Sememangnya Tuhan lebih menyayangi Allahyarham. Dalam keadaan umat Islam bakal menyambut ketibaan bulan Ramadhan tidak lama lagi, sekali lagi negara kehilangan insan yang sering memperjuangkan lagu-lagu berunsurkan dakwah. Kami dari Berita Semasa mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kelompok orang-orang yang mukminin. Allahyarham yang disahkan meninggal dunia kira 11.30 pgi semalam akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar. Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim meninggal dunia pada umur sekitar, 40 an. Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini. Arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Kelunakan suara dan penghayatan Allahyarham bersama-sama ahli kumpulan Rabbani dalam menyampaikan lagu-lagu berunsur dakwah dan kerohanian banyak meninggalkan kesan kepada semua.
Berikut sedikit bingkisan berkenaan diri Allahyarham
Ustaz Asri Ibrahim dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Dia menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya. Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.
Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut. Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar – 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).
Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri. Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti ‘ARAH Dari Mana… Ke Mana…‘ (1997), ‘Pergi Tak Kembali’ (1999), ‘Intifada’ (2000), ‘Yalla Beena’ (2004) dan yang terbaru, ‘Nostalgia Nada Murni’.
Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini. Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja. Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah. Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music di dalam lagu-lagu terbarunya.
Pencapaian kumpulan Rabbani amat membanggakan. Walaupun arwah adalah tunjang kejayaan kumpulan Rabbani selama ini, beliau lebih senang berkongsi setiap detik kejayaannya bersama anggota yang lain. Peribadi arwah yang begitu luhur kini tinggal kenangan.
Al-Fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin.


{ 20 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
so sad….this news! great person.
aku doakan arwah tenang disana.. sedih dengar suara dia tabir hari raya.. n zikir di ikim.fm.. huhuhu..alfatihah
Ikim.FM? huhuhh
dah lama tak layan
sekarang ini kalau bukak radio
layan HOT.Fm tak pun sinar
ERA? dah abes zaman :ketawa
dah abes zaman ke pak awang?
tapi zikir kat ikim tu takkan habis dek zamannya…
sehingga lah nafas terakhir….
bagus gak dengar ikim…boleh insaf…. :senyum
kehilangannya sangat mengejutkan…
semoga ruhnya dicucuri rahmat…meninggal dibulan mulia…
Semoga Allah melimpahkan kurnia dan rahmat pada arwah..amin… :doa
moga roh beliau dicucuri rahmat Nya..Alfatihah… :doa
arwah muda lagi…
dan pemergiannya mengingatkan kita
muda dan tua tiada bezanya
ajal maut tetap datang tak kira usia…
betul tu..kita seharusnya sentiasa bersedia menghadapi hari yang akan datang untuk kita.. :doa
Kenapa orang kita lebih sedih mengingati pemergian michal jackson berbanding ustaz asri? ustaz asri 2 pejuang Islam tersohor mana sama dengan MJ..Semoga roh ustaz asri dicucuri dengan rahmat-NYA.Amiinn….
sedih sangat tengok vedio di youtube ni:
http://www.youtube.com/watch?v=YlXd2rER0OQ&feature=related
Perginya seorang pejuang Islam….Semoga engkau bahagia di alam sana wahai UStaz aSri
pergi tak kembali…
seolah-olah sinonim dengan pemergiannya…
maksud saya, dia yang menyanyikan lagu ini..
akhirnya dia yang pergi dulu
sebab teringat lagu sudirman
salam terakhir…dan selepas keluar lagu ni
dia pun meninggal…
p/s:semuanya kebetulan…
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
p/s: amalan yang mana lebih banyak?
baik atau buruk?
renung-renungkan…
tu la..sedih sangt bila teringatkan pemergian ustaz…bila dia dah mninggal baru la ramai yang mula berjinak-jinak deng lagu nasyid :sedih
bagi umat Islam,pemergiannya amat dirasai kerana beliau merupakan :sedih salah seorang yang memperjuangkan seni nasyid tanah air..
pemergiannya ada hikmah
ramai pihak terkejut
dan ini menyedarkan kita
yang masih leka didunia…
sama-sama berbuat amal tuk bekalan hari esok
Itulah nama kehidupan.bernyawa semua tetap akan mati.tak kira baik atau jahat.tetap akan mati jua.sama-samalah kita ingat.hidup cuma sementara je.bukan selamanya.
Takziah! buat keluarganya moga roh allahyarham dicucuri rahmat. Saya mmg minat akan kelunakkan suaranya terutama bila mengaji & last 2 weeks bila terjumpa artikel yg dia dah pulang ke rahmatullah :doa
…..dengar2 ust asri mula bernasyid ketika menjadi pelajar al arqam. sama juga dengan ust amal….