BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Kes Liwat : Rayuan Peguam Negara VS Bebas Anwar Ibrahim?

by Staff Berita Semasa on July 12, 2012

in Malaysiakini BM

Malaysiakini BM : Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.Ketua bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said mengesahkan petisyen rayuan telah difailkan semalam.

Dalam SMS jawapannya kepada Malaysiakini, beliau berkata ia telah difailkan dan terdapat beberapa alasan. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan alasan rayuan itu.

Pihak Pendakwaan mempunyai sehingga esok untuk memfailkan rayuan selepas semua pihak telah memperolehi penghakiman bertulis oleh hakim Datuk Hakim Mohamad Zabidin Md Diah. Hakim Zabidin mengeluarkan penghakiman bertulis Isnin lalu dan pendakwaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan rayuan. [Malaysiakini BM]


{ 1 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat Ini. Komen Anda Pula? }

1 Prince Noob July 12, 2012 at 4:41 pm

mohon saipool bukhari dok diam2 dan carik kerja kat gomen ke, arkitek ke, jurutera ke, cashier jusco ke… kami sudah bosan dengan kisah2 anda… belajar dari sukma darmawan, sekarang senyap je lepas orang dah bosan dengan cerita liwat korang ni

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: