Seperti biasa, Maxis dan DiGi akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hati bakal pembeli di Malaysia untuk membeli iPhone 4 melalui mereka. Celcom pula langsung tiada ura-ura mengenai penjualan Iphone4 ini, kerana mereka lebih setia kepada Blackberry. Mungkin……..Sejak daripada Iphone 3g dan Iphone 3gs lagi mereka tak pernah membuat tawaran. Seperti dijangka, kedua-keduanya akan mula memperkenalkan iPhone 4 kepada para pengguna pada pada hari ini Jumaat, 24 September 2010.
Iphone 4 asalnya sudah dilancarkan secara serentak di Britain, Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat pada 26 Jun 2010, tetapi seperti biasa Jepun negara yang terawal kerana perbezaan zon waktu siang. Kalau di sana, ratusan peminat Apple sanggup beratur panjang di sekitar beberapa bandaraya di negara-negara tersebut untuk menjadi kalangan orang pertama memiliki telefon bimbit terbaru iPhone yang dilancarkan di seluruh dunia pada masa itu. Bagaimana pula dengan bakal pembeli Iphone 4 dari Malaysia yang mula dijual hari ini? Pastinya ada yang dah guna Iphone dengan membeli dari Singapore contohnya atau pun buat tempahan terus di US sana.
Terus terang dikatakan, Iphone 4 merupakan satu fenomena di seluruh dunia, peminat Iphone 4 pun tidak kurang fanatiknya. Jadi jangan sampai disebabkan kita tergila-gila untuk mengejar teknologi, kita menjadi “papa” asal bergaya. Lagi satu kalau beli Iphone 4 setakat nak call, ambil gambar dan sms, pembelian Iphone 4 bukanlah sesuatu yang bijak untuk anda. Kalau dah beli, gunakan setiap aplikasi di dalamnya. Barulah berbaloi-baloi.
Maklumat lanjut sila semak di laman Maxis (Iphone 4)
Perang pemasaran untuk penjualan Iphone sudah bermula sejak dari semalam lagi, Apple dikatakan tidak berpuas hati dengan Maxis apabila mereka meletakkan harga di laman web Maxis sendiri terlalu awal iaitu pada awal minggu ini lagi. Drama persaingan di antara Maxis dan Digi bermula apabila Digi sudah pun memaparkan pelan yang mereka tawarkan kepada pengguna sebelum Maxis mula menjual kepada pengguna Iphone di Malaysia. Motif? Motifnya cukup mudah, produk Iphone 4 ini adalah terhad untuk mula dijual di Malaysia. Digi mula jual Iphone 4 selepas Maxis menjualnya. Ini dilakukan untuk memberikan pilihan harga dan pakej kepada bakal pembeli Iphone 4 nanti.
Pelan yang ditawarkan oleh Maxis VS Digi :
Maklumat lanjut sila semak di laman Digi (Iphone 4)
P/S : Berita penjualan Iphone 4 di Malaysia akan dikemaskini di sini daripada masa ke semasa.
PP/S : Kepada yang dah beli dan guna Iphone 4 ini, kongsikan review anda supaya dapat memberikan panduan kepada pembaca di sini sebelum mereka berkira-kira membeli Iphone 4
[poll id="132"]





{ 13 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Sesiapa yang duk kawasan yang ada 3g digi… pakej dari digi amatlah berbaloi2…
Tapi kalau duk area yang digi kurang coverage…. nasib ler…aku ada cadang nak sambak Iphone 4 satu
memang kena beli dengan diorang ke iphone nie? (sori, tak tau apa2 pasal iphone)
Aku sekarang ini tinggal kat Australia. Kalau ikutkan aku jenis tak taksub dengan gadjet sangat. Kalau minat pun, lebih kepada Iphone 4. Mungkin masa tu, ada benda lain lagi penting. Lepas wat research je pasal research daripada pelbagai smartphone yang ada…..aku akhirnya amik Samsung Galaxy S GT i9000. Much2 better than iphone4 n blackberry n htc desire. Skrin yang marvelous, besar, nipis. kelemahan dia, cuma takde flash sahaja tapi tu tak penting sebab henpon2 aku sebelum ini pun walaupun ada flash, aku tak pernah pun amik gambar waktu malam guna tepon. Apa-apa pun, jangan taksub sangat dengan iphone ni hanya kerana dia produk apple. Buat research dulu sebelum beli kalau tak menyesal!! Apple marketing memang tip-top. Itu yang buat ramai dok tunggu dan tak sabar nak beli.
Hehe….pesanan penaja daripada peminat baru smartphone gerek macam Samsung Galaxy S GT i9000 :ketawa :ketawamanja
Adakah maksudnya Digi offer Free for browsing tu? for real? I mean for package 88/138/238? dan apakah maksud internet quota kat situ?
bagaimana pula dengan speed?, ada tak limitation atau cap dari segi bandwith atau speed as per daily basis or weekly basis?.
kiranya kalau I dapat avg speed 900kpbs bila diukur kat speedtest.net (contohnya), dan pendownload tegar, dan setiap hari download say 700mb (which mean end of month would be 700mb *30 =21GB (eh betulke apa yang I paham) ,
so i dun need to worry lah that my speed akan kena cap, and that i can proceed my browsing walaupun dalam seminggu i dah guna 10GB bandwith continuesly after that for the said monthkan? confirmkah?
Internet overseas tu, adakah maksudnya kalau i pergi US, so whatever area yang i akan pi kat sana tu i boleh browsing? ke subject Roaming partner availibility ek?… selected operators tu apa maksudnya? adakah refer ke roaming partner ke whether we riding on their network atau, ada maksud lain? apa akan berlaku kalau di luar selected operator? adakah tak boleh browsing atau kena charge?
lagi satu kalau i pergi singapore so I agak2 kena rm36 max/day so I andaikan dia bukan charge bolat2 lah kan? maknanya kalau I pi singapore saya tidak dicharge terus rm36 but maybe base on kb ke kan? yelah kalau I pi singapore and browsing 30min je takkanlah terus kena rm38..
adakah charging tersebut juga apply kalau I pakai sim card yg kat iphone ni, dan I pasang ke telefon lain? macam telefon nokia ker? ye lah kat rumah ni suka kongsi2 telefon
sorilah banyak tanya banyak I curious dengan pakej yang ditawarkan. Banyak sangat offer, sampai I pun naek pening. Sape yang pandai dan mahir tolonglah jawabkan….Kalau clear semua, memang nak beli Iphone 4 ni
aku rasa htc lagi laju dari iphone dan juga skrinnya lebih besar (bergantung pada model dan hardware)…iphone cuma ada satu hardware sahaja kecuali model model previous … selalu juga menghadapi masalah hang…OS htc biasanya windows mobile atau android…winmo 7 pun nak keluar dah ni…interface dia cun juga…
makluma dr pengguna iphone 4, sim card jenis micro tak bo masuk phone biasa…
biasanya orang akan lebih excited bila ada barang2 branded..sebab tu orang lebih excited bila ada produk apple ni padahal kadang2 phone lain lebih baik dari iphone ni :berangan
betol lah 2, sape yang guna setakat nak call, sms, camera mmg membazir lah. lagi2 yang jarang WiFi (bcoz if compared to other smart phones, iPhone menang besar on web browsing)
UI iPhone kemas, tapi x berapa menarik kalau nak compare dengan Android on HTC. But the major advantage using iOS is the jailbreak ability. Means, user dapat guna banyak pirate apps for free. Bukan nak support piracy, but cuba fikir, larat ke nak bayar apps kat original apps store GPS (papago) worth USD59.99? Android rasenye xde lagi KOT benda2 macam jailbreak ni, kalau x silap la.
So, banyak la apps yang kita boleh guna. Kalau apps sket (kalau banyak pon, tapi sume LITE n TRIAL version yang bosan tu), memang cepat bosan dengan device tersebut. 2 yang nak beli phone baru tuh. Hahahaha.
Nway, there’s rumors going on in US, saying that the Apple-Verizon new iPhone will be release on January 2011. (Apple-AT&T version will be out on July) Nak tunggu atau nak beli iPhone 4 sekarang? Pikir baik2 ye~
aku tengok kat berita hari tu..maxis punyer iphone…berduyun2 org beli iphone…byk jugak duit diaorg?huhu.cuma iphone ni brand je mahal..tp mungkin ada yg lebih bagus lagi kan?
macamana dgn battery life iphone 4? hmmm..
alah, tu kau yang ske menunjuk.. sbb tu ckp camtu.. aku pakai iphone 4 xder pon rase bangge.. aku pakai sbb aku minat n aku nak pakai application2 die.. bg aku ip4 terbaik la.. tgk la market skarang mane tinggi?.. org skarang xbodoh la nk beli mahal2 tp xbgus funtion nyer..
btol tu… Aku pon skang nie gune Galaxy 5,, mmg best… Apps sume free… dh jatoh by kali n still ok lg.. *jatoh atas jln tar pon pnh.. haha.. ^^,
Alah membelI menang memakai, kwn dah pakai galaxy s ni dah masuk 2 tahun dah, old model but still userfull
, amat lasak pasal kwn pun lasak, kwn lanyak 100% part body , hardware,room, n tak pernah lepas dari update version release atau custom rom, bermula zaman version 2.1. Hinggalah gingerbread 2.3.6, hehe ni dalam proses nak upgrade ker ice cream 4.0 plak, aplikasi kwn pakai tak pernah bayar pun, just internet plan jer yg kene kuar duit, huhu. Citer byk tak guna, I love galaxy s