BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Pilihanraya Umum Ke 13 Akan Datang, Anda Ada Cadangan Untuk Penambaikannya?

by Staff Berita Semasa on November 14, 2011

in Pilihanraya Umum 13

Di Malaysia jangan cuba-cuba menjadi ahli nujum untuk menafsir tarikh pilihanraya umum ke 13, bila akan diadakan.. Ini kerana hanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib sahaja yang tahu tarikh yang sebenar-benarnya. Jadi yang lain, tunggu sahaja semboyan daripada beliau. Walaubagaimanapun, kami agak tertarik dengan beberapa cadangan yang dikemukakan semasa berlangsungnya Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung dengan penambahbaikan Pilihanraya Umum Ke 13 di Parlimen :

Antara wakil-wakil yang menganggotai Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya di Parlimen sebelum Pilihanraya umum ke 13 ini ialah :

  • Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (Pengerusi) – BN
  • Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit) – BN
  • Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) – BN
  • Tan Sri Dr Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah) – BN
  • P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) – BN
  • Mohamed Azmin Ali (Gombak) – PKR
  • Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) – PAS
  • Anthony Loke (Rasah) – DAP
  • Wee Choo Keong (Wangsa Maju) – Bebas
  • Transparency International Malaysia (TI-M)
Beberapa cadangan penambaikan proses pilihanraya yang dikemukakan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 adalah seperti berikut :

1) Cadangan daripada Transparency International Malaysia (TI-M)

2) Cadangan daripada MCA

  • Kami tidak bersetuju jika hak mengundi rakyat Malaysia di luar negara dibatalkan kononnya rakyat Malaysia tidak memperoleh maklumat tepat berhubung kedudukan dan perkembangan politik dalam negara atau dalam bahasa mudahnya tidak bijak dalam politik
  • Macammanalah boleh keluar usul bantahan seperti ini, sekarang ini dunia tanpa sempadan. Nak tahu hal ehwal dalam negeri sehinggalah berlangsung Pilihanraya Umum ke 13 bukannya sukar. Adakah hari ini sukar nak baca Utusan, Harian Metro, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro, The Star, dan New Straits Times waima tinggal luar negara sekalipun selagi adanya akses internet? Apatah lagi nak tonton Berita Utama TV3, Berita Perdana RTM?
  • Kena ingat apa yang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah perkatakan. Lingkaran politik dahulu 2 cycle, Sekarang lingkaran politik di Malaysia sudah menjadi 3 cycle, tiada lagi hemogenis. Pengundi hari lebih bijak menilai.
  • Satu lagi benda paling asas, mustahil pemimpin MCA tidak sedar. Selagi bergelar rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan menjadi pengundi berdaftar, mereka layak mengundi walaupun tinggal di ceruk mana sekali pun.
  • dan…adakah trend sekarang, lebih mempercayai dan mengutamakan “warga asing” berbanding rakyat Malaysia sendiri?
Yang paling penting sekali untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 kelak, liputan media mestilah adil. Itu sahaja. Bertanding atas pandang yang samarata supaya rakyat iaitu pengundi mendapat pelbagai sumber berita, yang akhirnya nanti biarkan rakyat Malaysia menilai menilai baik dan buruknya.
“Berita bukan sahaja disuapkan kepada pembaca & penonton sehingga “memaksa mereka menerimanya bulat-bulat tetapi juga dididik untuk mereka berfikir lebih jauh lagi”
Begitu juga politik. Politik juga tidak boleh “dipaksa” tetapi dididik. Jadi seperti yang kami katakan tadi, liputan media arus perdana kenalah lebih adil, adil adil. Dah laksanakan cadangan ini, baru boleh beralih kepada cadangan yang lain pula dan pada masa itu lebih ramai rakyat yang akan lebih bersedia daripada segi maklumat, pendedahan, informasi dan juga mental mereka bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

P/S : Apa yang dapat anda setiap kali berlangsungnya pilihanraya di Malaysia tidak kira, baik pilihanraya kecil mahupun pilihanraya sebelum-sebelum ini berdasarkan pengalaman anda sendiri?

PP/S : Keduanya, apa cadangan daripada anda bagi penambaikan proses pilihanraya umum ke 13 tidak lama lagi? Apa yang anda harap & impikan?

[poll id="208"]


{ 22 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Junta November 14, 2011 at 9:48 am

wah, lepas kalau jadi impelement tak boleh lah najib nak kata “i help you, you help me” macam dia buat sibu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 naimulfirdaus November 15, 2011 at 4:11 am
3 Mansor November 14, 2011 at 9:55 am

aku dapat rasakan sokongan terhadap perdana menteri kesayangan ramai rakyat malaysia ini akan bertambah
ini bukti kerajaan sekarang ini bersungguh2 utk tmbah baik proses pilihanraya
bukan jenis cakap & tau nk kritik sahaja

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 Karut Sing Barua TV3 suku November 14, 2011 at 9:33 pm

Ramai sokong PM lidah didepan ada susur keluar kekiri & kanan tu…haram jadah aku tak sokong. Lebih bek sokong taik lembu syahrizat. Ko tau ke si gila kuasa tu nak pertahankan PUTRAJAYA walau apa pun caranya termasuk bagi IC kpd indon2, bangla, untk ngundi puak2 BN UMumnyaNO otak tu… Jahanam la m’sia ni kalu puak2 tu dpt IC… BIOL..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 haji gampang November 14, 2011 at 9:56 am

guna dakwat je abis cerita.!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 Abuya November 14, 2011 at 9:58 am

mesti ramai yang akan bantah cadangan ni nanti..
maklum lah kalau sebut kerajaan tu maknanya kerajaan BN lah..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 orang penang November 14, 2011 at 10:45 am

satu lagi projek barisan nasional
ms pilihnraya umum
BN bagi kain pelakat, minta lebih
BN bagi duit mintak lebih lagi
BN bagi baju pakai waktu malam je
undi, undi pakatan rakyat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 haji gampang November 14, 2011 at 11:18 am

yayayayayayaya…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 haizzzz November 14, 2011 at 11:18 am

berdasarkan penulisan artikel kat atas,aku rasa jantina si penulis adalah lelaki..hehehe..tp kan,aku ade dgr pengakuan org IC merah(penduduk tetap),die kata mmg ade usaha2 nk m’jadikan ic die biru(warganegara) asalkan undi UMNO..proses sume buat kat umh,jd mmg xkan ade org perasaan.aku xtuding jari pd BN secara keseluruhannya..mayb ade wakil rakyat yg b’kepentign nk kekalkn jawatan memasing..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 beejan November 14, 2011 at 12:26 pm

masalahnya.. pilihanraya malaysia xdelah teruk sangat pun..

yang teruknya wakil rakyat, kerajaan & pembangkang… dah menang kerusi sombong nak mampus. pastu terus tukar keter, rumah & tambah org rumah.. bosan la dapat manusia2 lagu ni kat malaysia.

yang paling teruk waktu berkempen. Diingatkan pada calon2 bahawa yang p tengok kamu berkempen tu hanyalah kroni-kroni kamu & manusia2 terhutang budi dengan sumbangan kain pelekat yang kamu bagi. kami generasi Y dah bisan janji2 manismu…

apa kata SPR buat satu platform untuk berdebat si parti selipar vs parti seluar..

bosan la pilihanraya.. langsung x teruja. p mengundi sebab tunaikan kewajipan sebagai rakyat malaysia.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Anonymous November 14, 2011 at 12:42 pm

akhbar2 di tanah melayu ni hanya layak buat untuk sapu taik je…begitu ‘tinggi’ nya taraf paper2 kat sini

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 Karut Sing Barua TV3 suku November 14, 2011 at 3:22 pm

Laksanakan semua tuntutan BERSIH… habis cerita. Kalau SPR tunaikan tuntutan bersih tak ada pihak yg rugi dan untung.. pihak BN @ PR sama jer..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 kesian melayu November 14, 2011 at 5:10 pm

celakalah engkau wahai wakil rakyat yg khianat pd bangsa & negara dengan memberi kerakyatan pd warga asing utk kepentingan dr sndir utk brkuasa x kira dr parti Bn or Pr. mari pakat2 doa supaya dilaknat pemimpin mcm nie.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 hmm.... November 20, 2011 at 11:51 pm
15 manjoi November 15, 2011 at 12:37 am

Mana ada pilihanraya di dunia nie yg semua rakyatnya rasa berpuas hati. Buatlah seadil adil adil nya masih ada yang pertikaikannya. Yang kalah tetap mencari alasan.
Tak perlulah membuat perubahan yang besar hanya ikut apa yg telah dilaksanakan sejak dahulu lagi. Tapi pada pendapat saya pilihanraya tak perlu diadakan sebab belum sampai edahnya
Kalau dilaksanakan juga adakah pembangkang turut bubuar dun? Nanti jadi kucar kacir dibuatnya. Saya lebih suka keadaan sekarang nie dimana jurang anatara kerajaan dan pembangkang tidak ketara maka kerajaan lebih berfungsi untuk rakyat jangan jadi zaman pak lah yang dapat mejority besar sampai lupa diri. Saya suka zaman dr mahadir tapi biasalah ada pro dan kontra.
Diharap isu ipp tenaga letrik dapat diselesaikan sebelum pilihanraya.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 hazif November 15, 2011 at 1:41 pm

aku kira lah kalo kerajaan sekarang elok gunakan dakwat itam, atau biru pada setiap pengundi yang datang waktu mengundi tu lebih elok kot…macam kat india dan pakistan, sebab bolih nampak orang tu undi sekali aje..sebab dakwat tu hanya hilang lepas 1 atau 2 minggu..jadik tak adalah gara-gara nak menipu tu dua kali….apa kata bolih pakai ke cadangan ini…..sabar je lah….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 hazif November 15, 2011 at 1:46 pm

Pada PRU 12 yang lepas kerajaan dah beli Dakwat itam/biru dengan belanja 2.5juta, jadi elok jugak kalo digunakan bagi PRU kali ini…tak lah membazir, kalo nak lebih selamat lagi semak kad pengenalan dan chek tangan orang yang mengundi ada dakwat ke atau tidak….kalo dia dah sapu awal2 kat umah jadi nya dia tak nak mengundilah tu…..apa macam bolih pakai ke??????????

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 MataHATI November 15, 2011 at 1:56 pm

Undi Pos … tak boleh ka selepas undi pos dikem-kem tentera dibuat … pas terus buat kiraan dan simpan jumlah kiraan untuk dicampur dengan dun-dun berkaitan … kan lebih telus … ni kalu simpan kat balai macam-macam boleh jadi dan dah terjadi pun ( untuk bantu calon-calon tertentu ).

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 sytecx November 15, 2011 at 2:53 pm

hapuskan je undi pos!skg ni kn dh zaman internet…guna je trus utk undi trus automatik kira dan hantar keputusan pada pusat pilihanraya dan calon bertanding di kaw memasing

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 khilafah Memimpin November 22, 2011 at 8:23 am

SISTEM DEMOKRASI LAH MELAHIRKAN SEGALA MACAM MASALAH ATAS MUKABUMI NI..SISTEM YG KARUT…SISTEM UTK MENIPU AGAMA..MENIPU MANUSIA…SISTEM KONONNYA RAKYAT MENENTUKAN KUASA PEMERINTAH DAN UNDANG2…TAPI AKHIRNYA RAKYAT JUGA KENA TIPU DAN UNDANG2 KUFUR JUGA DIMARTABATKAN….MARILAH KITA BUANG SISTEM KUFUR INI…KEMBALILAH KEPADA SISTEM ISLAM…IAITU SISTEM KHILAFAH…kearah kenabian.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 anak jati sabah December 4, 2011 at 6:35 pm

Tak dinafikan umno adalah satu parti yg sngt baik utk rakyat. tapi sekiranya umno benar2 nak di kasihi oleh rakyat, terutamanya di sabah,tolong lah basmi kegiatan ic palsu yg begitu banyak di berikan oleh JPN, kepada pendatang asing dari indon,terutamanya di sabah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 jomo sama May 10, 2013 at 7:26 am

cdgn saya, calit dakwat selepas undi utk mengelakkan kertas undi kotor..terima kasih..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: