Dalam diam-diam banyak juga duit kerajaan ye. Dalam sekelip mata kerajaan mampu menyediakan peruntukan dan menyalurkan dana sebanyak RM1.6 billion untuk diberikan kepada FELDA. Siapa yang berani kata Felda Bankrap? Pecahan agihan RM1.6 diberikan dalam bentuk seperti berikut :
- RM 424 juta : Disalurkan terus kepada peneroka menerusi program kebajikan dan insentif. Insentif tu seperti pendidikan dan kemahiran anak FELDA selain tabung kebajikan, khairat kematian, insentif produktiviti dan bonus hari raya.
- RM8.5 juta: Diperuntukan untuk memajukan prasarana bagi 500 lot tanah yang akan diberikan kepada generasi ke-2 di Johor.
- RM 344 juta : Dikhaskan untuk membina sekolah latihan, rumah generasi baru dan Menara FELDA. Kata mereka pembinaan menara ni untuk meningkatkan imej FELDA. Menara 50 tingkat dan terletak di Platinum Park.
- RM 472 juta : Yang ini pula bakal digunakan untuk pengurusan FELDA termasuk Semenanjung, Sabah & Sarawak.
- RM185 juta : Untuk tujuan pembayaran cukai serta perbelanjaan pembiayaan dan pembangunan tanam semula.
- Yang selebihnya itu akan dibelanjakan ke atas masyarakat FELDA.
Untungla…orang-orang FELDA. Persoalannya sekarang mana kerajaan perolehi dana sebanyak itu? Sebelum ini 1.2 juta kakitangan awam di Malaysia punyalah tunggu punya tunggu nak dapatkan bonus daripada pembentangan bajet 2011. Akhirnya impian tinggal impian, mereka hanya dapat Elaun Bantuan Khas (RM500). Tup-tup, senang pula orang-orang Felda dapat. Tak kisahla…..Felda dah dapat, itu memang rezeki mereka dan mereka juga ada sumbangan.
Begitu juga 1.2 juta kakitangan awam. Jangan dilupakan sumbangan mereka yang cukup besar kepada kerajaan dan negara. Harus diingat, sekiranya “1.2 juta kakitangan awam bangkit menunjukkan protes mereka”, lumpuh negara dibuatnya. Bukan nak menggugut, tetapi nak menunjukkan kesan yang bakal dialami negara sekiranya 1.2 juta kakitangan awam ini bangkit dan protes. Banyak agensi kerajaan akan ditutup. Kali terakhir pun kakitangan awam mendapat bonus gaji adalah semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmah Badawi (Perdana Menteri Malaysia ke-5). Dah 2 tahun lebih dah…..
Mereka daripada kakitangan awam takkan melatah jikalau gaji yang kerajaan berikan sebanyak RM1,500 sebulan sekalipun asalkan harga barang murah, harga minyak murah, harga rumah berpatutan dan lain-lain kos sara hidup yang tidak membebankan rakyat. Tidak mengapa. Tetapi realiti apa yang berlaku sekarang? Kakitangan awam punyalah merayu dah macam”peminta sedekah kami tengok”, itupun tak dapat juga. Kalau FELDA laju sahaja respon kerajaan.
Ini jawapan Datuk Seri Najib semasa memberikan alasan mengapa kerajaan tak mampu berikan bonus :
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa kerajaan tidak dapat memberi bonus sebulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta penjawat awam dalam Bajet 2011 kerana ia melibatkan perbelanjaan besar iaitu RM3.1 bilion
Kalau di Eropah sana, mereka ada Parti Buruh atau Labour Party yang mana parti tersebut memelihara golongan pekerja. Kenapa? Apa pentingnya Parti Buruh? Mereka percaya rakyat di sesebuah negara yang merupakan kakitangan kerajaan mahupun swasta memberikan sumbangan yang cukup besar dalam membangunkan negara/kerajaan. Jadi, Parti Buruh dilihat memainkan peranan yang cukup besar dalam membela nasib pekerja tidak kira kakitangan kerajaan mahupun kakitangan swasta asalkan bergelar buruh/pekerja.
Kalau kerajaan berusaha untuk menggembirakan golongan FELDA, kenapa kerajaan tak berusaha untuk menggembirakan golongan kakitangan awam? A happy employee makes a happy employer
Sebenarnya, kerajaan boleh sahaja berikan kakitangan kerajaan bonus satu bulan atau pun sekurang-kurangnya RM1000 tanpa menyebabkan defisit. Ini tidak, kerajaan gagal urus pentadbiran dengan betul akhirnya memberikan beban kepada rakyat. Naik harga barang, naik harga minyak, tak mampu berikan bonus…….


{ 67 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
itu gune aset felda la..kn banyak lagi aset felda yg belum dicairkan..gunenye untuk keperlauan anak felda..hasilnya disalurkan melalui cara ini..
salam.
kali terakhir kakitangan kerajaan mendapat semakan gaji adalah pada pertengahan tahun 2007.
itu pd masa itu, kali terakhir semakan gaji sebelom 2007 ialah pd tahun 1992.
bezanya 15 tahun.
adakah kita perlu tunggu lg 15 tahun???
Aku tau sebabnya dgn sepantas kilat peruntukan tu ada… sebab nak PRK kat Tenang!! Kat situ kan byk Felda… Hmm. Udang di sebalik mee.
Semua dah dapat dibaca..skrip yang sama menjelang setiap kali p/raya. Episod yg diulang2..rakyat digula-gulakan. Akhirnya selepas p/raya, projek entah kemana, YB pun xnampak dah batang hidung..
Najib dikira jaguh @ ayam kmpung orang felda. Mungkin asala usulnya turut juga membantu..Jika dilihat rekod kemenangan di kawasan felda pada p/raya sebelum2 ni, memang najib boleh tersenyum lebar..Kawasan felda ni macam antara kubu kuat Umno, BN. Tapi tengok betul2 la apa terjadi sebenarnya di kawasan felda. Apa dah jadi dengan ladang yg diuruskan felda. Apa dah jadi dengan generasi kedua yag terjebak dengan dadah(area Jengka), masalah sosial dan sbg. Jangan dibanggakan sangat dengan pncapaian Felda. Relitinya, turun padan, tengok sendiri realiti sebenar hidup peneroka dan cucu cicit mereka..
Kakitangan kerajaan dah lama berasa hati. Seperti dia anak tirikan didalam rumah sendiri..Semakan gaji yang dikira begitu lama x dibuat..sedih..pedih..
Sedarlah wahai bngsaku..berubahlah..marilah kita mencari perubahan yang lebih baik..hijrahlah..
Hehehe… jgn mudah terpedaya… belum tentu peruntukkan tu sampai ke warga2 felda. Ke kroni tu confirm sampai. Kn tipu lg lah rakyat Malaysia. hehehe
sebenarnya apa yang perlu diberi perhatian adalah seperti ini. kakitangan awam 1.2 juta. plus isteri/suami kakitangan 2.4 juta. plus ibu dan ayah kaiktangan 2.4 x 2=4.8 juta. tak masuk lagi adik, kakak, abang, keluarga mertua. sekiranya mereka bersimpati terhadap kakitangan yang tak dapat bonus dan terus-terusan dihimpit kekangan kewangan. kerajaan akan kehilangan beberapa juta undi untuk PRK akan datang… renung-renungkanlah
Belum campur nenek moyang agi..berjuta-juta lemon….macam ugut kerajaan ye…jagan mare2…nanti kita atur baik2…saya buka parti baru…parti tupperware…boleh joint banyak komisen…he..hee.heee..
pandai isa samad nasihatkan najib. baru rakyat celik mata peranan isa samad. berbaloi betul najib lantik isa samad jd pengerusi felda. harap2 langsailah hutang budi najib pd isa samad, klau tak najib kena kerja kuat lagi.
aku baru tahu sarawak ada FELDA
kenak slooooow gilak ktk pok….
ok la.dari xberi langsung…tanniah najip…
AKU kena jaga anak cucu FELDA…saham utk anak cucu AKU….
kalau ikut kan kali ini kena tunggu kerajaan bertukar
kalau nok gaji banyok….demo berenti kijo … nego kedai makan ok………
jangan terpedaya.. tu semua angan2 mat jenin sahaja nak kaburi mata pengundi dun tenang sahaja.. lepas mengudi tengok lah apa yang ada, jadi lah mcm dun galas sebelum ni… apa yg ada.. hangat2 taik ayam sahaja..
kayalah isa samad……
Guru kakitangan kerajaan jugak. Belum campur anak2 murid agi… berbilion billion pasaraya. Ingat senang ke nak jadi senang.
apa dok lunggok dekat felda saja.pada hal orang felda pun banyak yang bulan..kami pun org malaysia juga bukan org felda saja org malaysia…
frasa kerajaan gagal urus pentadbiran dgn betul.. bertepatan dgn hawa pilihan raya sekarang.Rakyat perlu bangun dan tiba masanya memilih pemimpin kita yang benar-benar syumul.Bukan hanya untuk kroni.Harga bawang yang mencecah paras luar biasa jelas menunjukkan ada kelemahan yang perlu dibaiki.Tak guna kerajaan gula-gulakan rakyat felda kerana rakyat felda tahu untuk berusaha gigih.Jgn membazir wang rakyat dgn membina menara yg sudah pasti akan mrnjadi gajah putih.Belajarlah daripada kejatuhan kerajaan Tunisia.
Sememangnya patut orang Felda dapat..setelah terpaksa bertungkus lumut menjanakan hasil pertanian negara. Takkan setiap tahun nak beri bonus untuk kakitangan kerajaan saje yang ashik curi tulang dan elaun yang dah belambak diperuntukan tu. Bersyukur lah sekadar yang dah ada.
aduh..tak dpat lagi la bonus ni..huhu
kalo tak bagi bonos ke….atau tak naik gaji…..bukan mati pon…..idup jugak…..kita kan rakyat yang baik hati…….orang melayu tak derhaka kepada Pemerintah….taat dan setia…..setia lah………undila…..pangkah lah……sebab kerajaan yang dipilih adalah yang bolih memberikan bebahgian dan mampu membawa kemakmoran kepada rakyat……rakyat jangan mudah lupa…dan Melayu Mudah lupa.
hehehe… syok sendiri ek?
Felda juga pengerak ekonomi Negara.berapa banyak pon wang yg disalurkan kepada felda akan mendapat keuntungan juga kepada kerajaan.Cuma manusia yg bodoh saja selalu menyifatkan sesuatu perkara yg baik itu merugikan.renungkan
ko ni cakap macam tak ada akal la.Ko ingat orang tak tahu ke Felda tiap2 tahun dapat “bonus” jugak berupa bantuan kewangan.Nak2, setiap kali menjelang perayaan hari raya puasa.Tu kira apa pulak tu?
Bukanlah menidakkan sumbangan Felda, tp komen ko kata org GOV curi tulang tu, agak melampau.Janganlah sebab segelintir orang kerajaan dekat area ko buat mcm tu, habis semua org gov ko kata pemalas.
Aku cabar ko duk ngan aku satu hari je kat opis.tgk ko boleh tahan ke tidak.tengok jabatan le.Ada yang memang kerja kurang.ada yg sampai balik kul 2-3 pagi pun ada.
jangan cakap ikut sedap mulut je.
mcm mn dgn golongn ESTET??????????/ trutama KEPONG KUALA LUMPUR
gaji hanya rm450 sbulan.
betul tu….lg2 skrg ni…bl org penting asal felda…maka,untg giler la felda kan….sikit2 bonus…sikit2 bonus…nyampah betul…aku ni..ank jati estet…tak pernah dapat hasil dr krajaan…semua sdiri je..sian nyer org2 kampung aku…yg turut mnyumbang tenaga demi kmajuan negara…seolah2 kami ni tak wujud pun d muka bumi ini…trutama negara m’sia….ms mngundi…bria2 org kampung pangkah k’jaan….tp bl dpt hasil dia org…semua d lupakn….bengkak rasa hati ini bl kenangkn family ku…..
Aduh kau cakap org gomen curi tulang…kau dtg keje dgn aku opis hours….boleh sampai 1.30 pagi lepas tu turun lagi pukul 8.00 pagi….bukan di bayar ot….sanggup ke…geng aku pun surrender…please jgn berprasangka…kalau yg curi tulang tu tak dinafikan bukan dlm gomen aje swasta pun ada …pokok pangkal hati…salam…
Ko cite keje gomen zaman bila nih…..?
bro…masing2 rezeki…jgn kutuk org gomen daa..ingat sama org gomen yg ko suruh tangkap menagih kat felda tu…kalo org gomen curi tulang bertambahlah ‘tulang-tulang tegar’ kat tempat ko…sekadar pandangan…renungkanlah…salam …!!!
PALING PENTING RAKYAT JGN JADI BODOH….BERI… AMBIK,BIAR MENTERI LAK JADI BODOH.
from admin :
sila jangan gunakan huruf besar ketika memberikan komen, minta kerjasama daripada anda
Haha…sekarang ni keje kat gomen bukan macam dulu dah…asyik curi tulang jer,aku keje kat putrajaya ni banyak nak mampus keje…meh keje gomen meh.try keje dulu.baru tau!!.keje banyak sepanjang tahun,tapi langsung tak ada penghargaan..
Ini lah kali pertama saya dengar orang felda nak dapat peruntukan besar…….dari zaman penubuhan LKTP lurah bilut sampailah jengka (dulu tempat jin bertendang) dah dinamakan bandar pusat (tak malu dah mengaku orang jengka) kenapa ramai sangat yang bising bila kerajaan umumkan nak salurkan peruntukan kepada felda…..masa kakitangan awam dapat bonos…..ada ker orang felda ni merungut, irihati,….kalau adapun adakah getah dan kelapa sawit naik harga waktu tu?……ada kakitangan awam peduli masa harga kelapa sawit jatuh sehingga rm80.00 setan dan harga getah turun sehingga 14 sen sekilo……..sekarang harga hasil penat lelah mereka dan jauh lebih tinggi dari dulu…..tentulah banyak untungnya….berbaloilah mereka yang sentiasa bersabar dengan susahpayah dan penat lelah mereka selama ini….sekarang ni…..rasanya ada yang dah makan gaji dibandar nak balik kefelda noreh getah semula……bagi mereka yang pernah dapat tanah felda dulu kemudian tinggalkan dan ada setengahnya bila dapat saja geran tanah terus jual…. yang ini lah yang kuat menyalak nya……marahkan kerajaan kenapa dulu tak naikan harga….sekarang baru naik….. ada yang bangkitkan parti pulak…….kat felda lah yang paling ramai pembangkang…..sebab dah berapa puloh tahun dah mereka susah…..macam anak dengan emak bapak la…ayah hantar sekolah pun marah,hantar mengaji quran marah,bagi duit belanja sikit pun marah kan emak bapak….suruh bantu buat kerja lagilah marah…kata emak bapak zalim sebab tak bagi kebebasan konon……..mintak dengan emak bapak macam-macam…..tapi bila dah berjaya lupa dah pengorbanan emak bapak…mereka kata, mereka berjaya bukan kerana emak bapak tapi,sebab dia yang pandai belajar,….dia yang usaha….Inilah manusia yang tidak berpijak dibumi nyata….sentiasa dalam fantasi……lupa diri….lupa asal usul….anak melinium lah katakan……duduk dirumah yang ada hawa dingin……tapi tak pernah fikir sebelum ada rumah tu apa yang ada disitu…..siapa yang tebas tebang tempat tu….berapa banyak nyawa terkoban untuk jadikan tempat tu maju dan boleh diduduki……bila kita kurang bernasib baik atau gagal dalam kita mengejar angan-angan (bukan cita-cita yer…) kita salahkan orang lain,….bila orang lain berjaya kita iri hati…..tapi,waktu kita memperolihi rezeki lebih ada kita pernah bertanya…..semua orang dapat macam aku ker?…..orang makan gaji boleh lah mintak naik gaji tapi, yang tak berkerja makan gaji?….peneroka?…..petani?,….bila naik gaji tentu kos pengeluaran pun naik….harga barang yang dihasilkan pun naik,…kesan nya bukan saja orang makan gaji kena beli barang mahal….orang tak makan gaji pun kena beli barang mahal juga……masa harga kelapa sawit murah, harga minyak masak pun murah,…waktu gaji pekerja kilang gula murah, harga gula pun murah,…..gaji pekerja kilang naik sedikit,harga brangan nya anaik sikit tapi kalau gaji mereka naik banyak, harga barang keluaran mereka pasti naik banyak juga la…….adat lah meniaga nak untung….kalau rugi tidak lah niaga nama nya,… itu badan kebajikan…. untuk peneroka yang memperolehi rezeki yang lebih nanti bersyukur lah…dan ingat lah rezeki bukan dari mahluk tapi dai Allah SWT…..dan rezeki juga tidak akan datang bergolek, perlukan usaha,pengorbanan,doa dan tawakal,….manusia/pemimpin adalah peantaraan,…….wang dan hasil nya adalah alat semata-mata,….jangan taksub…..jangan takbur…..
ssh nak sy ceritakn ..hanya mereka yg pernah lalui pahit getir hidup di felda jer yg akan tahu menilai n bersyukur dgn apa yg ada skg ..org luar yg x tau mmng la dia akan kata mcm2..
masa bapak aku dapt hasil getah RM 50 s’bln ada org tanya..pernah x de gaji pun ada ..masa tu ada org gomen tolong ..x de laaaa ..semua Felda yg bantu ..amik barang PNF..arini bila mak ayah aku dpt bonus ramai lak yg bunyi ..piiiii rraaaahhhh
demo silap isi borang kijo dulu tu……bakpo nok ungkit gaji polis….demo tahu tok poklih tu semo kijo jabatan dio buat…..contohnyo imegresen.posmen.kastam pendaftaran,hospital dll jangan jelus deh…….
jgn dipertikai mcm mane org felda boleh dapat bonus..itu dtgnyer dari hasil keuntungan jualan kelapa sawit, minyak n lain2 aset felda… duit tu bukan dari kerajaan.. kalau x tau..jgn bercakap..jgn buat fitnah..
walaupun aku dah tak duduk lagi kat felda tapi harta pusaka aku masih ada difelda..felda mimang jaga kebajikan dan harta yang ada disana felda uruskan. aku masih menerima segala kemudahan felda walau aku sekarang sebagai orang gomen. pahit jerih aku masa nak hidupkan keluarga aku masih terngiang lagi dan aku nasib baik sampai habis belajar dan aku bantu keluarga aku yang tidak capai macam aku boleh.. buat pengetahuan semua keselesaan felda sekarang ini adalah dari hasil felda sendiri dan bantuan kerajaan dari segi perancangan dan sedikit peruntukan di islamisasikan.. apa salahnya felda buat kebaikan dan menunjukan sedikit kebolehanya kepada dunia kerana felda adalah sebuah perbadanan yang berjaya didunia ini bukan saje untuk rakyat malaysia bahkan kepada umat dunia keseluruhanya…
kerajan dah cuba yang terbaik untuk orang felda. bayang felda jaga tanah yang terbesar di dunia. bukan calang nak handle semua. tapi akhinya felda berjaya menaikkan pendapatan orang felda sana. Tahniah felda. Persetankan kata-kata orang tak tahu apa2 tapi nak komen jugak. bukan nak bagi cadangan bernas, dia hentam pulak felda yang dah banyak berjasa kepada negara dan peneroka
sepatutnya FELDA boleh dapat lebih lagi…tapi sbb kepincangan pengurusan hasilnya tak seperti yang diharapkan.
Felda o..Felda……orang-orang felda tak payah nak cerita….dan tak payah nak bangga….apa-apa pencapaian yang dibuat ……sila buka sejarah Felda…dari dulu sampai sekarang……nanti ada yang maki hamun pulak….dalam Blog ini…..kakitangan kerajaan pulak…..jangan lah sedih…..sebab perkhidmatan
kamu tidak memberikan apa-apa hasil…..sebab orang felda pengundi No.1
awak cakap ape ni.. macam nak mnipu pula kat kita org… saya tau awak ni pecacai pembangkang yg tidak berjaya nak ubah haluan hati kami..
abis ko tu ape?pencacai BN atau pun penjaga bontot si saiful?
bagus la tu tapi jangan guna DUIT KWSP untuk bayar bonus orang kerajaan pula. Duit itu duit amanah orang swasta pada kerajaan , sepatutnya orang swasta dapat keluar RM500 atau RM 1000 dari akaun dua mereka untuk sambut raya.
Orang swasta ni lain ada kerja ada gaji bukan macam orang kerajaan tak de kerja dapat gaji siap bonus lagi masa mereka pencen. Kena mintak restu orang swasta atau pencarum KWSP, jangan main guna duit mereka untuk bayar bonus penjawat awam.
1.2 juta orang penjawat awam tu sedikit dari bilangan pencarum KWSP (Orang Swasta).
ALA…NAMA PON ANAK FELDA…KEJE PERABIH DUIT MAK BAPAK JE LA..ORG TUA PENAT2 TEROKA…YG PERABIH ANAK2..KO TAU2 JE LA..KES2 SOSIAL DLM FELDA TU TAK TERKATA…ANAK2 FELDA NI RAMAI YG KAKI STIM..STIM DADAH ADA..STIM POMPUAN ADA…TAPI TAK SEMUA LA..ADA GAK YG JADIK ORG..KUTUK ORG GOMEN JE PANDAI..KO CARI LA KEJE BAGUS SKET..JGN DOK ABIS DUIT MAK BAPAK JE..KANG..SKET2…JAUL TANAH..BAGUS SGT LA PERANGAI MCMTU
sabar sedare jangan ikut emosi….kalu kerajaan lain yg memerentah belum tahu lagi….jangan demo kata kita beri peluang pada kerajaan baru memerentah…kita tengok dulu perubahannya…kalulah kita beri laluan kerajaan baru memerentah …. ditakdirkan negarani muflis bagaimana ???
demo akan kato ha..kito bagi balik pada hok lama…..demo keno pikir…bagaimana susahnya nok memulihkan ekonomi seperti loni…bakponyo sedare….sedare susoh sangat ko….
kalau mcm tu, try la bagi pakatan memerintah…baru boleh tau.jangan nak buat andaian melulu je
felda korang bagi mcm2..kami kat sabah dapat apa???dapat tahi org semenanjung..kmu tidak sedar ka bahawa kmu masih menjajah kmi org sabah..
Mereka yg kerja kat felda tu sahabat 16,17,18,19 dll kat Lahad Datu tu org semenanjung ke?????…kalau kerajaan tak buka felda kat sana, merempat kau balik pulau setangkai, sekurang2nya ada juga pekerjaan utk org kpg mencari rezeki……jadilah manusia bersyukur…cemin diri dulu sebelum hendak menyalahkan org lain…jgn dok main hentam aja ….bah..bah..bah..
Org kpg keje kat estet ok lagi…dapat juga bercucuk tanam…cari pendapatan sampingan..tapi kalo org estet diam di estet takkanlah nak tanam dlm kebun getah..memang kesian dgn pendaptan tak seberapa nak urus persekolahan anak amat perit…15 thn aku bersama keluarga hidup di estet..sengsara kehidupan aku sekeluarga…sekrg aku dah berjaya dlm kehidupan.. aku mendidik anak aku supaya tak jadi spt nasib aku…aku menceritakan kesusahan dan keperitan semasa kecil agar anak2 aku sedar betapa sukarnya belajar tanpa kewangan yg terhad, alhamdulillah 2 org kat MRSM…hidup aku pun dah berubah wpun tak kaya…hidup senang le ckit..cadangan aku larilah dari belengu estet…barulah kehidupan akan terjamin…
p/s: Org politik.. kaya2 n lahir di tempat aircond sebab tu dia org lupa rakyat yg menderita..dia org tak pernah merasa kesusahan hidup rakyat…tapi bila menjelang pilihanraya…dia orglah berpusu2 masuk est…itulah org politik..
terkenang Cikgu Amnah Bt Salleh SMKJ SP.Budimu tetap dalam kenangan sehingga akhir hayat ini..
dia ni org mana ni.. pasal ape cita pasal penjajah… krajaan tu org sabah.. pemimpin tu org sabah.. kat mana si penjajah org semenanjong tu timbul.. kat mana berak org semenanjong tu sapai taik tertinggal kat penulis ni…
utk pnulis ni kena sedar la sikit.. awak kena patriotik malaysia la.. jangan jadi cita zaman purbakala.. kita cita pembangunan negara kita malaysia tak timbul penjajah kat sini… awak sekolah mana ni.. cikgu tak ajr ke apa itu malaysia…
mun cheetah baruklah laju pok
X TAU MAU KOMEN APE.PANDAI-PANDAILAH KERAJAAN MENGURUS NEGARA JANGAN SAMPAI JADI HURU HARA MACAM TUNISIA DAN MESIR.KERAJAAN PATUT SEMAK GAJI KAKITANGAN KERAJAAN.HARGA SEMUA DAH NAIK.TARAF HIDUP SUDAH TINGGI.SO,KERAJAAN SENDIRILAH MAU INGAT.JANGAN CAKAP KOSONG SAJE.FIKIR POKET SENDIRI.PENUHKAN POKET SENDIRI
x hal pok…mun cheetah aku takut senapang manusia..sidak ya suka nangga aku punya kulit…x laju pin xhal… takut terpelanting masuk Sg. Sarawak…. Alamak kat swk tok ne ada harimauuuu…kelaklah aku tukar brand…
tak lama malaysia ni mcm mesir juga
Sdr belanga…Kalau nak tukar buat cara terhormat…spt di Kedah,Selangor,PP, kelantan, Terengganau (BN).Jadilah rakyat yg bijak dan cerdik bukan rakyat yg tak bertamadun.Kita tengok PRU 13, Perak milik sape…
selagi melayu tidak ubah metaliti bersikap x apa BN dapat memerintah sampai kiamat, walaupun barang keperluan naik dan naik melayu tetap sama komen dikedai kopi je. bila sampai pilihanraya dpt rm 10…2.. (rasuah la tu..bukan..belanja je..) dah gelap mata. entahlah apa nak jadi dgn bangsa aku ni melayu..melayu…cuba2lah muhasabah diri ingat dihadapan Rabuljalil akan dihisab …fikir2lah dan renong2lah
kita lum tau lagi jgn wat serkap jarang gitu,lain orang lain padang.macam katak bawah tempurung lak. pemimpinkan kita yang pilih bukannya jawatan seumur hidup.jangan seperti katak tak mau keluar dari tempurungnya. banyak petunjuk baiknya.janganlah dengar satu sumber je itu lah fikiran jadi sempit,jadilah diri kita orang yang adil kalau nak putuskan sesuatu keputusan tu tengoklah dua-dua belah pehgak jangan dengan peguam sebelah pehak je kemudian terus buat keputusan itu namanya taka waras.itu keputusan gaya samseng namanya dan tak boleh dipakai oleh orang yang waras,kalau kita berakal.
aku anak felda…generasi kedua…kenapa korang semua nak pertikaikan apa yg peneroka dapat? Ada hampa semua tny, apa sumbangan rakyat peneroka? ni dok kira nak bantai jaa…apa yang depa bagi, sebenarnya duit kami sendiri…bukan menagih duit kerajaan…
FYI..setiap hasil ladang, akan ditab skit dari hasil kami…sbg contoh..harga pasaran sekilo susu getah katakan RM20…Felda tak bayar penuh…depa beli dgn harga RM 18…bayangkan berapa juta dah depa kaut?Ada peneroka bising? Bila kami dapat sikit ja, semua nak melalak bising…kaji dulu…tanya peneroka dulu…baru laa nak persoalkan apa2…
masaalah nya bukan bising tapi yang jadi masaalah hak kami di ambil,,,,,
rezeki orang dapat bonus…kakitangan kerajaan putihlah mata….tak dapat…dah tak da duit ke…kerajaan sekarang.zaman perdana menteri dulu ok lagi..
…
Salah tu sebenarnya parti pembangkang adalah pemangkin kepada orang swasta untuk menyatakan ketidak puasan hati pada Kerajaan sekarang.
Orang swasta (orang-orang yang bukan ada kaitan berkerja kerajaan )mereka ini cemburu dengan nikmat yang apa selalu Ceupac laungkan.
Lihatlah Ceupac mereka selalu mengugut PM akan melancarkan kempen mogok, kalau bonus atau gaji dan elaun mereka tidak dilayan setiap tahun.
Mereka Ceupac bangga dengan ahli seramai 1.27 juta orang itu, tampa melihat jumlah orang swasta berdaftar sebagai pencarum KWSP seramai 11juta orang lebih.
Malah kalau dikira dari jumlah Orang kampung, pekerja kilang,peniaga,penganggur yang tidak berdaftar dengan KWSP pun sudah ramai dari ahli Ceupac tersebut.
Bermula dari zaman Pak Lah menaikkan gaji kakitangan kerajaan, terlebih naik sampai barang-barang keperluan pun ikut naik dari satu barang ke demi satu barang harian.
Tindakan ini memang popular tapi hasilnya Omar Osman presiden Ceupac yang dapat nama dan gelaran Datuk , tapi Pak Lah terkulai di turunkan oleh orang swasta iaitu 11juta orang swasta pencarum KWSP bersama mereka yang bukan kerja kerajaan yang lain.
Orang Swasta bukan orang Cina dan India saja ahli didalamnya malah orang Melayu terpinggir atau tak dapat kerja kerajaan kerana tak ada mak cik atau pak cik yang kerja dalam kerajaan yang senang nak rokeman mereka kerja.
Mereka ini lah yang merasa kecewa kerana sudahlah tiada jaminan tetap kalau kerja swasta,tiada kemudahan pinjaman, Interest bunga yang tinggi dari bank, faedah KWSP yang kecil setiap tahun sekitar 5% atau 4% setiap tahun.
lagi sakit hati duit KWSP mereka digunakan oleh kerajaan untuk bayar bonus orang kerajaan terutama hari raya dan musim sekolah.
Duit KWSP orang Swasta banyak 11juta orang katakan seorang sumbang RM100 je. (11,000,000 X RM 100= RM 1,100,000,000) Wow banyaknya..
Duit ini yang Felda pinjam untuk bayar bonus para peneroka dan bonus orang-orang kerajaan.Bayangkan sakit hati orang swasta sudahlah penat lelah dan menahan maki hamun boss mereka ditempat kerja.
Satu kebajikan pada mereka pun tak dapat ,lainlah jika PM umumkan RM1000 duit raya boleh keluar dari akaun dua KWSP mereka .
Ini tidak gaji orang kerja kilang sama kelulusan dengan orang kerja kerajaan jauh lebih rendah dan teruk layanan mereka. Tiada jaminan langsung orang kerja swasta ini , sedih……
Maka lahirlah golongan kedua memberontak, sebelum ini banyak orang kerajaan memberontak tapi tidak seramai orang swasta yang masih muda belia.
Nah..! lihat lah dimana-mana sekalipun mesti ada orang mengatakan kerajaan sekarang tak bagus. Cerita Harga barang naik itu hanya wayang ketidak puasan dan kecemburuan pada orang kerajaan yang banyak dapat kemudahan bermacam-macam.
Zaman Mahathir dulu tidak adalah macam itu sebabnya nak kerja kerajaan pun basic polis baru RM450 sama dengan basic gaji orang kerja kilang. tapi taraf kelulusan mereka sama. Tambahan pula PM Mahathir masa tu cakap kerja kerajaan bukan untuk kumpul harta tapi berkhidmat pada bangsa dan negara. Kalau tidak puas dengan gaji mereka sila berhenti dan berniaga atau kerja swasta. Ha..!Baru betul ,kerja kerajaan bukan untuk kumpul harta tapi berkhidmat pada nusa dan negara.
Tapi sekarang dah terbalik semua anak muda nak kerja kerajaan sebab kemudahan dihari tua tapi yang dapatnya beberapa kerat. selebihnya kecewa dan menyalahkan kerajaan. Maka makin ramailah yang menyokong pembangkang untuk jadi tunggangan menyuarakan ketidakpuasan mereka.
Sekian
Kenapa felda pinjam mudah tunai dengan KWSP pula ia banyak pula tu dengar kata nya Rm 6 billion…….oiiiiiiiiiiiiiii duit pekerja juga yang di guna ia…