Bagi kami, tindakan kerajaan untuk menaikkan umur persaraan daripada 58 ke 60 tahun lebih kepada untuk meningkatkan kantung KWSP yang merupakan “lubuk” bagi wang negara.
KWSP baru-baru ini baru sahaja berjaya melonjakkan kedudukan mereka ke tangga ke-9 dunia dengan aset terkumpul berjumlah RM433.79 billion sebagai antara 10 pengurus dana pencen terbesar dunia dari segi aset pada 2010 oleh syarikat perkhidmatan profesional global yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Kedudukan EPF naik sebanyak 9 anak tangga iaitu :
Tahun 2009 : tangga ke 18
Tahun 2010 : tangga ke 09
Mana tidaknya, KWSP setiap bulan boleh dapat RM500 juta. Sebenarnya KWSP boleh jadi lebih besar lagi kalau dana tidak digunakan bailout syarikat GLC yang tidak diuruskan dengan betul sebelum ini termasuklah MAS dan yang sewaktu dengannya TANPA SEBARANG FAEDAH.
Yang pastinya melihat angka seperti di atas, 2 pihak yang paling suka sebelum ini adalah ValueCap & Felda.
- Apa khabar dengan duit sejumlah RM5 billion yang dipinjamkan kepada ValueCap?
- Kemudian Felda dengan bangganya menurut Pengerusi FELDA kerana penghormatan yang diberikan kerana mendapat pinjaman KWSP sebanyak RM6 billion.
Nampak seakan kantung KWSP besar, tetapi apabila diumumkan dividen yang mampu dianggihkan pusing-pusing 5+% sahaja? Dan….cuba bandingkan dengan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada pencarum mereka berbanding dengan KWSP
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan pinjaman KWSP bernilai RM55.1 bilion dilulus tanpa sokongan jaminan kerajaan. Bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati hanya satu daripada 13 peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut. Peminjam berkenaan diberi pinjaman RM21.3 bilion.
The Employees Provident Fund (EPF) has approved loans worth an astounding RM55.10 billion not backed by government guarantees. However, the Auditor General’s Report 2010 found, only one of the debtors, who obtained a RM21.3 billion loan, is qualified to obtain a loan without such a guarantee.
Of the remaining 12 debtors, all of whom are not named in the report, two were exempted from producing a government guarantee as they had high credit ratings. The loan of the two parties total RM7.3 billion. The report also reported that in addition, EPF had also given out 15 loans worth a total RM35.69 billion as of the Dec 31, 2010.
The audit found that of the 15 loans made, two were made to non-government entities despite having government guarantees. The loans are worth RM5 billion and RM1.24 billion respectively. However, EPF responded saying that one of the debtors is an incorporated body of the Finance Ministry, while a government agency has a 66 percent stake in the second debtor company.
The EPF Act 1991 allows it to extend credit to the federal and state governments, as well as to companies incorporated under the Companies Act 1965, or set up with the Finance Ministry’s written permission. The report said that as of the end of 2010, EPF had given out a total RM95.79 billion, earning RM2.52 billion in interest payments for the year. RM4 bil loan skipped procedure
The year before, EPF was found to have not followed procedure for the approval of a loan worth RM4 billion for a government housing loan scheme. The application was not tabled at the investment management committee meeting, before being approved on July 3, 2009. “EPF said this was because the investment proposal was presented directly to the investment panel as an urgent decision was required,” it read. The audit nevertheless found that EPF was “satisfactory” in its investment and loan activities, and had acted in accordance with Section 26 of the EPF Act. (Sumber : Malaysiakini)
Bukan main mudah lagi dapat pinjaman KWSP kepada yang tidak layak. Sedangkan para pencarum seperti anda-anda semua yang memohon pengeluaran 1001 syarat yang keluar! Kadang-kadang yang kerajaan lebih lebih risaukan masa depan pencarum sedangkan itu hak milik mereka. Kami pun tak setuju jikalau duit itu keluar sesuka hati.
Tetapi jikalau permohonan mereka mempunyai sebab yang boleh diterima pakai & munasabah, pulangkan semula kepada pencarum tanpa pelbagai kesulitan. Kalau dahulu semasa KWSP ditubuhkan dividen 8% dan sepatutnya makin bertambah dari tahun ke tahun. Sekarang apa dah jadi?
P/S : Apa respon anda ketika ini dengan pinjaman KWSP ”longgar” yang diberikan kepada golongan korporat ketika ini?



{ 32 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
mmg xpuas hati..sptutnya pncarum yg dapat lebih kemudah dan faedah..ini tidak..digunakan untuk ‘tolong’ yg lain..pencarum duk makan dividen yg berapa percent tu je..dah la kalo nak keluarkan mcm2 tapisan n borang kena isi.sgt tak adil..
nthalah tak tahu nak kata camna..
orang melayu sibuk dok pikir camana nak keluarkan duir EPF secepat yang boleh…
dulu ada skim beli komputer dgn pengeluaran duit epf
berduyun melayu g beli “invoice” dan bukannya komputer
biar jelah epf jaga, sekurang2nya hari tua nanti, boleh ada simpanan lebih
lari topik la bro..
bro petai,jgn kentut pon bau petai dh la..hehehe..gurau je..bkn risau nk kuarkan duit,risau kalo duit dlm akaun tu sekadar nombor..kalo selidik betul2 xde duit pon..perkara ni t’jd pd hutang greece.duit atas kertas byk tp hakikatnya xde sbb sume hutang xmampu byr..hati2 ngn duit kita..bek masuk dlm asb je duit pencen tu..
“News is out that the 13th general election is scheduled for Dec 10. Prime Minister Najib Tun Razak is expected to dissolve Parliament on Nov 11.
All this will happen once Najib and wife Rosmah Mansor return from their hajj pilgrimage on Nov 6.”
Betul atau tidak kita lihat saja nanti…
pasal kwsp ni….antara yang sy tak setuju, duit dlm tu duit kita , kenapa ssh sgt nak kluarkan ? tapi org yang bukan duit dia senang2 jer nak guna duit kwsp….
akaun 2 tu, kenapa limitkan dgn pinjaman perumahan dgn kesihatan dan pelajaran (ada lagi tapi sy amik sikit2)
ngaper nak buat bisnes tak leh?sedangkan tu duit dia sendiri?
tapi pelik kan?kluarkan duit sendiri payah..tapi kalo tak dapat bayar loan kat bank, di isytihar muflis, semua duit pun tak dapat….semua hak bank negara kekdah nya~
so baik gunakan duit kwsp dia tu utk bayar loan or buat bisnes…lagipun mmg duit dia, ngaper hak nya tak diiktiraf?
well, nilai rm1 skrang tak sama dgn nilai rm1 5 thn akan datang…
KWSP seperti sudah di jahit mulutnya olih pihak yg memerintah dan di jadikan robot utk buat ape saja yg pihak yg memerintah kehendaki…
tidak logik lansung dividen tahunan kepada pencarum adalah lebih rendah jika nak dibandingkan dengan dividen yg dikeluarkan olih LTAT yg mana keahliannya adalah jauh lebih kecil….
yg jelas sebenarnya dividen tahunan KWSP adalah tinggi tapi telah disukat dan disekat kpd pencarum olih pihak memerintah supaya lebihan dividen yg disekat itu bolih digunakan sewenang2 nya bagi tujuan tertentu….
Pendapat yg baik, rata2 yg simpan dalam KWSP adalah org melayu sebab tu KWSP tak nak bagi dividen tinggi takut org melayu kaya. Itulah dasar ekonomi kapitalis supaya org melayu beragama Islam terus miskin agar mudah dituduh org melayu suka subsidi dan agama islam lemah. Fikirkanlah……….
Terpanggil untuk sokong kenyataan ni…
Ada benar dan ada kesannya…
Manipulasi oleh golongan ultra rich yg ada political connection.
itu olang pegang kita punya wang mana depa mau kasi dividen tinggi2. depa kata lu punya wang sikalang jadi gua punya wang sebab gua yang jaga ikut suka hati gua mau bagi belapa percent pun dividen. Harap2 dividen untuk tahun 2011 sebanyak 10.5%
Sebenarnya duit KWSP untuk hari tua….jgn nanti bila dah tua nak merayu simpati orang….waktu muda nie kerja kuat jgn nak senang aje ambil duit….nak kira cukup semua tak cukup…maklumlah kita nie banyak kemahuan daripada keperluan…
berkenaan dengan dividen bergantung pihak pengurusan yang mengurus wang…kalau dok melabur kepada kurang pelaburan maka kuranglah keuntungan dan kurang dividen….
pasal beri pinjaman kepada valuecap dan Felda no komen sebab saya kurang info pasal company nie namun begitu kenapa pula Felda pinjam duit KWSP…..bukan kata tak bangkrap…dan beria-ria masuk TV
saya sokong seratus peratus dengan pendapat kamu..
salam……………80% orang melayu tak pandai urus duit bukan tak pandai pakai duit kalau dapat duit mereka melebur kat skim cepat kaya sebab malas….macam kes swiss cash tak kira siapa yang pandai atau kurang cerdik padahal pendidikan cukup profesional…..semuanya senang kena tipu dan tertipu ..lebih baik ada dana yang diuruskan macam kwsp sistem yang terbukti membawa keuntungan untuk semua……..pasal pemimpin pakai tu bukannya habispun duit kita dan kalau senang dikeluarkanpun ramai yang pakai duit sampai lingkup bagi rm 1 jadi = rm 0.10…..sbb tak cekap urus duit………..duduk kedai kopi hari2 nak suruh kawan belanja……………….masaalahnya sikap kita je yang mengharapkan duit turun dari langit.
Assalamualaikum…
Saya kurang setuju dengan 80% orang melayu tak pandai urus duit. masalah pengurusan kewangan peribadi takde kena mengena dengan bangsa. bukan nak melatah, tapi rasanya kurang tepat. Sebenarnya, penekanan kpd pendidikan pengurusan kewangan masih kurang. Ada yang sedar alhamdulilah, bagi yang kurang, mungkin ada ruang untuk mereka perbaiki diri.
SAYA SETUJU. ORANG MELAYU ANTARA YANG PANDAI BERJIMAT. JANJI, APA YANG KITA MAKAN DAN PAKAI ADALAH HALAL.
Fakta ke 80% nie? Ada statistik ke? kalau x pasti baik diam..hehe
Aku sokong eddie. Dulu sewaktu Pilihanraya kecil sebelah selatan, mati mati kata felda untung. Last last pinjam KWSP. Kalau dah untung kenapa pinjam. Itu yang pelik bin ajaib tu.. Ini hah berita tempohari, pelik juga cerita ni.
KUALA LUMPUR, 15 Oktober – UEM Group Bhd (“UEM Group”) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (“KWSP”) mengumumkan akan mewujudkan sebuah syarikat khas (“SPV”) untuk tawaran mengambil alih keseluruhan aset dan liabiliti PLUS Expressways Berhad (“PLUS”) pada harga berjumlah RM23 bilion. Tawaran ini, yang akan dibayar secara tunai, adalah bersamaan RM4.60 untuk setiap unit saham.
UEM Group akan menguasai sebanyak 51% pegangan di dalam syarikat khas tersebut, manakala 49% lagi akan dimiliki KWSP.
Sepatutnya KWSP dah untung banyak dah tapi bila nak bagi dividen ciput jer.
Mentaliti perlu berubah. Pencarum adalah majikan kepada KWSP (Kwsp hanya diamanahkan menguruskan wang majikan). Bolehkan tuan punya wang dibelakangkan oleh pekerjanya?
Pelik, tapi tu lah yang berlaku. sama macam peneroka felda. Peneroka adalah tuan tanah. Hairan bila tuan tanah tak berhak buat keputusan dengan tanah yang dimiliki.
apa yang kecohkan sangat ni. Duit dalam EPF mana boleh habis … kan memang dah gerenti akuan setiap pencarum … dah berapa tahun EPF ni wujud dan tak pernah ada kes orang yang pencen tak pernah dapat duit …. so kira ok lah.
Ingatlah… org yang bekerja…yg tak bayar cukai…. tak merasa duit EPF ..kerna sampai lubang cacing LHDN cari apa2 cukai kita tak bayar..last2 EPF kena potong utk bayar LHDN…duit kita…duit dia…
Bilalah nak merasa epf bagi dividen sekitar 8-9%.
dasar kapitalisme.!!!
jangan simpan duit…..simpan emas atau perak sekarang walau pun 1gm….meh tel den !!!
0193014670
berilah pandangan macam mana sekali secalit kuman pun x diberi perhatiaan oleh golongan2 terbabit last2 pengkritik2 sesama sendiri yg bergaduh atas dasar politik …………..walaupun pandangan2 bernas ada diorg ambil kisah !!!sampaikan ada yg berpegang kata org melayu x pandai uruskan duit apakah x belajar sejarah dimana kesultanan melayu melaka diperintah diselia dikendalikan secara sistematik oleh bangsa melayu!!!!sehingga dipedaya oleh pedagang bristish hindia serta diperangi oleh portugis……kecuaian ,ketamakan,kekuasaan semasa memerintah menjadikan mana2 bangsa sekalipun lupa diri…..macam kwsp sebagai pengamanah tetapi bila duit ada dah jadi sebaliknya……..ni namanya harapkan pagar makan padi……..bak kata seorg pengkritik sampaikan hak sendiri pun x boleh nak diambil sbb perlu selesai income tax sedangkan x ada kena mengena income dgn KWSP……tapi inilah MALAYSIA boleh!!!!
tak patut sungguh…dividen KWSP mesti dinaikkan. 5% memang teramat sedikit.
Tidakkah seharusnya pihak EPF tolong orang miskin melunaskan hutang mereka dengan pemiutang kecil-kecilan, dari bagi pinjam kepada pihak yang kaya-kaya. Kalau orang miskin ni minta pinjaman kepada badan2 kerajaan dan bukan kerajaan, sukar betul..Terpaksalah mahu undi BN dulu, itu pun kalau dapat. Jadi kami mahu, pihak EPF dapatlah tolong orang2 miskin seperti kami ni hidup 1Malaysia.
Scandal KWSP ni dah tak boleh sorok lagi. kalau kerajaan BN kalah habislah macam-macam rahsia KWSP yg keluar di tahun mendatang. Pertama sekali kita lihat KWSP takkan rugi sebab setiap tahun kenaikkan sendiri gaji ahli pencarumnya ( jadi bertambahlah wang dicarum) dan kedua pertambahan ahli barunya. Katakan sekarang ada 8.3 juta ahli kali RM100 sorang je sebulan sudah mencecah kutipan RM800 juta lebih sebulan.
Ketiga KWSP tidak menyediakan data lengkap tahunan kemana wang KWSP dilaburkan , seperti yang dibuat oleh ASB pada ahlinya.
Keempat siapa yang melantik pengarah KWSP, mana pergi minit mesyuarat agong , sepatutnya ahli yg berhak melantik ahli lembaga pengarah dan mempunyai kuasa mengetahui pengaliran wang simpanan mereka. Kalau dalam syarikat besar dah lama dah pengarah kena buang kalau syarikat rugi.
Kelima KWSP kurang memberi tumpuan kebajikan pada ahlinya sendiri. terutama orang kerja swasta yang mencarum. Apa salahnya ahli dibenarkan meminjam duit akuan dua mereka sendiri dengan dikenakan sedikit faedah seperti koperasi. Banyak Along Ceti haram yang untung kerana tanggung jawap kWSP diberi pada Ceti Haram.
Keenam Bangunan KWSP yang ahlinya berjuta-juta orang itu hanya hanya mampu megah berdiri beberapa tingkat saja jika nak dibandingkan dengan bangunan Tabung Haji yang ahlinya tak seberapa ramai dalam perbandingan jumlah ahli.
Ketujuh ahli-ahli KWSP bukan calang-calang orang ada yang mempunyai ijazah, master dan PHD. Dalam soal nak menipu ahli tidak akan lepas sebab tidak ramai orang dapat hidup 100 tahun dan bila hendak mati barulah nak bertaubat takut tak lepas masuk surga. kena mintak maaf pada mereka yang ditipu sorang persorang.
Kelapan scandal KWSP memberi pinjaman pada Felda sebanyak RM6 billion juga harus diterangkan pada ahli. sebab ahli nak tahu juga berapa banyak faedah yang dikenakan pada Felda , lagipun itu semua duit ahli, hasil titik peluh mereka dan menahan maki hamun boss tempat kerja mereka.
Kalau ahli KWSP pun sendiri susah nak keluar kan duit untuk buat pinjaman KWSP , kenapa pula ada pihak yang bekuasa pada duit-duit ahli.
Kesembilan kalau kerajaan BN boleh hidu maut mereka pada pilihan raya akan datang, kerana ramai rakyat yang tak suka pada rasuah kenapa mesti tunggu lama untuk membenarkan satu skim dana pinjaman berfaedah yang ditujukan pada ahli-ahli KWSP. kalau penjawat awam ada Koperasi Angkasa .Rakyat ada Agensi KWSP samalah fungsinya pun….
dlm mslh ini yg hrus buka mata ialah kerajaan.. mereka hrus lbih peka trhadap kepentingan rakyat bkn setakat amik sikap pentingkan diri sendiri. jgn sampai wktunye giliran si pencarum yg berpaputan nk keluarkan simpanan wangnye tengok2 dah tkde sbab hbis semua wang dana berkenaan telah hbis di bagi pinjam kepada si koprat2 tu semua..
agak-agak bile majikan xbuat potongan kowg ambil tindakkan….bile nak kuar kan xdapat…kenape susah sgt tu kan duit ahli..ap masalahnya..pelik ak..lagi satu…ad yang cakap”melayu xreti uruskan duit” kowg tgk kebanyakkan tanah sape punye….jarang taw dgr melayu mintak beli tanah kat bangse lain…puiiii jgn libat kan perkauman la kat sini…ahli KWSP sume kaum ada…agak2 sikit ”perkauman” perkara yg sensetif……
perjuangan yg xkn terhenti…salam///
ALLAHUAKBAR..semakin banyak saya menyelusuri berita2 n maklumat2 dlm BS ni, jantung saya semakin berdegup kencang..sekilat menyambar, harapan saya agar rakyat malaysia keseluruhannnya dapat bangkit dari mimpi dan lena yg panjang setelah sekian lama negara kita ditadbir oleh bn n umno, kesan yg bakal anak2 kita terima..bayangkan hari2 yg mendatang, andai negara kita terus dikuasai oleh bn n umno,ALLAHUAKBAR…jom kita pakat2 buat pilihan yg betul n tepat dlm PRU 13 nanti, semoga ALLAH melorongkan hati2 kita utk membuat pilihan yg terbaik, dan yg pasti bukan bn n umno..