Jikalau anda berada sekitar pasaraya di Kuala Lumpur, Lot 10 anda boleh melihat ketika ini kotak hitam yang bersaiz besar, yang mana kerjasama Proton bersama-sama dengan 4G YES, bakal mengumumkan sesuatu pada 22 Februari 2012 ini. Apa agaknya bentuk pengumuman tersebut?
Dijangka akan ada wifi dalam ciri-ciri kereta bagi model Proton yang bakal dipilihnya kelak.
“Proton memang terkenal dengan “kejutannya tersendiri”
Seperti biasa, pada kotak hitam juga terdapat lubang yang membenarkan pengunjung mengintai-intai apa sebenarnya yang ada di dalam kotak hitam tersebut. Mekanisme sebeginilah yang pernah digunakan Proton ketika mereka melancarkan Proton Persona sebelum ini.
Tetapi yang menjadi persoalan ketika ini model kereta apakah yang berada di sebalik kotak hitam itu? Adakah Proton p3-21A yang dipukul canang sejak akhir-akhir ini ataupun bakal dilancarkan Proton Inspira SE (Special Edition)?
Apabila kami membandingkan dengan gambar model Proton di bawah ini :
Telahan kami kuat mengatakan yang Proton besar kemungkinan akan melancarkan Proton Inspira SE (Special edition). Mungkin?
Berdasarkan koleksi gambar daripada Paultan, terdapat 3 set Ipad yang dipasang pada model kereta Proton ini.
- 1 set di bahagian dashboard?
- 2 set lagi di bahagian penumpang?
Kalau benar dipasang Ipad di situ, adakah dibenarkan apabila melalui sekaltan JPJ? Kemudian bahagian stereng dan juga meter telah pun ditutup sama. Apa agaknya kejutan yang bakal diberikan oleh Proton kepada “peminatnya” nanti?
Kalau dilihat rim yang bakal digunakan bukanlah bukan rim Inspira R3 seperti yang sebelum ini :
Walaubagaimanapun, berdasarkan pengumuman dan koleksi gambar yang berjaya didedahkan setakat ini, masih lagi menjadi satu kolaborasi misteri antara pihak YES dan Proton. Apa lagi kejutan yang bakal dilakukan Proton pada 22 Februari 2012 ini?






{ 44 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
mcm cantik je, tapi fobia la pakai proton…ikhlas daripada saya
Mungkin yang ini terbaik dari Proton..mudah-mudahan, tapi kalau cantik, harga tak cantik susah juga ek!! Kalau harganya lebih murah macam rakyat negara lain perolehi dari kereta negara mereka lebih murah, lagi canteekkk!!!
nak yang cantik-cantik ja kan…
kena masuk syurga la camtu suma cantik2..
tu la, klu jual dgn harga murah lg kn baek… jgn la compare ngn produa…
Mariana: yer ker fobia….. per pun pendapat masing2… saya pun masih baru lagi pakai keter proton… so far ok ler… rosak minor still ader tapi banyak benda puas hati gak ler……ni first time pakai proton… sebelum ni pakai honda ngan nissan… proton tak sama cam nissan dan honda tapi buat masa sekarang kira ok ler ngan budget teman yang ciput ni ha….
awat hang dari honda dan nisssan ke proton……kawan nie kalau ada budget lebih baik amik kete luar je…….dah lotih pakai buatan tempatan nie ha…….
pilihan masing2… x payah laa nk paksa2.
bagi aku kalau mampu pakai kereta luar xpayah hadap ler nak pakai Proton yang cukup hina ini emmperbodohkan pelanggannya
ok.. jd x payahla hina org yg pki proton…. dh tu diorg mampu. nk pakai kete luar pki je laa…. kalo teruk sgt laa proton tu baik aku pakai tata nano… jimat gilerrrr dan mudah terbakar lol
marketing proton memang best..
sampai tertonggek2 orang nak tengok kereta, kononnya suprise
tak habis2 dgn marketing strategies yang membosankan…
Mcm org bodoh pun ade juga….!?#@ cuba anda fikirkan, kereta seperti ferrari, porshe dll ade buat mcm nie ker??? buat kan org yg melihat seperti org BODOH!!! tp kalu perempuan yg TGK ok juga, ade juga wayang free… Terima Kasi PROTON… live separa PORNO…..
nk bagi contohpun x pyh la buh porsche, ferrari….. br kuar prototype org dh pre-book. nmpk sgt laa ko ni suka… live separa PORNO…..
x teruja pun…
patut lagi ramai. Proton kena letak awek jelita yang kekurangan kain 4-5 orang keliling kereta…pasti lagi ramai yang akan serbu melihatnya
taktik murahan nk tarik ramai org melihatnya…. mungkin Gus Dur suka begitu lol
bagi yang mampu boleh la pakai.yang x mampu 2 tengok boleh mcm sya
kereta yang bagus ialah kereta yang orang akan pre -order even before launching
tak perlu nak tercongok skodeng depan kotak.
semoga proton terus maju.
dah pakai, tapi masih xmemenuhi kepuasan dr segi kualiti… harap proton dapat tingkatkan mutu… kecewa dgn kete pro+ton
Kalau dilihat pada kualiti, rasanya harga Proton masih lg mahal…
Proton Persona RM46000 – 59600 ( di Malaysia) , Honda City Baharu RM51,000 – 67,000. Harga di Malaysia Nak dekat 100,000 utk full spec.
Memang ok untuk survival proton. tapi tolong jangan lah cekik darah rakyat Malaysia jual kereta sendiri mahal sangat.
Koment saya adalah seperti berikut:-
1) Kenapa Stering tu di TUTUP dengan baju…?
2) Sport Rim tu lebih kureng saya punyer lah(RM1450), pls cari yg lain!
3) Ade Ipad?samsung tab? 10″ biar betul bro?? agak-agak ler kalau nak letak screen kat situ, kalu 5″ pun dah kira besar bro??
4) Sit leather mcm/lebih kureng forte 2.0 bro?
kesimpulan:-
Kalu betu ini kereta Proton, tak yah cover lah stering tu, or nie kereta org lain, Ferrari ,Porshe, WV, BMW dll yang mahal pun tak buat mcm kotak nie, membuatkan seperti ORG BODOH melihat sesuatu benda yg tak pasti, Tp kalu perempuan yg melihat, ok juga… hehehe FREE SEPARA PORNO… Terima Kasih banyak-banyak PROTON.. Live show…
Tp nk jugak ko klik kt thread ni dn baca berita dan amik tahu pasal model keluaran proton… terasa seperti ORG BODOH melihat sesuatu benda yg tak pasti?
biasa la bro..Proton kan konon2 nya perasan yg produk diaorg cam “bagus” sangat.tutup ngan kain kasi org mcm teruja x sabo2 nk beli….padahal……….cam syial!
mana yg komen..Proton bagus like…
mana yg komen proton tak bagus..tu..(klu nk kutuk² produk kita diharap jg guna Proton laa…ini guna produk kita kutuk kaw² mcm produk lain tu bagus…honda,toyota,dll yg return balik tu korang tak komen…apa
kete jepon tu memang ada skit isu.(adat la weii) Tapi x der cam isu proton yg berlambak2 dari dulu smpai skarang.sbb? makin lama, org makin nyampah
pttnya komen pengguna wat proton untk baiki kelemahan & bktikan kat pengguna bhw bkn shj mrk bole b’saing ngan krta luar melalui kuantiti shj tp kualiti yg baik… (cb bayangkan klau kereta luar cukai diturunkan apa akn jd ngan kereta m’sia) tp yg nak komen pun jgn la komen untk mnjtuhkan ye…..
kebanyakan yg kutuk proton cam org xde akal…. main blasah je ckap pn ntah apa2. bukan nk sumbangkan idea ke pendapat ke…. merapu je lebih
Nak buat macam mana ,jiwa kacau !boleh bagi orang sakit hati pun jadilah.Macamlah bagus sangat bila boleh bermegah dengan kereta luar,bila ekonomi jatuh ke ,bisnes lingkup ke, barulah terhegeh-hegeh mencari kerajaan atau apa-apa saja yang ada dalam negara ini untuk mengemis bantuan, tak mahu pula minta bantuan dari negara yang dimegahkan sangat tu,bila senang sombong macam sial. Orang macam ni patut dihumban dalam laut saja.Buat perabih subsidi kerajaan saja.Satu sen pun tak guna.!!!
wah..macam menarik ja…
like
saya dengar cerita kereta proton tak dapat sambutan di langkawi, betul ker? ada siapa-siapa orang langkawi yang boleh konfemkan?
Tunggu je la..kalau rasa minat beli, kalau x minat x payah beli..x payah la nak mengata je..kalau rasa hebat sangat buat kereta sendiri..
QUALITY ENJIN YANG UTAMA (maintanance tinggi sebab enjn).
mungkin PROTON boleh lihat pada negara matahari terbit dari segi kualiti enjin.
proton kene jual murah lg….
Ingt lg x psl replacement v6 ? Rasenye ini la model t’sebut..sarat ngan teknologi baru..rim pun cantekk..harganya ??? humm..
nk jual murah mcm mana….proton sendiri pun kene tax dari kerajaan…
org malaysia memang lebihkan produk luar…tak sedar asal dari mana..
aku ada kereta proton…. aku jugak guna kereta luar negara. Proton aku… yg lama punya. Memang berbeza. Harga berbeza. Sistem brek berbeza. Power berbeza. Sistem gantungan berbeza. Byk lagi berbeza. Syok bawa kereta luar negara…. Lebih best…laggii power. Tapi… mahallllll.
org malaysa kan cepat lupa diri…
maksudny, knp malaysia xbuat mcm jepun, german jual kete kt local user murah je…. tax pn agak2 la… smue ni slh sape? hehehe…
So far inspira model proton yg terbaerkk. Mmg bnyk barang mitsu. Tak rasa proton langsung. Smart guys get it
Harga mitsubishi lancer 10,2.0 GT, di langkawi rm73,800 on the road so yg mana korang nk pilih mitsubishi ker proton inspira??
tu kan kat langkawi jer..aduss