BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Raja Gula Malaysia, Ada Apa Pada Nama?

by Staff Berita Semasa on January 9, 2011

in Isu Semasa Terkini

Kalau dahulu keluar sahaja senarai dan kedudukan orang paling kaya di Malaysia, kalau tak raja gula malaysia tak pun bekas raja gula Malaysia yang mana gelaran tersebut disandang oleh Tan Sri Robert Kuok. Tan Sri Anda Krishnan ada potong sekali Tan Sri Robert Kuok punya kedudukan, tak silap tahun 2008 bukan? Ramai yang beranggapan yang Tan Sri Robert Kuok hanya buat bisnes gula semata, tu yang jaid kaya. Hakikatnya empayar perniagaannya cukup besar.

Sama juga dengan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Siapa yang tak kenal beliau? Seorang individu yang bermula daripada bawah sehingga beliau berjaya menyelitkan diri daripada kalangan orang paling kaya di Malaysia. Siapa boleh pertikaikan kejayaan. Okey, itu fakta.

  • Kami melihat apabila Raja Gula Malaysia sebelum ini, Tan Sri Robert Kuok berkuasa, harga gula memang cukup stabil. Jarang-jarang sekali dinaikkan harga.
  • Masalah kenaikan harga gula yang kerap mula timbul apabila Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mengambilalih

Antara senarai syarikat yang sekarang ini sedang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar ketika ini :

  • DRB-HICOM
  • Tradewinds
  • MMC
  • PTP
  • Roti Gardenia
  • Padini
  • Gas Malaysia
  • Hotel Istana
  • Malakoff
  • Gamuda
  • SMART
  • Projek Landasan Keretapi Berkembar
  • Projek Jizan City
  • Senai Airport
  • Bernas
  • Gula Padang Terap
  • Projek Hidrokarbon Yan

Dan sekarang ini Syed Mokhtar nak kuasai 100% pengangkutan perairan pula! Yang mana sasarannya adalah Perlabuhan Pualau Pinang. Tak kira samada Cina, Melayu atau India jika benar nak monopoli bisnes gula ini sekalipun silalah menjadi player yang bagus. Bukannya menkederah pengguna anda.

  • Adakah tiada perasaan malu apabila sudah menjadi kaya-raya masih lagi mengharapkan bantuan kerajaan sedangkan rakyat di bawah masih hidup melarat?
  • Adakah begini caranya si kaya-raya yang berniaga atas nama “subsidi daripada kerajaan” sedangkan rakyat di bawah masih terkebil-kebil terutamanya golongan miskin dan pertengahan yang terhimpit terus “ditelan subsidi” mereka
  • Tak bolehkah kekayaan negara diberikan secara adil. Kenapa kebanyakan bisnes di Malaysia masih boleh dimonopoli oleh sestengah individu yang tamak haloba atas nama kroni? Rakyat Malaysia yang lain tak boleh merasakah limpahan kekayaan negara? Sepatutnya apa-apa bisnes atau kontrak berilah secara adil dan dengan adanya persaingan rakyat juga yang untung, cukai kerajaan tetap dapat. Tetapi kalau fikir dan songlap atas, songlap bawah, sampai bila-bila sesuatu akan dimonopoli oleh sesetengah individu

Kami nak tanya adakah dengan adanya sesebuah yayasan kebajikan bukan je untuk rumah anak yatim, rumah orang-orang tua, pelajar-pelajar miskin Islam dari Malaysia, Thailand melayakkan seseorang untuk conquer sebahagian besar bisnes-bisnes yang ada di Malaysia? Jangan katakan Robert Kuok ataupun Syd Mokhtar Al-Bukhary, malahan ramai lagi yang boleh kaya dan jadi billionaire seperti mereka ini jika diberikan peluang untuk menjalankan kaedah bisnes seperti ini :

  • Kalau berpuluh tahun monopoli sehingga digelar Raja Gula Malaysia diberikan kepada anda, bukan sahaja Robert Kuok dan Syed Mokhtar, anda pun boleh jadi billionaire
  • Kalau tenaga macam diesel proses kilang gula anda pun, kerajaan masih memberikan subsidi (guna duit income tax rakyat) anda tak boleh jadi bilionaire? Mustahilkah?
  • Begitu juga bilionaire YTL , Tan Sri Francis Yeoh. Kalau anda boleh cari duit buat IPP kemudian kerajaan bagi subsidi berbelas bilion dalam pelbagai bentuk untuk bisnes anda, kami nak tanya anda boleh tak anda jadi kaya?
  • Kemudian contoh senang lagi, kalau esok-esok anda nak buka ladang bunga di Cameron Highland contohnya tanpa sedikit pun diganggu PBT atas nama kroni, anda tak boleh jadi kaya?
  • Dalam masa yang sama pernahkah anda terfikir di sudut yang lain, kenapa agaknya kerajaan asyik tangguh sahaja setiap kali membincangkan gaji minimum di Malaysia? Kemudian kenapa agaknya kerajaan tidak membenarkan pekerja kilang elektronik menubuhkan Union ataupun kesatuan? Apa sebabnya?
  • Kenapa kerajaan mudahkan Bangla dan Indonesia masuk kerja di sektor-sektor pembinaan, sebagai contoh situasi yang berlaku sekarang? Apa sebab? Cuba perhatikan pemaju-pemaju yang “berjaya” lari meninggalkan 120,000 unit rumah/apartmen terbengkalai (mengikut statistik 2010) dan bank pula terus minta duit pembeli?
  • Semua bisnes besar-besar ini milik siapa?

Aaa….ah kami dah tersasar jauh daripada landasan tajuk asal hari ini. Memang misteri kenapa Tan Sri Robert Kuok melepaskan empayar gula yang tidak dapat ditandingi. Malahan ia boleh dikatakan inilah antara Skim Cepat Kaya versi VVIP yang menguntungkan. Tapi tak mengapalah, lagipun benda dah lepas. Tengoklah macam mana empayar Tan Sri Robert Kuok dibahagikan :

Majoriti masuk FELDA, sebahagiannya pula masuk TradeWinds yang mana dikuasai Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Dalam dalam masa yang sama  Bernas di bawah taklukan Tan Sri Syed Mokhtar. Sepatutnya , kalau Felda yang kawal mestilah menjaga rakyat bukan? Hasilnya?

  • Syed Mokhtar dapat Bernas. Tiba-tiba orang Kedah sendiri mengadu sehingga masuk TV3, suku belian Bernas daripada pesawah adalah rendah, reject rate tinggi aripada kebiasaannya. Ini namanya continuous cost efficiency
  • Syed Mokhtar dapat gula daripada Robert Kuok. Malaysia import 1 juta tan. Tiba-tiba Robert Kuok pergi beli sucrogen dari Australia. Siapa kow tow siapa sekarang? Takkan nak beli gula dari Brazil kot?

Kami ingat lagi, walaupun harga gula naik semasa di bawah Robert Kuok masa lepas, kerajaan tetap tidak mahu naik harga gula. Tan Sri Robert Kuok dilihat true player market gula yang dapat stabilkan harga ikut hasrat kerajaan berpuluh-puluh tahun. Bagaimana beliau boleh kawal harga gula di Malaysia? Begini caranya. Robert Kuok bukan semuanya tak betul, tetapi ada juga bagusnya beliau ini. Begitu juga dengan Syed Mokhtar. Tetapi, sekarang ini sejak Syed Mokhtar ambil alih bisnes gula di Malaysia, harga gula pula dibenarkan naik berkali-kali. Apa maksud semua ini? Mana pegangan kerajaan dahulu yang menjaga kepentingan rakyat?

Beginikah cara berbisnes? Teknik berniaga yang digunakan sekarang, mudah sangat. Kalau dah tak mampu, sembelih sahaja rakyat. Kemudian canang 1Malaysia supaya rakyat semula kurangkan gula (tak baik umtuk kesihatan). Propa……

  • Harga petrol / kereta / tol / air / gas /elektrik naik, pasal nak selamatkan bumi
  • Harga roti/ beras naik, pasal nak kurangkan berat badan kamu, jaga kesihatan kononnya
  • Bayaran perubatan naik, pasal nak ingatkan kamu jaga kesihatan juga

Ramai di luar bergelar peniaga yang jual air, ice blended, kuih-muih. Kalau dah naik gula, harga kuih akan dinaikkan lagi walaupun sebenarnya dalam seketul kuih atau segelas air hanya guna sedikit sahaja. Kenaikan sebenar seciput sahaja, tetapi terimalah sekarang harga kuih-muih dan air naik sampai 10-20 sen. Tak pun kuih akan jadi semakin kecil saiznya.

  • Politics + business go hand-in-hand. It’s a fine balance. One should not go too far ahead of the other.
  • Free market, open practices adalah penting untuk memastikan economic efficiency.

Tiada maknanya kalau segala macam operasi kerajaan seperti Pelabuhan Pulau Pinang pun nak dikautnya. Kenapa tidak diambilnya operasi feri di Pulau Pinang? Sepatutnya tunjukkan entrepeneurial skill to turn Penang ferry operation to a profitable venture. Itu baru namanya entrepeneur disegani. Perbandingan boleh disemak di bawah:

  • Revenue MMC sekitar RM8 billion. Begitu juga Jcorp revenue RM8 bilion. Dua-dua boleh dikatakan dapat Profit Before Tax (PBT) 8.2% untuk tahun 2009.
  • MMC Corporation punya Corporate Social Responsibility (CSR) apa dia? Sekurang-kurangnya Jcorp ada wakaf an-nur. Yayasan Al-Bukhary ada ke buat PBT Kodiang yang totally self funded? (sekadar mendalami lagi isu entrepeneurial skill vs business skill)

Yang sedihnya hutang JCorp RM3.2 billion dipukul canang seantero Melayu. Hutang MMC RM15 billion? Tiada dengar bunyi apa pun…………..Bezanya, ada Jcorp pergi “mengemis” merempat minta konsesi lebuhraya? Minta konsesi impot garam? Nampak ada bezanya di sini. Jcorp juga menubuhkan PBT Pasir Gudang yang hingga ke hari ini memegang rekod satu-satunya PBT yang tak pernah terima apa-apa geran dana kerajaan dalam operasinya, sehinggalah diserahkan kepada kerajaan Johor pada tahun 2010. Ini baru betul. Bila rakyat nak dapat subsidi, tidak diberikan hak yang sepatutnya. Kalau kroni?

Ada benda kami setuju dan sokong dengan Tan Sri Syed Mokhtar, ada benda kami tidak bersetuju dengan cara beliau, begitu juga kebanyakan billionaire yang ada di Malaysia.

Yang menjadi persoalannya sekarang, bagaimana seorang yang dipanggil “Bumiputra” boleh mendapatkan semua ini? Semuanya mahu dibolot? Adakah Bumiputra hanya bergantung kepada seorang ini sahaja yang membawa nama Bumiputra dan membuktinya kepada orang luar yang Bumiputera juga berkebolehan dan mempunyai kemahiran tinggi dalam perniagaan? Memang diakui yang Syed Mokhtar berkerja keras dan rajin bekerja tetapi yang menjadi masalah di sini daripada 17 juta Melayu di Malaysia hanya Syed Mokhtar yang mempunyai kebolehan dalam membolot empayar bisnes sebesar ini? Patutkah begitu? Bagaimana pula Melayu & Bumiputera yang lain?

Walaubagaimanapun, cadangan sebegini yang kami alu-alukan, tetapi malangnya cadangan tinggal cadangan dipetik daripada berita daripada Utusan Malaysia (8 Jun 2010)

Kerajaan digesa supaya meliberalisasikan sistem Permit Import (AP) melibatkan tiga barang kawalan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak bagi mengelakkan ia dimonopoli oleh syarikat tertentu sehingga menimbulkan masalah bekalan di pasaran.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing dalam kenyataannya berkata, melalui pendekatan liberalisasi AP, kepentingan pengguna akan terpelihara kerana tiada lagi syarikat tertentu yang berkuasa mengawal bekalan dan pasaran sesuka hati.

Tetapi ada juga cadangan yang buat kami geleng kepala, asalkan boleh sahaja kalau nak bagi cadangan :

Kerajaan disaran membenarkan syarikat-syarikat jualan langsung menjual gula serta barangan keperluan pengguna lain bagi menangani krisis bekalan sejak kebelakangan ini. Menurut Ir. Hamim Samuri (BN-Ledang), walaupun syor itu agak lucu serta luar biasa, namun beliau yakin ia boleh melebarkan ruang serta sumber bagi membantu pengguna jika berlaku krisis bekalan. Beliau berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mempertimbangkan cadangan itu dengan serius kerana ia amat berkaitan dengan kehidupan rakyat secara langsung. ‘

‘Bukan sahaja gula, syarikat jualan langsung ini harus dibenarkan menjual minyak masak, tepung dan pelbagai barangan keperluan yang lain. Tujuannya memudahkan rakyat mendapat barang-barang ini sekiranya bekalan terputus di pasaran sama ada di kedai runcit atau pasar raya.

Kalau direalisasikan cadangan seperti ini, alamatnya bukan menyelesaikan masalah tetapi menambah masalah yang lain pula. Harga mungkin akan naik sekali ganda disebabkan untuk menampung kos operasi katanya. Ala….macam kes gelang AC Mizal tu.

Kerajaan membazirkan RM1 bilion setiap tahun kerana terpaksa memberikan subsidi bagi menampung penggunaan 1.2 juta tan metrik gula kepada rakyat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, penggunaan gula yang banyak bukan sahaja tidak memberi faedah malah ia mencetuskan pembaziran dan masalah kesihatan di kalangan rakyat.

“Setiap rakyat membazirkan RM5,400 setahun kerana gula yang digunakan tidak memberi apa-apa faedah kepada tubuh badan malahan ia menyebabkan masalah kegemukan serta obesiti. “Pada masa ini, 60 peratus daripada mereka yang berusia 18 tahun berhadapan dengan masalah tersebut.

“Penggunaan gula di kalangan orang dewasa di negara ini adalah 100 gram setiap hari iaitu 51 gram gula pasir, 30 gram susu dan 21 gram pemanis lain dan melebihi kadar yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.

Tak agak-agak kalau bagi angka, siapa pulak yang mentekedarah gula sampai RM5400 setahun? Owh…kalau bagi subsidi kepada rakyat membazir? Hasil duit sabsidi tu datangnya daripada mana?? Dari poket-poket kamu sebagai Menterikah?

“Kalau nak beri subsidi pada rakyat dikatakan membazir. Tang mana yang buat untung? Monsoon Cup? “

Sepatutnya bantuan tanggungjawab kerajaan pada rakyat, kalau dah semua subsidi tu pembaziran, apalah tanggungjwb kerajaan pada rakyat?  Masalah pengambilan gula berlebihan tu terpulang pada individu. Yang penting, kesedaran pada rakyat tu sendiri dan dengan pemberian subsidi gula ni meringankan beban pada rakyat yang memerlukan dan miskin. Tak habis-habis menyalahkan rakyat yang membuat pembaziran.

P/S : Harapan rakyat Malaysia hanya satu kalau nak sangat jadi Raja Gula Malaysia, jadi lah player yang bagus, jangan jadi player yang menekan pengguna anda.


{ 61 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 hasbulat January 9, 2011 at 11:13 am

alahai dia ni, `rampas’ tanah org kat johor & buat masjid & yayasan kat negeri lain tu..PLZZZZZZZZ larhhhh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 aku bukan orang johor January 9, 2011 at 11:29 am

macam aku pernah dengar cerita ni, adakah kes di senai tu?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 amy January 9, 2011 at 11:14 am

aku x bpe nk pham lar cgt pe yg dowg citer kat ats tuh…tp aku mmg rse rkyt skg nih mmg kne ‘sembelih’ abis2an lah…nk lari duk jepun la plak…haha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 ismon January 9, 2011 at 11:17 am

kenapa? tak puas hati ke dari 8 bilionaire Malaysia, 6 kaum pendatang cina. sorang keling Ananda dan sorang melayu?

at least Yayasan Albukhary…merasalah duit tu kat ramai orang melayu.
kalau Kuok tu..melayu merasa apa?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 asraf January 11, 2011 at 4:41 pm

Sapa2 kt sini pernah rasa Yayasan AlBukhary??

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 pah_bedah October 2, 2012 at 9:46 am

PELIKS…KORANG NIE…STUJU APA KATA ISMON…ORG ASING KAYA ADA MERASA KITA NIE YG MELAYU… PM KITA MASA ORG BUKAN BUMIPUTRA MANAGE GULA SIAP BG SUBSIDI NIE ORG MUSLIM N BUMIPUTRA AMBIL ALIH GULA TARIK SUBSIDI…AWAT X DPT KOMISEN KER…WEII KOMERRR BUKAK MATALA…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 1234 May 8, 2013 at 2:10 am

ohhh~mungkin ada perjanjian lain. mungkin gov ada hutang dengan robert.logik kat sini, kalau siapa2 pernah rasa tender kerajaan.payment dapat bln depan atau 2-6bulan lagi atau lebih lagi?so, kalau subsidi=kerajaan bayar.kalau ada hutang tertunggak tiba-tiba tukar supplier.subsidi yang tertunggak kena bayar tak?tu yang kena tempias kt syed al-bukhari.kadang-kadang buka mata pun susah kalau rabun.nk cite lebih2 pun ikut logik akal dan takde kt tmpt kejadian.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 wann January 9, 2011 at 11:27 am

naikkan subsidi minyak semata-mata utk tukar kereta rasmi kerajaan…
sepatutnya duit duit tu bleh bg subsidi kpd rkyat…
pilihanraya sekali lg jahanam la puak2 ni

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 shrek January 9, 2011 at 12:21 pm

dia ni kan kroni madey kutty tu..x heran dia leh control gov nye glc..
dia kaye pon,kite bukan dpt ape pon…semua dia nye bisnes kasi lingkup rakyat ada la..

ape???yayasan bukhary???kahkahkah..tu semua wayang la wei..

klau bill gates org malaysia..lame senang org malysia dh weiii..kahkah
separuh harta dia kasi derma…tu bru truly billionaire..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 ANDY January 10, 2013 at 3:28 pm

woiii bangang..ko senang goyang kaki dpn komputer,pastu nk org bg duit ko ko..g la bisnes..ni x..keje mkn gaji..nk kutuk2 org bisnes..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Yuri January 9, 2011 at 12:39 pm

bukan nak kata saya anti melayu,tetapi perkara macam ini perlu disekat,
nak cakap usaha sendiri,usaha sendiri macamane tu?

kalau orang dah bukak kedai makan,bagi lah orang lain bukak kedai makan juga,
ni kedai makan di bagi pada orang yang sama lagi..alasannya dah ada modal,pengalaman..hahaha..
kalau tak melayu billion ni sapu,adelah kroni2 melayu lain..boleh di buat keturunan..so rakyat yang bawah nak bertapak macamane beb??jangan sebab permainan kapitalis ni rakyat dipermain..
dah jadi macam india plak 2-3 je orang control ekonomi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Yuri January 9, 2011 at 12:49 pm

shrek: dia ni kan kroni madey kutty tu..x heran dia leh control gov nye glc..
dia kaye pon,kite bukan dpt ape pon…semua dia nye bisnes kasi lingkup rakyat ada la..ape???yayasan bukhary???kahkahkah..tu semua wayang la wei..klau bill gates org malaysia..lame senang org malysia dh weiii..kahkah
separuh harta dia kasi derma…tu bru truly billionaire..  

ananda krishnan tu pun bumiputera juga,tu yang mamak kuti kasi up..hampir semua dari billion di malaysia ni semua terhutang budi pada si kuti..tapi yang baguihnya paria kuti ni tak bagi PROTON dekat kroni suruh bersaing,pandai pula paria kuti ni letak beban pada rakyat??

pada aku lah,kalau betul BUKHARI dan ANANDA ni JANTAN dan HEBAT,ambik PROTON dan BERSAING peringkat antarabangsa,ada berani??hahahahaha

ni setakat cekik rakyat tak payahlah..jaguh kampung..mentang2 lah malaysia ni semuanya 1 company saje..hahahaha

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Badin January 9, 2011 at 12:49 pm

apa yang korang ckp aku pun x paham. yang aku paham klu nak berubah semua tukar je kerajaan masa PRU. Jgn dok pening kepala

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 Releks dan tenang May 17, 2013 at 9:15 pm

awk rasa klu tukar krjaan blh menyelesaikan mslh ke? Klu kerajaan ambil alih, habis kita…
1) Wawasan 2020 x dpt dicapai – krjaan baru x tahu apa yg patut dilakukan utk meneruskan usaha bg capai wawasan.
2) Timbul bnyk mslh – mslh dlm mengurus sesuatu organisasi dalam masa yg singkat dengan cekap bukannya senang, so ini akan melambatkan semua proses dlm negara terutamanya hal-hal pertahanan dan ekonomi.
3)Ekonomi merosot – apabilla negara berlaku penukaran kerajaan so ramai pelabur tdk yakin dan menarik semua pelaburan dlm negara menyebabkan KNK negara jatuh seterusnya minyak naik hg, gula x ada subsidi, nasi bungkus mahal dll…

apa gunanya kita tengok mslh dlm negara yg sekecil semut tetapi mengabaikan mslh negara yg harus kita hadapi bg mencapai wawasan dan matlamat sbg negara maju?!!!
Sedar lahh…kita harus bersatu padu bukannya berpecah belah sesama sendiri hingga diketawa oleh negara jiran atau negara2 lain. Klu kita masih x bersatu padu, kita akan dijajah semula dlm masa singkat sahaja… Tolong jgn mengutuk sesama warganegara lagi, please……
~BERSATU KITA TEGUH , BERCERAI KITA ROBOH~

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 antikorup January 9, 2011 at 12:53 pm

Yuri:
ananda krishnan tu pun bumiputera juga,tu yang mamak kuti kasi up..hampir semua dari billion di malaysia ni semua terhutang budi pada si kuti..tapi yang baguihnya paria kuti ni tak bagi PROTON dekat kroni suruh bersaing,pandai pula paria kuti ni letak beban pada rakyat??pada aku lah,kalau betul BUKHARI dan ANANDA ni JANTAN dan HEBAT,ambik PROTON dan BERSAING peringkat antarabangsa,ada berani??hahahahahani setakat cekik rakyat tak payahlah..jaguh kampung..mentang2 lah malaysia ni semuanya 1 company saje..hahahaha  

aku sokong sgt..aku pn rase malaysia ni mcm dalam citer tamil yang slalu ade kuar kt TV yg banyak sangat citer pasal kroni dan korupsi..TV yg banyak sangat citer pasal kroni dan korupsi..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 shrek January 9, 2011 at 1:08 pm

korang jgn igt melayu x ramai yg kaya..madey tu igt x kaye ke??harta dia org semua x tau bape byk dia simpan..tgk anak2 dia dh la kan…mcm tu gak bekas2 mb umno cilako tu..
dr gigi pon leh ada bungalow 22 juta..huhuhu

tu blom proksi2 dia lagi..selagi buleh sedut duit malaysia ni,sedut smpai licin…

skang ape jadi??

bekas2 mb umno semua chairman glc

tamby chik-risda
isa-felda
deris-mara

bla..bla..bla..bla..byk lagi..

rakyat malaysia dpt ape??duit kopi rm200..muahahaha..

proton tu tutup jela….rugi rakyat malaysia jer..selama proton ade,ape yg kite dpt???kete murah?cukai murah??roadtax murah?nothing weiiiiii!!!
klau xde proton,ramai dh pakai evo..heheh..
ni semua gara2 nk protect kereta nasional..rakyat gak yg kene..

ape??kite dpt blaja teknologi kete??kahkahkah..takat beli lotus,dpt handling jer..baik x payah..hahaha..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 ANDY January 10, 2013 at 3:31 pm

alaaa..senang ckp la..ko pun klu kt tmpt diorg ko sedut abis jgk duit tu..diorg patutla dpt..bile election,rmai pangtau nk condem org jer

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 1234 May 8, 2013 at 2:25 am

tak juga~isu ni dah lapuk dah.bkn salah proton.kena faham proton da kena duti tax dah~tu mahal.xmcm zaman dlu2..klu abolished proton pun.kete import still mahal.sbb duti tax.yg kt luar negara murah tu sebab polisi tax diorg.tp kena pham certain negara kalau kereta 5 thun da xblh bergerak bebas kt jalan sebab ada pendapat kereta tu xselamat. kena cmpk msuk kilang tuk dimusnahkan.so kena renew lesen tuk keselamatan cmtu la bru blh pki.ada pendpat beli kereta bru lg bgus dr renew lesen tadi sbb mahal.tp problem bila, org dibebani hutang.logiknya bile korg lihat kat malaysia kereta 10 thun pun rilek bergerak kt malaysia.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 cina sarawak January 9, 2011 at 5:06 pm

cina memang pandai berbisnes.. dgr2 gula akan naik 50 sen tak lama lg..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 mat jerai January 9, 2011 at 7:09 pm

Pandai bisness tak pe, jgn pandai seludup seludup ke Indon sudahlah….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 Mr. secret January 9, 2011 at 7:22 pm

orang kaya tak rasa…org pertengahan dan susah yg terasa. para peniaga kecil apatah lagi…. kasihan…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 beejan January 9, 2011 at 9:52 pm
23 nazmi January 9, 2011 at 10:04 pm

ni sume pilitik bro… Syed ni hanya pemegang amanah puak2 UMNO…dia dptlh nama sket…puak2 ni credik…kata org cuci tangan…guna pihak ketiga tuk asset depa…samalah ngan PUAS yg tak puas2 naikkn air kt slangor…@SYABASS….. @PUNCAK NIAGA…igt lagi tak bank of commerce??? bank kecik tu ble telan BIMB??? tetiba plak nama NAZIR naik tah daripada mana..bila Najib naik….HMMM PLKN plak…ROSMAHnye… korang walap la sumer reta Meleysia ni ha… ko tunggulah PRU 13…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 Polis January 9, 2011 at 11:15 pm

Apa pun pon xboleh,berubah la yong

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 baru blaja January 10, 2011 at 1:21 am

ape bole buat… nasib badan… senang kat dunia je.. kat akhirat lom tau lg. :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 jamil January 10, 2011 at 7:44 am

hasbulat:
alahai dia ni, `rampas’ tanah org kat johor & buat masjid & yayasan kat negeri lain tu..PLZZZZZZZZ larhhhh  

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 awg1031 January 10, 2011 at 8:14 am

bagi aku syed xsalah..tp bila die dah start ada nama, puak2 UMNO pun mula la masuk ambik nama, kacau sana sini dgn idea diorg..

pe2 pun aku mg respek JCorp!! teringat lagi masa BTN beberapa thn lepas dekat UIA. disebabkan politik umno xboleh kat uia, diorg tukar agenda banyak kan pasal ekonomi..father kfc malaysia (tan sri muhammad kot) pun cerita la target KFC holding malaysia adalah utk ambil alih franchise kfc seluruh dunia so nanti kita dapat mkn kfc halal kat mana2 pun..mg respek la..camni la muslim entrepeneur..xlupa agama dalam membina ekonomi

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 mahfuz January 10, 2011 at 8:22 am

senang dunia ..miskin akhirat.. nauzubillah, wahai Tuhan, berikan kami pemimpin yg adil seperti Khulafa Al Rasyidin,Khalifah Umar bin Abd Aziz, Sultan Salahuddin Al Ayyubi, sultan muhammad al fateh dan sebagainya..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 salehbotak January 10, 2011 at 10:24 am

ya.. korg kena pahm.. dasar penswastaan krajaan kena lah open business kpd syarikat.. jadi tujuan utama utk kurang perblanjan kerajan. kos tu d tagong swasta. swasta pula nak cari utong sbab tu la harga ada turn naik ikut overhead cost. krajan cuma bole kawal rega dan yg tidak begitu beban tinggi. cuba kitatengok kat negeri sekliling kita.. brap rega di indonesia dan siam.. rega mereka lagi la tinggi.. kalu kat arab pula rega gula sampai 4.00ringgit tau. kat negeri kita separuh rega dari mereka.. kat arab sekali makan satu hidangan 15.00ringgit kat malaysia 3.00 ke 4.00 termasuk air minum tu..

jadi negri kita ni kira masih untung lagi la.. tanya la pelancong yg datg ke malysia.. brapa kos makan dinegri dia.. bandingkan ….

masalah kroni ni hanya mainan politik.. kalau anda tu org pkr kau org benci dg bn/umno.. pasal ape.. pasal kou org pikr pkr bole turun rega bila jadi kerajan..

pkr tu bole retorik aje.. tekanan rega tu tekanan ekonomi dunia bukan tekanan kroni nak minta sapu brsih duit rakyat.. itu yg tak betul nya tu.. awak semua bengong dan jadi bahlol kalu trmakan janji manis pkr… bukankah kepala bapak pkr tu pembohong dunia.. tokoh bohong dan main belakang yg terlarang…dia akan pusing belakang juga pasal mereka tu berahi main belakang.. apa yang dia kata janji itu bukan jaminan akan dipatuhi..cuma kata kata temberang.. dia tak de daya nak lawan rega dunia…dia pun tauuuu…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 awg1031 January 10, 2011 at 10:54 am

1. pada dasarnya dasar kerajaan pun dah salah..dasar penswastaan terbukti gagal meningkatkan kualiti malah menyusahkan pengguna dgn segala cas yang perlu dibayar..gula? mg la kat arab mahal, die pengeluar gula ke? cuba tgk minyak die plak? kan murah tu sebab die pengeluar minyak..malaysia pengeluar minyak kn?? lu piki la sendiri..

2. cuba ko tanya diri ko sendiri plak..brapa nilai matawang malaysia dgn negara luar dan tgk berapa lama dah matawang kita ditambat? berapa gaji minimum rakyat kita?

3. Kroni..tayah piki la bro..dah merata bukti die..

4. janji adalah daripada PR bukan PKR. tu pun ko salah. apedaaa.. at least janji die belum jadi masam mcm BN..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 WAR FOR RAKYAT January 10, 2011 at 10:54 am

salehbotak: ya.. korg kena pahm.. dasar penswastaan krajaan kena lah open business kpd syarikat.. jadi tujuan utama utk kurang perblanjan kerajan. kos tu d tagong swasta. swasta pula nak cari utong sbab tu la harga ada turn naik ikut overhead cost. krajan cuma bole kawal rega dan yg tidak begitu beban tinggi. cuba kitatengok kat negeri sekliling kita.. brap rega di indonesia dan siam.. rega mereka lagi la tinggi.. kalu kat arab pula rega gula sampai 4.00ringgit tau. kat negeri kita separuh rega dari mereka.. kat arab sekali makan satu hidangan 15.00ringgit kat malaysia 3.00 ke 4.00 termasuk air minum tu..jadi negri kita ni kira masih untung lagi la.. tanya la pelancong yg datg ke malysia.. brapa kos makan dinegri dia.. bandingkan ….masalah kroni ni hanya mainan politik.. kalau anda tu org pkr kau org benci dg bn/umno.. pasal ape.. pasal kou org pikr pkr bole turun rega bila jadi kerajan..pkr tu bole retorik aje.. tekanan rega tu tekanan ekonomi dunia bukan tekanan kroni nak minta sapu brsih duit rakyat.. itu yg tak betul nya tu.. awak semua bengong dan jadi bahlol kalu trmakan janji manis pkr… bukankah kepala bapak pkr tu pembohong dunia.. tokoh bohong dan main belakang yg terlarang…dia akan pusing belakang juga pasal mereka tu berahi main belakang.. apa yang dia kata janji itu bukan jaminan akan dipatuhi..cuma kata kata temberang.. dia tak de daya nak lawan rega dunia…dia pun tauuuu…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

banyaklah kau ni punya sokong kerajaan skrang…apa kau dpt dr dia org semua,gaji RM 5000 SEBLN.? KERETA MEWAH 5 BIJI.? PETROL FREE SEUMUR HIDUP.? mmg kerajaan skrang banyak menindas rakyat secara halus.? kau renungkanlah betul2…mmglah kalau PKR memerintah ,,harga brg tak boleh turun..tetapi sekurang2nya ….rakyat dpt pentadbiran baru…tak salahkan kalau rakyat hendakkan pembaharuan…lain kali kaji btul2 dulu seblm menghentam pembangkang…dlm dunia ni tak semua apa pihak kerajaan sentiasa btul…kerajaan tu siapa.? manusia jugak kan.? jadi paham2laha sifat manusia ni.??? kita semua bukan nabi…..!!!!!!!!!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 awg1031 January 10, 2011 at 11:12 am

quoted from : http://lesongbatu1.blogspot.com/2007/02/dasar-penswasta-tidak-semua-berjaya.html

Jamaludin Hj Ismail, B.A (Hons) ( UM), MMgt (IIUM)
..(last paragraph..kesimpulan)

Dasar penswastaan memang ada kebaikan tetapi harus dibuat dalam bidang tertentu sahaja dan TIDAK dalam perkhidmatan ASAS kepada rakyat seperti pendidikan, perubatan, bekalan air, elektrik dan pengangkutan awam. Penswastaan projek terpilih mesti dikalangan perkhidmatan atau produk yang mempunyai pilihan (saingan) atau penganti agar rakyat dapat memilih bersesuaian dengan kemampuan mereka.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 din January 10, 2011 at 1:00 pm

bodoh punya gerombolan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 Kapcai January 11, 2011 at 1:59 pm

nk jadik Raja Dadah la plk….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 putumayang January 11, 2011 at 2:44 pm

Kapcai: nk jadik Raja Dadah la plk….  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Pastu ada yg nk jadi raja dedah………..salam 1 dunia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 X January 11, 2011 at 3:34 pm

ni la lumrah manusia…
ada kaya..ada miskin..kaya susah..miskin lagi susah…tp Allah Taala dah melimpah bannyak rezeki dalam dunia …cuma kita jer ni tk nak berusaha…biar la dia nak kaya ker..harta berbukit2 ker..bergunung2 ker..sampai kebulan ke bintang..biar la..tp kita ni dok ngata org bt apa..kalu nak kaya ..berusahalah…kita kena tgk org cina mana ada nk mengharapkan bantuan2 kerajaan ni tp diorg kaya raya kt malaysia ni kalu kata diorg kaya pon diorg ni kuar zakat kerr..sebenarnya kita ni byk ruang dan peluang..cuma masyarakat org melayu kita ni totally suka makan suap…peace…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 X January 11, 2011 at 3:48 pm

Biar lah nak kaya di dunia..kaya di akhirat sekali…
Jangan miskin didunia..kt akhirat pon kita miskin..
renung2kanlah………………..

mahfuz: senang dunia ..miskin akhirat.. nauzubillah, wahai Tuhan, berikan kami pemimpin yg adil seperti Khulafa Al Rasyidin,Khalifah Umar bin Abd Aziz, Sultan Salahuddin Al Ayyubi, sultan muhammad al fateh dan sebagainya..  

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 merahsakti January 11, 2011 at 8:05 pm

Indon ngn bangla pn dpt subsidi. apa cerita ???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 amilism January 12, 2011 at 12:26 pm

cina sarawak: cina memang pandai berbisnes.. dgr2 gula akan naik 50 sen tak lama lg..  

melayu pon pandai..jgn up bangsa sendiri la..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 marikan md yusof January 13, 2011 at 8:24 pm

Inilah cara orang melayu berniaga nak untung x kaya cepat,Kalau boleh nak keuntungan untuk makan 1 tahun, juga nak naikkan setiap barangan 1 tahun 3 kali mungkin lebih dari 3 kali 1 tahun.Dan kenapa hari ini Raja gula lari keluar negara,dia amat kecewa setelah bertahun-tahun dia bangunkan,tiba-tiba terpaksa lepaskan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 marikan md yusof January 13, 2011 at 8:31 pm

asraf:
Sapa2 kt sini pernah rasa Yayasan AlBukhary??  

TAK PERNAH ………BRO

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 Mamak January 23, 2011 at 11:03 pm

Saya pun x faham, apa sebenarnya kehendak beritasemasa.com nie? Fakta x betul dan mengelirukan….Cuba semak dengan SSM dan Bursa Malaysia dan berikan sebenar berkenaan Tan Sri Mokhtar ini…apa sebenarnya motif anda memberikan fakta sebegini? Apa yang anda x puas hati sehingga menabur fitnah? Berdosa besar…

Jika anda berterusan begini dan mengelirukan rakyat maka yang akan hancur adalah bangsa melayu…harap dapat bertaubat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 iceman May 10, 2011 at 5:43 pm

Ini bukan soal fitnah,yang nyata dulu T S R Kuak berkuasa harga gula cuma naik 2 tahun sekali,itu pun 5 sen hari ni simamat Mokthar ni dah naik kan 20 sen mungkin nak kaya cepat atau nak lumba siapa jutawan no 1 dalam malaysia.tentang yayasan yang ditubuhkan tu kita tak payah nak cakaplah,sampai bila2 pun kita tak akan dapat apa2 kemudahan dari yayasan tu.simamat ni nak cari nama untuk kepentingan di dan keluarga dia.

Mamak:
Saya pun x faham, apa sebenarnya kehendak beritasemasa.com nie? Fakta x betul dan mengelirukan….Cuba semak dengan SSM dan Bursa Malaysia dan berikan sebenar berkenaan Tan Sri Mokhtar ini…apa sebenarnya motif anda memberikan fakta sebegini? Apa yang anda x puas hati sehingga menabur fitnah? Berdosa besar…

Jika anda berterusan begini dan mengelirukan rakyat maka yang akan hancur adalah bangsa melayu…harap dapat bertaubat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 iceman May 10, 2011 at 5:44 pm

marikan md yusof: TAK PERNAH ………BRO

siapa pernah dapat,cakap kami tahu,apa yang dia dapat dari yayasan tu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 iceman May 10, 2011 at 5:50 pm

Mamak:
Saya pun x faham, apa sebenarnya kehendak beritasemasa.com nie? Fakta x betul dan mengelirukan….Cuba semak dengan SSM dan Bursa Malaysia dan berikan sebenar berkenaan Tan Sri Mokhtar ini…apa sebenarnya motif anda memberikan fakta sebegini? Apa yang anda x puas hati sehingga menabur fitnah? Berdosa besar…

Jika anda berterusan begini dan mengelirukan rakyat maka yang akan hancur adalah bangsa melayu…harap dapat bertaubat…

saudara baru sedar bangsa melayu dah nak hancur,mari kita tanya diri kita siapa yang buat pada bangsa melayu.bangsa kita sendiri yang beri ruang pada orang2 seperti ini,yang tamak kuasa rakus dalam apa2 perbuatan juga tak kurang dengan kata2.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 iceman June 5, 2011 at 8:11 am

saudara mamat,mungkin tidak tahu dari mana simamat ni dapat kilang gula dari Tan Sri Robert Kuak. bertapa kecawa dia setelah sekian lama bangun kan majukan gula dan lain syarikat dibawah tadbiran ,hari ini pihak kerajaan ambil alih dengan diberi kata 2 ,nak serah atau tidak.bagaimana jika saudara diperbuat macan tu.simamat ni dibermula dengan O,hari ini kita lihat apa dia ada,bukan kita tak suka orang islam maju,cuma cara urusannya banyak susahkan orang ramai,yayasan yang ditubuhkan adakah anak2 atau adik2 saudara dapat,jika tidak tak perlulah saudara cakap,parkara seperti ni pernah berlaku pada Tan Sri Halim (PLUS) pihak kerajaan tidak puas hati,apa yang diminta tak dapat,maka Tan Sri Halim keluarkan sahamnya dari RENONG hingga kini RENONG jatuh tak bangun lagi hilang tak berkubur.yayasan Abd Halim diambil aleh oleh UEM sebuah syarikat yang tiada apa masa tu bermula dengan O,harapkan PLUS membayar gaji para perkerja UEM,bergitulah gambaran simamat ni.

iceman:
Ini bukan soal fitnah,yang nyata dulu T S R Kuak berkuasa harga gula cuma naik 2 tahun sekali,itu pun 5 sen hari ni simamat Mokthar ni dah naik kan 20 sen mungkin nak kaya cepat atau nak lumba siapa jutawan no 1 dalam malaysia.tentang yayasan yang ditubuhkan tu kita tak payah nak cakaplah,sampai bila2 pun kita tak akan dapat apa2 kemudahan dari yayasan tu.simamat ni nak cari nama untuk kepentingan di dan keluarga dia.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 geram sungguh June 18, 2011 at 8:35 pm

asalkan melayu berkuasa..asalkan melayu maju..asalkan melayu segala-galanya… saya takda masalah.. kerana kenaikan 10 sen ke 20 sen..marah sampai nak membela cina dan serah tanah melayu pada cina itu yg tak betul.. jadi lah melayu pelacur agama..dan pencacai najis Dapig

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 Buka Mata, Buka Minda ! January 31, 2012 at 7:45 am

Jangan sebab terlalu nak bermegah dengan kejayaan bangsa melayu, kita lupa nak tengok kesusahan yang dialami oleh bangsa melayu dan yang lain. Kesusahan2 berpunca dari sifat tamak dan pentingkan diri sendiri golongan2 ini.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 iceman June 19, 2011 at 3:30 am

Mamat ni bukan nak tolong bangsa melayu,dia sendiri pun tak ada keturunan,mana bapak arab sesat tak tahulah. harga gula naik 1 tahun 3 kali,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 iceman June 19, 2011 at 3:45 am

geram sungguh:
asalkan melayu berkuasa..asalkan melayu maju..asalkan melayu segala-galanya… saya takda masalah.. kerana kenaikan 10 sen ke 20 sen..marah sampai nak membela cina dan serah tanah melayu pada cina itu yg tak betul.. jadi lah melayu pelacur agama..dan pencacai najis Dapig

kita jangan fikir siapa x apa bangsa,yang penting kemudahan x barang2 keperluan rakyat senang dapat dengan harga yang kita mampu beli x orang2 yang tiada kemampuan untuk membeli,kita yang masih bertenaga untuk berkerja senang cakap bagi orang dikampong yang tiada perkerjaan tetap bagaimana.apa guna kalau seorang islam yang tiada niat untuk membantu sesama islam,Tan Seri Robert Kuak lebih percaya bangsa melayu urus tadbir syarikat2 dimalaysia.dari CEO,MANAGER dan lain2.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 iceman June 22, 2011 at 8:54 am

uan

ismon: kenapa? tak puas hati ke dari 8 bilionaire Malaysia, 6 kaum pendatang cina. sorang keling Ananda dan sorang melayu? at least Yayasan Albukhary…merasalah duit tu kat ramai orang melayu.kalau Kuok tu..melayu merasa apa?

saudara pernah dapat bantuan atau ada anak2 atau adik2 saudara masuk yayasan mamat ni.jika seorang bangsa cina memberi sedikit bantuan mungkin tidak nampat,dengan kawalan harga gula danjuga lain2 barangan dari anak syarikat dibawahnya.mungkin saudara lupa hari2 kita makan x minun itulah sumbangan seorang bangsa cina dan ramai lagi rakyat bangsa melayu yang berkerja disyarikat2 bangsa cina ini,setiap tahun bonus tidak pernah kurang dari 2 bulan gaji diterima ramai kawan2 kami berkerja dibawah Tan Seri Robert Kuok,maka tahulah bagaimana cara bangsa cina ini berkerja belum pernah ada orang melayu berhenti berkerja dari kilang atau syarikat dia.kalau saudara sekadar dengar cakap2 orang tak perlulah dewa2kan mamat ni.kita hanya kenang jasa orang yang memberi harapan juga kemudahan untuk kita sara keluarga kita.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 jkkk July 20, 2011 at 10:23 pm

asyik komen je, patutnya lu pergi belajar nega, dah kaya nanti bagi sedekah kat orang miskin. jangan asyek komen buat bisness x reti bo..syukur juga ada sorang mamat melayu yang kaya, kalau tak de dia x da lh orang melayu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 ANDY January 10, 2013 at 3:34 pm

betul tu..aku sokong sgt3..pantang tgk melayu kaya..nk hentam jer..yg hentam plak melayu bangsat cm diorg ni..korang knl ke Tan Sri ni..dia pn mula dari bwh..at least dia jd top 10 kaya kt msia ni..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 bangsa melayu August 12, 2011 at 7:59 am

Bangsa Melayu. Memang akan wajud perasaan dengki sesama sendiri. Tidak boleh melihat bangsa sendiri berjaya. Biarlah dia dah berjaya dengan cara dia. Kenapa anda perlu berdengki di sini? Anda kalau berasa sudah pandai menjalankan perniagaan, sila jalankan perniagaan anda dengan cara anda sendiri. nak tengok boleh ke dapat status bioliionaire tu? Tidak perlulah sesama bangsa pun anda nak berhasad dengki sedangkan diri sendiri pun masih terkontang kanting nak hidup.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 miekail April 8, 2012 at 2:53 am

SABAR2….. KITA PK KAN SKANG CARA N KAJI GULA STEVEA.. DAN TANAMAN POKOK STEVEA.. KAT UMAH LAGI BEST….
JIMAT… GULA DALAM DARAH STABIL.. KAWAN ADA PERBAGAI PRODAK STEVA SWEET,BERUPA AIR GAS,JUS,GULA,DAUN,ANAK BENIH..SABAR KAN HATI……TENAG….
SAPA YANG BERMINAT SILA CAL DI NO INI 0177849138 KAIL/SYUCO
TQ… SABAR TUAN2,,,,, SALAM….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 iceman October 2, 2012 at 6:43 pm

Itulah nasib kita rakyat yang miskin tetap,bertambah miskin yang kaya tetap rakus dengan kuasa dan wang untuk kumpul kekayaan untuk keluarga juga tak kurang juga keroni2.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 gula2 October 18, 2012 at 2:47 am

“Itulah nasib kita rakyat yang miskin tetap,bertambah miskin yang kaya tetap rakus dengan kuasa dan wang untuk kumpul kekayaan untuk keluarga juga tak kurang juga keroni2.” quoted.

sy pon dr kalngn org kebanyakan..n xde yg kaya dr keluarga kami..sy juga trasa dgn kos sara hidup yg smakin membebankan..apakah dah xde mekanisma dlm mengawal kenaikan kos sara idup yg kain tggi ni..kita disaran berjimat cermat..n subsidi kian ditarik..tp Billionare2 smua..x kira siapa..jlnkan bisnes masih dpt bahan mentah dlm dgn subsidi bernilai lbih besar..apakah kita mampu bertahan dgn himpitan dan kesukaran dlm kos sara hidup..hasil kekayaan negara ke mana?(cth-70% kekayaan negara dinikmati oleh hanya kurg 10% drp populasi rakyat..manakala baki 90% rakyat, hanya trpksa berkongsi dgn 30% hasil negara)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 Perkauman February 16, 2013 at 4:21 am

Di malaysia,tahapkemiskinan tegar org melayu sudah berkurangan..boleh dikatakan sebenarnya di malaysia ni mmg dh xde sgt org miskin..dah susah semua orang dh senang,maka bersyukurlah…
Mmg Yayasan syed mokhtar tu mmglah hanyalah satu lakonan..Segala galanya ttg yayasan itu sudah diatur dgn strategi yg bgitu rapi…bila dh smpai masanya syed mokhtar itu pergi,maka
Company tu akan diamanahkan pulA kpada org lain..segala galanya telah diatur..bila tiba plk masanya penggNti itu pergi,maka company itu akan diamanahkn plk kpada
org lain pula..gua story kt lu org kenapa semuanya telah dirancang dgn begitu rapi sekali…yayasan syed mokhtar itu sebenarnya adalah bank kepada orang melayu..semua duit di salurkan kepada
Yayasan tan sri syed…yayasan ini adalah pemegang amanah duit org melayu sekiranyA kerajaan skrg jatuh..maka kuasa org melayu akn terhapus..jd dh tentu org melayu akn ditindas giler2 oleh Dap dan keAdilan..sbb itulah yayasan itu ditubuhkan,merekA mmyimpan duit sekiranya Dap mngusai negara,jd ketika org melayu ditindas ketika itu,kita tak perlu risau sgt,sbb duit org melayu mAsih ade berbilion dan diletakkan dbwah yayasan tan sri syed mokhtar.itulah fungsi sebenar wujudnya yayasan tersebut.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 Hj.Man February 17, 2013 at 10:54 am

Shukor kepada Allah Taala kerana ada orang melayu yang kaya seperti beliau.Tumpang bangga walau pun beliau tak pun mengenali saya.Mudahan ada lagi orang melayu yang berjaya seperti beliau dan dapat menyediakan banyak peluang perkerjaan pada rakyat Malaysia.Bulan puasa dapat juga saya rasa bubur kanji sedekah beliau.Harap.orang melayu berhenti lah dengki dekat dia.Belajar lah jadi orang Islam yang berjaya macam dia.Apa yang dia dapat adalah kerana usaha dan izin Allah.Allah Taala bagi pun dia naktenguk orang.Jadi buang lah PHD dari jiwa tuan tuan.yang suka kritik kehendak Allah Taala.Allah Taala lebih mengetahui kepada siapa dia hendak kuniakan kelebihan. Tindakan kerajaan tepat kerana menolong orang yang mampu buat kerja bukan bagi kepada orang yang nak dapat projek saja.Mudahan Allah Taala menambahkan kemakmuran.kepada beliau.Kepada yang Islam dan tak suka dia ,balik kepada Quran dan hadith.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 Perkauman February 18, 2013 at 3:13 am

Itulah masalah org melayu,biarkan saja syed mokhtar tu kaya,tak perlu dipertikaikan..malahan kita harus berbangga dgn beliau..bukan hanya mengutuk..dr segi agama,tak dinafikan mmg beliau seorang yg warak..setiap keuntungan,beliau akan sedekah kan separuh kepada yg mmerlukan sperti rumah anak yatim dan sbagainya..malahan sewaktu beliau mnjadi kerani biasa satu masa dahulu dgn bergaji 5,6 ratus sahaja..separuh dr gaji rm300 akan disedekahkan..separuh lg barulah digunakan utk keperluan dia..so,tak perlu pelik dia jd kaya raya..sesiapa yg selalu bersedekah,Allah akan bukankan lg pintu rezeki..sbb tu xde org yg bersedekah jd papa kedana..makin kaya adalah..so,tak perlulah mendengki ekh..brbangga la dgn beliau sbgai org melayu yg berjaya,contohi la beliau yg kaya tp masih kuat dgn pegangan agama..xperlu isukan dia n goverment makan duit rakyat sbb rakyat tak pernah berduit..hasil dr pekerjaan sektor kerajaanlah yg mmbuatkan rakyat dpat duit,goverment yg bg duit kat rakyat.tp melayu mudah lupa,takbur,xreti bersyukur..Xmalu betul,perasan duit rakyat..ntah bila rakyat berduit pun xtaulah.klau masa lahir,kluar dr perut ibu smbil mmbawa duit 100k..boleh la jgak nak kata duit tu masing2 yg pnya maka,baru la boleh dkategorikan sbgai duit rakyat…ini kang goverment yg bg duit kt lu org..yg lu org perasan duit tu duit rasa pehalnye..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 najib telo February 22, 2013 at 4:52 pm

projet dapat secara kroni..

khianat harta rakyat…

dapat pe harta haram buat sedekah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: