BREAKING NEWS: Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres 2020!! SEMAK BERITA TERBARU DI SINI

Projek Pusara Negara Peruntukan RM 70 Juta

by Staff Berita Semasa on December 2, 2010

in Berita Malaysia

pusara nisan negara Projek Pusara Negara Peruntukan RM 70 JutaRasanya ramai di antara anda dah tahu pasal projek Pusara Negara yang diletakkan bersebelahan dengan Tugu Negara. Dan kos peruntukan yang diberikan untuk projek ini adalah sebanyak RM 70 juta. Cuma satu kami nak anda jawab. Perlukah?

Dalam projek Pusara Negara tersebut, akan disediakan 500 lubang kubur untuk VIP-VIP negara. 250 lubang kubur untuk orang Islam dan 250 lagi untuk VIP yang bukan islam. Kalau nak dihitung, satu lubang kubur bermakna RM 140,000 seorang. Banyak tu. Tempat nak mati je pun.

Sekali lagi kami ingin menyuarakan kekecewaan kami terhadap projek-projek kerajaan yang kami anggap, tidak relevan dalam waktu ini. Sudahla hidup membebankan rakyat, nak mati pun pun rakyat juga kena tanggung ke? Tak boleh fikir ke semua ini?

Sekalipun nak buat projek macam ini, perlulah di ambil dulu suara rakyat, samada menyokong projek tersebut atau tidak. Dan peruntukannya juga tak perlulah sebegitu banyak. Kalau dah tanah kerajaan kat sebelah Tugu Negara tu, dah sah-sah tak perlu banyak keluar duit. Takkan nak buat kubur pun, nak “tax” juga.Pakai main contractor dan sub-contrator bagai.

Perlu ingat sikitlah, RM 70 juta bukan sedikit. Kalau buat tambah baik prasarana dan kemudahan ataupun buat satu projek bertemakan ekonomi seperti membina peluang ekonomi untuk rakyat pun, lagi baik. Pakai kain kapan sutera ke atau lubang kubur bertatahkan berlian gelang ACK Konsortium ke sampai kos satu kubur RM 140,000.

Kami tak kisah kalau nak teruskan Projek Pusara Negara ini. Pada hemat kami, bagus juga untuk kita letakkan pemimpin-pemimpin yang betul berkaliber tak kira apa bidang dan jawatannya, samada berjuang untuk keselamatan negara dan sebagainya. Tapi, yang kami ragui, adakah ciri-ciri tersebut dalam pemimpin sekarang?

Kalau masa zaman pendudukan Jepun, komunis, mungkin ramailah yang memang layak untuk duduk dalam Pusara Negara ni. Tapi, kalau melihat keadaan sekarang, rasanya tak ada yang layak lagi. Lagi pun, lepas mati kita nak bertemu tuhan. Tak ada tanya apa jawatan, kubur kat Pusara Negara, harga kubur saya RM 140,000. Yang dihitung adalah amalan semasa di dunia.

Dah macam zaman firaun pulak, tempat bersemadi nak berhias bagai sampai RM 140,000 seorang. Dekat negara lain pun ada juga tempat macam ini, tapi kos tak ada la sampai melampau. Agak-agak la sikit. Salahuddin Al-ayubi pun meninggal tak ada duit.Tapi pengorbanan,keperibadian dan perjuangan dia memang tidak dapat dinafikan. Hatta orang-orang Eropah juga kagum dengannya.

Secara jelasnya di sini, kami merasakan agar Projek ini perlu disemak semula kosnya. Tidak perlulah berlebihan.Ingat-ingat sikit. Apa pandangan anda mengenai isu pusara negara ini?

{ 54 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 maintain slow December 2, 2010 at 8:56 am

saya rasa perlu kot.pasal diaorg dh byk berjasa kepada negara.apalah sangat duit kita kene keluarkan berbanding jasa dan pengorbanan diaorg.kalau 100 juta pun xper.lagipun bukan kita kene keluar.duit kerajaan yg keluar.apa nak kisah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 huhhuhu maintain slow.. December 2, 2010 at 9:09 am

hahahah…ko lawak aper…..bengong…rakyat bayar cukAI bukan nak suh kerajaan membazir….wat la benda yg bih dtgkan kebaikan pada rakyat…bukan pada diaorg…gaji diorg pon kitaowg bayar tau…tak kira elaun2 lg tueee

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 pedoman kita,, December 2, 2010 at 9:41 am

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 apa-ape je December 2, 2010 at 10:19 am

hmm.. salam.. mmg tak masuk akal langsung… ntah pape2 je… gamaknya dorang sume ni mati.. akhirat kelak kos kubur yang akan dihitung.. bukan amalan yang akan dihitung

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 The Presiden December 2, 2010 at 10:27 am

Berjuta n berbillion duit abis untuk kepentingan sendiri, bukan utk rakyat. Baik dia kumpul duit2 tu bagi bonus kat penjawat awam, at least sbulan gaji or maximum 2K pun jadila. Da 3 tahun tak merasa bonus lgsung..singapore pun tahun ni penjawat awam dorang dapat bonus 2 bulan gaji..gaji dah besar,dapat 2 bulan lg. Ppapepun rezki. Besyukur jela.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 belantara bandar... December 2, 2010 at 10:34 am

ah!!… nak buat camne… kerajaan skg suka sgt membazir… kebanyakkan agensi..kementerian.. byk yg cut cost … sbb ape.. kerajaan da kurang dana… tapi bab belanja yg tak masuk akal.. bole buat..aiya…. kalo tak kene kat rakyat takpe la jugak… ni minyak naik.. barang naik… cukai ape lanc*u lagi…renovation kediam rasmi berjuta2…padahal Peminpin sblum ni da renovet kediam rasmi pun berjuta2… lagi bini2 kuar ikut suami dpt elaun…aduh aduh…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 deax December 2, 2010 at 10:39 am

maintain slow: saya rasa perlu kot.pasal diaorg dh byk berjasa kepada negara.apalah sangat duit kita kene keluarkan berbanding jasa dan pengorbanan diaorg.kalau 100 juta pun xper.lagipun bukan kita kene keluar.duit kerajaan yg keluar.apa nak kisah.  

ish ish…x payah…berapa bagus vip kita skrg??cuma nilai dulu….bukan duit kita??pleaseeee la,,duit kerajaan adalah duit rakyat laaaa ….mestilah nak kiseeh….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Pembetulan January 30, 2011 at 11:22 am

Projek tu 18 juta bukanya 70 juta. Tak payah bising2 , projek tu pun dah dibatalkan.

maintain slow: saya rasa perlu kot.pasal diaorg dh byk berjasa kepada negara.apalah sangat duit kita kene keluarkan berbanding jasa dan pengorbanan diaorg.kalau 100 juta pun xper.lagipun bukan kita kene keluar.duit kerajaan yg keluar.apa nak kisah.  

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 fantaloso December 2, 2010 at 10:47 am

lawak btl statement hamba allah nih,duit kerajaan,duit kita bayar cukai lah adik ku…….(mujur adik,lau bapak ntah ar)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 aida December 2, 2010 at 11:14 am

maintain slow: saya rasa perlu kot.pasal diaorg dh byk berjasa kepada negara.apalah sangat duit kita kene keluarkan berbanding jasa dan pengorbanan diaorg.kalau 100 juta pun xper.lagipun bukan kita kene keluar.duit kerajaan yg keluar.apa nak kisah.  

duit kerajaan? bukan duit tax kita ke tu?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 mat cput December 2, 2010 at 11:39 am

ni yg dikatakan firaun moden…….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 masrur izzat December 2, 2010 at 11:50 am

bengong maintane slow nih…baso x skoloh ko

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 shah December 2, 2010 at 12:13 pm

pedoman kita,,: Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.  

ye… betul sebijik mcm tok guru nik aziz kata….bila mati nanti malaikat mungkar & nangkir x tanya pun apa bangsa kita tp dia tanya agama kita…..apa tuhan kita…apa pengangan kita…jika bekalan pahala n kebajikan kita byk didunia maka bahagialah kita di alam kubur…. rasanya tak perlulah kita mengindahkan kubur org yg telah mati tp kita byk kan sedekah al fatihah kt arwah lebih elok dari membazir duit rakyat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 pedoman kita,, December 2, 2010 at 12:58 pm

yeah shah,,mmg ayat tok guru,,sekarang all msian bukan lagi dibawah tempurung…kita taw mne 1 yang betul dan xbetui,,,tepuk dada ty iman masing2,,wallahuaklam,,,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 beejan December 2, 2010 at 1:59 pm

aku benci kerajaan sekarang
aku benci pembakang sekarang
aku kecewa dengan tindak tanduk mereka
rakyat terus menderita….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 shah December 2, 2010 at 2:10 pm

beejan: aku benci kerajaan sekarang
aku benci pembakang sekarang
aku kecewa dengan tindak tanduk mereka
rakyat terus menderita….  

abih apa yg kau suka?kadang2 benci bleh jadi sayang wooo……

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 lilacfla December 2, 2010 at 2:17 pm

tak perlu!!

nak buat apa hias lwa2? nak bukak bagi jadi tempat pelancongan?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 PM pada tahun ???? December 2, 2010 at 5:06 pm

baik bg duit tu kat masjid2, wat bacaan yasin untuk VIP2 negara tu drpd buat kan dia lubang kubur smart2…sape sokong???

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 cikimiro December 2, 2010 at 5:56 pm

ish2..ntah2 kjaan kita skrg dah x tau lg cm ner nak belanja kan duit 70 juta tu…(angka yg bsar tuu..) rsa nyer projek ni suatu pbaziran..stahu aku lah setiap agama pun x mengalakan umat nyer tuk mbazir.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 dinmaidin December 2, 2010 at 6:21 pm

beejan: aku benci kerajaan sekarang
aku benci pembakang sekarang
aku kecewa dengan tindak tanduk mereka
rakyat terus menderita….  

sokong..aku pun benci gk…trutamanya dgn pembangkang di negeri selangor dan penang…selalu bikin kecoh…masa dorg memerintah,xde ape pun yg dorg leh buat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 yes sir ? December 2, 2010 at 7:43 pm

dah lah masa hidup banyak perabis duit…..
dah mati pun perlukan tempat yg banyak pakai duit..!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 adil December 2, 2010 at 9:42 pm

aku cadangkan duit 70 juta tu dijadikan sbagai akad sedekah si mati pejuang negara..kepada masyarakat..derma pada yg memerlukan..dgn hidup penuh kebaktian mati pula penuh dengan sedekah…lagi kaya daripada berabis mcm tu..bukan si mati tu leh rasa pun…amin!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 zenonis December 2, 2010 at 11:47 pm

Oh Allah, tolongilah hamba-hambaMu yang dianiaya oleh pemimpin-pemimpin yang tidak sedarkan diri ini. Hadirkanlah kepada kami pemimpin2 dari golongan yang Kau redhai, bantulah kami, anak-anak kami, semoga kelak tanahMu ini dipenuhi dengan insan2 yang sentiasa berzikir memuji Mu wahai Raja segala Raja. Kami sedar bahawa inilah akibat dosa2 kami. Maka ampunilah kami. Kami sedar bahawa kami terus menyokong institusi-institusi zionis di negara ini, kami sedar kami terus merelakan riba berleluasa, kami sedar kamilah yang menonton kejahatan di kaca tv, kami sedar kamilah puncanya, bantulah kami kembali kepada jalanMu, kami ini dianiaya, teraniaya dan menganiaya. Kembalikanlah kami yang merangkak-rangkak tercari-cari jalan keredhaanMu di tengah2 kegelapan zaman akhir ini. Ameen.
zenonis menulis Berita Terkini….Resipi Siakap Kukus – Steamed Barramundi RecipeMy Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 pian December 3, 2010 at 2:07 am

giler lah kerajaan…1 lubang kubor same harga ngn rumah teres setingkat kt tempat aku…klo wat loan rumah tu maun gak la 25 TAHUN baru abih bayar…giler bodoh kerajaan skrg…!!! kerajaan skrg nie belajar sampai darjah 3 jer ker???hantar blajar sekolah tinggi2 tp bodo bertingkat2…terima kasih kerajaan 1 MALAYSIA…Vote for najib…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 13 December 3, 2010 at 7:46 am

pedoman kita,,: Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Ni quote dari nik aziz ni …aku kenal sangat…jangan la copy paste bro…edit la sikit

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 supi December 3, 2010 at 8:00 am

lgi satu berita dari berita semasa yg x tau betul ke x….bukti x dak….kalo cita2 mcm ni sure la kuar kat harakah atau malaysiakini…tp x de pon…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 yes sir ? December 3, 2010 at 9:13 am

tapak2 kubur kat situ tentu dah ada bakal pemastautinnya. Dah tentu penghuni2nya adalah dari pemimpin2 BN, golongan yg dah banyak buat duit dan harta. Sebab dah diketahui umum satu dunia pemimpin2 BN ni terutama dari UMNO mereka adalah pihak yg rajin dan berinisiatif tinggi mengumpul harta. Mereka golongan kayaraya, jutawan, jadi sepatutnya mereka bolih tubuhkan kelab bakal2 ahli kat situ..Nama dan daftarkan kelab tu, kenakan yuran..dari wang yuran tu bolihlah digunakan sebagai duit senggaraan, apa2 program dan projek kat situ…
itukan lebih relevan…jimat duit negara ! Dan duit rm 70 juta tu bolih juga buat baiki surau2, kuil2, tokong2,gereja2 , kubur2, jirat2 cina yg dah banyak bocor2, reput dan tidak disenggara kat seluruh negara…
rakyat pun tak merunggut..!
malah bolih dijadikan contoh..! rakyat tentu berbangga..!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 yes sir ? December 3, 2010 at 9:21 am

BERITA SEMASA..! TOLONG PIHAK ANDA JELASKAN DARI MANAKAH SUMBER BERITA INI DIDAPATI DAN ADAKAH IA BOLIH DIPERCAYAI ATAU SAJA KAMU REKA DAN WAR2KAN..!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 nidron December 3, 2010 at 10:27 am

Projek ape plak ni… Betul2 membazir la… Tak perlu nak tiru negara luar….
nidron menulis Berita Terkini….Sticky Post – Contest Forum CutiMalaysiamy Bernilai RM1-410My Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 adiksubang December 3, 2010 at 10:43 am

Pemimpin kita nie dah hilang akal ape ke? sampai ke kubur pun nak buat duit jugak ke? cukup2 lah tu dengan idea yang sangat bernas.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 haltech December 3, 2010 at 4:20 pm

biar la kerajaan nak buat.bukan duit korang pun yang kene keluar.duit kerajaan yg keluar.lagipun diaorg tu dh banyak berjasa kepada malaysia.tanpa mereka xde la malaysia jadi mcm skrg.apalah sgt duit tu kalau nak di bandingkan dgn jasa yg dibuat utk kita semua.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 rafi projek December 3, 2010 at 5:21 pm

kubur ada aircond ape ke sampai mahal mcm tu… kubur mahal2 kalau amalan xde xjadi gak, amalan 2 yg penting…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 WAR FOR RAKYAT December 3, 2010 at 6:17 pm

duit rakyat ke duit kerajaan ke..!!! janganlah membazir utk perkara2 yg tidak berfaedah,lebih baik digunakan utk kegunaan & kebaikan rakyat.cth keperluan yg sgt2 rakyat perlukan sentiasa ,pelajaran,pengangkutan,kesihatan dll lg…….. hai pemimpin sekalian `pikirlah sendiri,amanah didunia akan dipersoalkan didlm kubur & depan Allah S.W.T dipdg masyhar nanti.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 atok December 3, 2010 at 9:51 pm

hai entahlah……..apa nak jadi agaknya dgn depa-depa ni.Inilah dia gunanya duit subsidi yang dipotong,jap tadi umumkan harga minyak ron 05,disel,LPG naik 5sen,gula naik 20 sen….dahtu nak spend 70 juta buat yang bukan-bukan.Kesihanlah rakyat akan menerima kenaikkan harga barang rentetan harga minyak naik.Apa nak dibanggakan dgn kubur kalau azab diterima badan….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 wann December 4, 2010 at 12:19 am

bkalau boh batu nisan emas pon x kan sampai rm140k aih….
semakin jelas la ni..
kerajaan bnyk membazir…..
projek pembangunan yg merapu…
pemimpin sekarang bukannya layak dok dlm kubur mcm ni….
hidup diorang x dak function..
makan rasuah dgn membazir ja..
wann menulis Berita Terkini….BERITA – Yamaha Ego LC telah dilancarkanMy Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 Hantu kak limah blk kg December 4, 2010 at 4:10 am

Sekarang manusia meninggal dunia pun ada darjat dan class kubur nyer…Tuhan tak tunjukkan azab dekat dunia sebab lingkungan manusia skrg sesat jalannya. Bertaubatlah sebelum Matahari terbit dari Barat ke timur .

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 tanah kubur December 4, 2010 at 11:22 pm

Semua kita menunggu saat mati…Kubur perlu untuk persemadian kita tapi janganlah kita membazir wang untu kecantikanya…VIP ke VVIP kita akan disoal oleh malaikat sama sahaja tak da pulak kau VIP,VVIP kau diistimewakan.Didunia bolehlah diagongkan tapi dalam kubur sorry…….Kerajaan yang memerintah tak usahlah sentiasa nak membazir rakyat membayar cukai…..jadikanlah duit itu untuk manfaat seluruh rakyat.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 lion December 5, 2010 at 7:49 am

pedoman kita,,: Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.  

Hello…dalam tanah tu tu bukan hanya milik orang islam lah! Takkan orang lain nak kubur kat langit. Begitu rupanya..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 orga December 5, 2010 at 9:56 am

tak faham la kerajaan Malaysia ni.Baik pembangkang atau pemerintah sama saja..yang hidup disuruh bersusah payah nak hidup..yang mati bagi tempat mewah plak..tak paham ke yang mati tu dah tak boleh menyumbang apa-apa lagi..semua VIP-VIP bukannya semua tulen..mangkuk ayun semua. bodek skit dapat la pangkat..segelintir je yang bersusah payah nak dapatkan pangkat..itupun ditindas…bodos

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 Man2 December 5, 2010 at 7:04 pm

Tak setuju.
Projek tu tak perlu dan membazir duit saja. Apalah punya pemimpin idea macam ni boleh terfikir. Kalau inilah idea yang ada pada pemimpin kita, amat malanglah negara kita ni. Pemimpin sekarang ni sama saja, UMNO ke, PKR ke, DAP ke, Pas ke tak ada beza. Dia boleh bawa idea budak sekolah untuk urus negeri/negara. Semuanya sebab politik dan duit.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 FrankRose December 6, 2010 at 3:18 pm

mana manusia ni belajar yang tanah kubur tu boleh di booked. Kalau dah di gazet jadi tanah kubur, maknanya wakaf kubur, siapa mati tanam je kat situ, mana boleh dok di booking ini utk aku itu utk kau, sedangkan kita simen lebih dari saiz badan islam dah larang. Cadangan aku kalau nak buat sangat kubur yang ala2 firauan, keluar duit sendiri, beli tanah sendiri, pergi lantak le nak buat kubur cantik mana, tapi kalau namanya duit kerajaan, maka itu adalah wakaf rakyat, masuk tanah makan dek ulat, geng VIP tu kalau nak kubur cantik, kumpul duit sesama sendiri, beli tanah, declare sebagai private property, hire pengawal, esok dah mati, pergi le tanam kat situ, buatlah tugu ke, apa ke…. tak ada siapa nak marah dah…. sebab hak sendiri…. ada faham ka… ada belajar ugama ka…. atau belajar yok yok je… (pergi tengok tanah kubur kat mekah sana, batu je sebagai penanda, sendiri mau ingat apa hukum bila kita conquer tanah kubur awam (wakaf) lebih2han…. kubur nak cantik, tapi al-fatihah tak pernah pun nak sedekah, sudahnya orang dalam kubur seksa kena….)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 ahmad hairus salleh December 6, 2010 at 5:28 pm

kenapa perlu membazirkan wang pembayar cukai..hanya utk membina kawasan perkuburan…kalau pemimpin negara/org yg banyak berjasa pada negara dikebumikan dikawasan tersebut…rasanya lebih baik kita memperbanyakkan doa atau pun memberbanyakan ibadah kepada allah…muga2 pemimpin kita yg meninggal ditempatkan dikalangan org2 yg soleh….rasanya itu lebih baik, wang tersebut di gunakan utk membantu penduduk yg lebih memerlukan…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 ketum December 8, 2010 at 9:03 am

aida: duit kerajaan? bukan duit tax kita ke tu?  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

maintain slow ni aku rasa sekolah dia mesti bertingkat-tingkat, tapi bodoh dia pun bertingkat-tingkat….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 jimbit December 9, 2010 at 2:13 am

70 juta tu okla..projek mcm ni bukan pembaziran..mane leh bahagi 500 cmtu je..then dpt rm140k satu lubang..adela facility lain nk dibina…wakaf,parking,landscaping etc..tiada projek yang membazir akan diluluskan sewenang2 nya..
mari mengkritik untuk membina..bukan untuk membinasa :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 razif December 12, 2010 at 12:03 am

omak aii..kubur pun ada standart ke..atoi macam2 lahai..silap2 jadi cam kubur cina sok nie..atoi..
razif menulis Berita Terkini….Bonus Minggu IniMy Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 Ayo Yo December 13, 2010 at 7:11 am

beejan: aku benci kerajaan sekarang
aku benci pembakang sekarang
aku kecewa dengan tindak tanduk mereka
rakyat terus menderita….  

Aku rasa ko ni dah kena sakit jiwa tahap akhir la. Elok la ko cepat2 gi ke Tg Rambutan untuk dapatkan rawatan dari pakar sakit jiwa yang bertauliah disana. Kalau dibiarkan nanti melarat habis satu kampong ko, ko bunuh nanti.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 suara rakyat December 13, 2010 at 11:26 am

xtau nk ckp apala.bukan ke kerajaan demokrasi tu mksdnye suara rakyat diambil kire dlm semua keputusan?malaysia ni dah xmcm demokrasi dah rasenye……*sigh*

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 kerajaan rakyat December 13, 2010 at 4:41 pm

ermm masa mengundi nak dengar pendapat rakyat…lps mengundi..dah berkuasa lupakan rakyat…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 ainaq halim December 14, 2010 at 4:04 pm

Memang tak perlu….kalau kita pakai sunah Hindu bakar sahaja!!!
Dato Sri Anwar kena buat wasiat untuknya sendiri

Satu lagi kita boleh buat kompos jadi baja untuk kegunaan tanaman rakyat…itu lebih eko friendly

Kalau itu pun tak mau kita pindah sahaja kubur negara ke taman negara tanah lebih murah di hutan pahang

Duit yang jimat kita nak buat apa? Minta cadangan DSAI dia kan bekas menteri keewangan semasa ekonomi negara di liwat George Soros

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 ate December 14, 2010 at 4:38 pm

jimbit: 70 juta tu okla..projek mcm ni bukan pembaziran..mane leh bahagi 500 cmtu je..then dpt rm140k satu lubang..adela facility lain nk dibina…wakaf,parking,landscaping etc..tiada projek yang membazir akan diluluskan sewenang2 nya..mari mengkritik untuk membina..bukan untuk membinasa   (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

tanam kat kubur biasa boleh ape???xyah nak bazir duit sampai 70 juta

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 fendidahada December 15, 2010 at 1:01 am

nak mati pun nak membazir lagi..ish2..cubalah wat benda lain..derma kat anak yatim ke..aku tak stuju..kenapa nak diasingkan kubur org2 berjasa kononnya ni..
fendidahada menulis Berita Terkini….Justin Bieber Paling Sengal 2010My Profile

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 capuleto December 24, 2010 at 1:15 pm

nak buat kubur pun nk kena mahal2..aku rasa dlm liang lahad tu ada masuk aircond la..sbb dlm tanah kan takde oksigen dgn panas sume cukup..
kesian mayat2 VIP tu..hahahaha…mmg pandai dorg ni plan habiskan duit rakyat 1Malaysia sendiri..ermmm lantak la korg

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 Pembetulan January 30, 2011 at 11:32 am

Ko org semua kena tipu, mana ada projek pusara negara bernilai 70 juta. Tak percaya pergi tgk kat tapak, ada ke tak ada.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

54 sara lolita August 13, 2011 at 8:11 pm

perlu ke wat kubur harge 70m ni ? x masok akal langsung la ! membazir bnde yg bodo2 … da mati nnt ade plak yg tnye kubur ni harge bape bape ? bngang je ! baik tolong org susah buat kan rumah ke ape kew ? sedekah ke !! ni wat kubur mahal2 tok pemimpin yg tah ape2 tah ! hari2 makan duit rakyat jew !!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

CommentLuv badge

Previous entry:

Next entry: