Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan memberhentikan pinjaman kepada 152,000 pelajar berikutan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) yang diperolehi mereka adalah 2.0 ke bawah.
Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata, jumlah pelajar yang ditamatkan pinjaman itu membabitkan pinjaman sebanyak RM632 juta.
“Mereka sebelum ini merupakan pelajar terbaik yang maju dalam pelajaran tetapi atas sebab tertentu pembelajaran mereka semakin merosot dan keputusan peperiksaan semester dua gagal mencapai 2.0 mengikut PNGK.
“Bagaimanapun jika mereka berjaya mendapat keputusan PNGK 2.0 ke atas dalam peperiksaan berikutnya PTPTN akan menyambung semula pinjaman tersebut,” katanya.
“Tindakan menyenaraihitamkan mereka yang liat membayar pinjaman diteruskan dan sehingga kini seramai 132,180 orang berada di bawah senarai berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan pinjaman PTPTN kepada seramai 100 pelajar kawasan Parlimen Kuala Krau yang layak memasuki IPTA dan IPTS di Jengka dekat Temerloh hari ini.
Ismail berkata, PTPTN memberi pinjaman sebanyak RM38.69 bilion kepada seramai 1.75 juta pelajar setakat ini.Dalam pada itu katanya, PTPTN melupuskan pinjaman sebanyak RM277.99 juta kepada seramai 9,545 pelajar yang mendapat ijazah kelas pertama pada tahun lepas.
Perkara ini sebenarnya memang dah lama PTPTN terapkan, dan pada kami, ianya bagus.Kadangkala kami tidak faham mengapa seseorang pelajar yang PNGK mereka dibawah 2.0 marah dengan tindakan sedemikian.Tanggungjawab seorang pelajar adalah untuk belajar bersungguh-sungguh.
PTPTN sendiri menjadikan pinjaman tersebut “biasiswa” sekiranya pelajar mendapat keputusan cemerlang.Tiada isu sebenarnya mengapa pelajar-pelajar sebegini perlu marah akibat tidak mendapat pinjaman.Ini adalah kerana kesalahan mereka sendiri.Hidup di universiti, sangat berbeza dengan realiti sebenar kehidupan di luar yang lebih mencabar.
Berkenaan dengan pelajar yang liat membayar pinjaman,ini juga merupakan satu masalah yang akan mengaitkan pelajar-pelajar yang baru.Mungkin ada yang masih belum mendapat kerja dan sebagainya, itu mungkin menyebabkan mereka tidak dapat membayar pinjaman.
Tetapi jikalau mereka yang sudah bekerja bagaimana pula? Berikan pendapat anda mengenai isu ini.

{ 27 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Setiap bulan saya akan tolong isteri bayar duit PTPTN. Dari amaun ratusan, skrg tinggal puluhan disebabkan terlalu banyak komitmen..walau bagaimana pun saya tetapkan bayarkan..sekurang2nya RM50 sebulan…Hutang tetap dibayar walaupun sikit..harap2 semua peminjam diluar sana, bayarlah apa yg anda mampu serendah RM20 sebulan..ingatlah adik2 kita yg akan melanjutkan pelajaran sama mcm kita.
Saya setuju dengan PTPTN. Tetapi biarlah selepas diberi peluang untuk semester kedua. Semester pertama tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk memberhentikan pembiayaan serta merta sekiranya gagal memperolehi PNGK 2.0 ke atas kerana ada sesetengah pelajar menyambung pelajaran ke IPT dengan kursus yang tidak diminati. Cara terbaik sekiranya semester pertama gagal mencapai PNGK 2.0, pihak IPT atau PTPTN mengeluarkan surat amaran untuk membatalkan tawaran pembiayaan. Ini selaras untuk memberi peluang kepada mereka yang benar-benar ingin menuntut ilmu dan tidak hanya sekadar seronok dan bangga dapat belajar hingga ke tahap tertinggi.
wahhhhhh…..rupa2 nya ramai pelajor yg truk kputusan….sapai bawah 2.0….igatkan msuk ipta ni pandai2 belaka…….
Dahlah bodoh bodoh..lepas tu join pulak anwar ibrahim tunjuk perasaan…dah tu tak nak pulak bayar hutang…orang orang macam ni lah yang akan menjahannamkan orang lain yang lebih layak minjam PTPTN.
Bila dah tak dapat loan salahkan kerajaan.
apalah pak man ni.. bodoh macam telor.. org ceta ptptn dia cita pasal anwar.. telor sampai sekarang tak leh masok dalam.. keh keh keh
haha…duit tu hak rakyat…asal nk terhutang budi lak ngan kera jaan…patut semua orang bule amik duit tuh…bende baik…pegi belaja…dr pegi berjudi,pegi berjoli…blaja bukan mudah pak man telo takde…aku rase pak man nie tak penah g sekolah la..menyalak sana sini…pak man bape kera jaan bayar ko..suruh jatuhkan anwar nie…smpi semua topik ko nk kutuk anwar…hahaha
setuju bro…
byk kita dengar berita skrg ni pelajar IPTA yg kurang enak..
walaupn x ramai tp sedikit sbanyak mencerminkn pelajar lain..
jd kembali la pada tujuan asal nak belajar…
dah berjaya esok..jgn la pla lupa bayar blik pinjaman PTPN..
adik2 yg lain pla nak guna….
p/s : teringat spupu yg sanggup menoreh getah utk yg bayar PTPN sikit2 katanya adik saya pla nak guna PTPN ni katanya..skrg dia manager dkt ladang sawit d beluran sabah..
ramai pelajar ipta salah gunakan wang ptptn untuk bermewah-mewahan dan bela kekasih. sampai abaikan pelajaran –>cgpa merosot. bukan sedikit yang masuk ke universiti berpoya-poya. memang masuk asal pandai, di ipta jadi lupa, take things for granted.
kalau dia belajar bersungguh tapi resultnya teruk, patut diberi peluang kedua. yang berfoya2, result teruk, patut suruh bayo double.
Apekehe plak nak salahkan orang lain.xpayah salahkan bende2 lain.budak2 yg masuk universiti ni sume ade otak.dorg boleh pikir samada nak belajar ke idak.berapa ramai yg dapat loan pastu tukar henpon,beli motor,berfoya-foya sampai ke tengah malam.Experience aku dulu, ramai yang tersungkur sebab terlalu bebas sebab jauh dari ibubapa.Even yang scorer masa SPM and matrik pon jadi macam tu.So,adakah faktornya datang dari tunjuk perasaan semata2?Buat kajian sebelum komen.Jangan salahkan benda/orang lain.Nampak sgt kelemahan komen tu.
jgn bagi pinjaman kepada anak2 org2 kaya/miskin terutama ahli pas dan pembangkang….bagi je kepada anak2 umno sbb dorang yang akan mewarisi pemerintahan selepas ini. kalau bg dekat pengbangkang mesti jd kacang lupakan kulit punya….
sudah2 la politik tu pak man..emo2 knape? kalo dah layak, bg je pinjaman..lantak budak tu la nk buat ape pn, dah duit dia..lpas blajo nnti bayor je la balik..
bodoh lagi pak man ni.. kau ingat duit tu duit umno ke.. ini duit rakyatlah.. aku tiap2 bulan bayar cukai pendapatan.. suka hati mak bapak kau aje cakap. keh.. keh.. keh…
Bagus la tu kurang dari 2.0 pn dah kira teruk tu. Patutnya naikan kpd 3.0. baru anak2 ni sedar masuk u bkn utk bercinta tapi utk belajar. Baru la jadi graduan berkualiti. sapa2 pn layak tak kisah la fahaman politik tu, janji ikhlas untuk ubah diri jadi insan yg lebih berguna kpd bangsa dan agama. Besar tanggung jawab ibu bapa dan msyarakat utk sedarkan anak2 ni tanggung jawab mereka yg sebenarnya.
eh, apa pasal naik CGPA ke 3.0!! u ade belajar ke? u tau tak nak dapat CGPA yang tinggi ni bukan nya senang..kalau dah berusaha tetapi masih macam tu..apa boleh buat..walau dia tak berfoyo-foyo!!
Aku dulu 2.65 jer, sbb memain. Sbbb tu ada istilah First degree n copy paste degree. InsyaAllah kalo ada sesuatu yg lebih tegas org akn kerja lebih kuat lagi.
sya stuju dgn awk..teda yg mustahil…usaha lebih, hasil lebih..dpt pointer bgus, tk payah byar blik tu PTPTN…kn senang citer..lg pula, klau pi bljar utk memain2 jer, buat apa…?..dpt ponter rndah, mana snang nk dpt kerja nnti..? org skrg nk ambik pkerja pun, tengok kcemerlangan juga..nnti teda krja, mcm mna nk byar tu PTPTN..so fkir2 kn la…
…kalau dah berhutang tur …pandai2 ler bayar balik….
nape pulak tetibe isu ni diperbesarkan?setau aku dari dulu lagi dh mmg ptptn wat mcm nih..dh lama dh!mmg bwh 2.0 je kena hold/x dpt duit.bgs la mcm tu..patut bdk2 uni ni tau la nk jaga belanja mcm mana.pas kantoi,xde duit usaha rajin lg sikit kasi point up next sem dpt balik duit.so bole jgk mengalakan student berusaha..tp jgn la pulak berusaha melobi markah bertimbun2 mengampu pensyarah pulak kejenye!!!mmg jd graduan xde kuliti la jwbnye HAHAHA pastu masuk umPORno lobi kontrak pulak bg pelingkup negara
hutang kat dunia kena jelaskan…….
separuh ptpn aku dl bg kt mak,tlg mak la katakan…dl aku tgk ank org kaya pn amik ptpn ni…cuba trn kn yuran blajar ngan gaji psyarah..amount pinjaman pn turun…ats x pandai setel prob,bl bnd ni di momok kn kt media…tgk kt s alam, flat pn kena sewa 1000…nk heran apa bdk smua dpt loan….nmpk x…smua mrasa..bkn bdk je…di amerika skrg bdk yg blajar mngaku smpi mati x blh byr loan, jd cr terbaik kawal nilai tu br x beban,bkn smpi 24k min sorg..bpk aku dl siap phd gn bnyk tu..skrg dpt degree pn blm tentu bjaya..byr kete ngan rmh dh abs sparuh gaji, cukup2 byr tol ngan mkn je bln2..
kesian aku tgk budak zaman skarang ni. zaman aku dulu best. buat pinjaman mara tp kena bayar balik 25% jer. result aku x hebat mana pun.mara mmg ok sbb ader pengurangan. kalo nak bandingkan dgn PTPTN ni mmg jauh beza. tp skrang aku tgk mara da kurang bagi pinjaman maybe sbb da takde duit kot. kerajaan dulu lain.kerajaan skrang lain. duit habis entah ke mana.
aku kurang setuju..duit tu kan pinjam…bila pinjam apa pasal nak tarik2 semula..dah bagi nak semula…burok siku…kasihan la mereka…ada jugak mereka dapt CGPA kurang 2.00 kerana masalah peribadi cth putus cinta,kene tipu MLM, lecture x gham,..jika berhentikan mcm mana dia nak lalui…mcm diberhentikan kerja la…sama gak pak menteri yang berkenaan yang berkenaan di lucutkan jawatan jika tidak mencapai KPI di kehendaki…di lucut@dibuang secara tiba2..apa perasaan anda?..kita ni sama aja mcm roda..ada sekaqli diatas,ada sekali dibawah…sampai masa ada pak menteri pembuat dasar kat bawah…so tenung2 la…jangan lupa asal usul…nanti..satu malysia x undi u…padan muka..kene buang
Tak patut lah kalau nak hentikan pinjaman PTPTN nie… gara2 mereka yang tak bayar balik. sebab generasi baru perlukan PTPTN nie juga…generasi baru tak salah..yang silap nya disini adalah mereka yang tak bayar….so..langkah yang betul adalah tagih lah kat mereka2 yang meminjam tu kan….kirim2 surat ke…call sana call sini ke… senang sebab yang pinjam PTPTN adalah warga malaysia…
BAGI SAYA, PELAJAR MESTI BELAJAR RAJIN2 DAN DAPAT CGPA KALAU BOLE 2.65 KE ATAS….SUSAH SANGAT KA MAU BELAJAR….KORANG STUDENT U ATAU KOLEJ YG DAPAT PTPTN BELAJAR RAJIN2, SBB PELUANG NI SUKAR NAK DAPAT SEPANJANG HIDUP.KESIAN MA BAPA KAT RUMAH, BERDOA SEPANJANG MASA SUPAYA ANAK 2 NYA BELAJAR TAPI APA YG DORANG DAPAT, KEPUTUSAN GAGAL….PASTU PINJAMAN PTPTN PUN DITARIK BALIK….TAK LAMA PUN STUDY ,3 TAHUN JA….PASTU KALAU KOARANG NAK BERCINTA LANTAK KORANG LA….NAPA….DAH GATAL SANGAT KA….JANGAN MASUK U ATAU KOLEJ, BETTER KAWIN TERUS….JGN MENYUSAHKAN MA BAPA KORANG LAIN LA MA BAPA KORANG TU KAYA RAYA….
Riba tetap riba… aku x halal kos pengurusan yang kene bayar..
Pergh, rasa macam takut plak nak buat Hutang ni. Dulu saya belajar sampai Form 3 jer, pastu dah merantau. Sekarang umur 25Tahun, study dalam jurusan Komputer Sains dibawah Kementerian dan Pembangunan. Tahun lepas dah daftar SPM result pun dah dapat, tapi kena repeat balik sebab banyak tak tahu. Yelah, sampai form 3 jerkan. Tapi saya bersyukur kerana di beri peluang untuk melanjutkan pelajaran dimana saya memang ingin belajar untuk masa depan dan segala yuran saya bayar menggunakan wang sendiri. Kerja parttime punya pasal dapat maintain study ni. So, saya selaku pelajar dalam umur yang meningkat ni, saya rasa sedih kepada generasi baru sebab generasi lama buat hal. Bagi yang dapat PTPTN tuh, belajar elok-elok supaya dapat kerja yang sesuai dan dapat bayar semula PTPTN. PTPTN tak ambil banyak pun. Tak sama macam loan kereta ataupun rumah yang harus dibayar beratus tiap-tiap bulan.. Beri peluang kepada generasi yang akan datang pula.
saya skrg ni sem last belajar di politeknik..sy dpt pointer dibawah 2.0 semasa di sem 5..adakah sy tidak layak mendapat pinjaman semester ni??