Minggu ini memang sarat dengan perlawanan bola sepak yang penting untuk ditonton. Seperti semalam, sudah diketahui siapa pemenang bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 yang berlangsung semalam, iaitu pasukan Negeri Sembilan dengan keputusan (3 berbalas 0) terhadap pasukan Kelantan. Yang mana terlepas melihat detik-detik kemenangan dan jaringan gol di sepanjang perlawanan akhir Piala Malaysia 2009, boleh melihat video yang telah saya sediakan di sini. Malam ini pula, akan berlangsungnya perlawanan tumpuan untuk perebutan senarai pendahulu Liga Perdana Inggeris 2009 yang mana menemukan Manchester United vs Chelsea di Stamford Bridge.
Jika Chelsea menang pada perlawanan ini, cengkamannya sebagai pendahulu akan semakin kukuh dengan berjaya menjarakkan perbezaan kepada 5 mata berbanding Manchester United mahupun Arsenal(kurang 1 perlawanan). Tetapi jika Manchester United yang berjaya menumpaskan Chelsea, mereka akan berpeluang untuk merampas seketika takhta pendahulu Liga Perdana Inggeris 2009 dengan kelebihan 1 mata.
Walaubagaimanapun, sememangnya tidak dapat dijangkakan keputusan. Sama-sama kuat, sama-sama handal. Yang pentingnya, perlawanan ini bakal menemukan penyerang prolifik dari kedua-kedua pasukan iaitu Wayne Rooney(Manchester United) dan Didier Drogba(Chelsea) bagi mengucar-kacirkan pertahanan lawan dan menguji ketajaman penyudah pada malam ini. Sama-sama kita nantikan.
P/S : Malam ini kedai mapley mesti “bikin runtuh” dengan kehadiran penyokong dari kedua-kedua pasukan.
[poll id="28"]


{ 5 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
2 2 kumpulan ada kekuatan tersendiri. Cuma masa dan nasib yang akan menentukan kemenangan milik kumpulan mana.
Kalau tersilap taktik, serangan @ pertahanan walaupun tanpa sengaja, kekalahan akan melanda kumpulan tersebut.. :phwitt
(sokong MU sebab adik aku peminat setia MU. aku lak x minat bola sepak @ mana2 sukan langsung) :ejek
Apa la malang nasib MU semalam. Dah la kena gol ‘offsaid’. tapi perpun tahniah untuk MU yang berjaya mengekang serangan Chelsea. pengadil pun kira ok la.. yang tak ok penjaga garisan.. hehe….
p/s : liat betul aku nak bangun pagi gara² tengok bola mlm tdi.
Tula pasal
geram betul aku tengok game aritu
menang aku, kali ini pertahann MU ada problem :curiga
Chelsea terbaek! calon juara epl 09/10. hehehe. congratz chelsea, menang ngn Man Utd
betul la tu.. bagi aku tahun ni memang tahun Chelsea dengan Arsenal.. Walaupun aku ni penyokong MU tapi aku nampak the best and perform team setakat ni Arsenal. Game dia org pun cun kira Totally football la..
apapun tunggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu……..