Kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda ranking terbaru universiti bagi tahun 2011 diMalaysia.Ramai sudah rasanya yang mula mendaftar kembali ke universiti masing-masing setelah lama bercuti bukan?
Bukan senang universiti dari Malaysia nak masuk dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia.Universiti Malaya berjaya menduduki tangga 180 pada tahun 2009, sebelum jatuh ke tangga 207, untuk tahun 2010.Dan untuk tahun ini,Universiti Malaya kembali didalam kelompok 200 universiti terbaik dunia iaitu pada kedudukan 167.
Berikut di bawah adalah kedudukan beberapa universiti Malaysia di ranking kedudukan universiti terbaik dunia 2011:
Syabas kami ucapkan kepada Universiti Malaya yang kembali dalam kelompok 200 universiti terbaik dunia.Namun masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk mengatasi ranking universiti-universiti dari Asia yang lebih baik.Walau apa pun, pendapat kami, ranking universiti ini hanyalah satu pencetus semangat.Apa yang penting,tidak kira dimana anda menerima ilmu,ianya tetap berguna untuk anda .
P.S.Ranking universiti anda dimana?


{ 38 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
UiTM S’pore telah terkeluar daripada carta..
U saya UKM..jatuh nampaknya ranking UKM ni…apa kayu ukur dalam menentukan ranking ni ye?
UM…..BUDAK2 KAT SANA BYK YG MURTAD….
Watpe masuk university. Nanti masuk kubur tak ditanya lah blajar kat mana.
Belajar ilmu tak perlu masuk U. Belajar buat roti canai pun dikira ilmu jugak, dituntut dalam Islam.
bukankah kita di galakkan menuntut ilmu, pernah tak sedara dengar pepatah, belajar biarlah sampai di negeri china, tahukah dulu, umat islam berebut-rebut ingin belajar dengan tokoh seperti ibnu sina dan al-khawarizmi, tahukah sedara islam tawan contantinople kerana ilmu, gemilang empayar abbasiyah kerana ilmu, menangnye islam dalam perang salib kerana ilmu, mempelajari ilmu itu suatu pahala.
dan ketika mati, salah satu soalan adalah, apa yang dilakukan oleh kamu pada zaman muda kamu?? elok jika ketika belajar ilmu pada zaman muda ini untuk mengagungkan kembali islam dan menghapuskan israel dan illminatti..
jenis org xde wawasan cmni la….ilmu 2luas….xkn abs blajar pn…universiti adalah salah satu tmpt utk bljr ilmu…universiti yg bagus menitikberatkan cara pendidikan, disiplin n akhlak pelajarnya…sbb 2 org pilih yg terbaik….klu ko rs leh blajar teori graviti, organic chemistry, biology, engineering kt gerai roti canai ko 2 silakan….. :p
tahniah um…
hakikat ketamadunan malaysia semakin parah…
kualiti mahasiswa semakin hampeh…
dapat 4.00 cgpa pon lum tentu berguna…
sukar untuk mencari seorg mahasiswa yang betul2 seorang pejuang..
bagaimana nak membangun kerana mahasiswa kita hanya pandai cakap dan xtahu melaksanakan task2 pembangunan masyarakat malah kelihatan hanya pentingkan diri sendiri/untung diri sendiri..
punca faktor utama kelemahan ekonomi umat islam/ malaysia pada hari ini dibandingkan dengan Kerajaan Othman ?
jawapannya :
i) Kurang ilmu pengetahuan (hanya mahir 1 bidang)
ii) Tidak mempunyai kemahiran teknikal (tidak tahu cara melaksana )
iii) tidak mempunyai kepakaran
Xde kemahiran teknikal xpe bole belajar time keje. Masalahnya ramai juga yg xbole continuous learning. Dah dapat keje, xde follow up…
setuju tu,pekerja junior aku ade yg dh keje dkt setahun tp still lg ngn perangai kat Universiti. masuk keje lmbt sm mcm kat kuliah,nk kne ketuk dlu baru b’gerak wat keje & xnak pikir utk cari solution kat b’hadapan ngn masalh.xubah perangai ms kat U dlu..tension aku psl keje aku lak yg jd b’tambh..huhuhu
Kome
rank nie penting ke?klu rank 1 pon,byk tanam anggur nak buat ape?
fahamkan maksud rangking sebelum buat kenyataan begitu..
Ranking bagus untuk menentukan tahap pengurusan dan akademik sesebuah universiti. Pasal student sekarang tak macam dulu tu hal lain. Kerajaan dan suasana yang akan menentukan bentuk rakyatnye..
skang ni ranking U kat malaysia ni dah x guna.klu masuk U pun tapi otak xnak blaja, sama jgk bangang nye.mana2 U pun sama.xkira ranking ke brp.klu dah bengap 2, bengap jgk la
salam,
manisnya bahasa sedara ikut la tak LAYAK masuk U… kalau orang sudah tidak mahu belajar, tentu la dia pergi kerja, yang masuk U tentu la nak belajar, yang membezakannye adalah komitmen yang diberikannya.. sabar ye sedara, tentu ada hikmahnye sedara berkelakuan sebegini..
tahniah2 kepada uni yg terpilih..yg tak terpilih…kena berusaha lebih sikit…
Well Done UM!!!!!!
Tapi aku pelik, kenapa bile time UM naik, x banyak publisiti diberikan..
Tp bila time merudum, semua bising….
ranking bergantung pd research student, BUT majority research yg berkualiti dr student adalah berpunca dr pengorbanan lecturer jugak.. percaya cakap aku.. mmg dah banyak berlaku depan mata aku sendiri.. student ambil masa lama kalau bergerak sendiri..
so, kalau nk university naik ranking laju, hire the true lecturer yang dahagakan research for mankind dan bukan dahagakan gaji/duit sahaja..
dan untuk hire the true lecturer pula, serah kepada orang yang bertanggungjawab memberi jawatan kepada yg pemohon lecturer.. interview, experience, hands on, etc, kena ambil kira..
sebab tu apabila wujudnya projek research baru, janganlah hanya memuji student sahaja, tetapi jgn mengendahkan supervisor/lecturer yg guide..
p/s: sekiranya terdapt student yang mampu hasilkan research berkualiti TANPA bantuan lecturer (sesetengah lecturer sibuk dan tak sempat bantu), ini bermakna student tu BOLEH pergi lagi jauh jika dapat lecturer lain, the REALLY EXPERIENCED lecturer/supervisor yg sanggup tolong..
komen orang yg pendek akal….
kena hantar sesorang utk ngajar dia nyangkol kat tanah sekangkang kera tepi rumah dia ni….
macam sakit hati jer….
lawak mat sabu la ni…ha ha
Betolla, watpe masuk universiti.
Kalau jadi kaya sekalipon, buat buleh bawak masuk kubur pon.
Skarang buku bersepah-sepah. Online lecture berlambak-lambak. Lecture notes, sumer ada. Kalau stakat nak ilmu tu, takyah la nak hutang 20ribu amik PTPTN masuk U. Ngadap internet 24 jam belambak2 ilmu boleh dapat.
Lagipon orang Melayu ni ramai dengki. Bila orang tu berjaya, dia akan cakap:
1. Kroni
2. Harta sumer xleh wat masuk kubur.
Melayu xyah la masuk universiti. xyah ada cita-cita pon takpa. Bagi Cina, India, ngan foreign student je penuhkan university.
kau memang xsuke tengok bangsa kau maju ke?ni lah salah 1 produk yang barat suka ni…kalau kau takde pelajaran..kau cakap ape pun orang xnak dengar…nickname dah bagus da..bila keluarkan pendapat macam xkena je dengan nickname kau ni..
orang lain cakap bangsa kau lemah,pemalas,dengki-mendengki,lembab…kau suka la kot..aku bangga aku melayu dan aku bangga aku masih menuntut ilmu.aku bukan pemalas,aku bukan bodoh dan paling penting…aku tak suka bangsa aku takde cita-cita macam kau!jangan malukan bangsa aku boleh??
Rasullah waktu pertama kali dapat wahyu pown mengenai ilmu, nnti kat akhirat nnti pown allah tanya juga mengenai ilmu… Nmpak sangat larh ilmu amat penting sunnah aper kebenda nyer klau pasal nie pown x tau… Cakap x serupa bikin masok kubur x bawak harta larh… Mmg kita x bawak harta tapi allah akan tanya harta kamu digunakan untuk aper?? Kalau setakat buat roti canai tu alamat nyer kene jajah balik larh negara kiter yg merdeka nie… Hmm lagi satu selagi kiter menuntut ilmu selagi itu malaikat akan menaungi kiter… Jadi tuntut larh ilmu serta untuk duniawi dan ukhrawi utk mengembalikan kegemilangan kerajaan islam terdahulu
betul 3x
Tahniah kepada seluruh warga UM. Saya bangga sebagai bekas Student UM
ye lah bro..
tak payah belajar lah ilmu dunia ni eak….
tak payah kerja lah kita nanti…
makan pun, kita tunggu jer lah org bagi…
elok lah kita beribadat jer sepanjang hidup kita…
kita tak payah kejelah..kita berdoa jerlah..kut2 Tuhan turunkan makanan kat kita..
ilmu didunia ni bukan bolih bawak kedalam kubur pun…!!!!!
Ko ni tak paham bahasa jugak ye. Aku tak cakap pon jangan kijer. Aku cakap xperlu masuk universiti untuk dapatkan ilmu. Dan, mana boleh tunggu orang bagi kita makan. Kita mesti la kijer untuk sara hidup.
Belajar elok2 sampai SPM/STPM pastu buat bisnes, pon boleh berjaya. Tak perlu masuk universiti pon. Pastu kijer pon takat boleh hidup sederhana je tak perlu nak kaya raya. Bukan boleh bawak masuk kubur pon.
Skarang ni orang masuk universiti bukan sebab nak kejar ilmu. Tapi sebab nak dapatkan sijil sebagai jaminan nak mintak kijer.
jika kita kaya, kita boleh membantu umat Islam jua, jika kita tiada ilmu dan harta dunia bagaimana kita hendak membantu, adakah doa saja memadai, ingatkah sedara, ntuk mengubah sesuatu kite kena berusaha.. ingatlah pengorbanan saidina khulafa-khulafa ar-rasyidin yang mengorbankan harta mereka untuk umat Islam, ada sebab allah wujudkan banyak harta di dunia, umat islam perlu menguasai dan menggunakannya untuk Islam. Dan jika sedara takn nak masuk U, jangan sedara bising kalau semua orang berilmu, semuanya orang kafir, sekarang ni syaratnye semuanya perlu ade ijazah malah ahli politik pun. bersaing dalam perniagaan bagus, U bukan sahaja platform mendapatkan ijazah malah mendapatkan rakan, businnes partner, rakan seperjuangan, membina diri sendiri, mengerti keadaan dunia sebenar dan sebagainya..
alah…pandai je ckp msuk u sbb nk sijil….abis 2 ko blajar smpi spm 2sbb pe? sbb nk sijil gk kn? pooodah !! :p
guna akal la klu nk ckp….smakin tggi kta bljr makin byk kita bljr wlupun niat nk dptkn sijil, nk keje….
cuba ko pk…ni contoh….time interview ada dua org budak sm2 pndai wt keje….sorg ada spm…sorg lg ada dgree…ko rs yg mana lg bagus?
Salam..
Apa yg saya tau,… kayu pengukur untuk masuk dalam ranking universiti terbaik dunia ialah universiti itu mestilah universiti yg diktiraf sbg universiti penyelidikan…
1. Universiti yg byk membuat penyelidikan R&D pastu yg dapat
mengharumkan nama negara dan diterima diperingkat antarabangsa..
2. Ramai mengambil pelajar pasca siswazah (50) dan Pasca Doktoral (50)
3. Universiti tu ramai pensyarah berkelulusan PhD.
4. Mewujudkan pusat kecemerlangan.
5. Universiti banyak hasil penulisan jurnal yg diterima diperingkat
antarabangsa.
6. Menerima ramai kemasukan pelajar asing diperingkat antarabangsa…
Jadi UM,UKM,UPM dan UTM kenelah pertingkatkan lagi perkara-perkara yang dinyatakan di atas..USM telah keluar dari universiti penyelidikan dan telah diiktiraf sbg universiti Apex tahun lps…Harap info ini dapat membantu saudara kayu pengukur ranking universiti diperingkat antarabangsa. Klau ranking universiti kita jatuh bukanlah bererti universiti kita tu teruk..tapi pihak universiti perlu melakukan penambahbaikan dgn meningkatkan kriteria di atas supaya tersenarai semula dalam ranking antarabangsa.
universiti tak bagi kita pekerjaan. Ia bagi kita ilmu. Jadi soal tanam anggur tu adalah effort individu. Jangan blame universiti kalau manusia menganggur. Allah bagi otak, pakai!
bukan TAK PERLU masuk U untuk dapat ilmu, tapi TAK SEMESTINYA masuk U baru dapat ilmu. ada orang PERLU masuk U dan ada orang TAK PERLU. Kalau kau TAK PERLU jadi jgn cadangkan semua orang pun TAK PERLU. Mungkin kau dah bijak dan dikurniakan ilham semulajadi daripada Allah untuk jadi manusia terbaik dalam dunia ni sampai TAK PERLU masuk U. Tapi mungkin ada kawan kau yang serba lemah dan PERLU masuk U baru sampai tahap macam kau.
Dalam kubur memang tak ditanya U mana kau masuk. Tapi dalam kubur akan ditanya soalan2 yg mungkin bila orang tu masuk U baru dia dapat jawab. Mungkin ada orang yang masuk U baru dia dapat nur dan hidayah Allah. Jadi disebabkan dia masuk U maka dia dapat jawab semua soalan dalam kubur tu. Universiti tempat orang bodoh belajar, orang dah pandai tak payah masuk U.
Kalau ko pernah kenal 100 org budak U yang belajar sebab hanya nak sijil, janganlah hukum semua sejuta orang lain yg masuk U dengan hukuman yg sama. AKu pun boleh cakap begitu – hanya sebab aku kenal sorang budak nama SUNNAH yang jahil marakap dan kufur nikmat, maka aku cakap semua budak tak masuk U tu jahil marakap. Padahal yg jahil tu si SUNNAH sorang aje. Hehehe .. contoh aje ek..
Finally, jangan sempitkan Islam. Sangatlah bodoh utk mengeluarkan statement bahawa dalam kubur tidak disoal di mana belajar. Ilmu ini konsepnya luas. Apa yang kita bawa dari dunia, itulah bekalan kita ke akhirat. Dunia membina akhirat. Mungkin kerana Universiti, maka kamu berjaya menuju akhirat, atau mungkin tidak. Mungkin juga di luar Universiti,kamu berjaya menuju akhirat atau mungkin tidak. Jadi jangan perlekehkan salah satunya. Allah itu adil, kita yang lemah dan selalu membodohkan ilmu Allah.
Apa yg kita fikir tak semestinya betul. Di universiti kami diajar konsep ini.
Salam.
Tahniah!.. Bangga Aya jadi Bekas graduan Universiti Malaya..
student kat universiti ni ramai jual badan kat luar….duit ma bapa tak cukup…last2 keluaran universiti kat malaysia semua cap kangkung….CGPA 2.0 tapi seks 4.0……tahniah…..tui…tui….
ceh….
berapa kerat je yg jual badan semata2 kerana ilmu
mrk sanggup buat begitu kerana ilmu
walaupun cara tu berakhlak dan salah disisi agama
aku percaya kat luar sana ramai yg jual tubuh sbb xda pekerjaan
mmg lah U ni bukan agensi mencari perkerjaan
tp dip atau degree ini ibarat tiket utk mendapatkan kerja
ilmu yg diterima dlm U korang xkan dpt kalau x masuk U.
sedangkan kita nak beli makanan pun akan tengok ada logo JAKIM atau x utk mendapatkan pengesahan agar makanan tu halal dan berkualiti.
begitu juga dengan mrk yg masuk U untuk mendapatkan pengiktirafan didalam bidang yg mereka belajar
ia juga diibaratkan mrk yg belajar disekolah tafiz dan pondok pastinya ilmu agama mereka lebih tinggi
walaupun ilmu agama tu kita boleh dpt sekadar membaca didalam internet mahupun buku.
kalau korang xnak masuk U kitorang x halang pun
tp jgn nak perlekehkan kitorang yg berkorban masa bertahun dan ribuan ringgit ni utk mendalami ilmu di U.
di U ramai pensyarah bertauliah mahupun ustaz yg menjadi pendidik dan pembimbing utk kitorang.
*menuntut ilmu itu suatu ibadah
pembetulan
aku tertinggal “tak” pada baris KE-4
ceh….
berapa kerat je yg jual badan semata2 kerana ilmu
mrk sanggup buat begitu kerana ilmu
walaupun cara tu TAK berakhlak dan salah disisi agama
……
Tahniah UM