
Memang pahit untuk ditelan langkah BNM mengetat pinjaman sejak awal tahun 2012 termasuklah pinjaman kereta di Malaysia. Sehinggakan Perodua sendiri sudah mula terasa bahangnya….
Rekod terakhir hutang isi rumah di Malaysia pada akhir tahun 2010 sudah mencecah RM577 billion bersamaan dengan 74% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.
- Hutang isi rumah di Malaysia 2010 = RM577 billion (74% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar)
- Hutang isi rumah di Malaysia 2009 = 76.6% KDNK
- Hutang isi rumah di Malaysia 2008 = 63.9% KDNK
Bahagian terbesar hutang isi rumah di negara ini adalah :
- pinjaman perumahan
- pinjaman kereta
- penggunaan peribadi
- pembelian saham dan kad kredit.
Kalau sebelum ini penilaian untuk mendapatkan pinjaman kereta hanya berdasarkan pendapatan kasar semata, tetapi bermula 1 Januari 2012 yang lalu, Bank Negara (BNM) mengarahkan bank meluluskan pinjaman berdasarkan pendapatan bersih, dalam usaha mengekang peningkatan paras hutang isi rumah.
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) berharap Bank Negara Malaysia melonggarkan kembali syarat baru pinjaman sewa beli kereta yang di kuat kuasa tahun ini kerana ia dilihat sudah mula menjejaskan jualan kenderaan di negara ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata susulan syarat baru yang ‘ketat’ itu, pendaftaran kereta baru dalam bulan ini susut antara 15 hingga 20 peratus, manakala tempahan baru pula turun lima peratus.
“Berikutan pelaksanaan syarat baru itu, ia menyebabkan tempahan baru kereta PERODUA serta pendaftarannya dalam bulan ini makin menurun. “Kami berharap Bank Negara boleh melakukan sesuatu mengenainya bagi menghalang prestasi semasa berkenaan berterusan merudum kerana ia boleh menjejaskan industri automotif tempatan,” katanya. (SUMBER : BERITA HARIAN)

Adakah Perodua sebelum ini terlepas pandang di mana Perodua contohnya sendiri jual model kereta mereka melalui agen dan kalangan kakitangan bank.
- Masih ingat lagi iklan-iklan VIVA baru tanpa downpayment; tetapi dalam pada masa yang sama diberikan duit lagi?
- Dan ingat tak juga Perodua, yang menjadikan model kereta anda mahal : Perodua Myvi diletakkan pada harga yang mahal bukan sahaja pada elemen cukai tetapi juga dikatakan ada sentuhan Jepun yang ada kualiti”, dan rakyat Malaysia dipaksa membeli pada harga yang tinggi untuk “kualiti” yang dimiliki Perodua setakat ini?
- Setakat ini, mereka hanya mempertikaikan faktor luar kawalan Perodua (BNM) tetapi faktor bawah kawalan Perodua sendiri masih lagi buat-buat tak nampak.
Sehingga berita ini dikeluarkan, daripada seramai 800 kalangan pembaca Berita Semasa yang mengundi pada laporan berita Pinjaman Bank : Syarat Makin Susah Bermula 1 Januari 2012. Respon Anda? 59% tidak bersetuju langkah yang diambil oleh BNM ketika ini.
Walaubagaimanapun, kami sokong usaha dan langkah BNM setakat. Tetapi tak cukup setakat berhenti di sini sahaja. Kenapa kereta banyak di jalanraya? Dan kenapa juga hutang isi rumah di Malaysia cukup tinggi. Sebab rakyat Malaysia tiada banyak pilihan :
- Puncanya tahap perkhidmatan awam di Malaysia masih lagi ditakuk lama dan cukup mengecewakan walalaupun kerajaan dah berjanji untuk peningkatkan prestasi perkhidmatan awam di Malaysia sejak langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak lagi pada tahun 2006. Tetapi apa hasilnya sekarang?
- Jadi, rakyat tiada banyak pilihan akhirnya majoriti rakyat Malaysia memerlukan kereta. Tetapi masalah sekali lagi menghantui rakyat Malaysia apabila harga kereta vs pendapatan di Malaysia terlalu mahal, rata-ratanya sehingga 40 kali gaji. Ada Perodua atau Proton prihatin dengan masalah ini? Kerajaan?
- Akhirnya, rakyat Malaysia “menurut” sahaja polisi yang tidak membantu mereka sehingga terpaksa membuat pinjaman kereta sehingga 9 tahun. Kalau kakitangan awam boleh dipanjangnya tempoh pinjaman keretanya sehingga 15 tahun.
Dan lain-lainnya perlu diakui penyakit rakyat Malaysia sendiri yang suka berhutang & juga polisi bank yang membenarkan mereka-mereka ini mudah berhutang.
P/S : Apa pandangan anda dengan langkah BNM yang sedang berlangsung ketika ini termasuklah melibatkan paraturan pinjaman kereta dan juga permintaan Perodua terhadap BNM?

{ 129 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Hampir 50% penjawat awam muflis berpunca dari sewa beli kenderaan. Langkah BNM ini adalah terbaik sebagai kawalan dalam menangani polemik yg semakin meruncing ini. Prinsip biar papa asal bergaya harus dikikis. Pakai dulu moto dan kemudiannya keta. Keta yg kecil dulu, bukan MPV utk digaya. Secondhand pun baik berbanding baru kalu buat survei terlebih dahulu. Belilah kenderaan mengikut kemampuan sebenar dan jgnlah terpengaruh dgn cakap org atau gaya hidup mewah kerana andalah yg menanggung hutang dan membayarnya dalam tempoh ansuran yg agak panjang.
2bz4money menulis Berita Terkini….Kuasa Tindakan..
kalau laaaa sume orang leh fikir macam ko cakap ni,settle masalah bro…
aku nye cadangan pulak,limitkan kelayakan maksimum PERSONAL LOAN…ni le punca orang lupa daratan…x lepas bank,koperasi pulak…macam2 cara nak hancurkan bangsa sendiri…sorry to say,aku sentiasa carutkan je promosi gile yang melampau (seperti blacklist leh mohon,leh ikat 20 tahun), sebab ejen2 ni carik makan dengan pau duit peminjam (dapat komisen) dan x pedulik nasib orang tu di kemudian hari
Masalahnya bukan salah Perodua atau BNM, yang jadi puncanya adalah harga kereta di Malaysia terlalu tinggi berbanding pendapatan rakyat malaysia. cukai yang dikenakan terhadap kenderaan dimalaysia sehingga 200% amat membebankan rakyat, cukai ini tidak memberi keuntungan kepada pengeluar kereta nasional maupun perodua atau proton. Kereta bukan lagi barangan mewah di Malaysia tetapi merupakan keperluan utama rakyat. Jadi kerajaan harus menurunkan cukai yang terlalutinggi untuk rakyat mampu memiliki kereta nasional yang nilai harganya dibawah RM15,000.00 sekiranya dijual diluar negara.
Kalau tak ada duit, jangan berlagak. Sudah ada 1 kereta. Kenapa mau kereta 1 lagi ? Sudah ada 1 rumah. Kenapa mau rumah 1 lagi ? Nanti ambil duit dari orang lain. Curilah itu. Tetapi pandai berpura, menangis dan kata orang yang tipu dia. Tak tau siapa yang lebih bodoh ? Sekarang 80 % orang Malaysia ada RM 500 seorang. Yang 20 % itu apa ? Jutawan kah ? ha ha hai dunia ini tidak dapat jalan tanpa duit. Muflis atau tak muflis, duit itu mesti ada. Terima kasih.
Saya sokong cadangan ini… Ikut kemampuan isi rumah la jgn nak berlagak tak tentu pasal… Bnm pun jgn ikut sangat desakan proton produa dia org bisness Bnm yg jaga rakyat dr kena jerat bank yang lapar nak makan interest…
Harga hartanah meningkat berganda-ganda, cukai kereta terlampau tinggi, gaji tak naik-naik. Semuanya berkaitan (merujuk pandangan Allahyarham Datuk Salleh Majid).
Goverment tahu semua tu, tapi diorg buat-buat x nampak. Rakyat dibiarkan hidup sengsara. Lepas tu bg duit 500, seolah2 nak tunjuk diorg caring tentang keadaan rakyat. tapi sebenarnya diorg langsung x kisah. Rakyat ‘dipaksa’ beli rumah flat/pangsapuri sebab gomen xnk control harga hartanah yg semakin melampau2. Rumah yg selesa (e.g at least double-storey) berharga 400k-1 million!merepek sungguh!!80% dari rakyat malaysia x mampu untuk beli rumah harga mcm tu.so nak xnk, terpaksa la beli rumah yg kecik2 tu.tu pun mahal jugak.Pastu kereta pun sama.Kenakan tax tinggi2 untuk keta local n import, last2 rakyat xde pilihan lain. terpaksa juga la beli keta local utk anak bini (sbb tu je yg mampu beli) keta yg xde safety features, crash test confirm x lepas,n harga still mahal jugak.tu pun still kena bayar bulan-bulan 500-800 tu (family car/mpv= e.g; saga,persona,exora,alza).Bila buat loan, bank charge interest kaw-kaw punya tinggi. Padahal boleh je BNM do something on this matter (which is relate to Goverment policy). kenapa susah sgt gomen nk tolong rakyat??benda simple, tp gomen buat2 xtau je..haizzzhhh~(-_-’) kecewa betul..
=dari meja rakyat yg terseksa=
sepatutnya kereta tempatan lagi murah daripada kereta yg diimport
ini tidak
TOKEY SARKAS TAMAK HALOBA.TOKEY SARKAS TAMAK HALOBA.TOKEY SARKAS TAMAK HALOBA.TOKEY SARKAS TAMAK HALOBA.TOKEY SARKAS TAMAK HALOBA.TOKEY SARKAS TAMAK HALOBA.TOKEY SARKAS TAMAK HALOBA.TOKEY SARKAS TAMAK HALOBA.TOKEY SARKAS TAMAK HALOBA.TOKEY SARKAS TAMAK HALOBA.TOKEY SARKAS TAMAK HALOBA.TOKEY SARKAS TAMAK HALOBA.
RAKYAT MALAYSIA KALAU NAK KERETA MALAYSIA MURAH 2X GANDA,DENGAN 1 CARA SAHAJA, TUKAR ATAU PILIH TOKEY SARKAS YANG BARU,
haha ^_^
Saya ada rakan yang belajar di US. Kalau tengok kat US,gaji mereka lebih kurang sama dengan kita, iaitu kita RM2000 dan mereka USD 2000. Tetapi,harga kereta di sana sangat murah. Kereta yang sama kualiti dengan Myvi dapat dibeli pada harga serendah USD20,000. Tetapi di Malaysia? Harga Viva pun dah mahal. Sedangkan kereta ini adalah kereta tempatan. Pada saya, pengeluar2 kereta tempatan yang perlu ubah,bukan BNM. BNM hanya membantu rakyat supaya rakyat tak muflis.
Are you sure, kereta yang sama kualiti dengan Myvi?
Toyota Prius dalam lingkungan USD20k. Mungkinkah yang sama kualiti dengan Myvi sebenarnya jauh lebih murah daripada USD20k.
pilihan di tangan kita sendiri,bnn buat begitu sebab nak kurangkan beban hutang isi rumah,bagi pengeluar kereta tertekan sb pinjaman susah nx lulus- bisnes merosot,komisyen agen terjejas,bagi yang ade anak ramai perlukan kereta yg lebih luas,kereta dlm pasaran rata-rata harga mahal,nx tak nx terpaksa berhutang,tx berhutang tx merasa…lain pulak halnya yg berkemampuan -suka tukar2 kereta ,ye lah duit ade kn,bg yg tx mampu-hanya mampu melihat sja le..yg penting ikut kemampuan masing-jgn ikut org lain…apa lagi nak menunjuk2..terkadang ternampak juga bapak,mak,anak kecil naik satu motorsikal kelam-kabut cari tempat berteduh ketika hujan..kasihan.
Aku skong.langkah bnm tu mmg patut.x yah dgr apa kata produo n proton..diaorang bising pasal sale turn.so0 aku cadang spe nk beli kete simpan ler byk skit duit deposit n ambik loan yg bole langar ibu pokok.lgi 1 kita kene lah steady ape yg kne dpt n kne bayar..ada duit lebih simpan asb utk kecemasan.aku bisnes 5,6 k..still stedy pakai myvi 1 kete..padahal bini kje lagi..pengurusan keluarga amat penting utk mengelakkan beban hutang.
ia akan menyusahkan rakyat kerana malaysia ni gaji berpendapatan rendah berbanding di luar negara yang kenaikan gaji selaras dengan kenaikan barang.cth suruh beli kereta malaysia tetapi dengan rakyat sendiri……..paham2 la……makin susah jika berlaku kecemasan untuk penggunaan segera alamat ramaila…. yang pinjam dengan along walaupun interes tinggi terpaksa nak buat macam mana………..panjangkanlan jangka pembayaran balik kereta, rumah, tanah atau yang dilelong ia akan meringankan beban rakyat…………… inila tandanya………….
hihihi.. USD20k x duit malaysia brapa bro?? sana buat satu keta USD15k bro. USD15k darab duit malaysia brapa bro? kalau viva modal buat RM35ribu jual brapa dgn ko bro.. RM36 ribu je la.. nanti kilang viva sama taya sama lampu sama kerusi 9 tahun akan datang je la ko pakai keta viva.. kalau ko nak keta murah tak susah la bro.. beli la kancil dah 20 tahun pakai ka, datsun 120y ka, nissan sunny 130y ka… banyak la keta murah bro.. belambak..
setuju tu.. iswara 1998 cuma rm5k je,Proton tiara cuma 2000je..cuma bajet 1-2 ribu untk maitanance dh leh pakai kereta , lebih murah dari motosikal..tak payah berhutang
kau ni next time nak komen fiki2 lah dulu..
gaji diorang usd2k harga kete usd20k..
tapi kita gaji rm2k harga keta rm50k..
kalau kau reti matematik mesti kau boleh calculate sendiri purchasing power orang luar dengan kita..
kalau rakyat malaysia berfikiran macam kau memang tak maju2 malaysia…kesian!!!
sape suruh you tukar nilai USD20k tu ke RM..dia cuba buat perbandingan nilai gaji dgn harga kereta di kedua2 negara..tu sebab dia bandingkan kalau kat Malaysia gaji Rm2000, kat US pulak USD2000, secara mudahnya, kalau kat US boleh dapat beli kereta baru yg berkuali dalam USD20k sepatutnya di negara kita pun boleh dapat kereta baru yg berkualiti pada harga RM20k,, theoretically la..
Apala pi tukar currency.Itukan perbandingan.Kalau tukar,memangla gaji depa besar,harga kete mahal.Bandingan buat apple to apple la.Fikir sikit wei.
biasa la.. orang melayu cuma pandai buat perbandingan.. patut la kalau bisnes 6 bulan pasti bangkrup.. kahkahkahkah…
x payah convert daaa..ratio gaji diorg kt sana sama je dgn kita kt cni..kt sana gaji fresh grad diorg around 2k gak..sama juga kt m’sia nihh..haisshhh~sbb tu la diorg compare harga keta kt m’sia yg gile mahal sbb tax yg melampau2 oleh gomen.ada faham?
Jaya: Komen bkn main bro-bro!! Math bwh lutut x pyh komen bjela2.. Buta ke mmg tak reti ntah.. Mmg la nilai usd lbh tinggi dr rm tp ya le.. Mcm abc tu kate.. Nisbah gaji ngn hrga keta x masuk akal.. So pakai otak la bro!
thank u hbo for saying our heart cries … trima kasih HBO kerayna membesarkan tangisan & rintihan & perdarahan hati manusia insan ini & ramai lagi
Yup, thats true. hyundai elantra 2011 USD 15,000, kia optima K5 2011 USD30,000,kia forte 2011 USD15,000. figure lebih kurang la..kalau smaller car segment, boleh dapat around USD 8000-USD 12000. mmg murah giler2 kt sana.kalau setakat tahap myvi tu, kt sana agaknya diorg jual USD 4000 je..kualiti xde beb.brg2 pun murah kt sana.dgn 50 dollar, diorg boleh shopping mcm2. kt malaysia, Rm50 boleh beli ape je?USD 1 boleh dapat 1 gallon fresh milk,kt malaysia RM11 utk 1 lit fresh milk!jauhnya la beza..~
us, byk lembu buat susu…malaysia…ada lembu buat susu…susu cap teko ada la…tu pun dah tambah mcm2 bkn mcm dulu gula + susu jer….sodap…
kerajaan nk jaga sgt proton n produa sampai semua rakyat terseksa..
klu kerajaan dapat kurang kan cukai import kereta mesti kereta tempatan akan turun harga tuk bersaing dan kualiti akan lebih tinggi..rakyat juga untung sbb dpt beli dgn harga yg lebih rendah
aku rasa dlm byk2 jwapan makhluk nama manusia dlm ni…ini je yang amat tepat, padat, dan memikat…pada pandagan aku le.
Kereta import nak letak cukai tinggi2…letak pi lah…tapi kereta buatan Malaysia kurang lah cukai…tu baru membantu Proton/Perodua dapat jual banyak kereta…rakyat pun happy…err kalau duit malaysia tiba2 jadi RM1=USD1…adakah harga kereta/barang2 import/tempatan menurun? ( e.g kereta proton jadi RM25000, air coke tin RM0.50)
sya sokong 101% pendapat HBO.
kurangkan hg kereta m’sia serta cukai & rumah so pengguna xp’lu la wat loan b’thn2 yg ada smpai dah tua pun xmmpu lg miliki uma & kereta sndri xt’msuk personal loan smpai tua xhbs2 lg bayar.. elok gak dip’ketatkan sbb bole elakan pengguna muflis & hrta anda dirampas oleh bank klau xbayar (klau bole diseragamkan kakitangan swasta & kerajaan lg baik).. lgpun pengguna mst akn beli barang klau dia rs dia mmpu bayar kan??? (xkan gaji dah negatif msh nak b’htg???) so sbelum beli krta yg mhl2 ‘ukur baju dibdn sndr’…klau x awk cm ks pihak bank & syarikat kereta/perumahan yg untung….
Harga kereta taklah mahal mana, cukai kereta oleh gomen malaysia yang tinggi.
saya setuju.tepuk dada tanya selera.ukur baju di badan sendiri.bagi saya beli kereta kerna keperluan yg memudahkan kita utk bergerak ke sana kemari tapi klu dah satu family sampai 4-5 buah kereta sampai ada yg tersadai di garaj buat apa.???serupa gak dgn tabiat yg suka bertukar2 kereta ni…lebih kepada kehendak drpd keperluan.
Bkn nak 2-3 bijik..satu keta je dah sesak nafas nak byr sb cukai tak igt…
Hoooooo..aku dah serik berhutang beli kereta..kesilapan yang lalu banyak memberi pengajaran dan pengalaman..tinggal lagi 2 tahun abislah bayar..tapi nak tunggu abis tu memang terseksa..
belilah kereta mengikut kemampuan kita..asalkan boleh berteduh dari panas dan hujan..cukuplah..Bersyukurlah dengan apa yang sekarang..:)
Selipar Jepun menulis Berita Terkini….Aura Uztaz Azhar Idrus di Masjid Shah Alam, Selangor
Bagi pak cik, biar langkah lebih ketat. Bila orang ramai tak beli keta. harga keta akan turun. Time tu jugak bank tak ada customer. Akhirnya interest bank jugak akan turun. Harga keta mahal, interest tinggi. Sekarang Gaji macam zaman 80an. kekadang, pak cik pun keliru dengan pengurusan sumber manusia di Malaysia nie, Adoi.
Haa, Langkah BNM itu demi kepentingan ramai. Langkah produa tu untuk produa ajer. BNM juga kena bagi garis panduan macam bila beli rumah, jangan kenakan syarat yang ketat. Kerana Rumah itu berhak dimiliki setiap orang. kalo langkah beli rumah ketat, susah jugak bagi orang gaji 2000 macam tu. Produa juga kena sedar, keta punya harga mahal and interest tinggi. kalo permintaan turun, jangan salahkan BNM ajer. Kuasa pembeli akan memilih produk yang lebih nilai. Bagi pak cik, kalo lah ada budget lebih, pak cik tak beli keta baru, mahal masa sekarang. Pak cik tengok keta second pun cukup. Janji senang nak guna untuk keluarga pak cik. Macam adik pak cik, beli keta second jugak, Interest mesti dah kaw punya, kalo lewat ada caj bayar lewat lagi. Ari tu ada orang bank telepon dia, mara-marah and bagi tau nak black list kan nama lagi. Apa yang penting, kita beli ikut kemampuan dan ada budget bayar bulan-bulan.
Setuju.Kerajaan perlu fikir juga cara untuk memantapkan lagi public transport kita.Public transport system in Malaysia is in dire state.Tengok saja di KL.kualiti bas sangat teruk,tidak diservis dengan sempurna,kotor,berasap.Jauh beza dengan singapura.bukan nak memuji,tapi itu hakikatnya.bas2 awam di sana diselenggara dengan baik,walaupun umur bas tu dah lanjut.cantik dan bersih.
kahkahkah.. mau ke tak orang nak naik bas. biasala kan… orang malaysia kalau tak drive toyota mana de kelas.. kalau dah banyak naik bas ka lrt ka. kan banyak andartu kat malaysia…@ harga hantaran melambung yo…. hihihi
Sokong 100%.kalau ade public transport,saya pun nak guna hari2.tapi sayang,terpaksa redah jem setiap hari sebab bas 2 jam sekali sahaja.
Aku juga sokong hbo102%…
Pemimpin x pandai memerintah…..atau x pandai nak selalu istighfar semasa memerintah…
Walaubagaimanpun Depa ni dah di ajark formula nak moderatekan kunci kira-kira negara ni. AFTA, GST patut dah di maximized….harap2 jalan penyelesaiannya ada….
Tahun ni CNY ramai kaum tionghua buang duit berbanding tahun2 sebelum kerana limpahan hutang kita-kita ni memewahkan mereka lagi apabila mereka membakar mercun yang lebih kuat dentumannya….sampai ada yang maut.
Jadi mulai 2012 ni harap ada perubahan apabila BNM melakukan sesuatu yang sepatutnya menjadi KPI mereka.
Saya sgt setuju dengan tindakan BNM, tindakan ini perlu bagi menyelamatkan orang ramai dari masuk dalam kategori muflis. Menjadi tanggunjawab kerajaan untuk memastikan pengankutan awam cukup dan efisien..rata² org yg bekerja di bandar (terutama KL) suka guna kenderaan awam, tp tu laa..anda semua tahu…
Harga kenderaan tempatan agak tinggi, rata² pekerja pendapatan rendah suka beli kreta² yg kecil cth viva or myvi…tp tu la… pada saya, perodua harus mengkaji semula harganya sesuai dengan golongan sasaran…so kesannya, mcm dalam surat khabar kosmo tu
whatever pon, between needs and desire, ukur baju di badan sendiri
ya…betul tu
ketatkan had pinjaman bagus
kalau boleh hapuskan segala tax yang menyebabkan harga kereta mahal lagi bagus
so tak perlulah rakyat pinjam byk2 semata2 nak dpt kereta compact untuk ke opis
Perodua hanya memikirkan keuntungan berbanding dengan kesan yang dihadapi oleh Negara di mana paras hutang akan meningkat.
Sepatutnya, Kerajaan menurunkan cukai untuk kereta buatan tempatan dan diikuti pengeluar kereta nasional dengan menurunkan harga kepada harga yang masuk akal. Tidak masuk akal langsung apabila kereta kompak seperti MyVi dan Viva dijual pada harga yang tinggi iaitu melebihi RM30K.
BNM pula perlu mengetatkan lagi syarat pinjaman seperti mensyaratkan pembeli supaya membayar wang pendahuluan pada kadar sekurang-kurangnya 25% agar, baki pinjaman dapat dikurangkan seterusnya mengurangkan kadar hutang isi rumah negara.
Kereta tempatan…..MAHAL… interest Bank pun melampau – lampau….
..bila rakyat tak beli kereta tempatan…….”merungut”…..kata tak laku… , BELI KERETA IMPORT..PLAK….cukai kerajaan melambung lambung…padahal.. harga kereta import separuh dari duty import….!
Nak kata.. kerajaan & bank ni tak pandai. pikir..!…..semua pangkat DATO’/TAN SRI…. Nak kebas duit rakyat…..pun….wat cara lain la…..!
aku sokoooooooooooooooooooooooooooooong! ko
betol tu….nnt setiap hujong tahun…pihak bank bgtau kat berita/paper…..untung berbillion….itu yg dibangga kan….pdhal…kita yang mnggung beban….
ni jebon aner lak nie pakai nickname aku…
Ermm baru plan2 nk beli kete, npk gaya mmg x lps gaji aku…
kene ride c70 lg la
Ada baik Ada buruk nye langkah yg BNM ambik tu.Tp mujur la dah ada kereta dah, tak lah ambil pusing sgt tntg hal ni. Apepun renung2kan lah setiap sesuatu perkara tu.
Aku berjawatan …..tapi 11 tahun lebih dah pakai kancil lagi…cukuplah apa yang ada…janji anak2 aku semua pandai….banyak yang aku nampak kat bawah pakai kereta lebih mahal dari aku…aku tersenyum…sebab yang bayar dia orang…nasihat pun tak makan saman…akhirnya kereta kena tarik bank….aku tersenyum lagi….sikap manusia suka menunjuk-nunjuk…ni le jadinya….betul kata saudara2 kita kena ukur baju di badan sendiri…ada rezeki..ekonomi stabil aku tukar kereta baru…..untuk keselesaan sebab anak dah ramai dan besar2…
Ada baik dan ada buruknya langkah yg BNM ambil tu.Apapun saya tak memikirkan sgt tntg hal ni sb dah ada kereta. Akn tetapi renung2kanlah perkara ni dan timbang2kanlah.
harga keta mahal gileee…harga rumah mahal lagi gileee..interest bank tinggi gileeee….harga barang2 semakin tinggi gileee….perangai budak2 kat sekolah makin teruk gileee….mak bapak sibuk cari duit gileeee….nak bayo hutang ……pelajaran anak2 tak sempat nak tengok gileeeee……tak sempat nak didik anak2 kat rumah gileeeee……….menteri dok goreng rakyat gileeee…..duit di tabur banyak gileeeeee….dok nampak langit…rumput di tanah tak nampak……bangsa lain bisness maju gileeee…….aduhai…negaraku… apa nak jadi 10 tahun…20 tahun lagi…….
jd gilerrrrrrrr…….
ya betul2 giler…. sokong! sokong! sokong!
memg gilerrrr…aku sokong gileerrrr..!!!
Sokong BNM.. Pengangkutan awam amat menyedihkan.. Kemana dana berbilion utk urus pengangkutan awam?
syyypppp….jgn la tanya.
Harga hartanah meningkat berganda-ganda, cukai kereta terlampau tinggi, gaji tak naik-naik. Semuanya berkaitan (merujuk pandangan Allahyarham Datuk Salleh Majid)…alfatihan buat belia….
semua naik bro…..kita akan mengemis di bumi sendiri nanti….apa nak buat..tak mahu tuding jari pada orang lain….
PERODUA mesti nk cari makan banyak2, sekrang semua benda dah naik kat malaysia.. yang rakyat malaysia plak berpusu2 nak beli kereta sebanyak mungkin APASAL?? nak beli kereta yang mewah2 pulak! sanggup nak hutang bertimbun2!
sikap materialistik semakin menggunung2 sekarang ni! yang budak2 belajar kolej/universiti pun nak beli kereta kenapa? kalau perempuan tak pe, tapi yg lelaki pun nak beli kereta jgak, semata2 utk angkut awek kesana-sini!! yg prmpuan pun suka plk lelaki yg ada kereta.. korang ni nk belajar ke aper? lelaki naik moto suda la!! takut ke aper? jgn bwk laju da la!!
memang patut BNM perketatkan syarat pinjaman, kasi hapus semua sikap materialistik tu! ruang parking dah la kurang!
Apadah jadi!
Selama ini mereka jual kereta pada org yg tak mampu
patut lah ramai rakyat yg dah bankrupt..
dan Patutlah cina2 penjual kereta terpakai senyum selama ni..
Boleh beli kereta bank lelong dengan harga murah.
lepas tu jual balik pada org tak mampu
org ni pula tak mampu bayar loan akhir jadi bankrupt kena saman Bank.
Penjual kereta terpakai beli balik kereta ini melalui bank lelong
Lama rakyat malaysia banyak yg bankrupt dari yg tak Bankrupt.
Syabas BNM dgn kawalan ni , pastikan org yg tak mampu ni tapi bernafsu besar disedarkan tentang keupayaan mereka.
aku sokong pinjaman diketatkan tapi masa yg sama cukai kenderaan patut turunkan sikit, apa cerita kalau perodua myvi sampai 50k??
Isu ialah BNM ketatkan syarat pinjaman… langkah baik untuk mengekang kes muflis… Persoalannya, yang muflis ni sebab beli kenderaan berharga dari julat berapa? risau peraturan ikut lump sum saja… jika harga kereta range RM60k ke bawah tidak menjadi isu… maka BNM permudahkan segmen loan ini… atas dari 60k perketatkan.. biasanya spesis ‘biar papa asal bergaya’ memang minat kenderaan atas harga ni (biasanya 100k keatas). Next cadangan, memandangkan kereta tempatan kita agak mahal (mungkin kualiti tinggi) maka dicadangkan semua MB, km, exco, adun, menteri (untuk dapat label berjiwa rakyat) dan kenderaan jabatan wajib menggunakan kenderaan Proton dan Perodua. Tapi bukan yang premium, yang rakyat mampu beli… contoh kita khaskan Ketua Menteri / MB (Persona basic), Exco (SAGA), Adun (SAGA), Menteri (Myvi 1.3), Kenderaan VIP Jabatan (Viva /Savvy). Kenderaan Jabatan (Alza / Exora)… rasanya serampang tiga mata ni… No1, Jimat wang rakyat, No2 Menyokong Industri tempatan, No3 Berjiwa rakyat …… siapa sokong tekan horn kereta jam 8 malam ni..
hahaha…….aku suker 300%……..
gila best aide…..
ini cadangan paling tip top aku dgr…mau ke pak menteri nak naik viva/myvi/saga…hahaha..terbaeeekkkkk!!!!
Saya sangat setuju dengan pandangan saudara. Emm… kereta nasional (Proton & Perodua) memang mahal. kenapa ya? Kenapa kereta yang dikatakan sebagai BUATAN TEMPATAN begitu mahal harganya? Mungkin kualitinya tinggi. Pada pandangan saya, sekiranya bukan kerana cukai yang tinggi yang dikenakan ke atas kereta import; tiada orang yang akan membeli kereta Proton dan Perodua.
beli kereta 2nd jela gamaknya..
Peminat Man Utd menulis Berita Terkini….Terima Kasih Gibson Dan Swansea..
langkah BNM tu baik tapi agak pahit pada yg amat memerlukan kereta..so dah tiba masanya pengeluar kereta tempatan kaji semula harga kereta.
Sni : Dana pengangkutan diorang wat jambatan jln kaki je dari KLCC ke BUKIT BINTANG.
Keduanya ialah gaji permulaan akauntan tahun 1978 ialah RM2,000.00 dan tahun 2012 pula masih x lari jugak tangga gaji. Tapi kos perumahan dan taraf hidup meningkat gara2 mainan spekulasi kerajaan sendiri. Pemegang AP pulak sapa yg kawal. Kerajaan jugak. Menteri pengangkutan. Desakan hidup dengan keluarga serta cubaan mendapat kualiti kehidupan yang baik berdasarkan WHO memaksa setiap orang cube beri terbaik kepada keluarga. Tekanan hidup dan hutang isi rimah adalah rekaan org2 politik yang juga pemegang2 AP telah meletakkan rakyat jatuh tersungkur.
dan mampu milik dah smpai RM100K Ibarat rumah Flat PPRT bakal tak terjual la sbb kekangan dan memaksa rakyat berhutang 30thn
kalau loan x lepas, itu maknanya pendapat boleh guna xcukup untuk menampung hutang yang baru. Masalah pengangkutan awam x cekap & hanya tertumpu di bandar utama menyebabkan kereta menjadi pengangkutan utama. Faktor kereta hanya mengerakkan dari A ke B bukan lagi persoalan utama. adakalanya kita terpaksa juga menitikberatkan faktor keselamatan dalam membeli kenderaan. Dengan kos menggunakan lebuhraya, petrol dan servis pasti meningkatkan lagi kos memiliki sebuah kereta.
Kerajaan perlu lebih prihatin dalam hal ni. Tak munasabah sebahagian daripada gaji digunakan untuk membayar kos pengangkutan. Tapi itu hakikat dan realiti yang perlu ditelan walaupun pahit. Banyak lagi perkara penting seperti insurans, simpanan untuk pendidikan, rumah yang harus difikirkan oleh rakyat. Kalau kerajaan tak nak berubah sama-sama kita mengubah.
Sekarang semua barang mahal, bila dah start cukai GST lagi la mahal jadinya.
bagus BNM buat langkah2 ketatkan peraturan mcm ni, long overdue action Selama ni golongan2 yg tak mampu berkereta ‘DIMAMPUKAN’ dengan tawaran2 tak masuk akal. Loan sampai 15tahun. Sampai tengah bulan semua mengeluh duit tak cukup.
pedulikan jer perodua, proton nak menyalak terlolong, pandai2 diri sendiri nak survive, nak lakukan barangan masing2. Padan muka !!!
Bagus juga tu sekurang-kurangnya kita akan pandai dan bijak berbelanja dengan berhemah, bak kata orang “ukur baju dibadan sendiri”. Satu lagi mungkin juga perlu difikirkan sama-sama bukan setakad mengejar keuntungan tetapi perlu juga memikirkan keselamatan dan material barang yang kita beli tu. Pendek katabergantung kepada kerja buat dan NIAT tu yang penting nak memajukan Negara.
Kerajaan perlu fikirkan sesuatu utk dpt kan win win situation……jgn lah nak untung berkali ganda ttp menindas rakyat…..klu gaji 2 ribu tp hrga brg/kereta/rumah stabil, sdh mencukupi……
Sepatutnyer awal-awal lagi BNM pantau gejala nih. Agen jual kereta pasti akan membuat iklan yg tak masuk akal spt. RM0 downpayment, hadiah aksesori dan mcm2 lagi yg syiok. Semuanyer memancing pembeli agar tertarik.. yang best tuh.. BLACKLIST pun boleh mohon beli kereta. Industri kereta kita nih x bleh pergi jauh…kualiti x der, jual stakat pasaran tempatan jer. Selama nih yang banyak selamatkan Proton ialah pemandu teksi jer. Itu pun dah banyak teksi tersadai. Klu x pemandu teksi.. rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik jer yang sanggup berkorban untuk menjulang jenama Malaysia, walaupun hati terluka
. Ambil contoh Honda yang sanggup musnahkan kereta banjir di Thailand berjumlah 1000 lebih… ini contoh terbaik menjaga nama baik sesuatu jenama. Proton & Perodua sanggup? Setakat nak gerenti power window pun payah. Janganlah jerat pembeli dengan hutang kereta dengan kualiti kereta yang tah haper haper tah.
tukar kerajaan…
1. Mansuhkan cukai import mengikut AFTA
2. Harga kereta tempatan akan turun untuk bersaing dgn harga baru kereta import
3. Rakyat kurang hutang
Tu baru cara betol nak kurangkan isi rumah punya hutang~
Jangan beli kereta baru. Simpanlah kereta anda dan tukar ke baru apabila kerajaan kurangkan kadar cukai yang di tetapkan oilh WTO ia itu 8%.
harga kereta jenama malaysia terlamapu mahal..jual kat negara luar murah pulak tu..takut x laku..rakyat dlm negeri sendiri sengsara..kualiti teruk..k’jaan terlampau menjaga kepentingan proton dan perodua..tp tiap2 tahunasyik menangung kerugian aje..
Saya sokong BNM mengetatkan syarat pinjaman.
Amat sokong!
Pengeluar kereta mcm Perodua mmg la kerja dia bising….untung akn makin menurun..tapi untung lagikan?
Dia pikir ape kalu pembeli kereta keluaran dia belakan hari nak muflis ke nak terkang -kang byr hutang.
jangankan nak angkat keta, nak utang 50 ngn kawan pn pikir 800 kali. Hutang sedia ada dah dkat rm1500. Ada baiknya bnm haramkan terus orang dari berhutang. Menggelapkan masa dpan jer hutang2 ni.
untung la ko utang byk tu ..aku nyer utang dah 40k..utang blajar je ..keja pon tak dpt byr balik sb cukup2 mkn je..huhuh
Bagus BNM, ketatkan lagi syarat pinjaman! lebih2 lagi utk negeri yg ad pengangkutan awam seperti bas dan teksi. Jom ramai2 kita naik bas dan teksi, x pyh beli kereta. confirm harga kereta akan turun.. Tulah kerajaan ni, trlalu jga kpentingan proton dan perodua.. Kalau kualiti dan servis tip top ok lah. Ni kualiti ntah ke mana, servis mahal giler, warranty just bhagian enjin je. Tak lojik betul kerajaan ni. Harga kereta buat mahal pastu dengan muka tak bersalah minta BNM pertimbang syarat pinjaman. Boleh blah la wei!!! Kalau ikutkan memang xnk beli keta proton/produa tp trpaksa sebab kereta lain mahal
2 la kau sokong “timbangan”
Sokong tindakan BNM kalau dari dulu lagi dah laksanakan perkara ini tentu tidak banyak rakyaat yang hidup dengan dikelilingi HUTANG. Pasal syarikat perniagaan jangan di hiraukan ..kalau dia orang nak kan produk atas hasil jualan meningkat..dia orang kena turun kan,dengan penurunan harga tentu banyak pemintaan dan dengan banyak permintaan tentu nya produk meningkat.
ko sibuk kata sales turun, abis hutang2 rakyat bayar kete ko yg mahal tu nak bayar kan ke??
mcm nilah..senang citer,salahkan diri sendiri..kalo rasa tak mampu, jgn pakai atau beli… rancang la kewangan..
tp aku sokong sgt dgn BNM..ketatkan kan aje rules utk ape2 yg berkaitan dgdn bank…sbb orang malaysia ni mostly mmg bergaya lebih dari kemampuan…
ni bli kete senang. 0% dp, budak belajar pakai nama parents jd guarantor.. senang sgt nak beli kete, lepastu jammed gile2… accident bertambah… kompeni insurance pulak naikkan premium sbb tak leh nak cover claim yg makin banyak..
ukurlah baju di badan sendiri….
Senang cerita…semua tu berbalik kepada diri sendiri juga…sebelum membuat hutang kena la fikir masa depan..kalau tak fikir itu masalah sendiri bukan orang lain..pendek kata LU PIKIR LA SENDIRI!
Bagus la tu tindakan BNM..patut dah lama buat dah..hutang isi rumah semakin meningkat, hidup pula semakin sempit..
Syarikat automotif plak mainkanlah peranan masing2. jangan sibuk dengan survival business masing2 je..
turunkan harga kereta. kalo kereta murah, rakyat kurang hutang, lebih ramai mampu milik..apedaaaa….
negara lain boleh buat, negara ni macam2 semua tak boleh !!!
dok sokong BeEnd lagi..kua kua kua..
kebanyakan golongan yang muflis ni dah beli keta dlm 4-5 tahun lepas.masa beli dulu dok kira2 gaji boleh survive untuk bayar ansuran.tapi time tu kos hidup rendah (harga petrol+barangan) belum melambung macam sekarang.bila margin kos hidup dh naik mencanak tapi income tak selari, inilah KESANNYA
Keadaan masih boleh diperbetulkan jika pemerintah ade kesungguhan untuk betul2 membantu rakyak yang semakin terhimpit. bagi yang tinggal di kota2 besar cm KL, JB,Putrajaya,Penang dll kos hidup sangat menyesakkan dada kita semua. ditambah pula dgn ramainya pendatang asing yang turut sama merebut hak kita rakyat marhaen..kalo setakat ckp2 je tranformasi n macam2 nkra tp atas kertas je..denyut nadi rakyat yg diuar-uarkan dirasai sama pemimpin hanya dibibir sahaja..JOM BERUBAH
Saya hairan bagaimana penduduk di Thailand mampu pakai kereta Toyota dan Honda untuk keperluan harian dengan gaji mereka lebih kurang RM2000. Rakyat Malaysia lagi tinggi pendapatan tak mampu milik kereta berjenama. Apa yang dapat saya lihat adalah kos makanan di sana murah walau harga petrol agak mahal. Bagi yang tidak mampu, disediakan pengangkutan awam iaitu bas percuma walaupun hanya mempunyai kipas angin. Perjalanan bas paling jauh pun harga tiket maksima adalah 12 bhat atau lebih kurang RM1.20. Terdapat keretapi percuma sekali sehari bagi perjalanan jauh disediakan untuk rakyat yang kurang kemampuan. BTS (Bangkok Sky Train) pun jarak antara satu train pun cuma 5-8 minit. Komuter di Malaysia berapa jarak masa agaknya ya! Mampukah kerajaan kita menyediakan pasarana seperti di Thailand.
sebenrnya mampu..tp sb nak jaga jualan proton…prasarana ni dikurangkan..kalo pengankutan tip top…saper nak beli keta??baik naik bas/lrt murah …jd jualan keta pon melambung2 sb kalo tunggu pengankutan awam..pakai lambat la sampai tempat keja…
Setelah memiliki kereta kena pulak bayar tol.. dah lah kereta mahal..kena bayar tol lagi mahal. Di Thailand cuma ada tol untuk masuk ke Bangkok sahaja. Itu pun paling mahal 45 bhat atau lebih kurang RM4.50..jalanya bagus tak berlubang-lubang dari utara sampai ke selatan Thailand. Kalau tak percaya cuba lalu highway dari Selatan ke Utara Thailand..jalan sangat bagus. Pembinaan mengambil masa bertahun-tahun. Tambak pasir pun ambil masa 2-3 tahun supaya betul-betul mampat dan tahan lebih lama. DiMalaysia lepas hujan jalan berlopak2, naik kereta pun berbuai-buai.. fikirlah rakyat Malaysia..fikirlah pemimpin-pemimpin di atas sana…
Saya setuju ngan Imah. Tahun lepas pernah ke Thailand…..makanan memang sedap dan yang plg penting ialah berpatutan! wlpun petrol mahal. Harga kereta jauh lebih murah drpd negara kita. Sepanjang berada d Bangkok (beberapa hari) saya tak nampak kereta buatan negara kita. Rakan dr Bangkok mengatakan kereta pilihan mereka adalah buatan Jepun (majoriti) yang ternyata lebih tahan lasak(saya percaya ini pendapat jujur & ikhlas dr beliau). Sekadar kongsi pengalaman.
Beli keta 2nd hand sudah, byr hutang xda la lama sgt bertahun2. Asal pandai cari n buat la research betul2. aku ni baru je 2 tahun keja. dulu aku beli keta 3nd hand ja. Waja campro 1.6, seat belakang siap xbuka plastik lagi. millage baru 6000km masa beli. harga baru RM34k. aku fikir xsanggup aku nk berhutang dgn bank smpai 9 tahun nak beli keta baru. skrg keta aku dh pakai 2 tahun xpnh ada lagi masalah. alhamdulillah elok lagi. Cari je keta 2nd hand kalau dah xmampu keta baru. YANG PENTING BUAT RESEARCH BETUL2…
Keta Lama susah nak idup roadtax Syarikat insuran pun buat layan tapi x layan. Cammne ni. Nak beli baru mmg x mampu.
wahh,bijaknya cari keta. Tolong la buatkan research utk sy. sy nk beli keta 2nd hand, tp x pandai buat research.. (-_-’)
mohon advice encik khairi~
Bagi aku kalau nak kereta murah …………………kena tutup proton dan perodua…..beli kereta dari india atau…atau buat kilang pasang siap di malaysia………maka murahlah harga kereta….
kalau ikut rakyat malaysia yang kerja kerajaan hanya mampu beli kancil je…..kalau kereta lain tak mampu…..harga mahal sangat……dah tu terpaksa menganggung hutang sampai 9 tahun
Semudah itu? Kalau cukai sampai 500-1000% harga tetap mahal kan? kan?
BNM kena rasional la , kalau gaji kerani nak beli Honda GTR, melampau la kan …. tapi kalau setakat nak beli Saga FL ape la salahnya , toksah la terlalu Stright sgt. Kalau gaji kerani nak beli VIVA , rasional la tu. Risiko akan jadi tinggi jika peminjam meminjam lebih daripada kemampuan. tapi kalau peminjam meminjam untuk membeli kenderaan yang sesuai dengan kemampuannya , bantulah dia.
Kenderaan satu keperluan sekarang ni, bukan lambang kemewahan. ada cadangan yg mengatakan import Tata Nano tu daripada india tu, tapi hakikatnya, Tata Nano bukanlah kereta yang paling laris di India. malah rekod jualannya amatlah teruk.
Lebih baik kalau BNM kenakan syarat untuk merendahkan kadar pembiayaan dari 90% ke 70% … itu lebih rasional daripada mengetatkan syarat pinjaman dan tentulah lebih baik jika kerajaan boleh mengurangkan Cukai Jualan kenderaan tempatan daripada 300% kepada 100% dan kekalkanlah 300% pada kenderaan import sekiranya benar2 ingin mengembangkan lagi industri automotif tempatan
bagus sebenarnye bank negara ketatkan syarat pinjaman.. sekali-sekali ekonomi malaysia kena refresh semula . Pas ni harga umah lak mintak2 jatuh huhuhu
Kita rakyat Malaysia 2 kali kena paw..1 kena paw dek cukai kerajaan yang tinggi. 2.kita kena paw dengan interst bank..contohnya kalau harga kereta 40K kena campur cukai dan interst bank…hasilnya kereta yang kita beli mungkin berharga sampai 2 kali ganda..Kesian rakyat Malaysia..
BNM telah membuat kajian yang menyeluruh tentang hutang rakyat Malaysia ni. Peranan yang dimainkan oleh BNM untuk mengetatkan syarat pinjaman akan memberi impak yang baik buat rakyat Malaysia. Ini akan mengelakkan mereka yang kurang berkemampuan daripada menjadi ‘muflis’ akibat hutang yang tinggi. Silap kerajaan yang menggalakkan dan mengajar rakyat berhutang keliling pinggang. Di tempat kerja saya, majoriti penjawat awam mempunyai hutang yang terlalu banyak, bayangkan sampai gaji tinggal rm10, nak makan ape? Tapi itulah hakikat masyarakat sekarang yang mudah gelap mata apabila duit terhidang didepan mata. Kalau nak jumpa org yang menyimpan dan melabur duit gaji ni boleh kira dengan jari lah berapa orang jer. Mereka pasti menyesal apabila pencen nanti….Pastikan kita tidak terjerat dengan hutang yang bakal meranapkan impian kita pada hari tua nanti…
Kalau tutup Proton gn Perodua ke,
hapuskan cukai kereta ke, keadaan mungkin tetap sama…
Revenue dari industri kereta adalah 3bilion RM dari berapa bilion tah budget negara. 3bilion ni gak lah antara yang diguna untuk subsidi minyak, gula, tepung etc etc subsidi dalam negara.
So… kalau harga kereta murah… benda lain konfem akan naik utk tampung revenue yang dah hilang tu… maybe dalam bentuk hrga minyak lagi tinggi, harga gula, income tax lagi tinggi…
Maknanya, kita mengkin akan komplen duit tak cukup hujung bulan walaupun ada kereta mahal… Apa bezanya?
Kenapa kat thailand harga kereta boleh murah….Boleh pakai Honda lagi….dengan toyota hilux…..kalau kat sini hanya org kaya je…..boleh pakai….cukai dia orang tak banyak boleh je………kenapa Malaysia tak boleh….
Jalan raya pun tak de tol………enam lorong…tak ada had laju….
tak ada speed trap…..
yang tu xdpt nak jawab la fren.. psl aku xduduk kat thailand…
mungkin… income tax dia lagi tinggi… atau minyak dia xde subsidi… gula xde subsidi… tax revenue dari industry masih tinggi… tak pasti la…
cuba bygkan FDI dari jepun atau US dah tak masuk ke thailand… kerajaan dia akan lost revenue… so, apa yang akan dibuat? sure naikkan apa2 tax yang boleh naik…
Aku pernah borak dgn org jepun… psl jepun skrg kurang duit lpas kena tsunami hari tu… kerajaan dia naikkan income tax nak cari duit…
Elok sangatlah dengan langkah BNM tu.Saya sokong 100%.Jangan pedulikan rayuan kapitalis seperti perodua yang menjerat leher rakyat.Biar mereka usahakan guna kebijaksanaan sendiri untuk jual kereta mereka.Sampai bila nak dibantu?siapa pulak nak bantu rakyat.
Di luar sana kebayakan anak-anak terbiar tanpa tunjuk ajar akibat ibu bapa terpaksa bertungkus lumus cari duit tak kenal siang dan malam hanya untuk memenuhkan nafsu kapitalis durjana.Kepada kerajaan, sediakanlah sistem pengangkutan awam yang efisien, bebas dari pengaruh politik agar dapat menjimatkan kos.Biarlah orang berniaga sahaja yang jalankan perniagaan pengangkutan awam,tak kiralah cina ke melayu ke, janji rakyat sejahtera. Kalau cina yang jalankan ok ape?boleh juga anak-anak melayu tumpang kerja yang halal,janganlah perkauman sangat, kita semua anak-anak Adam.Kalau Biar peniaga yang betul-betul jalankan pengangkutan awam, InsyaAllah kerajaan tak perlu nak bazirkan jutaan ringgit untuk selamatkan bas-bas yang hodoh lagi besar di atas jalan raya…..Sudahlah tu…pandai-pandailah fikir sendiri…
salam,
saya cite lari tajuk sikit ni tapi mungkin tempat luahan yang sesuai,
pernah tak rasa kawin ni membebankan, selalu nya personal loan yang pertama mesti untuk belanja kawin dan masa tu jugak kredit kad akan langgar dinding, so saya cadangkan kerajaan subsidi rakyat malaysia untuk kawin, sebab semua masalah loan kete dan rumah ni terlalu kompleks untuk diselesaikan dalam masa terdekat, 2x pilihanraya pun belum tentu boleh setel.
pada perkiraan saya, ada 200 ke 250 ribu pasangan ( 400-500 ribu orang) yang berkawin dalam setahun, jika seorang dapat RM5000 @ sepasang RM10000 maka subsidi kawin ni maksimum setahun adalah 2.5 billion, nilai 2.5 billion ini adalah bersamaan dengan wang ihsan BR1M RM500 tu, sedangkan semua bersyukur dapat duit RM500 tapi dalam hati mesti cakap sikit sangat mcm celah gigi.
Jika subsidi ini terlaksana maka faedahnya pasangan dapat menjimatkan RM200 sebulan selama 10 ke 20 tahun bergantung kepada jenis pinjaman. Ini lebih baik berbanding BR1M RM500 sekarang.
Jika pasangan baru kawin dah berhutang, maka keperluan rumah tangga terutamanya tangga rumah makin sukar untuk dicapai, akan tetapi jika pasangan baru berkawin tiada hutang, maka lebih cepatlah mereka menukar status dari penyewa rumah kepada pemilik rumah.
Bagi mengelakkan orang2 yang dah sedia kaya juga menerima subsidi ini, saya menyarankan juga supaya penerima subsidi hanya menetapkan wang hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan hanya RM5000, jika wang hantaran lebih RM5000, maka sebagai penalty pasangan tersebut perlu menghadiri kursus AKPK ( Agensi Kaunseling Kredit rasanya). Rasional kenapa RM5000 ialah orang kaya akan segan nak menetapkan hantaran serendah RM5000, maka mereka akan malu untuk menerima subsidi ini.
Persoalan seterusnya ialah mampukah majlis perkahwinan ini dilaksanakan dgn wang hantaran RM5000,
Sudah semestinya mampu sebab pihak perempuan sudah ada Rm5000 dalam tangan, pihak lelaki hanya perlu menyediakan tambahan RM2000 ke 3000 sahaja lagi, pada zaman sekarang agak mudah untuk menyediakan RM2000-3000 dengan mengikat perut 2 ke 6 bulan dan bantuan keluarga dan adik beradik.
saya ada beberapa cadangan lagi contohnya tapak perkhemahan kenduri yang disediakan kerajaan tapi nanti2 komen,
saya harap web master dapat membincangkan perkara ini
belanja lah ikut cara islam…
ikut saiz ‘badan’
jgn terlalu boros hingga x mampu…
blnja apa prlu…
sajalah mari kita fikir kan..
kadang2 jgn trlalu salahkan org lain..yg pntg fikirkn yg trbaek bwt diri kita,jgn lah sampai bangkrap jadinya…
Actually kahwin ni biar buat majlis akad nikah je.
Lepas akad nikah, hebahkan dalam facebook. Masukkan vid ke gambar ke.
Kan dah boleh jimat beribu-ribu lemon tu.
Tapi masalahnya mak ayah yang lebih2 nak wat majlis, padahal guna duit anak/menantu. Kalau nak buat, sponsor la anak tu.
apa kata saya cadangkn bank negara biarkan bank2 yg tentukn berapa interest depa nak kenakn…mesti menarikkan?
kalau la mitsubishi lanser beharga rm 10000 di malaysia… apa akan jadi??
mesti best kan….
aku beli 5..haahahha
bagus pun bnm wat mcm tu proton & Produa kena ajar sikit compny ni terbina atas duit rakyat m,sia tp safety pengguna terabai nak ada ABS & Air beg kena bayar lebih, kalau jual kat luar negara full spec nyampah aku
HIDUP UMNO HIDUP B N, Korang pangkah la pangkah..pecaya la kat Menteri2 Hidup BN. Esok korang boleh dapat kain pelikat sorang sehelai….duit RM500… heheheheh pangkah dah sokong laaaaa heheheheh.
aku sokong penuh cadangan BNM nie .. ptttnya lama dah buat camnie .. rakyat m’sia memang dah tenat hutangnya .. aku laki bini pegawai, naik kancil jer pi ofis, moto satu, anak 2 orang, amik mpv satu buat selesa time balik kampung n jalan2 .. hutang mpv rm 350 jer sebulan .. . yang penting cara kita manage hutang. simpan duit bayar deposit biar lebih, jgn bayar monthly lebih. monthly installment tu kena ada target .. jgn ingt kereta jer yg perlu dibayar, dan abiskan semua gaji utk keta. byk lagi kena pk.
kiter naik beskal la…baru la best…
sebenrnya kerajaan mampu sediakan prasarana pengankutan awam yang lebih baik..tp sb nak jaga jualan proton…prasarana ni dikurangkan..kalo pengankutan tip top…saper nak beli keta??baik naik bas/lrt murah …jd jualan keta pon melambung2 sb kalo tunggu pengankutan awam..pakai lambat la sampai tempat keja…sini bas 45 minit skali..kalo kat indonesia,5 minit skali bas dtg..
Aku punya pendapat, hentikan skim pinjaman Yahudi yang ada sekarang ni. Kalau pinjaman perumahan macam saya(Pinjaman “islamik” konon-konon), pinjam 190000, tapi bila bayar balik dalam lebih 400,000. Bayaran keuntungan lebih daripada prinsipal. Bukan ke tu takrifan riba? Itu semua manipulasi hukum untuk mengekalkan sistem yahudi…podah la Malaysia. Aku benci kerajaan kita yang ada sekarang…
senang je, proton, perodua, turunkan harga untuk dijadikan mampu milik, ni tidak kereta punye kualiti low nak mampos tapi harga mak aih tak memadan, satu lagi turunkan cukai kerajaan untuk kenderaan, habis cerita rakyat pun happy…………. chowww
slm kwn2 semua, aku keja kat saudi dh dekat 4 thun, sedih dgn pemerintah kita yg cekik darah sampai bisa2 tulang di buatnya, mahu x sedih keta waja kat msia 60k tapi kat sini bwh 40k kualiti baik lak tu, gen2 bwh 30k, snang ckp mmg murah lah mmg x kn dpt kat msia. wat loan interest lingkungan 1-3% je…bergantung pd loan apa yg kita wat..klu personal loan 1-2% je, sbb aku dh buat aku tahu lah…jgn mare k..sini ada satu sumber pendapatan je cuma dari minyak.( mekah dan madinah trkecuali) free tax lagi..anak2 sekolah x payah fikir klu pandai dn nk blaja kerajaan saudi tanggung beres, x payah nk susahh2 fikir nk simpan duit..konsep kat sini hasil kerajaan hasil rakyat juga.. msia bnyk sumber pendapatan spt kelapa sawit, getah, petroleum dn mcm2 lagi. tapi hampeh semuanya x sampai kat rakyat yg memerlukan..tekan dan terus tekan sampai rakyat tinggal tulang brhutang…msia negara ku yg trcinta…ha2
BUAT APA NAK UPGRADE PUBLIC TRANSPORT KT MALAYSIA NI. BUAT HABIS DUIT KERAJAAN JE. BAIK X YAH UPGRADE, BIA SEMUA RAKYAT BELI KERETA, DAPAT JANA DUIT KERAJAAN. KALAU JALAN DAH JEM TERUK, KITE BOLEH BUKAK TENDER PD KRONI KERAJAAN UTK BUAT JALAN PINTAS BARU, INI PUN BOLEH JANA INCOME KERAJAAN JUGAK. BIA BUAT JALAN BANYAK2, KALAU BERLUBANG-LUBANG NANTI MESTI RAMAI KERETA KENA BUAT ALLIGNMENT. CINA MESTI NK BUKAK KEDAI TAYAR BNYK2, PUN BOLEH JANA INCOME KERAJAAN. BILE KITE DAH JANA JANA JANA JANA PENDAPATAN SMPAI DUIT KITE DH MELIMPAH RUAH, MASA TU RAKYAT SEMAKIN LAMA SEMAKIN SEMAKIN SEMAKIN SEMAKIN TERSEPIT, THEN BARULAH DGN MENGGUNAKAN DUIT YG KITE ADA TU KITE “TOLONG” MEREKA SEMUA. BARULAH PD SAAT TU KITE AKAN DIANGGAP SEBAGAI “HERO” PD MATA RAKYAT. KORANG PERCAYALAH, INI LAH PEMIKIRAN PD SETIAP PEMIMPIN KITE DLM DUNIA AKHIR ZAMAN NI. PERCAYALAH.
setau aku yang byk muflis ni org melayu yang tergila dengan keje kerajaan. dalam kepala bana eh kepala otak dia bile keje gomen, dari along sampai la bank sebesar2 alam offer buat loan. dah terkena, takleh bayar. pastu zeti gemok nyusahkan orang lain. patut org gomen ni je haramkan dari buat loan. sbb bile nmpk duit, otak jadi bahalol. kalau bahalol kejap takpe, ni sampai begik. meleleh2 air liur.. samdol nak mampos.
aku beli kereta viva bayar muka pun bulan2 mahal gak coz interest tinggi giler,aduh mahu tak tidor malam bila aku kira balik interest dia tapi aku dah beli so kena teruskan gak la. mahal gila harga kereta kalau macam ni boleh gila rakyat malaysia
Transformasi bermaksud,kesengsaraan rakyat untuk kesenangan kerajaan.
Saya tak nampak punca pinjaman kereta menjadi masalah besar, apa yang saya nampak ialah bank bank tempatan banyak memberi ruang pinjaman kepada penjawat awam untuk pinjaman peribadi dan kedua kemudahan kad kredit. Banyak yang saya lihat penjawat awam membuat pinjaman peribadi sehingga beratus ribu ringgit dan kita lihat payslip mereka potongan sehingga 60% tidak termasuk kad kredit, sehinggakan nak buat pinjaman kereta tak lepas, jadi apakah muflis seseorang itu kerana kereta, bagi saya BNM membuat langkah yang tidak bijak, malah BNM nampaknya lebih meengamalkan kepada sistem kapatalis yang terlalu ketara selepas BNM mengeluarkan garis panduan pinjaman.Iaitu orang kaya bertambah kaya dan orang miskin bertambah miskin. Bagi saya BNM malaysia harus menyekat kadar interest yang melambung tinggi apabila seseorang itu gagal membayar hutangnya, apa yang penting di sini BNM harus peka bagaimana mencari jalan untuk pemimjam membayar balik pinjaman tersebut, memadailah dengan mendapat balik bayaran pinjaman pokok, bukan dengan menlaksanakan undang undang yang membawa pemimjam kepada muflis.Semuanya boleh dilakukan asalkan ada tekanan dari pihak BNM kepada bank tempatan untuk mengkaji semula semua garis panduan pinjaman dan juga kegagalan bayaran balik pinjaman.Kebanyakkan peminjam yang bankrup adalah peminjam kad kredit… itu yang saya tahu…kerana nyamuk habis kelambu dibakar..itulah umpama BNM sekarang ini yang tertekan dengan garis panduan yang diciptanya dari selepas merdeka sampai sekarang… semuanya menjahanamkan pengguna..Jadi BNM kena fikir untuk mencari jalan agar garis panduan yang akan dilaksanakan biarlah nampak relevan..