
Kalau dalam tempoh akhir tahun lepas iaitu tahun 2009, kita dipaparkan dengan beberapa berita yang mengatakan di beberapa tempat contohnya telah dapat memperlihatkan kejadian sejadah sembahyang berdiri di Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan juga di Kelantan. Kejadian-kejadian seperti ini seperti nampak seperti bermusim pula. Lepas satu-satu kejadian seperti ini dikatakan terjadi. Orang kita pula suka cerita karut seeprti ini. Betul ker? Kalau anda rasa gambar-gambar sejadah sembahyang berdiri sendiri sudah cukup membuatkan anda teruja, ada gambar sejadah berdiri yang lebih hebat daripada ini. Gambar terbaru di bawah ini khas datang daripada USA.

Silap hari bulan, Berita Harian Metro atu pun Kosmo akan muatkan gambar seperti ini di muka depan akhbar mereka. Kemudian letak pula tajuk berita seperti ini :
“Sejadah sembahyang berdiri kini menjadi fenomena global”
Ya…gambar di atas hanyalah rekaan semata. Kalau saya tidak beritahu pun, pastinya anda boleh menyedari daripada awal. Kadang-kadang kita hanya mendengar cerita orang, melihat insiden selepas kejadian itu terjadi tanpa melihat hujung pangkalnya dan gambar-gambar yang dipaparkan di akhbar-akhbar Malaysia tidak membuktikan kesahihan yang sebenar.Ini kerana kejadian-kejadian seperti sejadah sembahyang berdiri yang telah berlaku sebelum ini terlalu banyak “hole” untuk dibuat-buat.
Adakah orang Islam begitu mudah untuk ditipu? Mahukah kita dilihat sebegitu? Harap-harap minta-minta dijauhkan. Jadi mengapa perlu kita mempercayai bulat-bulat sedangkan hujung pangkalnya kita tidak tahu. Tidak perlu kita rasa teruja. Ini beberapa contoh keratan berita mengenagai kejadian sejadah sembahyang berdiri.
Di Kota Bharu, kejadian sejadah berdiri berlaku lagi di Madrasah Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang dan tiga lagi tempat iaitu Maahad Ar-Rahmah Kenali di Kubang Kerian dan Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 2 serta Pejabat Yayasan Islam Kelantan (YIK). Dalam kejadian pukul 11.30 pagi, penduduk Kampung Gual Pasung Hantu gempar apabila sembilan helai sejadah dilihat seperti orang sedang solat berjemaah dalam keadaan duduk antara dua sujud. Kejadian tersebut disedari oleh seorang kanak-kanak, Mohd. Iqbal Ismail, 5, yang sedang bermain berhampiran surau itu.
Di Alor Setar, tiga helai sejadah dilihat dalam keadaan bersembahyang berjemaah di ruang solat lelaki Surau Al-Rahmaniah, Kampung Teluk Yan. TIGA sejadah berdiri di surau Tanah Liat, Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kejadian itu disedari seorang kanak-kanak, Nur Zulaikha Rashid, 9, pada pukul 3.15 petang. Imam surau, Mat Rotim Mat Hussain, 70, memberitahu, selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh penduduk, dia terus ke surau dan terkejut melihat sejadah berdiri.
Di Bukit Mertajam pula, empat helai sejadah didakwa berada dalam keadaan sedang bersolat di surau Tanah Liat, Kampung Tanah Liat. PENDUDUK melihat sejadah berdiri di dalam Madrasah Kampung Gual Pasung Hantu, Rantau Panjang. Ia kejadian kedua selepas kali pertama berlaku di sebuah rumah di Taman Haji Mohamad Amin, Permatang Pauh. Seorang saksi, Asni Ahmad, 49, memberitahu, kejadian itu disedari pada pukul 4.30 petang ketika dia bersama beberapa penduduk kampung masuk ke surau untuk menunaikan solat Asar. Jelasnya, ketika pintu surau dibuka, mereka terkejut melihat empat helai sejadah berdiri berhampiran mimbar menghadap kiblat.
Di Padang Besar – “Ketika saya bergegas memasuki surau untuk melihat empat sejadah berdiri, kami terlihat sehelai sejadah lagi seolah-olah turun dari rak gantung untuk mengikut sejadah lain.” Demikian dakwa seorang penduduk, Ahmad Fadil Johari, 25, yang terkejut menyaksikan kejadian sejadah berdiri yang seolah-olah melakukan sembahyang berjemaah di Surau Taman Kastam 3. Menurut Ahmad Fadil, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, sejadah tersebut yang bergerak turun tiba-tiba terhenti seolah-olah menyedari dia dan beberapa rakannya masuk ke surau. “
Lebih sedih apabila orang kita kena disogokkan dengan cerita-cerita seperti ini, baru hendak sedar tentang kebesaran Allah. Berduyun-duyun nak tengok sejadah berdiri. Sepatutnya tengoklah disekeliling betapa indahnya kebesaran Allah. Musibah yang terjadi contohnya sepatutnya dijadikan ikthibar. Ini tidak, cerita-cerita karut seperti ini yang menjadi topik utama. Kejadian-kejadian ini masih boleh dipertikaikan.
Yang TV3 pun sama kasihan juga, membuat liputan tentang berita sejadah sembahyang berdiri. GEMPAR!!! Alahai…..TV3, dalam banyak-banyak berita yang lebih penting, berita seperti ini juga yang mendapat perhatian. Daripada orang tak tahu, terus tahu. Daripada yang melihatnya sebagai insiden biasa, terus takjub.
Tidak terjejas pun keimanan kita dan kita tidak disuruhkan pun beriman dengan mempercayai “cerita-cerita karut” seperti ini. Kerana ada yang lebih penting kita percaya dan amalkan. Banyak lagi kekuasaan, kebesaran ciptaan Allah yang boleh kita amati dan hayati. Itu yang lebih penting sebenarnya. Orang Islam sememangnya percaya kepada kekuasaan Allah. Tidak perlu rasanya dibuktikan dengan sejadah berdiri semata. Iman seseorang tidak akan bertambah baik atau semakin kukuh dengan hanya melihat kejadian dan insiden sejadah sembahyang berdiri.
P/S : Peringatan dan nasihat ini ditujukan kepada penulis juga.
P/S : Teringat ada yang mengatakan berlapik kusyen kereta dengan sejadah, itu sudah menghina sejadah katanya. Itu kata mereka. Cuba kita buka minda, lihat contoh lain yang mana ada yang mengatakan tidak baik langkah botol air zam-zam. Walhal di Mekah, orang-orang di sana menggunakan air zam-zam untuk basuh kaki lagi. Renung-renungkanlah….
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :


{ 3 comments… read them below or add one }
.-= ibnmasir´s last blog ..Ustaz panas!!! =-.
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.