BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


(RED TUBE Malaysia) Laman Web Lucah Disekat?

by Staff Berita Semasa on July 22, 2010

in Keruntuhan Akhlak

laman-web-lucah2

Sebenarnya boleh sangat-sangat kalau nak banned laman web lucah dan porno ini. Tubuhkan sahaja sebuah unit khas untuk menguruskannya dalam MIMOS contohnya. Jangan buang sekerat jalan kemudian senyap macam itu sahaja selepas itu. Cuma nak tak nak sahaja. Memang bagus kalau dapat mengawal laman web lucah dan pornografi dalam internet.

Kalau tak boleh kawal 100% yang  sememangnya dilihat suatu  perkara mustahil, sekurang-kurangnya diakhirnya nanti “golongan bawah umur”  akan lebih sukar untuk di mengaksesnya………..Bukan mudah seperti yang berlaku sekarang

Ini tidak, cuba anda pergi CyberCafe, sedang sibuk anda berfesbuk contohnya, golongan anak-anak kecil yang baru sekolah rendah lagi sedang ligat melayari laman web lucah. Macammana tu? Yang tua-tua lagilah, semudah ABC untuk mereka mengakses. Semuanya di hujung jari. Itu sebab daripada peringkat nak kecil lagi, kita kena perhatikan fenomena dan gejala seperti ini, bila dah tua-tua baru nak cegah, masa itu fikiran mereka pun dah berkarat memang sukar diubah….Memang dahulu telefon bimbit merupakan satu pembaziran. Dunia dah berubah, telefon bimbit merupakan satu keperluan sekarang. Tetapi……ada sesetengah ibubapa “urban” belikan pula telefon bimbit yang canggih. Yang boleh rakam punya…….Lain pula yang “dirakam”……..

laman-web-lucah6

Imbasan semula kerisan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 10 tahun lagi dengan gelombang dan lamabakan laman web lucah & porno……

PUTRAJAYA 14 Julai 2001- Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad melahirkan kebimbangan terhadap bahan-bahan lucah yang berleluasa diedarkan kepada umum termasuklah ke peringkat kanak-kanak tadika. Menurut Dr. Mahathir, beliau terkejut dengan fenomena itu kerana maklumat tersebut diperoleh daripada cucu beliau sendiri yang menceritakan apa yang dilihatnya. Remaja, kata beliau, amat mudah terpengaruh dengan filem-filem lucah kerana bagi mereka, ia adalah sesuatu yang misteri dan baru. UTUSAN MALAYSIA

Kalau di Malaysia laman web lucah yang kerap dikunjungi oleh orang Malaysia adalah Red Tube. Itu belum ditambah lagi dengan majalah hiburan versi lucah. Tak perlu saya sebut, rasanya dah ramai tahu. Ambil gambar mesti kat tepi kolam, buka-buka sana, buka-buka sini. Kemudian budak sekolah pun beli, telan air liur mereka. Yang peliknya, lepas pula penerbitan majalah yang seperti itu. Dan terbaru, Tun dr Mahathir baru-baru terus gejala ini dipantau……

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu kerajaan menapis semua bahan pornografi di Internet yang kini sudah keterlaluan sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara ini. Beliau bimbang penyebaran bahan tersebut di Internet menjadi penyumbang kepada jenayah seks yang semakin lumrah sekarang. Pandangan beliau itu yang disiarkan dalam entri terbaru blognya, Che Det, menyatakan kemerosotan moral sepatutnya tidak dibenarkan dipromosi dan disebarkan melalui Internet. KOSMO

Sebenarnya sekarang ini (Internet Service Provider) sudah pun disekat. Walaubagaimanapun untuk DNS sahaja. Kalau menggunakan DNS luar masih boleh diakses. Mungkin nak tunggu tindakan kerajaan yang lebih tegas, mungkin lambat. Kita sendiri boleh buat sendiri.

laman-web-lucah4

Walaubagaimanapun usaha nak banned laman web lucah hanya dilihat usaha jangkamasa pendek sahaja. Banned satu laman web lucah, mereka boleh buat yang lain selepas itu. Ini realiti dan permainan mereka. Yang paling penting sekarang ini selain daripada usaha membanteras lambakan laman web lucah ini, pendidikan awal atau bimbingan daripada ibubapa itu sendiri memainkan peranan yang penting. Diperingkat anak-anak masih kecil, sepatutnya ibubapa tidak membiarkan anak-anak  menggunakan komputer di ruang yang tersorok. Anda faham maksud saya?

  1. Pada saya, adalah lebih baik jikalau komputer itu diletakkan di ruang tamu supaya apa-apa aktiviti anak-anak tersebut dapat dilihat dan dipantau
  2. Kebanyakan anak-anak kecil sekarang akan mengetahui “ilmu seks” daripada rakan-rakan mereka. Semakin membesar anak-anak itu, semakinlah cuba mendekati mereka. Jadilah “kawan” pada anak-anak tersebut. Mungkin apabila tiba masa yang sesuai ajarkan mereka akan pendidikan seks menurut lunas-lunas agama (termasuk yang halal dan haram + tekankan bahawa seks itu lebih nikmat dan diredhai jika diiringi dengan tanggungjawab). REMAJA melepasi tahap umur ‘akil baligh’ adalah golongan paling ramai melayari laman web lucah dan menjadi sasaran paling mudah disebabkan ‘ledakan perasaan’ yang cenderung kepada perlakuan seksual. Jangan biarkan mereka mendapat pemahaman awal tentang seks dari kawan-kawan atau internet. Ingat dunia hari ini tidak sama kehidupan orang-orang tua kita dahulu….
  3. Tak dapat tengok di rumah, mereka pindah ke CyberCafe
  4. Ini satu lagi hal, beli telefon bimbit buatan China, dapat pakej video lucah tempatan. Itu trend terbaru segelintir peniaga telefon bimbit tamak yang sanggup berbuat apa saja demi melariskan jualan mereka. Jadi ibubapa rajin-rajinkanlah semak telefon bimbit anak-anak anda……
  5. Tak dapat akses di Internet, mereka boleh cari pula lambakan DVD luvah di pasaran gelap dan terang. Memang tak mudah jadi ibubapa sekarang, banyak cabaran tetapi bukan masalah besar jika kita sedia tahu tanggungjawab masing-masing.
  6. Dan….penguatkuasaan konkrit yang pihak berkenaan amatlah penting boleh dilakukan secara meluas.

Industri seks di Malaysia bukanlah baru. A Samad Said dalam novelnya yang terkenal bertajuk `Salina’ pun dah ulasan isu ini. Dari bandar besar Kuala Lumpur, Pualau Pinang sehinggalah ke Johor Bharu, pusat pelacuran bersepah-sepah sekarang dengan hanya mengaburi mata pihak berkuasa dengan berselindung disebalik pusat spa, pusat istirahat, pusat karaoke dan hotel-hotel murah tidak dikira lagi. Daripada tontonan di laman web lucah sehinggalah aktiviti seks haram bukanlah asing bagi golongan muda-mudi sekarang.

laman-web-lucah5

Jika di negara-negara luar, industri pornografi inilah yang menguntungkan bagi negara-negara maju ini. Misalnya, di USA hasil industri pornografi inilah sumbangan terbesar KDNK negara terbait. Takkan kita pun mahu ke arah itu? Kalau begitu apa beza kita dengan mereka bukan? Laman web lucah adalah penjana ekonomi sedunia, adakah senang-senang kita boleh nak lupuskan? Sama juga nak hapuskan penjualan dadah dan senjata api.

“it’s a trillion dollar business”

Salah seorang peguam bernama Abu Backer Sidek pernah menyuarakan pendapat yang mengakui kerajaan memberi jaminan untuk tidak menapis internet mengikut Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees) yang bertujuan menggalakkan pertumbuhan syarikat berkaitan MSC di negara ini. Namun AKM 1998 adalah akta berkenaan undang-undang siber yang dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campur tangan kerajaan dalam memantau industri berkenaan yang mencakupi ruang lingkup kegiatan dunia.

Kepada ibubapa yang nak block laman web lucah contohnya boleh ikut cara di bawah (semak link website berikut) :

  1. K9webprotection
  2. Netdogsoft
  3. Jikalau yang ada banyak komputer menggunakan talian Internet di rumah boleh gunakan software untuk cybercafe management yang mana boleh membantu anda untuk memantau penggunaan komputer lain sebagi contohnya apa URL yang diawati oleh anak kita, walaupun anak anda sudah buang history URL.
  4. How to block a website
  5. Ada nak tambah?

P/S : Tindakan yang lebih baik dalam membanteras lambakan website lucah dan pornografi? Biarkan sahaja? Atau banteras secara habis-habisan. Kalau begitu, apa pula pandangan anda?


{ 12 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Sang Karipap July 22, 2010 at 12:27 pm

Baru nak heboh2 suruh sekat..padahal dari dulu lagi pun dah boleh buat. China pun dah lama dah sekat kebanjiran website2 lucah ni..kita baru nak heboh?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 007 July 22, 2010 at 3:53 pm

sebenarnya kerajaan mampu untuk menyekat.. Malaysia ramai pakar2 IT.. xde masalah kalau nak sekat.. Benda nie nak kena
‘hangatkan’. Bila dah hangat baru kerajaan bertindak….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Sang Karipap July 22, 2010 at 4:23 pm

007: sebenarnya kerajaan mampu untuk menyekat.. Malaysia ramai pakar2 IT.. xde masalah kalau nak sekat.. Benda nie nak kena
‘hangatkan’. Bila dah hangat baru kerajaan bertindak….  

Bila dah hangat…baru nak bertindak..jangan hangat2 tahik kobau dah le yob! Hahahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Malaysia Boleh July 22, 2010 at 7:14 pm

no wonder kalu tengok situasi sekarang

Top Ten Most Sexual Countries

10: Mexico
Want to take a sexy siesta? Meet people of the sun and fun in our No. 10 horniest country. Mexicans kick off our list of boot-knocking peoples, and they start from an early age. In fact, in May of 2008 Mexico City’s government distributed 700,000 copies of sex-ed textbooks to deliver to the city’s student population, well aware that the kids would be doing the horizontal tango one way or another. And when it comes to sex south of the border, there’s always a way. While prostitution is generally illegal in Mexico, it is legal in select cities like Tijuana where sex worker zones are set up for your benefit.

9: Switzerland
Sure, they’re politically neutral, but the Swiss definitely have an opinion about sex. That opinion roughly translates to: “Gimme more.” Apart from their regular bedroom feats, prostitution is also legal in this horny country. Every year 350,000 Swiss pay their own way for pleasure. With this level of commitment it’s no wonder they made our list of top 10 horniest countries.

8: Spain
In the land of Latin love, sex is a foregone conclusion. Its traditional, sexually charged culture has even gone through a modern update. Recently, it’s been reported that Spanish men have turned to our modern-day Spanish fly, Viagra, to please their ladies longer — even if they are fully capable of the act without the pill. Of course, this little enhancement makes sure they meet their own expectations as well, proving that this is definitely one of the horniest countries around.

7: Malaysia
In public, this country definitely appears conservative. For example, there was a recent controversy over whether sex education should be taught in high school or not — not exactly sexually liberated. However, behind closed doors lies (pun totally intended) the real story: Malaysians are swinging from the bedposts, and loving every minute of it. Occasionally we’ll get a glimpse of it – like when Malaysia’s Minister of Health was forced to step down after his homemade sex tapes made the rounds in January of 2008.

6: Italy
Many Italians live la dolce vita with sex high on their list of things to do on a daily basis. A poll found that 32% of Italians over 60 years old have sex regularly. It’s unclear if this means seniors are schtupping around the clock or once a week. However, one thing’s clear; their frequency in the sack helped give this country a spot on our list of top 10 horniest countries.

5: Poland
For a fairly conservative culture, Poland has earned a steamy reputation as one of the horniest countries out there. Poland has an annual Eroticon festival that showcases the latest and greatest sex toys and mechanisms in the adult industry. Even one of Poland’s politicians was caught in a sex scandal. However, the most obvious evidence of Poland’s hound-dog ways has to be the two Polish women who once held the world gangbang record, which they completed in their home country. Need we explain?

4: China
The more China’s Cultural Revolution thaws, the more its sexual revolution heats up. Want proof? Just in the past eight years, 5,000 sex shops have opened in Beijing alone. Plus, China even has a SEXPO, where Chinese residents come to check out sex paraphernalia. And with 70% of the world’s sex toys made in China, its horniest country status means that a good deal of their hard work won’t have to go very far.

3: Russia
Was the Cold War’s biggest secret that the Russians were having more sex than we were? Since the fall of Communism it looks a lot more likely that it actually was. Russian’s libidos are inspiring them to fill tons of new Moscow clubs and bars where hookups are a nightly pastime in this horny country.

2: Brazil
Considering this is the birthplace of the thong, it makes sense that sex is as essential as breathing in Brazil. This horny country’s beaches are filled with gorgeous women and during its annual Carnaval even the most stubborn inhibitions disappear and this destination proves its spot on our top 10 horniest countries list.

1: Greece
This country has a long tradition of sex that dates back to ancient times — these are the guys that brought us pederasty and Sapphic love. With its temperate Mediterranean weather, beaches and tons of islands, Greece’s ingredients make it the No. 1 horniest country in the world.

Malaysia pun ranking pun boleh tahan…. :joget

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 duniacpa July 22, 2010 at 8:23 pm

haha..memang susah nak bendung laman web seks ni..bak kata admin, tutup satu, 10 lain bukak. benda macamnih memang payah.Software yang ada pun susah nak bendung..

Cuba guna data sikit..software yang dipakai tu boleh trace apa yang pengguna taip..so, boleh la trace laman2 web macamtue.xpayah nak cari satu2..payah..kekadang nama laman web pun bukan macam porno, tp porno sebenarnya..contohnye sabul..dengar pun xde selera..tp video2 dia buat orang selera pegi sana..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 nadiah July 22, 2010 at 9:55 pm

Salam alaik..betullah… :tepuk

tapi..kita bukan setakat perlu kawal…tapi hapuskan je terus!!.. :tembak

sebabnya,utk apa video2 porno tu berlegar lagi dlm alam maya,bila kita dah tahu apa implikasinya?Bak kata ckgu sy,tak perlu la kita tgk vdeo2 camtu..tak perlu kita kata nak tahu ttg seks,dll..sebabnya mende tu berlaku dlm khidupan sharian kita..yg berkeluarga,sudah tntu tahu dan sudah rasakan pengalamannya.Yang belum pula,benda itu akan pasti terjadi.jadi,utk apa lagi kita explore sesuatu yg tak patut camtu?..hmmmm….

tapi,betul juga apa yg “duniacpa” kata…mmg senang nk sekat keyword lucah..cumanya skrg ni,yg tak lucah pun boleh jd lucah!… :tahan

in addition,unsur2 seks dah boleh kita lihat kat mana2 shj..contohnya,dlm search engine sndri..yahoo.com..belum layari apa2 lagi,kita dah boleh jamu mata dgn macam2 imej yg tak sepatutnya..hisyh…pastu,dlm youtube,lain yg kita nak cari,lain pula yg kluar..paling tidak,mesti ada satu dua vdeo porno yg akan terbit..hisyh..susah sgt..Sesungguhnya dakyah Barat mmg sgt berleluasa,dan usaha mereka boleh dikatakan berjaya….huhh…

Semoga saya dan kita semua terpelihara daripadanya…

p/s: dear pengarang..sy stuju la.Majalah versi lucah..kalau sebut pasal kolam2 renang,hah,,da dapat agak dah..tajuk majalah,guna nama buah2an..tapi takde kaitan langsung..sakit mata tgk artis2 bergambar camtu..Apa nak jadi?Dengan sendirinya menjatuhkan martabat bangsa Melayu… :sedih

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 krel July 23, 2010 at 2:08 am

Bro Malaysia Boleh..maner ko dapat data2 tu? :curiga
Setahu aku no.1 Belanda..sebab industri seks mereka memang bebas..yang aku pelik USA xda, tu belum Thailand, Filiphina sedankan Jepun pun ada industri seks diorang..agak2la nak buruk negara sendiri..ke kau memang bukan orang Malaysia..saja nak burukkan negara ni? :tembak

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 jat-jat July 23, 2010 at 5:16 pm

tengok la iklan-iklan kat tv pun…
mcm dah bnyak yg promo ttg seks je… pil itu la.. pil ini laa… kopi itu la… kopi ini laa… bosan dah… haha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 Linda July 24, 2010 at 7:46 am

hanya kerajaan yang sayangkan generasi akan datang, yang sayangkan agama bangsanya, yang sayangkan negara tanah tumpahnya, yang sayangkan anak-anak kecil yang inginkan keselseaan hidup di dunia akan datang akan membenteras hingga akhir zaman.
Kerajaan yang mengejar harta dunia semata-mata dan korup saja tidak menghiraukan hal yang remeh itu katanya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 geleng2 July 26, 2010 at 1:31 pm

subhanallah…inilah lambakan pra bencana.dunia moden yg bakal kita tempuh setelah dgn bangga kita mengaku yg kita setaraf dgn kemajuan arus permodenan yg tiada sempadan .Kononnya tiada apa yg tk dpt kita capai melalui internet….walhalnya inilah padah yg terpaksa kita terima! Dah sampai “hal dlm kain orang tua pun anak2 sekecil darjah 1 pun tahu” baru nak sekat la..cari punca la..tutup kedai Cyber la..sekat budak bwh umur masuk/ekses.Nak buat ke Benda!! Nasi dah jd bubur! Aduhai tok menteri sekat dan fikirkanlah komplikasinya seawal pangkal.Ini dah parit menjadi laut nak benteng mcm mana? Tengok je gaya sosial artis2 kebanggaan malaysiacontohnya.Nak naik pentas baju yang berekor pulak menjela2 labuhnya.Yg kat dada terdedah,terjojol dan tersepit tk cukup kain.Yg veteren pula tk jemu2 nk bersaing dgn yg muda.Bila berucap tk henti2 menyebut nama ALLAH tapi Hakikatnya bila berjln ats “red Carpet” tu Akulah Yg DARING.AKulah yg SEKSI.Siap ada pertandingan lagi! Bab budak2 merogol ni pulak.Cubalah ambil tindakan yg lebih drastik! Ianya dah jd barah yg cukup kronik.Kes merompak,Polis jg yg di pertnggunjwabkan.Kes langgar lari Polis jg kena cari.Kes rasuah Polis jg.Kes buang bayi,Polis jugaa!Kenapa tidak IBUBAPAK yg kena jawab! Walhal yg membuat dan kena buat semuanya anak orang.YG ada MAK BAPAK! mereka inilah yg sebenarnya wajib memberi didikan dan pelindung awal dari gejala2 ini semua.Ini bila ada kes merogol,kes berkhalwat ke,mangsa dah tentu jd tk keruan sudahnya.Yg Lelakinya senyap tk dikesan.Mak bapak pula start la salah kan si anu si anu.Sepatutnya mak bapak inilah yang d seret sama k muka pengadilan kerana gagal mendidik anak menjadi Orang.Jangan salahkan pihak lain! Ingatlah Kat akhirat nanti inilah hukumanNya jua.Dah nyata sekarang semua makbapak rata2 mengelak dari di tuduh dan di persalahkan.Alasannya Sibuk bekerja cari duit.Berkat ke duit yg di cari sekiranya lain2 hal di perlekehkan.Pendekata sayangkan negara,inilah tindakan yg patut.Sayangkan agama inilah didikan yg patut kita utamakan.Cukup2 lah gaya pakaian yg lebih keberatan di agung2kan.Meleset ke ekonomi kita kalau rakyatnya tak berseluar ketat.Berbaju ala tarzan dan seperti tk cukup kain.?Tok2 menteri yg punya kuasa tu TOLONGLAH…tk payahlah bincang sana bincang sini…tk ada sudahnya pun!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Rakyat Kelas Tiga October 17, 2010 at 8:59 pm

Dunia semakin menuju ke akhir zaman. benda-benda maksiat macamni semua memang mustahil dapat dihapuskan. Apa yang penting ialah sesiapa yang rasa dirinya nak selamat di dunia dan di akhirat belajar2lah mengawal diri sendiri, perbanyakan mendalami ilmu agama dan bertaqwalah kepada Allah. Sebagai contoh lihatlah bagaimana kehidupan saudara2 muslim kita yang tinggal di negara2 barat yang masalah sosial dan gejala maksiat ni sentiasa berleluasa namun kepada yang beriman dan bertaqwa lantaklah berapa ramai mek salih yang berbikini dan telanjang didepan mata namun mereka tetap meneruskan kehidupan harian seperti biasa tanpa bising, komplen dan memburuk2kan orang lain. Apa yang penting mereka sentiasa menjaga amal ibadat masing2. berbanding di Malaysia ni ramai sangat yang suka komplen itu dan ini namun nafsu serakah diri sendiri pun masih tak terkawal, siang malam asyik sibuk nak menghukum salah silap orang lain jer….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 MiMi June 21, 2011 at 7:54 pm

the parent should subscribe TM Online Guard..
the guide is search “tmbill” in google..then login tmbill..and find word with click “Subscribe to Online Guard”…and follow the rule..good luck..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: