Ada yang di sini baru atau telah hantar permohonan pinjaman bank? Nampaknya anda mungkin “sedikit sahaja bernasib baik”, kerana bermula awal tahun 2012, pinjaman bank akan mula diperketatkan dalam erti lain, makin sukar untuk mendapatkan pinjaman bank.
- Berkuat kuasa 1 Januari 2012
- Bank perlu beri maklumat terperinci pinjaman
- Ambil kira pendapatan bersih
KUALA LUMPUR: Institusi kewangan tempatan akan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pinjaman bank, berkuat kuasa 1 Januari depan. Di bawah garis panduan baru Bank Negara Malaysia, institusi kewangan kini perlu mengambil kira pendapatan bersih, iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.
Sebelum ini institusi kewangan hanya mengambil kira jumlah pendapatan kasar. (Sumber : Berita Harian)
Antara garis panduan terbaru Bank Negara Malaysia kepada semua intitusi kewangan di Malaysia, suapaya hanya menawarkan pinjaman bank kepada yang benar-benar layak sahaja, antaranya ialah :
- Pihak bank mesti pastikan pemohon pinjaman bank benar-benar faham dan jelas tentang jumlah bayaran balik yang perlu diselesaikan peminjam, jumlah kos kadar faedah yang akan ditanggung sepanjang tempoh pembiayaan, risiko pinjaman bank, serta kesan kenaikan kadar faedah terhadap pembiayaan yang diambil sehingga peminjam benar-benar yakin dengan keputusan yang dibuatnya
- Manakala institusi kewangan mesti memberikan maklumat terperinci mengenai produk pembiayaan yang dimohon
- Semua permohonan baru yang dibuat oleh individu dan pemilik tunggal perniagaan untuk produk pinjaman perumahan
- Pinjaman kereta
- Kad kredit dan kad caj
- Pinjaman peribadi termasuk overdraf
- Pembiayaan untuk beli saham kecuali pembiayaan margin saham yang tertakluk kepada peraturan Bursa Malaysia
Dan kalau sebelum ini kita banyak melihat pinjaman kereta mampu melangkaui lebih 9 tahun, bermula awal tahun 2011 tiada lagi pinjaman kereta melebihi 9 tahun dan 9 tahun adalah tempoh pinjaman maksimum yang dibenarkan. Nampaknya hanya angka 9 tahun yang mampu dipertahankan untuk pinjaman kereta, menampakkan itu sahaja kemampuan kebanyakan rakyat Malaysia membeli kereta-kereta yang ada di Malaysia sekarang, baik kereta Nasional mahupun kereta import.
Bagi kami langkah Bank Negara kali ini, kami agak bersetuju walaupun kami tahu ianya memang pahit untuk ditelan kerana sekarang ini :
- Kadar NPL makin meruncing
- Kebanyakan pinjaman peribadi contohnya digunakan dengan sewenang-wenangnya untuk “tujuan-tujuan yang tidak berfaedah”. Tidak perlu kami huraikan, kami rasa anda-anda semua lebih mengetahuinya
- Diharapkan apabila kemudahan kredit dikurangkan, sekurang-kurangnya harga rumah akan jatuh sedikit demi sedikit dan kembali ke paras yang munasabah walaupun hakikatnya kelompok daripada REDHA tidak akan mudah “merestuinya”
- Elakkan lebih ramai muda-mudi daripada termasuk kelompok “blacklist”
Pinjaman Bank Diperketatkan. Langkah Kerajaan?
- Hutang kereta = 9 tahun? Betapa makin tak mampunya rakyat Malaysia
- Hutang rumah = 30 tahun ? Betapa makin tak mampunya rakyat Malaysia. Penyelesaiannya, skim rumah pertamaku? Erm….
- Hutang PTPTN = Rombak skim pinjaman yang ada
- Hutang Kahwin =Biar papa asal bergaya?
- Hutang kredit kad = Anda tanggung sendiri
Kita ambil secara majoritinya dengan mengenepikan golongan miniroti yang boros berbelanja. Okey…..yang menyebabkan rakyat Malaysia buat pinjaman bank ini semua, sebab majoriti pendapatan rakyat Malaysia tidak setara ataupun setimpal dengan kos sara hidup di Malaysia.
Hutang paling besar rakyat Malaysia datang daripada pinjaman perumahan & pinjaman kereta. Rumah di Malaysia sekarang memang sudah melampau-lampau mahalnya dan begitu juga harga kereta di Malaysia, sedangkan zaman sekarang rumah dan kereta satu kemestian.
Dan……kita sebenarnya sekarang ini berada dalam “kesenangan” yang
Pinjaman bank : Kepincangan sistem kewangan moden hari ini :
- Golongan berpendapatan rendah : Jumlah pinjaman lebih kecil dengan kadar yang lebih tinggi
- Golongan kaya : Jumlah pinjaman lebih besar dengan kadar yang lebih rendah. Yang pastinya, pinjaman bank untuk mereka lebih mudah untuk diluluskan
Walaubagaimanapun, kalau disebabkan pelaksanaan syarat baru pinjaman bank ini menyebabkan ramai orang tak mampu nak meminjam disebabkan kurang mampu untuk membayar hutang. Dengan tidak memberikan memberi pinjaman bank kepada golongan ini, bermakna mereka sebenarnya telah dijauhkan daripada masalah yang boleh timbul akibat tak bayar hutang. Adakah ini sesuatu yang baik kepada golongan ini?
Okey, kami berikan contoh. Katakan :
- Sebelum syarat baru pinjaman bank dilaksanakan, hutang boleh dinilai sehingga 70% daripada pendapatan isi rumah
- Selepas syarat baru pinjaman bank dilaksanakan, katakan jumlah hutang terhadap pendapatan isi rumah dikurangkan kepada 50%.
- Ini bagus, kerana jumlah pembayaran bagi sesuatu hutang yang ditanggung sudah dikurangkan.
- Sekiranya kalau terjadi musibah yang tidak disangka (masalah tak dapat gaji, kena buang kerja atau ditipu sehingga mengalami kerugian yang banyak), anda kurang merasakan beban tersebut.
Semestinya, Bank Negara Malaysia (BNM) merangka & melaksanakan garis panduan seperti ini ada sebab musababnya daripada segi makro-ekonominya di Malaysia.
P/S : Bagaimana pandangan anda pula dengan garis panduan terbaru pinjaman bank ini? Atau anda ada syor & cadangan lain?



{ 150 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Sesuatu tindakan yang lebih konkrit terhadap skim ALONG di Malaysia perlu diusahakan pihak berkuasa seiring dengan dasar baru pinjaman bank. Ini kerana falsafah perniagaan menyatakan masalah yang dihadapi orang adalah peluang perniagaan, Masalah orang susah nak buat pinjaman/berhutang dengan bank adalah satu peluang perniagaan. Dengan kata lain susah nak pinjam/beri pinjam, pinjamlah dari ALONG.
Nah, jelas bagi sesetengah orang suka berhutang atau terpaksa berhutang kerana sesuatu hal, peraturan baru ini jelas boleh menguntungkan perniagaan ALONG yang sesuka hati mereka menentukan peraturan – peraturan kredit. Tentunya dalam jangka masa panjang keadaan ini lebih teruk dan merbahaya kepada sosio-ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Cukuplah jika benar apa yang dah dilaporkan di media sebelum ini tentang perihal ALONG.
setuju2…
setuju sangat
saya person jual kereta
sangat terasa impak ni
takkan saya perlu ada hubungan yang sangat khusus dengan pihak bank supaya memudahkan pinjaman lulus,,
saya bekerja dan beretika,,
ini sangat menyenakkan kepala lantas menyorok bawah katil,,,
saya berharap agar bnm tidak perketatkan apa apa pinjaman’ pinjaman kereta, personal maupun yang lain nya kerana peminjam tentu memerlukan pinjaman tersebut. peminjam yang benar2 memerlukan pinjaman itu akan tertekan dan mencari ALONG. untuk mengelakan raayat dari meminjam kepada ALONG maka BNM harus memikirkan lagi dan membuat sesuatu
saya harap pihak bank dapat memudahkan pinjaman lulus…
Setuju sngt2 yg kaya dpt pembelaan yg suam2 kuku ni siapa yg nak membelanya..?tak heran rkyat bwahan brhutang dgn along apabila loan di tolak kerajaan mesti berbuat sesuatu kata rkyat di dahulukan!cewah….ye ke?
ayo la hai haa…! SBPA lum setel lg dh ado cito camni plak…camno la peniago kocik melayu nak naik…
Alahai..memang susah nak buat loan skrang ni, bru2 ni isteri apply loan kete, suami lak kena summit pay slip sampai 6 bulan. Tempoh kelulusan lama dan cerewet lak tu. Pada saya ada baik dan buruknya BNM buat cam tu, walau bagaimanapun suatu noktah perlu dicari bagi menyenangkan pihak golongan bawah dan sederhana. Sekadar mengimplementasikan undang-undang/akta/syarat/peraturan tanpa mengkaji kesannya kepada sesetengah pihak, saya rasa amat tidak adil. So, mari kita fikir-fikirkan..untuk kebaikan bersama.
setuju. memang tak adil bg orang macam kita yg hidup sederhana ni. yang kaya lg kaya. punya rumah berbiji2 kereta mewah berbiji biji. kita nk dapat kereta terpakai pun susah. kalu kita x leh bayar x kn kita nk beli keta. kita pn tau kemampuan kita. kita ada lagi sumber perdapatan len. x kn jual kueh pn nk masuk dlm akaun
setuju..along sekarang semakin berani dengan tindakan yang dinbuat..sehingga mengadaikan nyawa rakyat malaysia sendiri yang terpaksa dan terdesak dengan masalah kewangan..
payah buat pinjaman banklah alamatnya tahun depan kereta takkan banyak terjuallah
loan rumah pun bagi org bawahan banyaklah akan tak approve
org kaya2 jugak yg untung bank senang bagi loan…
saya setuju, org miskin tambah miskin org kaya tambah kaya. cuba imbas balik kata-kata pm tu,” rakyat didahulukan pencapaian diutamakan” org kaya juga didahulukan. org susah dipinggirkan. fikirlah sendiri k.
saya setuju tu pendapat sahabat kita ni….,bagi saya pula anak generasi ke 2 felda yang hanya mengambil upah kerja di kg macam mana pulak…payslip gaji x de …lagilah susah….jadi gunakanlah moto pm kita…RAKYAT DIDAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN….
Bank-bank di Malaysia nak susah apa kalu peminjam tak boleh bayar balik pinjaman, kalau kereta dan rumah di tarik dan di jual kembali berlipat kali untung, nama peminjam di blacklist semua dapat balik, mana ada bank rugi selama ni.
Hal yang paling lucu bila peminjam dah jelaskan tak reti pula nak nak padam senarai blacklist tu, nak kena bagi tau pula, last sekali perkataan mudah SORIIIII……..inilah nasib raayat yang berhutang.Semuga ahlong boleh lah tolak ansur sikit.
ade betul ape yg dikatekan…org kaye akan bertambah kaye…yg kurang berkemampuan akan bertambah kurang berkemampuan….akhir sekali golongan ini akan terus dipinggirkan…maka Ah Long akan memainkan peranan…
pastu org kaya bli rumah, pastu yg miskin pulak sewa rumah yg dbeli org kaya….sbb org miskin dah xbleh wat loan bli rumah….adoyaiiii…
bab rumah pn pening gak. kata nk bina rumah untuk yang susah. tapi bila pi buat permohon dia nk kita ada tanah kalu dah miskin nk cari tanah kt mana? tanah kubur pn belum tau kt mana!!!!! isi borang permohonan nk geran tanah lah mcm2 lg; ni bukan nk tolong raayat.namanya nk membeban lagi ada lah.
Sekarang ni ramai orang yang kaya dgn hutang. Da mula masanya kita memandang kedalam diri kemampuan kita. Jika tidak sekarang, mungkin malaysia akan dicop negara kaya hutang. Mcm yang pernah terjadi kepada us. nampaknya banyak tokey kereta, atau broker rumah, sakit la lepas ni.. Ramai gak yang naik bas.. Hmm bagus jugak mcm tu. Hehe
sekarang pn nak buat loan dah susah
kalau yang baru ni
entah apa ceritanya
malaysia ni takde sediakan pinjaman mudah ker macam lembu-lembu NFC yang kat atas tu dok pinjam juta-juta…???
siapa boleh jwbkan..
nah aku tlg jwbkan..hang org biasa tak dapat, kasta rendah
kat msia ni kasta tinggi shj yg bank pndg
adakah ni gara2 kelonggaran kawalan terhadap pemberian softloan RM250j kepada NFC?
if yes… tak pasal2 rakyat kena bala dulu akibat kesenangan pemimpin kanan!
yes…rakyat didahulukan!
ni apahal ni
tak pasal2 kerajaan pulak yang dipersalahkn
diri sendiri yang tak tahu nak manage finance
ada hati nak slhkan org lain
bangsa subsidi
sokong kamu… financial planning tu penting..
nie bukan bangsa subsidi…klu betol GOV berhati rakyat pe salahnye tlg rakyat bkn suh rakyat brjimat tp org atas makin membazir…ANSOR nie mybe de dpt bhgian dr isu lembu kot…dpt byk lembu kt umah or ko tu yg lembu…maaaffff yokkk
assalamualaikum… asnor.. bukan nak jadi bangsa subsidi.. ingat la bukan semua yang mampu.. mereka yang membuat pinjaman ada yang benar-benar memerlukan sumber kewangan untuk digunakan samada perbelanjaan sekolah anak-anak atau yang lain disaat mereka benar-benar memerlukan.. memang realiti yang berlaku pinjaman berjuta senang diluluskan….untuk siapa..yang pasti bukan untuk kamu atau pun sesiapa yang bukan bergelar Datuk, Tan Sri dan orang-orang yang berpangkat!…
satu m’sia guna jari tengah…amcm..???????
asnor…ko nie ckp lbh la..ko pn mkn subsidi. masih x sedar diri lagi..skang ko ade kt atas satu hari nti bile ko ada kt bwh bru ko thu cm ner sshnyer ble nk berurusan dgn bank.
aku pong nak…
aku suka komen yg tulus seperti nih…
Dengan ini setiap orang yang pendapatannya cukup cukup akan lebih berwaspada untuk berbelanja( belanja ikut gaji ). Jangan dah ada TV nak beli TV lain dan barangan yang lain. Selagi boleh pakai..pakai je..Walaupun nilainya 2 ke 3 ratus tapi kalau 2 , 3 barang ribu juga jadinya. Bila dah beli tak pakai pun…yang bertambahnya hutang kredit card…Luu pikir lah sendiri.
skrg bank buat bisnes dgn jual produk seperti pinjaman kan… kurang la bonus staff bank kalau bisness bank tak bagus..haha
padan muka sama dengan org bank
aku sokong jgk lau syarat pinjaman diketatkn, tp utk personal loan lah.. sbb ramai melayu yg x sedar diri asyik duk berjoli dgn personal loan. wat loan tuk tukar brg2 dlm umh wlpn brg lama masih lg leh dipakai. byk btl cth kt tmtp keja aku nie perangai mcm tu…x reti ukur baju kt bdn sendiri. tipikal melayu..biar papa asal bergaya.
masalahnya diorang gagal urus kewangan. berbelanja tak sepatutnya diluar kemampuan. pastu berhutang. guna duit hutang untuk perkara yang tak perlu, main boling, snuker, karoke, kawan2 tumpang sekaki. kemudian berhutang lagi untuk settlekan hutang lama… last2 terperangkap dalam kemelut hutang.
masalahnya yang turut terheret sama are isteri2, anak2 dan kaum keluarga diorang. masalah mcm ni atau lebih kurang banyak aku nampak kat sekeliling aku.
Betol2… setuju sangat2…. ketatkan giler utk personal loan
memg bgs d perketatkan tp mcm mane dengn kami yg betul2 memerlukan duit…??
kesian apa kalu macam tu. ingat semua orang pinjam macam tempat keja hang ke! ada yang benar benar memerlukan. hang kaya tak pa la x payah pinjam. kena fikir orang len sama. saya mmg tak setuju jika pinjaman di perketat kan syarat syarat. ikut lah yang lepas2. bagi lah orang merasa kesenangan sikit, kalu x
bayar tarik je. bank x pernah rugi apa apa.
sokong… coz mcm tah pape tah… bg adil laaaaa… bkan adil yg politik tu…tp adil same rate bg yg gov ngn swasta…. kami yang kat swasta ni “tak kudung” lah!! boleh kawin taw!! tp law na wat pinjaman pn ta lpas mmmm dose makin bertambahla pulak… padahal kat tanah sendiri… na minx keje gov pn pyh,,na kene ade kebel bagai.. bg kebel tlipon tanak lak amek.. penah ke diowang terpikir gejale2 buang bayi tu kadang2 berkaitan dgn masalah pinjaman ney… ta penah punyeee,,, sbb diorang akan anggap yg buang bayi tu mat rempit!! suruh menabung??? hahaha law gaji ta sampai 1.2K at KL ney,na mkn pn susah taw… na mnabung??? tipu la law korang kate ley idup,,duduk ngn mak bapak boleyy la…. anak mak!!! merantaw la tengok… ada BRAN!!!
HEHEHE ade yg tertiggal lak …. sape2 yg na menggaji aku respond je kat sini k… aku ley wat keje2 filing or front desk… bg gaji lbih sikit…senang na apply loan…keh3 jokejew.. “)
sokong..
makin tertindaslah org yg keja swasta &keje sendiri..org kerajaan boleh loan koperasi w/pon blacklist..org2 mcm kami siapa nak bela??sekarang pon bank double standard beza2kan org awam dan org kerajaan buat pinjaman.aku suami isteri gaji 4500rm nak loan besarkan rumah 50k pon susuh nak approve,walau pon bulan2 cuma bayar keta 375rm(keta satu lg dah abis bayar) dan rumah 900rm(aku laki.bini rekod bersih)…
sedangkan jiran aku laki ,bini kerani jer keja kerajaan(gaji dlm 2500) loan 120k ubah suai rumah,keta waja anak,myvi sendiri guna,loan rumah lagi selambek jer…….
ye la dia memang selamba… tapi otak kusut bro.. hutang banyak.. so syukurla at least kita x susah hati pasal hutang yang terlampau.. rumah kecil pun x pe janji hidup kurang berhutang. Cuba dengar lagu salih yaacob.. gali-gali lubang… disitu pun ada pengajarannya…
aku setuju.x pyh la nak berhutang
takut juga kalau syarat pinjaman bank di perketat
tp mningkat pulak nanti pinjaman dr Along…
apa,apa pun kene bijak lah mgurus kewangan masing2
takkan nak beli kete ngan rumah sampai pinjam Along ?
Rasanya ramai golongan muda muflis sebab hutang kad kredit yg tak mampu dibayar, selain dari hutang rumah dan kereta. tapi sekurang2nya rumah boleh dilelong oleh bank untuk menyelesaikan hutang tersebut.
Tapi selama ni pun walaupun syarat tak cukup, ada juga org2 bank yg tolong sampai berjaya dapat pinjaman. org bank pun dok kejar komisen…hehe
masyuk beb
kalau boleh, semua umat Islam jgn buat pinjaman langsung dengan bank. Kita secara tidak langsung menentang Allah & Rasul kerana menyokong sistem kewangan yang berasaskan riba’ ni.
saya setuju dengan tuan. tp bagaimana caranya kita nak survive klu bukan dari bank? adakah dengan along? lagi mati.hehehe
InsyaAllah boleh..kena yakin 100% bahawa rezeki itu dari Allah. hidup seadanya sahaja, jgn bermewah2. yang penting hidup kita kat akhirat sana nanti. pe kita nak jawab kat depan Allah nanti bila kita bersekongkol dengan sistem kewangan berasaskan riba’ ni. selagi kita berhutang, selagi tu la hidup kita akan di’perhamba’kan oleh golongan kapitalis & sekular. Nauzubillah..
ni satu pernyataan utk org melayu hidup miskin… sepatutnyer guna ayat camni “berusaha mencari rezeki sebaik mungkin dgn keredaanNya. Berusaha dan beriktiar” bukan hidup seadanyer… Kalu macamtu bila la nak ader duit lebih atau nak maju
salam. betul kata hamba Allah.. inilah dia busuknya sistem kapitalis. yg kaya lebih kaya, malah yg miskin smakin miskin. Selagi kita tdk kembali pd Al-Quran dan Assunnah, selagi itulah kita kn diperhambakan oleh sistem kapitalis. selagi kita tdk berusaha sama2 utk tegakkan syiar Allah (baca: tegakkan daulah islam/khilafah) selagi itulah ummat akan terus dibelenggu dgn msalah2 kesempitan wang dan mcm2 lagi. Sebab, Islam dtg sbgai penyelesaian bg setiap masalah. mungkin blh baca lgi disini.. http://www.mykhilafah.com/berita-lokal/1319-model-ekonomi-baru-model-islam-lama-dah-ada
wallahhu’alam..
klau terlaksana syarat pinjaman Bank di perketatkan alamat lah bagi org bawahan ta makan nasi. sebab ta dapat loan, gaji pun naik ala kadar saja
mcm ni la, pakai je la keta yg lama tu klu x dpt loan bank . sy rasa klu pun rosak bole baiki x la setiap bulan…. tpi,, org yg loan tu,, kena bayar tiap bulan selama 9 thn truk jgak kan???. kta kna tahan2 la….. air liuq tu.. klu nak sngat kreta bru…. apa2 pun,, pihak bank knalah pikiaq2 msalah2 org yg x sberapa…..
mmg bgus sgt cdgn ini..tp kurang realistik sbb orientasi keuntungan bank adalah pada pinjaman @ loan..apabila pinjaman kurang diberikan, pendapatan bank akan berkurang dan ini tidak akan memungkinkan bank menerima garis panduan bank negara..orang marhaein pula akan mencari ALONG, ANGAH mahupun ACHIK..
masa zaman sahabat nabi dulu,xde sorg pn di benua afrika yg layak mndapat zakat….skrg kita yg kt pulau kecik ni..berderu org susah, zakat ilang mcm tu je buat plaburan luar..harap biarla dosa ni kekal smpi akhirat..
dunia kapitalis…
Bank makin tak ada duit sebenarnya. Sebab selain KWSP dan pinjaman luar, kerajaan pinjam dari Bank untuk bajet negara. Defisit bertambah. Bank ketatkan syarat untuk kawal jumlah peminjam. Syarat pinjaman Bank perniagaan (BSN,Maybank, CIMB, dsb) tertakluk kepada syarat yang Bank Negara tetapkan. Kita pinjam dari bank perniagaan, bank perniagaan pinjam dari bank negara. Bila bank negara kenakan syarat yang ketat, bank perniagaan pun kena ikut sama untuk menampung pinjaman mereka kepada bank negara.
Apa pun, kesannya, rakyat cari jalan mudah untuk dapatkan duit dengan pinjam dari agensi haram, dsb. Bahaya jugak.. Conclusion nya, kita tukar kerajaan untuk urus tadbir duit negara lebih baik. InsyaAllah.
naktukar kena tukar semua kalu tak nganga juga…….
inilah dikatakan ‘rakyat didahulukan….’ golongan kaya akan bertambah kaya..golongan miskin akan bertambah kayap…
habsilah bisnes MLM lepas ni
ahahaha….betoll!!!
Bila baca artikel nie, hilang semangat aku nak wat loan beli keta vios idaman aku…ape2 pun, kita masih boleh wat loan cuma syarat diperketatkan jek…ade bagusnye yela aku tngok rmai sngat rakyat mlaysia yg suka berhutang..tapi aku nie baru kali pertama nak buat loan..so aku dikecualikan..maklumla bukan 1-2k harga keta kan mana la mampu nak beli cash..(sebenonye mampu, tpi duit dah habis kena tipu ngan melayu gak,nak kaya cepat)whatever…….yg penting lau dh buat loan tu pandai2 la guna…jgn ikut nafsu…..bye2…
yg penting, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan…apa kebenda tuh, haram aku xphm…
x dopetlah jang nak dpt duit cpt ble wat pinjaman peribadi, hati terasa nak cpt je!! iswara 2nd dan nak tunang!! pinjam Rm20,000. nak tengok gaji aku klu dpt keje di tmpt keje bgi rm1k ke bwah lagi punoh klu gaji rm1500 ke atas bleh gagah lagi!!! terpaksa jdi kaya-raya nanti. keje brsungguh2!! dah kaya- raya aku bantu org bawahan.
langkah mcm tu akan membuatkan along2 dtepi jalan tu lebih bermaharajalela..
gunakan la konsep ‘rakyat didahulukan’ tu..sblm apa2 langkah dbuat..
ape kata bank2 plak yang berkorban…seperti kurangkan lg faedah pinjaman ke …bank negara pun jgn la tetapkn BLR tu tggi..ambil la kira kemampuan penduduk kebanyakan…jgnla mengikut kemampuan segelintir golongan yang kaya-raya.(igt tu ye..’segelintir’)
itu la gunanye konsep rakyat didahulukan…
tetapi dorang tak fikir pon…. sebab yang kaya tetap berkuasa.. dan semuanya sebab duit…
ed shokolath menulis Berita Terkini….Uji Tahap Kebusukan Kaki Anda !!!
yg berkuasa sekarang nih kebanyakannya golongan miskin, sebab tuh tak reti guna duit buat duit, mengabiskan beras jer kebanyakannya huhuhu
betul tu..aku sokong..!!!!
nampaknya klu tgk undian
ramai yg stuju, rmai gak yg tak setuju
apa yg aku tgk skrang ni kos hidup makin meningkat. setiap barang naek rm1 ke atas, camner la rakyat xbankrup, rkyt byk hutanng. melopong je la time sale. tue pn klu betul2 kuat iman.
* kad kredit mmg sembelih leher. xyah la pakai klu dah tau xmampu kawal napsu serakah
mana taknye. baru jejak U, dah buat utang dgn ptptn
dah abis blajar, tambah lg utang kreta, kad kredit, utang kawin, utang rumah….cycle utang non-stop
harga barangan terus menaik kerana permintaan tetap sama walau harga berubah…kalau org ramai mula blaja berbelanja ngan berhemah mungkin harga akan turun..
ok la tu…kena slowdown …untuk menstabilkan ekonomi.
Ni sebenarnya langkah permulaan kerajaan untuk mewujudkan hudud di Malaysia.
Apabila hudud dilaksanakan, sistem riba pon akan dihapuskan. Oleh itu kerajaan telah memulakan proses awal supaya rakyat tidak bergantung kepada bank (riba) untuk kehidupan.
Mengenai syarat baru pinjaman bank ni, penyokong-penyokong PAS tidak kena mengena kerana penyokong PAS semuanya tidak terlibat dengan riba. Beli guna cash.
Taik kucing hang…mana hang tau..pal lebai PAS kat kampung aku pun beli kereta hutang bank..
lepas hutang renovate rumah
hutang repair umah
hutang mcm2 utang lagila…
sebenarnya boleh dikatakan rakyat ni hanyalah mangsa kepada sistem sahaja.. ditambah dengan kurangnya ilmu kewangan.. jadi la camni..
gomen boleh buat pelbagai langkah
tp apa2 pun better upgrade sistem pendidikan kita dulu
sebab sistem pendidikan kita ni bg aku la.. mcm satu fantasi je.. benda yg real life tak di ajar.. yg di ajar benda2 yg tak berapa diperlukan..
tu pandangan aku la.. maybe ada salah dan silap.. boleh diperbetul..
kawan sokong pendapat awak, ini adalah berkaitan dengan system. apa bila sistem kapitalis dilaksanakan inilah jadinya. sistem ini bukan sahaja menjerut rakyat malah lama kelamaan akan menjerut negara itu sendiri. bukannya rakyat didahulukan tapi rakyat kena dulu. amalkanlah sistem islam, insya’allah selamat di dunia dan akhirat.
cbe naikkan taraf pendapatan orang2 di malaysia nie..xdala nk menggeedik nk pinjam2 kat bank
hmmm… susah nak komen ni… yang paling penting sini ialah bijak uruskan kewangan diri sendiri dan keluarga. Sekali tersilap langkah susah benor nak perbetulkan dan perbaiki. Kesederhanaan itu penting. Hidup sederhana, makan dan pakai cukup, time emergency ada sedikit simpanan. tidak la terasa sangat kesukaran hidup dan terbeban dengan hutang.
ini lagi satu keputusan flip flop..
ketatkan loan..maka forecast growth akan kena slash…public akan choose to saving than spending
longgarkan loan…forecast growth akan projected high and higher..public akan spend money but the other side nya pula, kadar NPL meningkat
inflation naik, tapi income stil tak naik..
semakin aku tak paham
pemerintah2 bangang nie apa yg depa nak sebenornya??
kerajaan x ada cara ke nak sekat atau kontrol harga rumah? kalau beras, minyak n lain2 ada siling…kenapa rumah depa tak boleh nak kontrol?
cara termudah teruskan jer dasar komunis yg dah byk pung…
bagus jugak, susah nak buat pinjaman
so susah la nak beli rumah sbb rumah skang ni mahal2
rumah tak terjual
so harga rumah pun akan turun…..boleh ke jadi camni?
ermm yg ni berkuatkuasa utk yg bakal memohon atau pun yg mmg dah ada pinjaman? sbb baru2 ni maybank sebok call suh fax gaji skrg sbb katanya bank negara dah limit kad kredit 2x gaji semasa
habis tuh kalo mmg dah lebih limit dia nak buat camna?
suh bayar skrg jugak ke? siapa boleh bantu tlg jawabkan
Bagus juga syarat pinjaman diperketatkan, maknanya bagi kepada yang benar-benar layak je…Kerajaan tak boleh menghalang rakyat daripada berhutang kerana pinjaman adalah pendapatan utama kepada Bank2 di Malaysia dalam jangka masa yang panjang. Seharusnya kerajaan mengajar dan mengiklankan di media2 tentang pengurusan kewangan yang lebih baik kepada rakyatnya…Ramai rakyat Malaysia yang kurang tentang pengurusan kewangan, di tempat kerja aku contohnya ada sampai gaji tinggal rm10 sebulan kerana pengurusan wang yang tidak cekap….Dengan kos sara hidup yang tinggi memungkinkan untuk rakyat berhutang bagi melaksanakan misi dan visinya demi kehidupan yang lebih selesa…Ada kebaikan dan keburukannya, selepas hal ini tersebar nescaya ALONG2 telah memperkemaskan operasinya demi memburu manusia2 ‘kering’ untuk menjana pendapatan berlipat ganda. Kita akan kembali didendangkan dengan laporan media tentang kes2 berkaitan dengan ALONG sedikit masa lagi…Apapun sesuatu perlu dilakukan bagi menyekat masalah2 yang bakal berlaku akibat daripada syarat pinjaman ketat oleh pihak Bank. Mencegah lebih baik dari merawat, so fikir2kanlah bagi tidak terjebak dengan masalah ini….
kesan rakyat kita ramai sangat menipu jadi cm nie lah..
pemimpin penipu pun ambil kesempatan kepada keseluruhan rakyat
Apa-apa pun harap bukan semua pinjaman diperketatkan syarat contohnya pinjaman kereta dan rumah. Kat Sabah dan Sarawak tu bukan semua tempat ada perkhidmatan bas dan teksi. Rumah lak bukan suma orang ada tanah sendiri. Takkan nak ceroboh hutan simpan lak untuk wat umah. Tolong2 la orang2 yang ada masalah mcm ni.
ok .. masa yg sesuai utk aku jual seblah buah pinggang aku .. mate pon bole kot seblah — ade org nak beli ke seblah? and hati bole kot jual jugak separuh ..
Bagus juga pinjaman peribadi bank dan pengeluaran kad kredit baru diperketatkan untuk mengelakan wang terlampau cair di pasaran menyebabkan harga barang terlalu cepat meningkat.
Walaupun harga barang makanan telah dikawal oleh kerajaan, tetapi harga bukan barang kawalan contohnya bateri kereta harga dari RM180.00 melambung ke RM240.00, Tayar kereta dari RM115.00 sebuah melambung ke RM150, Plug mesin rumput dari RM4.00 melambung ke RM5.00 dan banyak lagi contoh.
Bila ditanya tokeh penjual apa sebab harga cepat naik, alasannya wang mudah dapat, barang mudah dibeli menggunakan kad kredit.
Kalu syarat tuk wat loan kreta & rumah akan jd lebih ketat ni menunjukkan sekali lg keraj’n menjalankan dasar menindas rakyat. Sedangkan dlm masa yg sama gaji CEO bank2 & penjawat2 lain menjangkau ratusan ribu. Jangkamasa pinjaman kreta di singkatkan tp kadar intrest nya tak berubah. Ini menambahkan lg tekanan kpd pembeli. Nampaknya kita kena tukar kpd NEGARA BERKEBAJIKAN yg merancang kebajikan untuk rakyat keseluruhan. PRU 13 ni kita pakat cuba tukar kraj’n dulu. Kita cuba rasa keraj’n lain plk….
setuju..
tak mustahil org akan cr ALONG
takde bezanya utang dgn bank ke,along ke….interest kaw2 pastu bila 1-2 bulan x bayar atau lewat seminggu dua,ugut saman,hantar sms dari malam sampai pagi…..antara bank yg perangai staff biadap,dulu am bank,lah ni…CIMB…..
alamak!!!!!!.baru plan nak beli kereta baru tahun depan..kalau macam ni,entah bila dapat beli kereta kalau nak gaji bersih RM1500.00 macam gaji kasar,makin lambat la dapat beli kereta….ala.x suka betul la…
Ape nk bue klu tu syarat nye… jgn sampai diri sengsara klu tk dpt loan. sabar je la, tntu ada hikmahnye. ia mengajar kita supya berjimat n berhati2 menggunakan wang. dahulukan yg lebih penting. contoh beli hand phon, jgn smpai tk dpt beli beras, fikir la….. berwasatiah dlm kehidupan harian, yg berkeluarga kena fikir perut2 mereka , jgn nk fikir perut sendiri dan ape je la……
Peminjam yg pendapatan rendah dan rumah kos rendah ( bawah Rm150K) interest lebih tinggi…dah la dapat beli rumah yg kecil interest sebenarnya infinity….EPF terbuang untuk mengurangkan baki pinjaman sahaja…Kerajaan kena tgk hal ini dgn lebih serius…bank negara pun kenalah bagi guidelines agar kumpulan ini tidak di tindas oleh bank2…Yg kaya raya juga yg untung…
nasib baik dah buat pinjaman 100k. sebenarnya takda sebab nak buat pinjaman. ingat nak wat bisnes tp masih belum jalan. duit masih dalam bank
Tulah saya baru plan nak buat pelaburan hartanah untuk jaminan hidup masa tua(insyaAllah dipanjangkan usia), katenya duit pencen je tak cukup nanti. Permohonan dah hampir masuk 2 bulan tak lepas-lepas…ni mesti tersekat dek syarat baru kot……susah-susah sangat terfikir jugek nak cari along.
berjimat cermat dan menabunglah untuk masa depan kita.kurangkan perbelanjaan seharian kita dan kawal duit keluar dan masuk dr dompet.
InsyaAllah,hal ini akan membawa kebaikan kpd diri,keluarga n negara kita sendiri.(sikit2 lama2 jadi bukit)
Pinjaman bank semakin ketat: Risikonya rakyat yang terima, kalau begitu mulai tahun 2012 semua rakyat malaysia jangan beli kereta, dan loan rumah, beli basikal, atau motorsikal dalam harga rm,3,000.00 sahaja, dan buat rumah secara kampung untuk mengelakan pinjaman bank, bagi yang berpendapatan rendah. intitusi untuk menyimpan duit, simpan di tabung haji,
Betul tu, nanti bank ada banyak duit sebab tak ada orang nak pinjam (tak layak). Duit kita tak laku lagi maka jatuhlah nilainya RM100 bagi 1USD dan barang semakin mahal kerana kilang semua dah tutup bila orang tak mampu beli barangan mereka. Akhirnya kita balik makan ubi kayu.
Kalau syarat pinjaman dah ketat, maka berkuranglah peminjam dan seterusnya berkuranglah edaran wang dalam negara dan seterusnya berkuranglah aktiviti ekonomi dala negara dan seterusnya berkuranglah hasil keluaran dalam negara dan seterusnya berkuranglah pendapatan negara dan seterusnya berkuranglah keupayaan negara untuk membangun dan seterusnya berkuranglah pendapatan rakyat dan seterusnya berkuranglah segala-galanya…….. akhirnya negara kita akan semakin tertinggal jauh ke belakang. Negara yang maju dan makmur adalah negara yang aktiviti dalam negaranya sangat tinggi, bukan yang rakyatnya duduk saja sebab tak tahu nak buat apa bila tak ada pekerjaan, tak ada duit dsb. Nak berniaga pun nantui susah kerana tak ada pembeli sebab orang dah kekurangan wang. Itulah yang agaknya akan berlaku.
padah dan bahana kapitalisme. diselubungi kebusukan dan kerosakan riba. bila umat nak sedar ni?
salam 1 malaysia!!
apa yg bank negara lakukan memang betul n cuma salah masanya sepatut dulu lg dilaksanakan pengetatan pinjaman ikut kemampuan bukan senang2 bagi pinjam. rakyat malaysia suka pinjam, lebih2 lg golongan melayu yg suka berlagak bila mampu pinjam tapi tak mampu bayar. jangan kata golongan pinjam ni miskin sebab kalau miskin mana ada bank nak kasih pinjamkan!
org kpg memang tak pinjam bank pun cuma hutang bayaran ansuran sebab mrk memang tak boleh pinjam bank sebab tak ada slip gaji.
negara hutang sebab suka berhutang tanpa berfikir dgn bijak cara berbelanja bukannya berboros n suka berasuah golongan mana ini bukan yg melayu ke???maaf!!
jangan dengki dgn org kaya sebab yg kaya kebykan cina kan!!
siapa bijak,siapa pandai cari mkn, siapa tahu berniaga, tak berboros, tak berlagak ini golongan cina kan???
jangan salahkan sesiapa bila susah!!
jangan marah sesiapa bila sukar!!
jangan suka cari alasan bila salah!!
jangan sdr tak pandai tapi fikir sdr semuanya betul!!
hidup dunia bukan free!!
jangan harapkan kerajaan jaga!!
sdr tak pandai jaga sdr tapi kenapa pandai nak beranak ramai susahkan org lain.!!
kalau rakyat malaysia masih tak faham2!!
tak tahu nak hidup didunia pada masa ini!!
baliklah kpg tanam janggung jangan hidup dikota sebab sini bukan tempat mu harap free nak hidup senang nak tunggu langit jatuh wang atas bumbung rumah.
saya pun susah pun pernah nak hilang tempat tinggal tapi saya tak pernah minta tlg sesiapa cuma rajin berusaha n berjimat2 baru hidup ada senang sikit. ikut kemampuan bukan ikut org yg susah diri sdr kan.
have a gooddays!!
sokong bangat…
like it..
orang kerja kerajaan banyak buat loan, sebahagian besar tak dapt bayar balik, malah blacklist.. pun masih boleh pinjam lagi? siapa yang bayar hutang diorang yang tu? berpuluh ribu.. beratus ribu pun ada.
pemerintah kata.. kerajaan itu adalah kuasa rakyat.
rakyat kata pulak.. kerajaan tu adalah yang memerintah.
jadi macamtulaaah..
aku lebih senang percaya pemerintah hanya boleh hidup kalau mereka dapat membela balaci2 yang boleh membeli maruah mereka, dan hanya dengan cara itu balaci2 ni berkuasa keatas siapapun, termasuk.. kamu kamu kamu…
kalau lihat senario harga rumah di johor lagi ngeri!!
jemputlah datang ya…
pekerja swasta lagi susah nak buat loan klu gaji bawah RM1500.walaupun nama je rakyat malaysia,tapi tetap susah nak buat loan atas pada RM5000.tak semestinya gaji bawah RM5000 tak mampu bayar.org gaji RM2000 ke atas pun ramai yg tak boleh bayar.sebabnya tak pandai bajet.
ye la,,
saya pon senak la dengan benda camni
x kan nk kene ada hubungan yg khusus supaya loan boleh lulus
sentap dengan syarat terbaru ni,,
kene la buat kerja 14 jenis,
kancil cash 8000…..settle….xpyh utang…thn dpt ley nikah…xpyah bt knduri…settle….sewa umah 300 sbln….settle…
saya tidak setuju dengan bank negara apabila diperketatkan akan lahir lah lagi along tampa disedari kita galak kan along lebih popular.Suka tak suka orang akan buat pinjaman sepatutnya beri aje pinjaman jika mampu.bila begini bersoraklah along jadi polis tak payah susah nak hapuskan along krn bank dah lahirkan nya fikirkan lah
memg btol…lebih baik wujud kan ALONG BANK NEGARA.
Utk, personal loan elok bank minta pemohon istihar loan utk apa? Jika utk pelaburan masa depan(hartanah, niaga dll), patut diluluskan…kena sokong terutama bagi bangsa kita yang payah dapat duit sketul maklumlah ramai yg kerja makan gaji.
Utk. jumlah pendapatan peminjam…memanglah kena lihat kemampuan bayar balik, minta bukti pendapatan sampingan lain yang mantap(rumah sewa misalnye)…dah ketatkan ikatan bungkusan, bagilah lubang bernafas luas skit, barulah tak lemas terus, aliran kewangan sangat elok utk perkembangan ekonomi.
Sila baca entri
sebagai renumgan dan panduan.
SEMUA INI PENGARUH DUIT… “DUIT” YANG DICANANG ITU TAHUKAH KITA DARI MANA ASAL NYA.. SAMPAI KE TAHAP KLIMAKS NYA SEMUA BANGSA DUNIA INI TERPAKSA MENGHARAP KAN DUIT KERTAS ITU…. BILA DUIT ITU SIFATNYA MENJADI KEWAJIPAN DALAM SEGALA HAL, MAKA SEGALANYA AKAN ROSAK. DGN DUIT YG BANYAK MEMBINASAKAN DARIPADA SIFAT POSOTIF2NYA YG KURG… XHABIS DGN NILAI DUIT TU SENDIRI, TIMBUL PULAK RIBA’ YG KETERLALUAN.. INI SEMUA MAINAN KEPINTARAN MANUSIA TERPINTAR (YAHUDI).. SEHINGGAKAN KITA SEMUA LUPA DASAR PERJUANGAN ISLAM ITU SENDIRI.. MEREKA BERMAIN DGN DUIT SAMPAI LUPA WAKTU/MASA.. APAKAH MASIH WUJUD RAMAI MASYARAKAT ISLAM YG BERPANDUKAN AL-QURAN N SUNNAH ATAU SEKADAR MENGIKUT SAJA PERJALANAN HIDUP MASA KINI??
Sangat tidak bersetuju.Kalau kerajaan boleh meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM250 Juta kepada NFC untuk projek lembu yang korup, Kenapa rakyat yang ingin membeli rumah atau kereta amat sukar dapat pinjaman.BNM perlu lebih bertimbangrasa dan berperikemanusia dalam perkara ini. Bagaimana pula kalau rakyat tak perlu bayar cukai???
BNM patut meberi kelonggaran kepada pinjaman rumah dan kereta.Dan bukannya untuk semua pinjaman.Yang harus diperketatkan syaratnya oleh BNM adalah pinjamam Kad Kredit, Pinjaman Peribadi dan Lain-Lain lagi.BNM harus tahu bahawa rumah dan kereta adalah satu keperluan untuk rakyat bukan kemewahan. Apakan ertinya slogan PM Najid? “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan????Dato Zeti Aziz harus peka akan permintaan rakyat.Sekian
Sebelum berhutang kena tgk dulu kemampuan, wpun kereta satu kemestian stiap org, tp klu x mmpu pki mtr je, (2nd pn x pa), x pn naik bas. Cam aku pki krta lama, bli 5 thn dlu. rm4,500. (Iswara) jnji enjin baik blh jln. Org nk kta apa kata la. jnji utang krta x da. Rmh bli flat, dah hbs byr. Wlpun gaji rm2000, ckup bt mkn anak bini, simpan n enjoy.
cuba check yg banyak hutang tu kerja sektor awam ka swasta?
Tukar kerajaan lagi teruk..apa pkr dan anwar bole buat..lagi betambah muflis …
sepatutny krjaan perketatkn personal loan shja…..bkn pnjaman keta dgn umah.asas khidpn kite kn tmpt tnggal.keta pn prlu jgk.kalu korng nk tau.bngsa2 bkn islam la yg pnye keje nie.tp korng ingt.ngara ada khalifah dn adanye sistem khilafah.mslh ekonomi xkn trgugat.bngsa2 yahudi terlalu tkt adenye ngara khalifah.adenye khalifah.hak2 org islam akn terpelihara.renungkn la.cb korg cr laman web hizbut tahrir.dlm 2 smuanye trjawab
Aku pon setuju syarat personal loan & kredit card diperketatkan..Bukan apa, yg selalu jd muflis ni mana de ramai bangsa lain selain bangsa melayu (mahappp)..y aku nampak banyaknya pinjam untuk tujuan y xda faedahnya macam nk poya2,tukar hanpon dan semuanya mmg nk menunjuk2 je..hakikatnya gaji xberapa pon.Member aku keja gomen biasa ja tp pakai keta oversea laki bini…Kita patot ‘ukor baju dibadan sendiri”..yang kayanya dan semakin kaya sapa?bangsa mana?aku bukan racist tp nk bangsa aku sedar..kesan pada ank & keluarga..Aku pun beli rumah flat ja, keta pakai local made,kredit card xda.baju keje setahun skli beli.pulun simpan duit untuk ank2 belajar lagi 5 tahun..Insyaallah
biar sederhana.jgn papa asal bergaya
setuju,.no doubt…=)
Adalah lebih baik jika Banksters Negara Malaysia hentikan pinjaman terus.. Lebih baik… Buat apa nak beli apa yang kita x mampu? Semua pinjaman adalah riba… Bank Islam pun sama juga.. RIBA!!!
Rasulullah pernah bersabda terkait riba, “Sesungguhnya uang satu dirham yang didapat oleh seseorang dari riba itu lebih besar dosanya di sisi Allah dibanding 28 kali dosa zina yang dilakukan orang tersebut,” (HR. Ibnu Abid Dunya dalam Ash-Shamtu, 175, dan Al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 5519)
1 Dirham Riba (lebih kurang Rm25) adalah dosa yang lebih besar dari berzina sebanyak 28 kali!! Jika berzina dalam hukum islam akan disebat 100 kali, mengapa pengamal riba tidak dihukum lebih teruk dari itu? Khutbah Rasulullah S.A.W yang terakhir telah menyuruh umatnya meninggalkan RIBA!!
Setiap kali pinjaman diluluskan, bank akan gandakan wang tersebut menjadi 9 kali jumlah asal… Disebabkan sistem inilah harga barangan sentiasa naik dan akan ada orang yang akan muflis…
Fikirkanlah…
Ludfi menulis Berita Terkini….Bom berpandu laser pintar | Buatan Iran
sokong pendapat anda 100%
susah nya nk wat loan ngan bank.
easy rhb x lepas
sape leh tolong?
SLM..kekwn aku bru blik dari Bank Islam konon2 nk wt pinjaman,ternyata SYARAT2nya makoiii??
tukar saja kerajaan pada pru13 ni.insyaallah masalah boleh di bincangkan
Pepatah Melayu ada mengingatkan: Ukur baju di badan sendiri, jangan ikut macam sang kancil yang nak ikut gajah berak besar dia pun nak berak besar juga, nanti sendiri yang merana.
Prinsip berhutang mestilah mampu bayar,kalau dah mampu bayar takkanlah bank yang berniaga tak nak beri hutang…Hidup diatas kemampuan,jangan asyik nak bergaya akhirnya papa..berusaha untuk mempertingkatkan ekonomi keluarga gunakan duit yang ada, jangan fikir nak cepat kaya saja..fikir2kanlah agar kita bersara nanti lebih bergaya dan bukannya umur bersara tapi masih bekerja atau jatuh papa.Jangan asyik nak salah kan orang lain tanpa bercermin diri sendiri.
memang bantah sgt2 dgn BNM sebab gaji 3k nak beli kereta pun kena pakai 2 gerento.menyusahkan orang.saya dah 4kali apply loan dengan public bank pun tak lepas2.takkan nak naik KTM sampai mati.
dikecualikan bagi pinjaman overlap
assalammualaikum,, saya tidak setujulah loan semakin susah yang bergaji besar sahaja boleh pakai kereta yang gaji kcil ni pakai kereta lembu sahajalah macam ni kereta2 yang jual dekat kedai tu pakai sendiri sahajalah nak loan pun susah…
menyusahkan rakyat je semua n..kata rakyat didahulukan tp lg kebelakangkan rakyat ada la…
Saya tak setuju pinjaman di perketatkan…..
saya seorang perniaga muda yang minat dalam bidang perniagaan tp sungguh kecewa dengan pinjaman bank yang terlampau kecil sehingga terpaksa pinjam dengan lebih dari 1 bank sahaja walaupun berniaga di pusat membeli belah ,cuba kita lihat dipusat membeli belah yang 80peratus bukan bangsa melayu
mintak dikaji untuk perniaga muda yang betul – betul untuk berniaga
Kita tukar kerajaan Pakatan Rakkyat lepas ni..puak2 umno dah nak cekik rakyat..ingin menyusahkan rakyat..
tak salah nak diperketat tapi agak2 la……rasanya org gaji besar n org keje gomen takde masalah nak wat pinjaman..cuma bagi kami yg kuli2 cabuk ni kekadang nak wat loan skit pun x lps…nak refinance rmh sendiri pun x lulus gak….makin ramaila pengunjung2 along pas ni…..
Syarat loan ketat, nak bli kreta proton low quality, nak beli
kereta imort mahal gila2 pula,
tax sangat tinggi, kos hidup meningkat naik,
dunia bukan untuk kerja secara halal,
hanya mereka yg cari duit secara haram je boleh idup kat sini,
kadang2 rasa nak jual segala harta benda n idup d satu tempat yg tiada org yg memandang kita dgn apa yg kita ada tetapi dgn siapa kita sebenarnya. Tempat yg org d hormati lbh dr wang.
betul…betul..sia sokong kau
kerajaan malaysia skrg nie mmg menyusahkan rakyat,diaorang suka tengok rakyat malaysia menderita dgn hutang piutang.kita kena tukar kerajaan baharu skrg nie………….
Betul 2…sia sokong kau kawan…
negara kita x akan maju..kalau parti kerajaan yang sama saja memerintah kita…
kita tengok negara lain…lah sebagai contoh
GOV = bleh loan maksimum RM200000,gaji min RM700,ansuran sampai 20tahun,overlap pun boleh sampai tahap maksimum,flat rate 4.99%-5.2%,boleh loan sampai 60% dri gaji,klau xnk loan bank boleh loan koperasi,taip je kat browser pinjaman peribadi macam2 produk ditawarkan.
Swasta = gaji min RM2000/RM3000/RM5000,rata2 pekerja swasta pendapatan bulanan memang bawah RM2000,mesti da keje lebih setahun,tempoh pembayaran paling singkat,INTEREST paling tinggi.ada blacklist confirm x lulus,panel bank,PGM,kene ade komitmen dgn bank 6bulan ke atas,pinjaman 3kali gaji bersih sahaja.loan 5000++ kene ade guarantor,kene semak KWSP,cri kt internet untuk swasta yg sesuai hanya dari ceti haram atau halal(along berlesen),nak gune KWSP konfem xdpt.
1.Dalam news cakap rata-rata RAKYAT Malaysia berhutang 60% dari gaji,siapakah yang dimaksudkan sebenarnya?
2.RAKYAT Malaysia berhutang untuk perkara x berfaedah
siapa golongan tersebut?
3.Ramai golongan muda di negara ini muflis,siapakah golongan yang ramai muflis sebenarnya?
4.Swasta nak buat kenduri kawin bajet RM10000 pun katanya membazir (memang klau boleh nk compress belanje tu) tapi tngok je la harga barang skarang,apakah penyebab utama harga barang kian meningkat?kata nak meneruskan warisan Melayu,Jadi,xkan nk kawin ala koboi plak5.Adakah orang gov sahaja yang menghadapi situasi kenaikan kos sara hidup dan bukan pekerja swasta?
tak kisah lah nak mperketatkan syarat pimjaman .nak wat sesuatu fikir2 lah .sektor awm gji ciput senang loan.ckup3 bln loan.itulah nak beli kereta itulah nak belanje nikah. itu bukan tangung hutang???????????? mane along x maju. lebih baik wujudkan along bank negara.(ABN)
sy nak start business n nak apply loan tapi smua permohonan sy kena reject oleh pihak bank apa ni bila melayu nak maju…..
Assalam
tumpang bertanya..baru-baru ini sya bru sahaja pergi ke banks untuk membuat pinjaman.Namun ia gagal kerana sy diberitahu sy ada masalah dgn code R58..kpd rakan2 yg tahu apa itu r58 sehingga sy tidak layak meminjam bank..selama ini segala hutang sya sudah bayar dan tidak pernah sangkut walaupun saman..tq
ini kali lah kita tukar kerajaan…sdh 56 thn memerintah bukan makin senang…tapi makin susah! kerajaan sekarang x buli pakai…
kita undi parti yang manifesto nya …
i. akan menghapuskan AP…
ii. kasi naik gaji pokok 45%..
iii. kasi elaun rumah dari RM180 ke 300…
P/S: mana ada lagi sewa rumah harga 180..tidak logik betul kerajaan sekarang ni..
Tak kesah la nak ketatkan utk personnel loan ngan credit card nih, buat org bangkrap jek. tapi yg loan umah ngan loan kete ni payah sket la…..harga rumah melambung tinggi, harga kete tinggi, barang2 pun tinggi, tax itu tax ini. umah ngan kete tu keperluan, lebih2 lagi utk org luar lembah klang. Kat jepun dengan gaji sebulan seorang engineer yg fresh graduate dah boleh beli honda accord tahun 2005 yg good condition pakai cash. Kat malaysia, iswara tahun 94 pun still RM5k…kalau nak ketatkan loan, turunkan harga kereta local ni dulu. sedih rasanye bila terpaksa buat loan satu dekad semata nak bawak anak2 naik saga.
isteri saya dah dekat 2 minggu apply loan mahu ambik satu kereta lagi byak songeh bagi lagi saya punya slip gaji kalu kira gaji berseh dah dekat RM 3000.00 pun masih tergantung lagi……. tak tau apa cerita kalu ini macam jawabnya kereta Malaysia tak lama lagi akan lingkup bukannya tak ada pembeli tapi dasar yg telah dibuat membuat kereta tak dpt dijual. Kalau kita nak beli tu kita mampulah bayar .Kerajaan tak ada guna menwar – war keluar kereta baru
stuju sngat2 kmpon org miskin akan meleluasa kt malaysia ni hehehe pihak bank xde idea lain ke slain daripada itu? skurangnya pnjaman perumahan dan kereta ada longgar skit ok la bukan x support pndpatan ngara lngsung kan.bad news la rasanya lau mcm ni susah rakyat.bukan golongan bawahan nak sngat jd bwahan tp smua tu kan takdir dari tuhan.xkn xdpt tlng.
Tak tidur malam lah dengar mcm ni, baru je submit loan rumah. Nak pakai gov loan, developer ckp rmh double agreement takleh gov loan kene loan bank. Loan bank pulak banyak songeh2. skim rumah pertamaku..lagi hampeh..bank pun taknak bg kerjasama..hrmm..harga rumah makin naik..Kat kawasan Kuching Sarawak ni, rumah low cost + pun cecah rm180k..mahu tak pening kepala fikir. Apply low cost gov punye, memang tak layak..sebab kita golongan sederhana bukan org betol susah, kalu mcm tu sampai anak umur 18thn baru dapat rmh sendiri..hrmm..mengeluh jelah..