BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Punca Kes Ragut di Malaysia? Penyelesaian?

by Staff Berita Semasa on February 19, 2010

in Kes Jenayah

Jenayah dan kes ragut di Malaysia terutamanya di ibu negara semakin membimbangkan. Ada kes ibu sedang sarat mengandung, terbunuh semasa kes ragut, ada yang cedera parah semasa kes ragut, ada juga yang calar dimuka kerana ditoreh dengan pisau cukur ketika melawan peragut dan bermacam-macam lagi. Yang pastinya peragut tidak mengenal mangsa. Kejam!!!!

Kalau dinamakan peragut, wanita tidak perlu membawa beg tangan pun boleh diragut. Sebab? Sebab itu memang kerja dan mata pencarian mereka sehari-hari. Walaumacammana sukar sekalipun, mereka pastinya akan berikhtiar untuk meragut mangsa, tidak kira lelaki atau pun perempaun. Yang pastinya golongan wanita yang ramai menjadi mangsa dalam kes ragut di Malaysia

Walaupun kaum lelaki ada juga menjadi mangsa ragut tetapi jumlahnya adalah sedikit jika dibandingkan dengan kejadian ragut dikalangan wanita. Sebelum ini, kita digemparkan kejadian di mana peragut bertindak meragut seorang wanita sedang hamil, akibatnya wanita itu terjatuh dari motorsikalnya dan akhirnya maut disitu. Berikut adalah sebahagian gambar wanita hamil yang maut dalam kejadian ragut itu.

Kes Ragut di Malaysia #1 : Diragut semasa menunggang motosikal

IDA Fatmawati Ghazali, 27, bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), rugi kira-kira RM3,000 selepas diragut ketika perjalanan pulang ke rumah sewanya di Pandan Indah dari sebuah syarikat pengiklanan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 28 April dua tahun lalu.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, mangsa menunggang motosikal sendirian untuk menuju ke rumah sewanya sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal lalu meragut beg tangan yang diletakkan di dalam bakul motosikalnya. Dia yang terkejut dan panik dengan kejadian tersebut menceritakan insiden itu berlaku sekelip mata. Ida yang kehilangan beberapa dokumen dan barang peribadi termasuk telefon bimbit, wang tunai, kunci rumah dan kad pengenalan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada hari kejadian.

Dia menasihati penunggang motosikal khususnya golongan wanita agar tidak meletakkan beg tangan di dalam bakul sebaliknya menggalasnya di bahu ketika menaiki kenderaan tersebut.

Kes Ragut di Malaysia #2 : Diragut semasa guna telefon bimbit

SEORANG pensyarah wanita di sebuah universiti tempatan, Dorothy Misir, 31, tidak menyangka tarikh 3 Mac 2005 menjadi pengalaman hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa ragut sebaik sahaja keluar dari sebuah pasar raya di Shah Alam, Selangor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa ditemani dua rakan wanitanya baru sahaja keluar dari kompleks membeli-belah terbabit dan sedang leka berbual dengan rakannya melalui telefon bimbit. Tiba-tiba beg tangannya diragut oleh seorang pembonceng motosikal.

Dorothy mengakui sejak kejadian itu, dia tidak lagi menggunakan telefon bimbit sambil berjalan dan sentiasa memerhati keadaan sekitar ketika keluar bersiar-siar.

Kes Ragut di Malaysia #3 : Diragut semasa guna telefon bimbit

SITI Salwana Mohd. Ragam, 21, seorang suri rumah sehingga kini masih trauma selepas beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal ketika menunggu teksi di sebuah perhentian di hadapan Hospital Kuala Lumpur, penghujung April lalu.

Ketika kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa sedang mendukung anak lelakinya berusia setahun lima bulan. Mangsa turut meluahkan rasa kecewanya dengan sikap orang ramai di tempat kejadian yang hanya ‘membatu’ dan melihat sahaja kejadian tersebut tanpa menghulurkan bantuan. Dia menjerit meminta tolong ketika kejadian, malangnya usahanya itu hanya sia-sia apabila mereka yang berada di situ tidak mempedulikan dirinya.

Terutamanya kepada wanita, sekarang ini wanita perlu lebih berjaga-jaga. Apabila diragut, biarkan sahaja barang-barang diambil peragut tidak guna itu. Jangan sesekali cuba-cuba untuk melawan kerana ia lebih membahayakan diri anda sendiri. Yang penting sekarang ini, nyawa anda. Barisan peragut-peragut durjana di Malaysia sekarang ini, berani mati. Sanggup buat apa sekalipun. Barang boleh dicari. Jaminan keselamatan? Nyawa?

Setiap masalah pasti ada pencegahannya, mungkin anda sendiri boleh menambah mana yang patut daripada senarai tips di bawah bagi menggelakkan anda menjadi mangsa seterusnya kes ragut. Tips elak jadi mangsa ragut :

1) Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.
2) Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.
3) Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek.
4) Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.
5) Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.
6) Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.
7) Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank
8) Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.
9) Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.
10) Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas.

Ini pula cadangan sebelum ini dari seorang Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bagi menangani kes ragut :

KUALA LUMPUR – Polis mungkin mencadangkan kepada kerajaan supaya motosikal tidak dibenarkan memasuki kawasan bandar-bandar besar di seluruh negara sebagai langkah mengurangkan kes ragut di negara ini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, ini kerana banyak kes ragut dilakukan oleh penunggang motosikal atau pemboncengnya yang sentiasa berlegar mencari mangsa di kawasan bandar-bandar besar.

Bagi saya sendiri kes-kes jenayah seperti kes ragut adalah disebabkan kelemahan penguatkuasaan undang-undang itu sendiri juga.  Sejauh mana peragut takut  dengan hukuman yang akan dijatuhkan kepada meraka. Penjara? Senyum sahaja mereka. Setakat penjara je, apala sangat.  Nanti bila keluar kemungkinan untuk mereka mengulangi perbuatan terkutuk mereka sangat-sangat tinggi.  Undang-undang bagi pencegahan kes ragut di Malaysia sangat penting untuk diperketatkan  dan dikuatkuasakan supaya pelaku jenayah  berfikir 2-3 kali untuk melakukan jenayah.

Ini pula yang melibatkan peragut baru-baru nak belajar meragut (peringkat amatur lagi) :

KUALA LUMPUR: Gara-gara ketakutan, seorang peragut terkencing dalam seluar sebaik terdengar tembakan amaran dilepaskan anggota polis ketika dia cuba meloloskan diri selepas menyamun mangsa, semalam. Difahamkan, suspek terpaksa berlari untuk menyelamatkan diri kerana ditinggalkan rakannya yang menyedari kehadiran pihak berkuasa di kawasan berkenaan. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang di Jalan Kepong di sini, suspek bukan saja cuba menyamun seorang wanita berusia lewat 20-an, malah turut memukul mangsa menggunakan topi keledar.

Namun, nasib suspek menjadi malang apabila rakannya yang menunggu di atas motosikal berhampiran kawasan berkenaan memecut meninggalkannya sebaik menyedari kehadiran dua anggota polis. Menurut sumber, suspek yang panik melarikan diri kira-kira 50 meter, namun dikepung anggota polis terbabit yang menerima bantuan orang ramai.

“Akibat terdesak, suspek terjun dalam longkang kira-kira setinggi lima meter,” katanya. Sumber berkata, suspek berlari dalam longkang itu, namun terhenti selepas terdengar satu tembakan amaran dilepaskan seorang daripada dua anggota polis berkenaan. “Sebaik kedua-dua anggota polis berkenaan menghampirinya, suspek menggigil sebelum terkencing dalam seluar,” katanya.

Suspek dibawa ke Balai Polis Kepong di sini, untuk tindakan lanjut.

Mungkin si peragut ini dalam keadaan terdesak untuk mencari wang dalam pada masa yang sama tidak mempunyai naluri seorang peragut. Kandungan kalsium sulfatnya yang tinggi, disebabkan oleh hormon adrenalin yang tinggi ketika peragut dalam ketakutan selepas mendengar tembakan amaran polis menyebabkan dia  terkencing akibat ketakutan.

P/S : Masalah kes ragut di Malaysia hanya akan dapat dikurangan mungkin dengan 2 langkah yang digerakkan secara menyeluruh. Pertama, masalah penganguran/pertambahbaikan ekonomi negara dan satu lagi pebguatkuasaan undang-undang Malaysia. Cadangan anda?

[poll id="60"]


{ 14 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 syahirah March 21, 2010 at 5:51 pm
2 black comedy dvd May 16, 2010 at 3:43 am

We don’t usually respond to articles but I’ll in this case. Amazing :)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 aina July 21, 2010 at 1:19 pm
4 sahayunie December 21, 2010 at 5:37 am

peragut tak berperikemanusiaan

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 ain amran February 8, 2012 at 9:21 pm
6 edmund January 29, 2011 at 2:00 pm

RAGUT2 xde kje lain lg…tu la jgn terlalu lama sembang dng kwn2 nnt nk ragut plak..mcm panjang wh..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 zam February 15, 2011 at 9:57 am

Saya mencadangkan pihak berkuasa JPJ mengharamkan motosikal dinaiki oleh 2 orang lelaki dewasa untuk mengurangkan jenayah ragut. Peragut adalah pembunuh. Mereka patut dijatuhkan hukuman mati.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 May April 17, 2013 at 12:06 pm

kolot pandangan awak tu. cuba kau pesan rakyat kat luar sana agar jangan pakai barang kemas banyak gila….. tu pakai cam nak mati… kelak kalau pergi bandar, bawalah alat tajam… kasih bunuh je…. tapi jangan melulu… kelak salah orang… relak je…. pakailah OTAK satu kilo untuk berfikir….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 nur shema November 20, 2011 at 5:36 pm

kerat tangan peragut tu..kasi pengajaran..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 ain amran February 8, 2012 at 9:20 pm

SAYA BNCI PENJENAYAH SKUNK NIEH! MAKIN MENGGANAS!!!!!!!
:)

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 ain amran February 8, 2012 at 9:22 pm

PERAGUT TUH TIDAK BERHATI PERUT LANGSUNG!!!!!!!!!!!!
:’(

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 mokochan September 19, 2012 at 11:25 pm

Pancung jer…,xpon tembak kt kpale..,biar diorg takut…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 Nik Amalina Nik Man February 21, 2013 at 8:26 pm

phak brkuasa sharusnye m’buat r0ndaan ditmpat yg snyi ..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 bone May 13, 2013 at 12:11 am

maaf admin, email add laserx12@gmail.com bukan yahoo.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: