. Bila Nak “Pulih”?
  5. [VIDEO] Menteri JPM Gulung Bajet 2010 VS Ahli Parlimen PR di Dewan Rakyat
  6. [HOT] Persamaan 1 Malaysia Dengan One Israel?


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: