Zaman sekarang dah berubah. Nak kirim surat? Emel dah ada. Nak hantar jemputan? Facebook atau SMS dah ada. Nak kirim barang? DHL, Skynet mahupun Fedex sebagai alternatif kepada Pos Malaysia. Nak bayar bil-bil, guna maybank2u pun boleh. Nak hidupkan cukai jalan sekarang boleh melalui MyEG. Walaubagaimanapun Pos Malaysia Berhad masih lagi releven.
Banyak juga sumbangan Pos Malaysia Berhad kepada sesetengah kelompok pengguna. Tetapi jikalau Pos Malaysia Berhad mengalami kerugian yang cukup besar sehingga mencecah tanggungan sebanyak RM546 juta, ia agak memeranjatkan.
KUALA LUMPUR 3 Mei – Jaringan Melayu Malaysia (JMM) meminta Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Tan Sri Azman Mokhtar menjelaskan mengenai kerugian sebanyak RM546 juta yang ditanggung Pos Malaysia Berhad. Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, kedua-dua pihak tersebut perlu memberikan penjelasan itu kerana Pos Malaysia Berhad telah dipindahkan daripada Kementerian Kewangan kepada Khazanah pada 2006. Pada masa itu, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop merupakan Menteri Kewangan Kedua dan Azman pula adalah Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah).
“Nor Mohamed dan Khazanah perlu memberikan penjelasan yang benar dan tepat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kerugian sebanyak RM546 juta yang ditanggung Pos Malaysia Berhad. “Mereka berdua juga perlu mendedahkan siapakah individu atau perkumpulan yang telah mendapat manfaat hasil daripada kerugian tersebut kerana ia juga penting untuk rakyat Malaysia mengetahuinya,” katanya dalam satu kenyataan.
Azwanddin mengulas kenyataan akhbar Presiden Pertubuhan Bekas Wakil Rakyat UMNO (Pakku), Tan Sri Adam Kadir semalam yang menggesa Khazanah menjelaskan mengenai kerugian yang ditanggung oleh Pos Malaysia. Sementara itu, JMM juga meminta penjelasan kerajaan berhubung kriteria pemilihan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi mengetuai syarikat milik kerajaan (GLC) sama ada ia berdasarkan merit pengalaman dan kejayaan individu terbabit atau kronisme semata-mata.
Beliau menimbulkan persoalan itu memandangkan majoriti CEO yang dilantik mengetuai GLC kebanyakannya berasal daripada Dana Harta Berhad. “Sekiranya pelantikan jawatan penting di dalam GLC seperti CEO ini mengambil kira pelantikan yang dibuat atas dasar sahabat atau kawan sekerja atau kenalan maka ia tidak telus dan menggambarkan ketidakadilan. “Keadaan ini akhirnya akan memberikan tafsiran negatif terhadap kerajaan mengenai pelantikan CEO tersebut,” katanya yang menyebut beberapa nama individu yang menjawat jawatan tertinggi itu.
Dalam perkara berasingan, Azwanddin juga meminta Nor Mohamed menjelaskan hubungan beliau dengan seorang ahli perniagaan, Shaikh Akmal Shaikh Alaudin iaitu Pengarah Syarikat E-Efficient Solution Bhd. JMM mendakwa syarikat berkenaan telah mendapat kontrak daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri sebanyak RM900 juta.
“Seperti yang pernah didedahkan oleh JMM sebelum ini bahawa Shaikh Akmal mempunyai hubungan dengan pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dan Pengerusi Eksekutif ECM Libra Financial Group Bhd., Datuk Seri Kalimullah Hassan,” dakwanya.
UPDATE !!
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein menafikan Pos Malaysia Berhad mengalami kerugian sebanyak RM546 jutahanya mengalami kerugian bagi tempoh tiga tahun lalu berjumlah RM227 juta ekoran pelaburan dalam syarikat penyedia perkhidmatan kargo udara Transmile Group Berhad



{ 6 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
fuyooo. apsal la banyak sangat. 546 juta? fuhh.
.-= Amanina menulis artikel blog ..Ingatkan Gula-gula, Rupa-rupanya… =-.
cam ade je yang tak kena ni
I admit, I have not been on this webpage in a long time… however it was another joy to see It is such an important topic and ignored by so many, even professionals. I thank you to help making people more aware of possible issues.
boss pompuan pos malaysia tu LOUUUDn sombong tuhan jer yg tahu..duit org tk reti nk byr,rambut perang n gemuk mesti org keje pos m”sia tahu who im talking about..camne org cam ni ble jadi boss!!!wahai kerajaan m”sia..padan la jahanam ape yg aku anta..PUAKE
My opinion is really a bit an additional how it is possible to speak to the author, for example on an e-mail?
for the person who posted last night re the cost of steel sheet ,it realy depends where you go to buy it, z45 is around £740 per metric ton and standard is around £650 per ton- hope this helps