Kalau sebelum ini rakyat Malaysia sudah beberapa kali diberikan peringatan yang bumi sudah tua dan sudah mula tanda-tanda yang bumi akan mengamuk. Perubahan cuaca dunia sudah lama berlaku dan sering dipaparkan kepada umum tetapi sekarang ini ia semakin teruk….Malam tadi pun buletin TV3 ada memaparkan kebanyakan bandar-bandar utama dunia mencapai suhu sehingga 40 darjah celcius. Kita yang di Malaysia pun 32 darjah celcius dah mengelupur panasnya…….Tanpa kita sedari dek kerana perubahan cuaca dunia yang semakin mendadak ketika ini, sedikit demi sedikit Tuhan telah menarik nikmat yang sedia ada sebelum ini….
TOKYO: Penduduk di seluruh dunia kini merasai perubahan cuaca dunia dek kesan gelombang panas yang dijangka berlarutan.Malah, cuaca panas dianggap penyebab kebakaran di kota Kanada, Toronto hingga memutuskan bekalan kuasa selain menjejaskan lawatan Ratu Elizabeth.
Kesan kepanasan paling teruk dilaporkan di Russia apabila 300 maut dan kematian pada satu hari mencatat 63 orang. Kebanyakan mangsa lemas ketika cuba mencari jalan menyejukkan diri daripada gelombang panas sehingga 37 darjah Celcius yang melanda seluruh negara itu. Ramai yang melompat ke dalam sungai atau tasik untuk sejuk tetapi menemui ajal kerana tidak menghiraukan amaran supaya mengelak lokasi tertentu yang dalam atau tidak berada dalam keadaan mabuk ketika menyejukkan diri masing-masing.
Seorang pegawai berkata: Minggu lalu, 285 orang maut kerana lemas apabila tidak mengikut arahan melakukannya di tempat yang ada kemudahan atau berada dalam keadaan mabuk.
Di Taiwan, seorang lelaki yang cuba mengelak daripada bahang panas menemui ajal apabila masuk ke dalam bilik ais dan ditemui dalam keadaan beku selepas tertidur. Suhu dilaporkan mencapai 37 darjah Celcius di Taiwan. Keadaan yang sama juga dilaporkan di negara lain di Asia termasuk China, India dan Pakistan.
Beberapa kawasan di utara China termasuk Beijing, Hebei dan Shaanxi selain wilayah timur, Shandong province, mencatat suhu 38 hingga 40 darjah Celcius. Malah, di Perancis, laporan mengatakan bukan saja manusia tetapi juga haiwan cuba mencari jalan mengelak cuaca panas.
Di ibu kota Belgium, Brussels, suhu dilaporkan mencapai tahap tertinggi sejak 1976 ketika penduduk bersedia memulakan percutian musim panas. Bandar raya itu yang biasa mendung mencatat suhu 40 darjah Celcius. Di Jerman, suhunya juga melepasi 30 darjah Celcius menyebabkan ramai penduduk berehat dekat kolam dan pancutan air di taman seluruh negara itu. Rantau timur laut Amerika Syarikat tidak terkecuali daripada perubahan cuaca dunia yang mana fenomena gelombang panas kini mencapai suhu 38 darjah Celcius dan lebih tinggi di bandar utama termasuk New York, dan Washington. Agensi
Nah….ini dia. Sebagai contoh, Laut Aral merupakan sebuah tasik yang dahulunya merupakan tasik yang keempat terbesar di dunia dengan keluasan 68000 km2. Dahulu………
Lihat apa yang terjadi sekarang akibat perbuatan kita sendiri yang tanpa kita sedari telah melenyapkan nikmat yang diturunkan oleh Tuhan yang terletak berhampiran Laut Kaspia di Asia Tengah
Nah ini pula, pemandangan daripada satelit yang menunjukkan keadaan sungai Tigris and Euphrates di Iraq sekitar tahun 1990.

Dan………………..? Lihatlah…..apa yang terjadi. Agak-agaknya bagaimana keadaannya sungai Tigris and Euphrates sekarang?
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah saw bersabda: “Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata “mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu”.”
Di dalam riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah bersabda: “Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.”
P/S : Sungai Furat (bahasa Inggeris:Euphrates)






{ 8 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
sekarang cuaca semakin panas. ini berpunca dari manusia itu sendiri. lapisan udara semakin nipis disebabkan bahan kimia yang dilepaskan hasil teknologi buatan manusia. hal nih xbole berterusan. teknologi harus berkembang tapi dalam masa yg sama kne peka isu alam sekitar.
sedarlah dunia dh semakin tua dan dah nak sampai kepenhujungnya.
:senyumkambing …semkin tua bumi..semakin tua usia…semakin menjadi-2 lakonan manusia di pentas dunia..melakarkan warna…bumi …. :tembak sana sine tembak merebut kuasa…. :nangis …bumi menagis kepanasan….. :kejut terkejut dengan perubahan iklim dunia..
betul tu,..semasa dalam kesenangan yg tuhan brikn kpda kita,.kita lalai dan bt endah tak endah,..mlhn bumi yg indah ini kta musnah kn alam smula jd nya kpda alam boneka utk kpntgn sndiri,..kini,.smua org sling mylhkn antra stu sma lain ats apa yg tlh brlku,….apakah kta msh blum sdr atau brpura2 tk sdr???,…sbgai mnusia fkir la apa tnggngjwb kta yg sbnrnya d bumi ini brlndskn pgngn agama kta msing2,….peace no sad,no suffer and no war!!!,..
sedar la kta!!!
cuaca panas kat bandar, sebab bandar xada banyak pokok, carbon dioksida pn makin banyak, tu la salah satu faktor suhu makin tinggi. carbon dioksida tu gas rumah hijau yang berfungsi memanas kan bumi, tapi lau berlebih, jd macam nie la..pokok tu dapat seimbangkan carbon dioksida dalam bumi.. jadi tanam la pokok, jangan hanya nak cantik kan lanskap dengan batuan je..
Kita sebagai manusia haruslah fikirkan cara2 utk mengekalkan suhu kita kembali daripada semakin panas.Dan kita jangan hanya tggu arahan,tetapi kita kenalh bertindak dahulu…PLEASE lah..lindungilh BUMI kita!
Ups cerpennya keren. Lingkungan steikar sebenarnya banyak memberikan kita pelajaran alau kita mau sedikit melihat dan mengambil pelajaran disana. Seperti sang Tokoh yang tobat setelah bertemu dengan Ibu-ibu hamil tersebut.Terus berkarya ya Lam kenal..