
Deman pilihanraya datang lagi selepas Pilihanraya Kecil Dun Bagan Pinang sebelum ini. Sebarang spekulasi dan teka-teki mengenai kedudukan kerusi yang disandang sebelum ini oleh Datuk Abu Hassan Sarif(UMNO) telah pun terjawab di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui hakimnya, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengarahkan Kerusi DUN Kota Siputeh dikosongkan serta-merta dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan Pilihanraya Kecil Dun Kota Seputeh Kedah
Menurut hakim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah melanggar sempadan kuasanya apabila menolak permohonan Speaker Dun Kedah agar diadakan pilihan raya semula di situ. Menurut beliau, peguam plaintif (Speaker Dun Kedah) telah berjaya membuktikan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif, Adun Kota Seputeh telah tidak hadir dua kali sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.
Pada pilihanraya umum yang lalu, kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.
Dalam pada itu baru-baru ini, Ibrahim Suffian selaku Pengarah Pusat Merdeka, menjangkakan kedudukan Barisan Nasional dalam Parlimen adalah lebih baik jika Pilihanraya Umum ke-13 diadakan pada hari ini. Katanya lagi, Barisan Nasional mungkin juga mendapatkan semula dua pertiga daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat berbanding saingannya iaitu Pakatan Rakyat yang mungkin memenangi sekitar 50 hingga 60 kerusi.
“Ini adalah penilaian peribadi saya berdasarkan bancian yang dilakukan oleh pusat tahun ini.
P/S : Satu lagi pertembungan yang menarik dan pastinya menghangatkan suasana politik negara. Di Kedah pulak tu. Kalau di Port Dickson, Barisan Nasional berjaya menayangkan kekuatannya, apakah ia boleh mengulang kejayaan ini atau pun sebaliknya. masih terlalu awal untuk diperkatakan. Pilihanraya kecil ini datang dalam keadaan BN mendabik dada boleh memenangi PRU 13 jika diadakan sekarang. Mari kita lihat?
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [BULAN MAC] Pilihanraya Negeri Perak?
- Piliharaya Kecil Lagi? Tian Chua Kena Penjara!!
- Adun Bagan Pinang, Isa Samad Jadi Taruhan Barisan Nasional
- Adun Bagan Pinang Daripada Barisan Nasional Meninggal Dunia
- Undi Pos Tentera Semasa Pilihanraya Sering Dijadikan “Talian Hayat”?
- [DUN Bagan Pinang] Barisan Nasional vs Parti Islam Se-Malaysia?


{ 8 comments… read them below or add one }
aritu kalah pun sikit PR
kalau bagan pinang bolehlah
ada insurans 35-40% daripada tentera
kali abislah……… B End
Kali nie BN kena letak calon Cikgu Hamid sebagai calon..sebab orang umno bah. jerlun yg lain ada masalah juga..! Cikgu Hamid orang tempatan, mengajar di kaw. kota seputih sedang mendidik anak2 pengundi. Dia pu dari kalangan orang yang baik2 dan takda pulak skandal yg mampu dimainkan oleh PR.
Kalau calon lain tu pasti ada skandal, walaupun kecil tapi isu mampu dimainkan sehingga menjadi besar oleh PR. Seleweng RM 10.00 dijadikan 10 juta.
No way PR boleh menang kawasan nei…bukan sombong la..tapi PAS memang lemah disini. Pemerintahan PAS bagus di Kedah setakat nie..cuma kalau BN perintah lagi bagus sebab kerajaan pusat masih BN…, senang mohon bantuan dan pembangunan setempat.
PAS parti yang tidak menghiraukan pembangunan.. pengurusan lemah dan tiada idea untuk memajukan negeri…! tidak cukup dengan ceramah kehulu-kehilir dan takbir..takbir..takbir… itulah yang kedah terima padahnya sekarang nei..!
Bakal calon seputih…jaga tingkahlaku dan jgn buat hal…! TPM tengah teropong calon yang sesuai nei….!
Yesssss…bn boleh
b ‘en kena mula kerja…jgn dok lena lagi..! Turun padang la ..nantin kalah salahkan orang lak..sendiri malas taknak ngaku…!
Sapa2 yg berjaya jadi calon jgn sombong lak..! Yg gagal tu kena la sokong calon pilihan. Nei tak nama taknaik jadi YB dah nak tutup bilik gerakan lak.
Steady Cikgu Hamid…pengundi kota seputih pakat setuju kalau Cikgu jadi calon…orang lain yg jadi calon tak gerenti lagi…!
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.