BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Prof Aziz Bari Digantung Tugas di UIA Akibat Derhaka Kepada Sultan Selangor?

by Staff Berita Semasa on October 21, 2011

in Isu Semasa Terkini

Mungkin inilah harga yang perlu dibayar oleh Prof Aziz Bari apabila menjadi pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Walaupun dah bertugas 22 tahun di UIA, itu bukan satu jaminan. Kalau anda telah dicop kurang ajar dan menderhaka kepada Sultan, riwayat kerjaya anda tidak akan ke mana….

Yang pastinya apabila Prof Aziz Bari kena gantung tugas di UIA, ramai pelajar akan terjejas :

” Kesan kepada lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD)”

Selepas sahaja daripada kenyataan Prof Aziz Bari yang dikatakan mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah campur tangan dalam isu pemeriksaan gerej baru-baru ini, beliau terus dicop sebagai penderhaka termasuklah kritikan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyifatkan keengganan Prof Aziz Bari meminta maaf kepada Sultan Selangor sebagai ‘kurang ajar.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Prof Aziz Bari menjelaskan dan memberi pendapat bahawa Akta Hasutan memperuntukkan bahawa tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja-raja itu.

Kami petik kenyataan daripada Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA):

Antara perkara yang boleh mengancam akidah orang melayu ialah menganggap titah sultan atau raja itu mesti ditaati secara mutlak..tidak boleh derhaka..tidak mungkin salah..raja dan sultan diberikan kemaksuman sehingga titah mereka bagai al-Quran dan as-Sunnah yang tidak boleh dipertikaikan..ini seakan akidah yang menganggap raja adalah dewa..dalam Islam selain Allah dan rasulNya; boleh dikritik dan dipertikaikan..

Dan ini pula, respon Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkaitan isu ini melalui dalam twitternya yang berbunyi :

Kalau berbeza pendapat sikit pun dah kena gantung tugas walaupun pendapat yang diberikan itu ada kaitan dengan bidang Prof Aziz Bari sendiri sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), mungkin perlu difikirkan semula halatuju sebenar pendidikan di Malaysia. Di mana tokoh akademik seperti Prof Aziz Bari dikunci terus mulutnya daripada memberikan pendapat. Sebab seorang ilmuwan dan tokoh akademik mesti ada keberanian untuk memberikan pendapat walaupun pahit untuk ditelan, bukan jadi “pak hangguk” sahaja.

Kalau begitulah standard tokoh akademik yang ada, alamat jahanamlah tahap pendidikan di Malaysia. Kalau benarlah pendapat Profesor Dr. Abdul Aziz Bari melanggar perlembagaan negara, berikan ruang kepadanya untuk mempertahan pendapatnya itu. Bukan terus dihukum begitu sahaja tanpa “dibicarakan”….

Oleh kerana itu, ‘hujah mesti dibalas dengan hujah’ bukannya ‘hujah dibalas dengan hukuman & kezaliman’

Yang berikan pendapat ini bukan pensyarah biasa tetapi “pakar perlembagaan’. Pelbagai tesis dan kajian yang boleh dah buat berkenaan perlembagaan di Malaysia. Jadi memang layaklah beliau memberikan pendapat dan pandangannya….

Takkanlah kapasiti Prof Aziz Bari sebagai pakar perlembagaan negara tak boleh bagi pendapat tentang perlembagaan negara? Takkanlah nak komen pasal hal-hal perlembagaan walaupun pahit untuk sesetengah “kelompok mendengarnya” kena masuk politik baru “jadi halal”?

[poll id="197"]

P/S : Patutkah Prof Aziz Bari diperlakukan sebegini rupa?

UPDATE (Pada 24 Oktober 2011) !!

Kalau ikutkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak akan ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) malam esok. Walaupun siasatan masih belum habis dijalankan oleh pihak atasan universiti, tetapi kes gantung tugas sebagai pensyarah di UIA terhadap Pakar Perlembagaan Negara, Prof Aziz Bari  ditarik balik serta-merta…

Ini bermakna pada esok hari (25 Oktober 2011) Prof Aziz Bari boleh melaporkan diri dan menyambung tugas sebagai penyarah undang-undang seperti biasa.


{ 79 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Asyaraf October 21, 2011 at 3:02 pm

Bincanglah secara baik. Tak usah gado2.
Dimana bumi di pijak di situ langit di junjung dengan syarak tidak menyekutukan Tuhan Allah Yang Maha Esa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 fasha sandha insaf October 21, 2011 at 7:37 pm

itulah sukarnya berkata benar..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 Pak Awang October 21, 2011 at 3:08 pm

membe aku lalu tadi bgtau, sekarang mahasiswa tgh demonstrasi di perkarangan masjid uia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 haizzzz October 21, 2011 at 3:11 pm

sultan?aku anggap orang biase je.xde sangka buruk & xde pula nk m’angung2kn mereka.xperlu ‘minta sembah patik harap diampu’ kalo jmp sbb diorg bukan tuhan.perlu ke minta ampun?ampun ape?dosa?boleh hapuskan dosa ke sultan?xperlu minta sembah.tuhan ke nk sembh2?ms b’jumpa sultan pegi ruku’ sedikit dan wat gerakan meminta ampun.korg tahu x tu meniru gaya org hindu sembah berhala mereka?come on la..sultan xperlu.xde sultan pon aku boleh hidup!xde sultan pon Melayu tetap maju!yg perabih duit ngn rezab org melayu pon sultan yg korg dok2 sembah gak!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 Lepat October 21, 2011 at 3:21 pm

betul tu bro haizzz
ada ker, takder ker tak luak rezeki aku kat sini
citer hina raja &sultan nie sebenarnya dah lama kot.. Tun M sendiri kata, orang tua ni mmg spesis DNA pelupa n penipu
dia sndiri yang kata dia boleh lupa
dalam sesetengah perkara, xperlu ikut sultan sgt, try cari video tue kat youtube

Tun Perak Penah Cakap – Sultan adil, sultan disembah, sultan zalim, sultan disanggah!!
kira yang start menderhaka kat sultan neh, orang melayu la. Tun Perak tue bendahara kot.. hahahaha.. Geli tengok orang melayu la nie, asal leh dapat keuntungan, mesti dia depan, xkira la gadai maruh @ pape pn.. hahaha
Prof. Aziz Bari – berani kerana benar~

UIA dah serupa rejim di mesir & tunisia. Ini semua kerja umno, sdgkan arwah ishak baharom pun blh di pecat inikan pensyarah universiti. ingat x?

Buatla stail umnooooo, masa nak pinda perlembagaan pasal Raja Raja dulu, habis sume dalam seluar Raja-raja kene londeh. Hai….makin jauh laaa mahasiswa dgn UMNO

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 UwanZz October 22, 2011 at 10:03 am

Sultan Mahmud Mangkat Di Julang!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 anti amran jb October 21, 2011 at 3:30 pm

amran jubur BN…HA HA…maki le jgn x maki….haram jadah lah kau…jom le maki memaki sama je ko kata pembangkang suka maki…ko maki ko pn BN haram jadah suka maki…dasar jubur taik.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 AMMAR YASIR October 21, 2011 at 3:58 pm

Inilah yang akan terjadi bila tiada kebebasan bersuara

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 pak man October 21, 2011 at 7:30 pm

Kebebasan bersuara memang ade…sape kate tak ade. Tapi cara aziz bari ni ada sikit kurang ajar.
Takut ia nya menjadi ikutan jika tidak di kawal dengan betul.
Pulak tu aziz bari ni berfikiran kiri kut…..
Kepada mereka yang bergelaar kononnya mahasiswa, jangan beralagak lah. Hidup dengan bantuan duit orang ramai..ikut lah aliran semasa. Kamu tu semuanya datang dari kampung pendalaman. Jangan lah nak berpikit…..
Sedar di untung….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 awg1031 October 21, 2011 at 7:55 pm

pak man:
Kebebasan bersuara memang ade…sape kate tak ade.Tapi cara aziz bari ni ada sikit kurang ajar.
Takut ia nya menjadi ikutan jika tidak di kawal dengan betul.
Pulak tu aziz bari ni berfikiran kiri kut…..
Kepada mereka yang bergelaar kononnya mahasiswa, jangan beralagak lah.Hidup dengan bantuan duit orang ramai..ikut lah aliran semasa. Kamu tu semuanya datang dari kampung pendalaman.Jangan lah nak berpikit…..
Sedar di untung….

wow, hebatnya pak man ni..

pak man..part mane dr.aziz kurang ajar? cuba explain sikit..
mahasiswa memang ikut aliran semasa..pak man ni duduk kampung ek?
memang mahasiswa hidup dgn duit org ramai, tp begitu juga PEMIMPIN NEGARA. ada beza ke pak man? yg saya tau, duit tax tu duit semua orang dan bukan duit BN sahaja..jadi pak man jgnla perasan lebih yee..
hooo, dari pedalaman ye..agaknye pak man ni kot yg dari pedalaman, pernah dtg ke UIA pak man oiii~~ rata2 kat uia tu dtg belajar nak kapal terbang paling kurang pun 1jam 45 minit..pak man ni penah tak naik kapala terbang?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 mat October 22, 2011 at 1:38 am

Ni sorang lagi cakap org bodoh……….nampak sangat seorang yg mengapu/merapu…………….
terlampau bergantung kpd sesama manusia………

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Askar polo October 23, 2011 at 12:05 pm

Sifat manusia,ditegur slah tak tegur salah.Jangan dok merapu
pak man.Ingatlah Allah menyuruh kita saling ingat mengingati dan tegur menegur.kan kan kan …………………….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Daulat Tuanku October 21, 2011 at 4:07 pm

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Satu demonstrasi telah diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas selesainya Solat Jumaat sebentar tadi bagi mendesak pihak Universiti menarik semula pergantungan tugas terhadap Prof. Dr. Aziz Bari semalam.

Demonstrasi ini yang dianjurkan sebuah Pertubuhan yang berpihak Pro Mahasiswa juga menyatakan sokongan terhadap kenyataan Dr. Aziz yang didakwa beberapa individu yang menyertainya sebagai selari dengan pandangan Islam.

Beberapa Mahasiswa yang ditemuramah mendakwa tindakan pergantungan ini telah menjatuhkan maruah UIAM sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang berkualiti.

“Jangan buat keputusan berdasarkan kepentingan politik kotor,” dakwa salah seorang Mahasiswa yang turut berang dengan tindakan tersebut. Demonstrasi pada ketika ini masih berjalan dan dijangka bersurai sebentar lagi.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 mzh October 21, 2011 at 4:07 pm

nak jadi macam ala-ala firaun kah ‘s’ melayu ni…..bukan kah tiada manusia yang sempurna kat dunia ni…so janganlah sombong nak terima pendapat or teguran orang lain…xpela kat dunia mmg die ade kuasa…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Daulat Tuanku October 21, 2011 at 4:07 pm

Sementara itu Khairul Rizal Osman membidas pihak pakatan pembangkang yang berduyun-duyun mengherdik kerajaan dan UMNO berikutan penggantungan tugas Prof. Dr. Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berikutan mengeluarkan kenyataan berbau hasutan.

Sebaliknya mereka berdiam diri ketika tiga pegawai Universiti Selangor (Unisel) dipecat dari jawatan masing-masing kerana sebab politik dan menentang kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu.

Syed Ali Alhabshi (umnobahagiancheras.blogspot.com) pula berkata, Abdul Aziz sepatutnya bukan sekadar digantung tugas tetapi sebaliknya disingkirkan dengan serta-merta dari UIAM kerana mengguris perasaan Raja-Raja Melayu.

“UIAM tidak akan kerugian besar jika Aziz disingkirkan kerana sikapnya yang tidak berpuas hati dengan kerajaan atau menunjukkan sikap penderhakaan kepada raja. Hanya pembangkang yang menyifatkannya sebagai pakar undang-undang negara,” katanya.

Katanya, dengan kepakaran yang dimiliki oleh Aziz dalam bidang undang-undang tidak bermakna beliau boleh sesuka hati bertindak sebagai jaguh.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 wali October 23, 2011 at 3:13 pm

betul tu,,sokong 10000%

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 allahuakbar October 21, 2011 at 4:24 pm

hanya allah yg wajib diikuti….yg len samada dato’,tan sri,tun, sultan, @ ap pangkat sekalipon tidak boleh lwn kepada pencipta kita, Allah swt.. allahuakbar!!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 aku October 28, 2011 at 4:54 pm

masalah nye bukan isu menyembah or mengikuti sesape..ygpnting sekarang ni isu memurtad kan islam…sultan bertitah yg tindakan jais tu btol ngn tndakan jais menyerbu gereja itu sbb ade kerja2 memurtad kan islam time tu…so, si dr aziz ni membantah titah sultan..bermakna dier sokong gereja itu memurtad kan islam..? slah ker jais time tu..? salah ker titah sultan yg merupakan ketua agamae islam dinegeri itu..?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 eX - UIA October 21, 2011 at 4:41 pm

apa dah jadik skarang dngan bekas U aku ni? plizz laa….
FYI yang xtau tentang apa itu Perlembagaan..tentulah xkenal siapa Prof Aziz Bari ni…
kalau nak bagi komen menghina org tak tentu psl tu biar la ada ilmu sket…
Prof Prof Aziz Bari ni paling expert bab Perlembagaan Malaysia ni…
Klau siapa2 yang amik dip Law, LLB..buku teks guna buku dia tau..klu dia x pro..xda la buku dia dijadikan textbook

Salah ke klu golongan pro akademik ni bg pendapat..komen…??
nape perlu takut kn? nape Ezam n balaci Umno tu nk wat police report? nape kes Prof Zainal Kling ke yg kata negara kita ni xpernah dijajah x amik tindakan? rasanya tu dh depart dari sejarah negara kita dah
Klu cakap sket, kata pro politik tu la…ni laa…
come on laaa rakyat 1 Malaysia kata PM….fikirlaa….
klau org komen ape2 tu..jangan la secara express amik sebijik2..plizz..impliedly understand the meaning disebalik sesuatu tuu….ni la mentaliti rakyat negara ni….ckp sket je melenting lebih..bukan nk fikir dulu apa isi & makna disebalik setiap percakapan seseorang tu…

patutlah ranking malaysia jatuh teruk…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 lan October 23, 2011 at 11:08 pm

Sultan titah bab agama dan murtad, sebab itulah bila aziz bari komen ianya jadi satu isu. Klu sultan titah bab lain takde hal lah kita nak komen tapi ini bab agama. Patutnya kita sokong bukan tentang. Jangan nak tunjuk hero mempertahan agama lain.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 aku October 28, 2011 at 4:58 pm

sy setuju ngn kamu lan..mereka sume nk aalih kan pndangn semua ini ngn isu len sedang kan isu yg paling utama adalah isu murtad itu…yg paling utama…harap semua paham….agama kite sedang diperkotak katik kan…salah ker jais..? salah ker sultan yg bersetuju ngn tindakan jais tu..?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 Ah Chong October 21, 2011 at 4:48 pm

dah orang bagi pendapat selaku ahli akademik pun salah ka?
la..apa mslahnya kalau dia nak kritik sultan sekalipun? so what ?

mana ada dalam undang-undang kata sultan tak boleh kena kritik. Kritik bukan bermaksud tidak hormat. bukan bermaksud nak menderhaka. Aku tak nampak kenyataan prof Aziz Bari yang nak suruh gulingkan sultan. Ada ker? Ada hati puak2 ni nak hormat dan taat kepaad sultan, tapi tak nak ngaji lebih…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 PRO October 21, 2011 at 5:06 pm

bagi aku xsalah nak tegur sultan..
sultan pun manusia jugak..
sultan pun tak lari dari buat salah..
sultan bukan tuhan..
tapi cara tegur kena betul..
jangan tegur dia depan org ramai n boleh jatuhkan maruah dia…
tegurlah dengan berhemah…
macam nak tegur member2 gak..
jangan la tegur sampy bole jatuhkan maruah dia depan org lain…
sekadar pendapat…
terima kasih

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 ayam goreng October 21, 2011 at 8:24 pm

ape da sultan ni. para nabi dan rasul pun x mcm ni. tau nak amek elaun duit rakyat je kerjenya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 beejan October 21, 2011 at 8:34 pm

SEBAB DIA ORANG MELAYU!!!!

KALAU DIA TU BANGSA CINA…. nasibnya mungkin berbeza!!

jom tengok nasik lemak 2.0

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 one piece October 22, 2011 at 8:32 am

aku baru nak cakap benda yang sana. kalau dia ni bangsa cina. sorry to say lah. takde nye kerajaan, sultan berani nak cakap apa. cakap pun mungkin pastu mintak maaf. biasalah. meleis owh meleis. bodo tak bertempat. Namewee tak pulak berani ambik tindakkan. siap buat lagu negarakuku..sumpah seranah orang melayu. sumpah JPN dll.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

27 Rakyat 1 Malaysia October 22, 2011 at 12:20 am

Tahniah kepada UIA kerana berjaya membekukan semua otak org melayu supaya sentiasa tunduk ke bawah tak boleh pandang atas dan akhirnya melayu akan dipandang hina oleh kaum lain. Tahniah kepada Ezam atas laporan polis yg dibuat, akhirnya beliau berjaya menjahanamkan UMNO dari dalam kerana isu ini akan digunakan oleh pembangkang untuk menghasut rakyat membenci UMNO. Tahniah kepada UMNO kerana mempunyai ahli seperti ini. Akhirnya UMNO akan tumbang pada PRU ke 13 nanti, syabas Ezam kerana berjaya memainkan peranan yang telah diberikan. Peringatan kepada semua ahli UMNO, inilah najis yang perlu dibuang daripada UMNO ………….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

28 kube October 22, 2011 at 10:34 am

salam…oo puak2 umno ni kalo titah sultan tak diikuti dikatakan derhaka..tp perintah ALLAH suruh laksanakan hudud,xnak ikut,xsesuai la, blom tiba masa lagi la,macam2 ada alasannya..ini tak dipanggil derhaka ke????..inilah yg dikatakan puak munafik..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

29 ayam goreng October 22, 2011 at 12:16 pm

bagi akulah, sultan-sultan ni yg menderhaka kpd rakyat sebenarnya terutamanya kpd org Melayu. ada 7 bentuk penderhakaan sultan kpd rakyat Malaysia amnya dan org Melayu Islam khususnya:

1) Sultan menderhaka dgn jadi lemah smpai Portugis boleh jajah Melaka.
2) Sultan menderhaka dgn bagi tanah kt penjajah smpai Singapura diambil org.
3) Sultan menderhaka dgn tidak memberi ‘empowerment’ kpd rakyat smpai
kena ambil tenaga kerja luar utk mengusahakan ladang/lombong.
4) Sultan menderhaka dgn menunjukkan gaya hidup mewah dan bersenang2
smpai trun ke rakyat jelata. hasilnya org Melayu jadi malas dan tak gemar
kerja bersungguh sebaliknya nak jadi kaya dgn jalan singkat.
5) Sultan menderhaka dengan memberi terlalu banyak title ‘datuk’, ‘tan sri’
sehinggakan rakyat taksub kpd title superficial ni drpd tanggungjawab yg
digalas. (fikirkan berapa kerat je title ‘Sir’ Ratu England bagi dlm setahun?)
6) Sultan menderhaka dengan menandatangani Malayan Union walaupun
boleh mengancam Melayu masa tu. Last2 rakyat gak yg selamatkan depa.
7) Sultan menderhaka dgn tidak berfikiran terbuka dan bertindak reaktif,
bukan responsif mcm kes sekarang.

Malulah sikit. Kamu tu sultan. Besar tanggungjawab. Kami dah doakan kamu setiap minggu hari Jumaat.

Tolong tunjuk teladan yg baik.
Tolong tunjuk perangai sampai kami rasa terharu.
Tolong tunjuk perangai sampai kami rasa bangga jadi org Melayu.
Tolong tunjuk perangai sampai kami rasa jadi rakyat Malaysia sebenar.
Tolong tunjuk peranagi sampai kami rasa tak sia2 anggap kamu semua ketua agama Islam dan pelindung kpd agama lain.

Jangan tau nak main awan kat atas je. Fikir-fikirlah kami yg bergelumang lumpur kat bawah ni.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

30 CHONG AND MUTTHU SAMI October 22, 2011 at 1:00 pm

ayoyo banyak geli hati la chong..tgk ini kaum dr dulu smpai skrg mcm ini jugaa..aiya muthu aa..lu bkn talak tau, melayu semua bolo maa..dr rakyat smpai kelajaan..mcm taik. Ini pasai aa bapak besaq dia olang ajr juga..itu mahadet mudah lupaaaaa.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

31 king solomon October 22, 2011 at 2:37 pm

aku tgok sultan mcm xtau ape2 dlm hal ni..ni smue angkara para penasihat dn pencacai yg brada diskeliling beliau..lihat shj pd teks ucapan yg dibaca bkn dr diri/pndapat beliau tetapi telah ditulis oleh pihak2 yg brkepntingan..jd kite xbole nk salahkn beliau 100%..yg paling pnting najis2 diselilingnye harus kite hapuskn dlu….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

32 manjoi October 22, 2011 at 2:53 pm

Pendapat saya tak layaklah ia memegang jawatan tersebut. Kot anak murid terikut sama. Zaman sekarang nie memang banyak nak jadi jagoan tak bertempat…..
Awat dia cakap terbuka tak ada ke penasihatnya…..laaa

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

33 amran jb October 22, 2011 at 4:22 pm

anti amran jb:
amran jubur BN…HA HA…maki le jgn x maki….haram jadah lah kau…jom le maki memaki sama je ko kata pembangkang suka maki…ko maki ko pn BN haram jadah suka maki…dasar jubur taik.

ape kne mengene lah aku ngan cite ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

34 aku setuju,, October 22, 2011 at 9:09 pm

Rakyat 1 Malaysia:
Tahniah kepada UIA kerana berjaya membekukan semua otak org melayu supaya sentiasa tunduk ke bawah tak boleh pandang atas dan akhirnya melayu akan dipandang hina oleh kaum lain. Tahniah kepada Ezam atas laporan polis yg dibuat, akhirnya beliau berjaya menjahanamkan UMNO dari dalam kerana isu ini akan digunakan oleh pembangkang untuk menghasut rakyat membenci UMNO. Tahniah kepada UMNO kerana mempunyai ahli seperti ini. Akhirnya UMNO akan tumbang pada PRU ke 13 nanti, syabas Ezam kerana berjaya memainkan peranan yang telah diberikan. Peringatan kepada semua ahli UMNO, inilah najis yang perlu dibuang daripada UMNO ………….

AKU SETUJU SANGAT,,GOLONGAN MUDA,,AYUH BANGKITT,,,,AJAK2 SKALI MACIK2 FELDA DAN YG SEANGKATAN DEGNNYA..DUN ASIK KENA TIPU JE DGN BEE END,,,,,,,

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

35 aku setuju,, October 22, 2011 at 9:12 pm

Lepat:
betul tu bro haizzz
ada ker, takder ker tak luak rezeki aku kat sini
citer hina raja &sultan nie sebenarnya dah lama kot.. Tun M sendiri kata, orang tua ni mmg spesis DNA pelupa n penipu
dia sndiri yang kata dia boleh lupa
dalam sesetengah perkara, xperlu ikut sultan sgt, try cari video tue kat youtube

Tun Perak Penah Cakap – Sultan adil, sultan disembah, sultan zalim, sultan disanggah!!
kira yang start menderhaka kat sultan neh, orang melayu la. Tun Perak tue bendahara kot.. hahahaha.. Geli tengok orang melayu la nie, asal leh dapat keuntungan, mesti dia depan, xkira la gadai maruh @ pape pn.. hahaha
Prof. Aziz Bari – berani kerana benar~

UIA dah serupa rejim di mesir & tunisia. Ini semua kerja umno, sdgkan arwah ishak baharom pun blh di pecat inikan pensyarah universiti. ingat x?

Buatla stail umnooooo, masa nak pinda perlembagaan pasal Raja Raja dulu, habis sume dalam seluar Raja-raja kene londeh. Hai….makin jauh laaa mahasiswa dgn UMNO

DEPA MMG XSEDOR KE..MAHASISWA BUKANYE DUK TGK TV3 SUKU N BACA UTUSAN MELOYA,,,,INTERNET ADE MAA,,,,BUKAN BRITA BERAT SEBELAH…HAKTUI BEE ENDD AT D END DA UMURNYA,,HUUHUHU

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

36 manjoi October 22, 2011 at 11:36 pm

Bila terbaca artikel ini tergerak hati bertanya apa dah jadi muda mudi melayu zaman sekarang nie.
Dimana silap nya kaum ku nie. ?..patutlah harian metro paparkan cerita cerita macam tak percaya bila dibaca.
Contohnya beli isteri orang, anak bunuh bapa, isteri main lelaki lain dan bermacam macam. Pelik macam dunia nak kiamat.
Mungkin salah cikgu mengajar kot. Ini pula cerita tetang seseorang pro pula nak jadi jagoan. Harap kerajaan dapat mengenal
Salah silapnya disini. Kedudukan pendidik perlu ditempat yang sesuai. Harap para pendidik dapat jadi jagoan jika studentnya
Mempunyai nilai moral yg tinggi dan memartabatkan bangsa. Insyallah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

37 mysterio October 23, 2011 at 8:18 am

abis tu, nk suruh pendidik dok je kt dlm kelas? ade ilmu tp x digunakan sepenuhnya utk masyarakat? klu dok ngajar je dlm kelas, nnti student bila grad kuar dok dlm masyarakat jd buta kayu. ko nk suruh pendidik/ilmuwan jd buta hati? ikut je permainan politik kotor BN/UMNO yg takut dgn kebangkitan rkyat? patut la budak2 skrg bila kuar ipt jd bangang sbb ms blaja x nk amik tau perkara sekeliling.bila kuar ipt, rs cam dh jagoan sgt? mentaliti bodoh hasil ajaran bangang manusia yg taksub kpd politik kotor / jijik BN/UMNO.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

38 abc October 23, 2011 at 12:01 am

amran jb: ape kne mengene lah aku ngan cite ni…

ntah,,dia ni sawan kot

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

39 abc October 23, 2011 at 12:10 am

manjoi:
Pendapat saya tak layaklah ia memegang jawatan tersebut. Kot anak murid terikut sama. Zaman sekarang nie memang banyak nak jadi jagoan tak bertempat…..
Awat dia cakap terbuka tak ada ke penasihatnya…..laaa

betul tu,,bak kt org ckp siang pandang2 ckp mlm dgr2..prof ni dah bese ckp lepas skrg dah terlepas..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

40 aku October 23, 2011 at 12:17 am

aku setuju,,: AKU SETUJU SANGAT,,GOLONGAN MUDA,,AYUH BANGKITT,,,,AJAK2 SKALI MACIK2 FELDA DAN YG SEANGKATAN DEGNNYA..DUN ASIK KENA TIPU JE DGN BEE END,,,,,,,

awat hang ni merapu plak..org2 felda dah senang lenang dah skrg dek kerana BN yg byk bantu dr berpuluh2 thun dulu lg sejak zaman tun razak lagi..asalnye org felda byk yg merantau,miskin xde tanah.skrg 90% dan boleh hidup atas tnh sendiri..syukur atas nikmatnyer dan bn jugak..amin

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

41 GANU KITE October 29, 2011 at 11:12 am

Orang felda memang la..Hbs ko ingt semua rakyat malaysia .felda belake..bodoh tul

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

42 UTM October 23, 2011 at 12:29 am

PRO:
bagi aku xsalah nak tegur sultan..
sultan pun manusia jugak..
sultan pun tak lari dari buat salah..
sultan bukan tuhan..
tapi cara tegur kena betul..
jangan tegur dia depan org ramai n boleh jatuhkan maruah dia…
tegurlah dengan berhemah…
macam nak tegur member2 gak..
jangan la tegur sampy bole jatuhkan maruah dia depan org lain…
sekadar pendapat…
terima kasih

anti amran jb:
amran jubur BN…HA HA…maki le jgn x maki….haram jadah lah kau…jom le maki memaki sama je ko kata pembangkang suka maki…ko maki ko pn BN haram jadah suka maki…dasar jubur taik.

APELA EKO NI..SUKO SUKO MAKI ORANG X TENTU PASAL..AKU RS HANG NI SKIT .BAIK PERGI JUMPO DOKTOR SKIT JIWO..KLU TAK MAKIN PARAH NTI

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

43 Abd Majid Bin Wahab October 23, 2011 at 8:49 am

Salam semua,

Kena apa nak diperbesarkan itu semua , kan boleh dibuat perbincangan diantara sultan dengan Prof nampaklah nak tunjuk kuasa.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

44 nassier October 23, 2011 at 10:49 am

Pendapat saya,bila ada quality sebagai pensyarah beri opinion sebagai persyarah undang2 hanya menyentuh hak atasan tetapi benaran itu di putar belik atas alasan personal interest sampai bila kita nak maju

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

45 Aku Sayangkan Negara... October 23, 2011 at 12:10 pm

-x salah aku TM yg buat undang2 Sultan x boleh campur urusan kerjaan…Sultan hanya sultan sahaja pd Rakyat..PM ibarat Ketua negara…Agong tiada kuasa..hanya pada nama sahaja..

-negara MAS ibarat singapore dilangar todak…nadim yg bercakap benar dihukum..

-semua hanya sokongan politik…org bercakap benar dihukum…negara MAS dikuasai olh PM dan kuncu2…suara rakyat dihalang..UMNO mengajar negara menjadi lebih truk dlam diam2..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

46 azid October 23, 2011 at 2:16 pm

aku x fham la maksud ko-suara rakyat dihalang..bg aku rakyat mlysia bebas melakukan perkara2 yg mereka suka asalkan tidak menyalahi undang2 yg ditetapkan..ape lg yg rakyat x puas hati pasal kerajaan skrg,pinjaman ptpn dpt,zakat untuk org miskin,balu pon dpt,org kurang upaya tiap2 bulan dpt elaun.bantuan kecemasan ,banjir,,bencana alam kerajaan tolong jugak..klu mulut sendiri lancang,main ckp lepas je nak tunjuk power usahkan kerajaan,kita sendiri pon klu org duk sibuk yg bukan2 kita marah.dia tu sape prof je..lain kali minta nasihat org dulu sebelum keluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan setgh pihak apalg sultan.klu sultan brunai la aku rs prof ni dah masuk jel dah.klu prof ni berani sgt elokla tegur kapal singh ke DAP ke..2 lbr kene tempatnye

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

47 omg October 23, 2011 at 3:39 pm

aku rs prof ni nak tunjuk besar kepala le tu,ade hati kot nak masuk politik gak..nak sibuk2 tegur urusan sultan plak.SULTAN TU SAPE? ..awk tu prof sape awak tu nak kritik sultan..orang besar2 lain pun x berani ni dia plak sibuk nak jd jagoan x bertempat..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

48 diari seorang ibu October 23, 2011 at 6:11 pm

Ya Allah .Apa nak jadi zaman sekarang kenapa tak ambil aktibar kisah natrah yg sanggup bergolak gadai bersatu padu memperjuangkan islam.Kenapa asyik pasal politik je ,pertahankan maruah islam sebenarnya .Tak salah beliau memberi pendapat tapi tolonglah jangan sampai beliau tertindas.Diriwatyatkan daripada Nabi S.A.W baginda bersabda:”Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan melakukan perkara-perkara yg tidak disukai oleh kamu.Para sahabat bertanya “Wahai Rasullah apakah yg engkau hendak perintah di kalangaN KAMI INI SEKIRANYA TERDAPAT PERKARAseperti itu?”Baginda SAWmenjawab”hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yg di perlukan.”(H.R.Bukhari &Muslim).Tolonglah bersatu wahai para muslim dan muslimat .Bila tiba kematian pangkat dan darjat tak berguna lagi kain putih juga meyaluti badan.Terima kritikan orang lain dgn rela hati perbaiki kelemahan diri.Kita hanya makhluk Allah tak terlepas melakukan kesilapan buang yg keruh ambil yg jernih.Islam adalah agama yg terhebat,dan ingatlah azab Allah lebih dahsyat lagi.Renungkan !…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

49 mrsi October 23, 2011 at 6:28 pm

sumer bodoh sbb bergaduh pasal bende kecik nak dibesar2 kan..setakat nak komen kat cni sumer blh,tp kalo berani pglah berdepan dengan sultan n prof tu sendiri..nnt di akhirat br tahu sapa btl sapa salah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

50 cuhardi October 23, 2011 at 10:35 pm

Che det dah nyanyok, suka cakap merapu, adakah kita dah ketandusan pemimpin, sehinggakan orang tua ini juga di minta pandangan, biarkan lah dia mengharungi usia senjanya dgn mendekatkan diri kepada Allah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

51 usop sontorian October 23, 2011 at 10:56 pm

pada pendapat aku, komen prof tu dh kira berlapik dhh..sesuai dengan status dan ilmu yang dia ada.xnmpak pn menghina sultan, hatta bukan sultan pn boleh terima teguran yang macam tu..pernah tengok video adi putra nasihat sultan pahang?try cri kt youtube..aku rasa tu lebih nmpak ‘hina’ bagi yang xberilmu la..
Orang politik lah yang merepek yang sengaja besarkan cerita..disebabkan prof ni selalu kritik, komen2 yang nmpak mnyebelahi pembgkang, cepat2 la dia cuba jatuh kn orang yang boleh melondehkan seluar menteri2 BN….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

52 keynofive October 24, 2011 at 3:17 am

Salam kepada pembaca. Mari kita sama bincang benda yang lebih penting dari semua ni..
- Bila la kita nak maju kalau semua anggap diri pandai. Bila la semua nak kembali ke pangkal jalan kalau x ikut perintah tuhan.
- Contohilah junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
- kenapa semua benda kita campuradukan.
- kenapa kita tidak melihat kelemahan kita yang sedang ditertawakan oleh org lain yg berlainan dari segala hal (agama, bangsa, kaum)
- Kenapa kita x membandingkan negara yang lebih susah dan kurang berpengetahuan daripada kesenangan yang telah kita kecapi?
- Kenapa kita tidak memperjuangkan sesuatu dengan penuh bijaksana dan meletakkan diri kita dihormati oleh mana2 pihak?
- Bukankah dunia ini sudah tua? bukankah semakin ramai yang beriman telah meninggalkan kita?
- Mintalah petunjuk dari Allah SWT. Never too late. Better late than never.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

53 mohammad October 24, 2011 at 8:28 am
54 ANAK MALAYSIA October 24, 2011 at 9:08 am

Ape dah jadi dgn orang melayu? Sebenarnya tak salah kalau seseorang memberi pandangannya sendiri. Bukannya nak cari gaduh tp cuma bagi pendapat je…itu pun dikatakan salah ke? Saya sokong dengan pendapat ko orang, tak semestinya kita ni dianggp Melayu bo…, tak boleh tunduk…je, tak boleh mengangguk….je, tak boleh bisu…je dan mcm2 benda tak boleh. Memang agak susah nak bersuara di Malaysia ni. Suara rakyat kena kunci…kalau buka dianggap derhaka.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

55 LOLOU October 24, 2011 at 9:26 am

SULTAN HANYA PERHIASAN…YG PATUT KITA TAKUTI IALAH TUHAN YANG MAHA ESA….BUKAN SULTAN YG TERMAKAN KATA2 BN…..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

56 sokong pm October 24, 2011 at 11:41 am

orang melayu yg sokong pembangkang sudah bersediakah anda untuk menjadikan negara ini republik? satu bangsa satu negara.. tiada sistem kuota? beli rumah tiada diskaun.. tiada lot bumi.. tiada keistimewaan masuk U.. masuk keja govt sama sahaja.. tiada ASB? kalau dah bersedia teruskah usaha anda.. menangkan pembangkang dan hapuskan kuasa raja2.. dan jadikan negara ini republik malaysia.. satu bangsa satu negara… lihat contoh yg terdekat.. indonesia dan filipina.. tepuk dada .. fikir.. keputusan ditangan anda…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

57 Neutral October 24, 2011 at 2:52 pm

bagi aku UIA nak gantung aziz bari takde mslh sebenarnya

Aku tertarik nak baca artikel kat mstar online berkenaan hal ini yg bertajuk “Jika Hendak Sokong Janganlah Bersikap Double Standard”. Agak panjang dan tak payah la nak copy & paste kat sini.

Apa yg aku dapat ringkaskan :
Penggantungan Dr Aziz ni bergaji dan bagi memberi peluang kepada beliau utk memberi menjawab surat tunjuk sebab yg diberikan oleh pihak pengurusan UIAM. Maksudnya kalau terdapat kesalahan yg melanggar peraturan uni maka mungkin akan ada tindakan tatatertib. Kalau tak boleh sambung tugas semula. Lagipun dia bekerja dgn pihak U, maka dia juga kena mengikut peraturan2 yg telah ditetapkan. itu aje. Jadi prof aziz bari kenalah akur dnegan peraturan yang ada….dah keje dengan org ikut jelah kan….

Kes lbh kurang sama juga berlaku di Unisel sblm ini. Takde org nak kecoh pun

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

58 rajak October 24, 2011 at 12:01 pm

oit prof Aziz, lu nak jadi hero ke? puih….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

59 Rakyat Selangor Benci UmProno October 24, 2011 at 12:24 pm

apa2 pon tanya najib dia lg tau.

kn najib rosmah 1 malaysia

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

60 Aizat Mayol October 24, 2011 at 12:33 pm

Aziz Bari ‘WARNING’ Mahathir, Utusan dan YB Katak

Professor Aziz Bari terus menunjukkan belangnya dengan memberi amaran kepada tiga entiti, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dua entiti lain itu adalah Utusan Malaysia dan ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin.

Notis itu akan menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

Saya menyokong ketegasan Aziz Bari dalam hal ini bagi menggambarkan keseriusan beliau bahawa semua tuduhan yang dilemparkan kepada beliau adalah fitnah semata-mata.

Lebih manis lagi Aziz Bari jelas mendapat sokongan padu dari pelajar-pelajar UIAM dan kakitangan UIAM sendiri. Cuma pentadbir UIAM kaki bodek dan Umno sahaja yang bermusuh dengan Aziz Bari.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

61 azroy October 24, 2011 at 2:27 pm

KESIAN Professor Aziz Bari sebab dianiya oleh UMNO dan the racist MAHAZALIM. Professor Aziz Bari ada HAK utk memberi komen sebagai seorg Professor and seorg yg BERILMU, bukan mcm kaki BODEK yg lain.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

62 Gurkha Pencen October 24, 2011 at 1:02 pm

Sebetulya bukan Aziz Bari yg derhaka dengan sultan tapi derhaka dgn Che Det ( OKU – Orang Kuat Umno ). Banyak pembentangan perundangan yang dibuat oleh Aziz Bari ketika era pemerintahan Che Det ini bercanggah dengan perundangan termasuk kes DUN Perak.Apabila pakar ini membuka tembelang satu persatu mengenainya, ramailah jadi kecut dan gelabah. Kebetulan ada dikalangan katak katak yang ingin mencari publisiti murahan , Che det pun ambil kesempatan menghukum pakar ini.
Jangan ingat rakyat ni bodoh, kita tau yang mana permata ,yang mana kaca.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

63 azroy October 24, 2011 at 2:34 pm

Negara dah jd mcm nie bukan ke pasal cara Che Dat memerintah, dan KESIAN Pak La / Najib kena tanggung semua?? zaman che dat byk kes rasuah masuk bawa karpet.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

64 sokong pm October 24, 2011 at 4:10 pm

siapalah aziz bari ni jika dibandingkan dgn Tun Mahathir?? aziz bari disanjung.. Tun M dihina… mcm kes dulu.. penjenayahpun di sanjung?? mcm mana polis nak buat kerja.. kalau jenayah banyak.. kata polis tak buat kerja…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

65 omg October 25, 2011 at 11:32 am

betul..sy sokong ckp lu bro..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

66 remaja jugak October 24, 2011 at 2:12 pm

Kepada Sokong PM,
Yang anda takut x tentu pasal ni kenape?…pasti ke kalau pembangkang perintah terus tukar jadi republik??…ingat senang ke nk main tukar2 mcm tu…sebarang pindaan perlembagaan memerlukan 2/3 sokongan ahli parlimen…YB dari Parti PAS pun dh bgtau bahawa komposisi ahli Parlimen kita majoriti adalah Melayu Islam, x kan senang2 je nk tukar…sbb setau sy yg takut pembangkang perintah ni sbb pihak2 yg berkepentingan ni tkt tembelang masing2 terbongkar, cuba jgn cetek pemikiran tu, negara maju lain contohnye Britain dh bertukar parti yg memerintah, xde pun dimansuhkan sistem raja diaorg…xde pun huru hara…oleh itu kita biarla para pengundi yg menentukan dlm pilihanraya akan dtg…moga2 pilihanraya berjalan dgn bersih dan aman…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

67 sokong pm October 24, 2011 at 2:42 pm

Siapa yg takut? saya tak takut pun.. saya open perbincangan.. kemungkinan yg akan terjadi.. yg pasti kalau pakatan menang mesti sumbangan terbesar dari DAP.. akan jadi parti paling kuat dalam pakatan.. apa yg DAP mau?? apa yg bangsa non Muslim mau?? pembangunan? mungkin tidak!! mereka mau hak sama rata…. dan ini diakui sendiri oleh sahabat saya dalam PAS..mereka menerima konsep satu bangsa satu negara bila pakatan menang??? saya ulangi.. saya tak risau.. kalau nak ubah terpulang kpd anda.. saya sudah bersedia ke arah itu.. sampai bila org melayu nak harapkan subsidi.. nak harapkan sistem koata.. org melayu yg akan menghancurkan hak org melayu sendiri di malaysia.. sekali lagi.. tepuk dada.. fikir dan anda yg tentukan masa depan anda dan anak2 anda…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

68 aku October 28, 2011 at 5:17 pm

sbb pembangkan negara mereka tk spt negara kite..memburuk2 kan negara kite..menagahncur kan n cume mengkristian kan islam secara diam2…cube lihat singapura…jgn lihat britain…jgn lihat jepun..sbb semangatkeangsaan mereka kaut..walau pn pembangkang, mereka memajukan negara mereka bersama2 n bukan rasis…trang2 ketua pmbangkan tu bawa cerita sane sini kat luar negara memburuk2 kan negara kite…tu yg kau kate bgs..? pikir la… p.pinang tu br beberape taun duk ngn pembangkanng DPA,ape da jd..? tu br 1 negeri,,,byk orng melayu ditindas…lom 1 malaysia lg…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

69 kesian melayu October 24, 2011 at 5:01 pm

prof nie digantung bkn disebabkan hal ini sahaja..tp aku ade tgk dlm youtube..aziz bari ada mengatakan umno lah komunis n bapak komunis, sbbnya masa era hanif omar jd KPN dia ada ISA kan 3-4 org umno yg ade kaitan dgn komunis. Barua umno apa lg takut pecah tembelang, kenakan terus si aziz nie..xkn tak knl Umno bapak penakut!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

70 NORDINAHMADJAIS October 24, 2011 at 8:36 pm

Tindakan gantung tugas yang dikenakan terhadap Profesor Dr. Aziz Bari merupakan satu episod malang bagi sebuah institusi pengajian tinggi terkenal seperti UIA ini. Pendirian pihak pentadbiran institusi berkenaan yang seakan menafikan kebebasan bersuara, meragut hak menyatakan pendapat dan membuat teguran dalam landasan akademik serta roh keilmuan, memaparkan wujudnya sifat manusia dungu diinstitusi orang berilmu!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

71 Poyo October 25, 2011 at 8:15 am

Kalau Aziz Bari ni orang Siam dan buat komen yg sama kepada raja Siam, dah lama dah masuk penjara kot.

Orang pembangkang: bercakap sebab berilmu (Professor)
Orang kerajaan: Dibayar@bodek (walaupun yg bcakap tu Professor jgak)

Pembangkang Malaysia sikapnya tak sama dgn pembangkang negara maju. Nak banding dengan Britain konon. Tak malu btol.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

72 seduk October 26, 2011 at 9:25 pm

sebenarnya dah lama,pemimpin2 panas pungung dengan kenyataan Aziz bari selama ini,mungkin kes ini kena pada msa yg sesuai..Tun M kata kat Aziz bari “kurang ajar”,bagi aku la,Tun M ni boleh diketepikan atau dihiraukan,u all pergi ke youtube,cari video kata2 Tun M tak lama pun,baru dua tahun sudah,sekarang Tun M lupa apa yang dia pernah kata..
atau admin boleh carikan dan tunjukkan video Tun M yang dimaksudkan..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

73 Gempak October 27, 2011 at 9:40 am

Aku dah tgk video ni. Temuramah kat BBC world.

MC tu dok tekan Mahathir pasal kenyataan panas dia terhadap Yahudi. Tapi rilek je Mahathir jawab.

Aku bangga btol ngan dia. Pemimpim islam yang berani.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

74 ARE October 28, 2011 at 7:48 pm

SEMUA ORANG TAHU YG PROF ABDUL AZIZ BARI DIGANTUNG TUGAS BUKAN SAHAJA PASAL SULTAN TP YG SBENARNYA PASAL PROF BG SOKONGAN DAN TAKLIMAT PASAL PELAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN… TAKLIMAT INI DIADAKAN DI SUK KELANTAN, SEMUA PEGAWAI KERAJAAN NEGERI DAN PERSEKUTUN DIJEMPUT…. SAYA JUGA HADIR….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

75 abu October 31, 2011 at 7:15 pm

Gantung tugas tak pe. Kalau dia mati habis terus rezeki dia kat dunia ni. Ramai lagi prof. boleh check tugasan 100 pelajar tu. Apa nak dibimbang sangat tu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

76 org kampung.. November 4, 2011 at 9:11 am

sebab tu lah tahap kedudukan upta/apts dimalaysia ni dalam rangking beratus dibelakang…
kalau dah mulut pensyarah perlu di gam…apatah lagi pelajar mulut perlu di jahit terus….kalau nak bercakap yg patut2 jer…
daya pemikiran jadi kaku ….beku…tak berkembang..lepas tu bila masalah berbangkit mulah tunjuk sana tunjuk sini salahkan org lain…
di malaysia ni nak jadi profesion macam tu cuma perlu terima gaji je…
apa yg pihak berkenaan ndak mereka jangan cuba nak cakap lebih….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

77 org kampung.. November 4, 2011 at 9:16 am

profesor aziz bari tu dah kena attack…
menderhaka pada sultan tu cuma alasan nak kenakan dia…
sebab itu point yg baik nak belasah dia….
cuba dia bercakap menyebelahi pihak berkenaan…
lama dah dapat tan sri…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

78 Integriti February 10, 2012 at 11:20 pm

Ala benda kecik pun nak di perbesarkan… Orang yang bijak pandai Macam si Aziz Bari ni kalau nak tegur kesalahan orang tak boleh ke tegur dengan cara berhikmah.. Tuhan bagi kita kepandaian bukan untuk kita bercakap besar @ berlaku sombong.. Tapi orang2 university cakap kebanyakan student2 dari aliran undang2 ni memang kerek2 sikit tak macam student2 lain…betul ke? mungkin diorang dah tahu macam2 peraturan sebab tu kerek..Sehingga Persatuan Peguam2 Malaysia yang bijak pandai tentang peraturan dan undang2 pun turut bersetuju tentang LGBT Lesbian Gay Biseksual transeksual wal hal kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan budaya membantah keras kewujudan geng2 LGBT di Malaysia… Kesimpulannya jangan sombong dengan kepandaian yang Tuhan bagi..Kalau Malaysia ni tak ada Raja dah lama Malaysia ni jadi macam Indonesia..Agama Islam disana bukan sebagai agama Rasmi..kalau di Indon Orang Hindu boleh kawin dengan orang Islam tanpa perlu tukar agama kepada Islam.. Sedangkan di Malaysia Raja sebagai Ketua Agama Islam dan Ketua Angkatan Tentera..Fungsi Raja di Malaysia sangat besar.. Mungkin orang2 yang anti dengan Raja ni membawa Pengaruh / Dakyah Komunis di Malaysia, betul ke?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

79 abingapik November 29, 2012 at 9:39 am

Kalau boleh biarlah lebih tinggi ilmu kita makin berendah diri…Ini baru bergelar profesor…dalam dispelin ilmu…di zaman Nabi Sulaiman bijak pandaiNya…boleh membawa mahligai puteri balkis kepada Nabi sulaiman dengan sekelip mata sahaja ..lebih berilmu dari profesor di Negara Malaysia…tetai mereka setia kerana ilmu itu dari Allah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: