Produk Terbaru Keluaran Apple : Ipad Belum Berikan IMPAKNYA?

by Admin [ Master G ] on January 30, 2010

in Berita Teknologi

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Ada-ada sahaja idea CEO terbaik dunia yang seorang ini, siapa lagi kalau bukan Ketua Ekskutif Inc, Steve Jobs. Terbaru produk dan buah tangan keluaran Apple iaitu Ipad baru sahaja dilancarkan. Kalau sebut sahaja teknologi dan barangan daripada Apple, sememangnya ramai yang tertunggu-tunggu impak kepada penggunanya. Tetapi untuk kemunculan Ipad kali ini, tiada apa yang boleh membuatkan sesuatu yang mengujakan. Anda pula bagaimana?

5 Sebab yang dirasakan Keluaran Terbaru Apple masih belum boleh memberikan impak kepada dunia. Antaranya :

1.) Nama
Nama pun salah satu faktor penting yang memberikan kesan dan impak kepada bakal pembeli. Selama berbulan-bulan sebelum ini kita terdengaar cakap-cakap yang mengatakan untuk produk terbaru daripada Apple ini akan diberikan nama seperti iTablet, iSlate, Ipad. Tetapi dalam banyak-banyak, Ipad juga nama yang menjadi pilihan. Kenapa Apple memberikan nama bagi produk terbaru mereka seakan sama dengan Ipod?

2.) Tiada Multitasking
Bagaimana Ipad boleh bersaing dengan bersaing dengan Netbook jika tidak mempunyai kelebihan multitask? Dalam erti kata lain, kalau anda sedang menaip sebarang surat, tidak ada peluang untuk mendengar muzik pada satu-satu masa. Tidak boleh buat 2 kerja sekaligus dengan Ipad

3) Tiada Kamera
Cubala…anda cari di sekeliling Ipad. Depan atau pun belakang memang tidak akan jumpa kemudahan dan butang untuk kamera. Mikrofon ada, tetapi kamera pula tiada. Kalau ikutkan saiz yang ada disekeliling skrin pada Ipad , memang cukup ruang untuk meletakkan fungsi kamera. Paling tidak pun, sekurang-kurangnya Ipad mempunyai kemudahan  kamera yang berkuasa 3 megapiksel.

4.) Adapternya bersaiz besar
Jika ingin mengakses kamera atau plug in melalui USB …terdapat adapter untuk tujuan itu, yang mana adapternya mempunyai saiz yang besar.

5.) Peranti Touchscreen
Mungkin Ipad boleh mengubahsuai semula butang peranti touchscreen supaya ia lebih mudah digunakan. Bila hendak diubah, saiznya pasti juga akan berubah. Itu yang sepatutnya, supaya Ipad dapat dibentuk pada versi yang lebih besar daripada apa yang ada sekarang. Ini kerana Ipad yang ada sekarang sangat sukar juga untuk melakukan kerja-kerja menaip. (Sekali tengok Ipad ini macam buku hutang 555 pun ada). Sazi skrin sepatutnya lebih besar. Baru ada kepuasan….Betul tak?

P/S : Model iPad masih di tahap “bayi” lagi, jadi mungkin masa akan datang akan menjadi lebih baik daripada yang ada sekarang.

PP?S : Boleh semak pakej harga bagi Ipad ini yang ditawarkan oleh Apple.

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Ketua Eksekutif Apple Inc, CEO Terbaik Dunia Untuk Dekad Ini
  2. (Coming Soon) Model Terbaru Kereta Proton Hybrid


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 4 comments… read them below or add one }

1 mesticun January 30, 2010 at 10:53 pm

:ejek :ejek :ejek jatuh pecah juga.walaupun mahal produk tu.kini sebagai pengguna nak terbaik.

2 Aj February 3, 2010 at 2:39 am

great product from apple

3 Aj February 3, 2010 at 2:39 am

i wanna buy this
.-= Aj´s last blog ..Una"void"able Release From Dark Tranquillity =-.

4 lala February 4, 2010 at 2:33 pm

huhu..bila iphone 4g nak keluar..ipad ni x support flash kan?lagi pn mahal la

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: