Jabatan Akauntan Negara : Patutlah hujung minggu ini, kami lihat sesak semacam sahaja. Rupanya dah gaji sekitar 4 hari lepas. Jadi, kami hari ini nak kongsikan prosedur penggunaan Sistem e-Penyata Gaji dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM).
Sekarang dah tiada lagi slip gaji seperti gambar di atas ini. Memang “legend” slip gaji ini. Teknologi sudah bergerak cepat sekarang ini, jadi sistem di Jabatan Akauntan Negara ANM (anm.gov.my) gaji perlu sama-sama dipertingkat juga. Sistem e-Penyata gaji dari Jabatan Akauntan Negara Malaysia ANM dilaksanakan pada tahun 2010 lagi. Jadi, sesiapa yang kerja kerajaan kena daftar e-penyata gaji untuk print penyata gaji.
Dengan adanya sistem e-penyata gaji di Jabatan Akauntan Negara (ANM) ini, tiada lagi masalah jika :
- slip gaji hilang
- tertinggal ketika nak buat loan ker ataupun
- kelewatan menerima slip gaji seperti sebelum-sebelumnya.
- yang penting bila dah boleh buat semakan e-penyata gaji di laman Jabatan Akauntan Negara ANM (anm gov) memang dapat jimat banyak kos operasi
Semakan Gaji di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM)
Kalau orang muda tiada masalah untuk menggunapakai sistem e-penyata gaji Jabatan Akauntan Negara ANM (egaji) ini. Mungkin sedikit kekok sesetengah golongan yang agak berumur yang kurang mahir menggunakan Internet. Semoga tutorial ringkas ini membantu anda semua tidak kira orang baru mahupun orang lama bekerja dengan kerajaan :
- Laman Jabatan Akauntan Negara Malaysia ANM berwajah baru sejak 3-4 bulan lepas semenjak dah bertukar AG (Akauntan Negara) yang baru.
- Jadi apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah dengan cara pergi ke laman Jabatan Akauntan Negara ANM gaji, http://www.anm.gov.my
- KLIK tab e-Penyata gaji & laporan
- Dan akan terpapar paparan seperti gambarah di atas. Ruangan untuk akses masuk ke sistem e-penyata gaji & laporan milik anda sendiri
- Jika anda belum mempunyai akaun bagi e-penyata gaji, anda boleh mendaftarkan maklumat diri anda dengan cara KLIK pada link Pertama Kali Mendaftar
- Jadi akan terpapar halaman seperti di atas ini.
- Anda isikan maklumat seperti yang diminta.
- Mana ruangan yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi.
- Pendaftaran anda adalah berjaya sekiranya No.Kad Pengenalan/No Pasport/Kod Pengenalan Lain dan No. Gaji yang dimasukkan adalah sah dalam sistem.
- Jadi selesai sahaja proses pendaftaran, anda perlu untuk akses masuk ke dalam sistem e-penyata gaji, masukkan No.Kad Pengenalan atau No. Pasport atau Kod Pengenalan Lain Yang Sah serta Kata Laluan anda yang telah berjaya didaftarkan dalam proses pendaftaran sistem sebelum ini dan klik butang Daftar Masuk
- Setelah berjaya daftar masuk, pada skrin yang dipaparkan seperti berikut, anda boleh klik pada submenu ”Sendiri” untuk memuat turun Penyata Gaji Bulanan atau pun Penyata Pendapatan Tahunan.
- Untuk memuat turun penyata gaji bulanan, klik pada submenu “Sendiri” di bawah menu “Penyata Gaji”. Skrin seperti berikut akan dipaparkan di portal Jabatan Akauntan Negara (ANM):
- Buat pilihan Tahun dan Bulan dan klik butang ”Cari”. Jadual Penyata Gaji akan dipaparkan sekiranya penyata gaji bagi bulan dan tahun yang dinyatakan dalam pilihan carian telah dimuat naik dalam sistem Portal Jabatan Akauntan negara (ANM). Klik pada pilihan yang tertera di dalam jadual untuk memaparkan maklumat penyata gaji. Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata gaji tersebut dalam media komputer anda.
- Selesai
Sistem di Jabatan Akauntan Negara (ANM) : Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil
Bila ada sistem sebegini ramai yang ambil kesempatan & mata-mata yang memerhati & dahagakan wang anda. Apatah lagi dengan kos sara hidup di Malaysia yang melambung tinggi. Cuma, nasihat kami dan ini sangat penting.
- Gunakan kata laluan yang kuat (kata laluan yang sukar diteka oleh orang lain) drmasa mendaftar akaun baru di portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia ANM
- Simpan kata laluan (password) anda dengan baik & jangan sesekali dedahkan kepada orang lain waima yang kita baik sekalipun.
- Ha…yang ini memang ramai yang buat. Jangan amalkan. Elakkan tarikh lahir sebagai kata laluan. Kenapa? Sebab senang nak ingat, bukan? Anda ada 2 pilihan sahaja, anda mahu akaun e-penyata gaji di Jabatan Akauntan Negara lebih selamat dengan guna password yang lebih sukar ataupun hanya mahu menggunakan password yang lemah (tarikh lahir anda)?
- Simpan rapi e-penyata gaji yang sudah dicetak dari portal Jabatan Akauntan Negara (ANM). Jangan letakkan di tempat yang terdedah.
Sistem e Penyata Gaji di Jabatan Akauntan Negara (ANM) : Harap Ada Penambaikan
Akhir sekali, lepas ini kepada mana-mana developer system laman-laman web kerajaan ini ambil berat konsep HCI iaitu :
- H – Human
- C – Computer
- I – Interaction
Diharapkan dapatlah kiranya menggunakan saiz server yang lebih besar dan efisien bagi membantu kalangan kakitangan awam melayari portal Jabatan Akauntan Negara (ANM). Gunakan sistem online sahaja sudah dapat jimatkan kos operasi yang cukup besar, jadilah gunakan penjimatan tersebut untuk pembangunan laman web Jabatan Akauntan Negara yang lebih baik.
Bukannya syok sendiri sahaja. Kerana ramai yang akan menggunakan laman-laman web kerajaan sebagai rujukan termasuklah semakan e-penyata gaji di laman Jabatan Akauntan Negara Malaysia (ANM) gaji ini.
[poll id="228"]








{ 20 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
Isy… lambat sangat keluar pasal slip gaji online ni. Kitorang mmg dah guna lama dah…
Ntah… tak silap saya awl2 tahun dah guna dah…
saya belum kerja..hehe
brita ni x semasa..entry lain ok….
wah awal keluar
banyak jugak gaji awal2 bulan ini
bahaya betul
SAYA KERJA KERAJAAN TAPI KONTRAK.MASALAHNYA GJ SENTIASA LEWAT DAN TIADA PENYATA GJ.TU SUSAHNYA
kenapa dalam slip gaji disember pensyarah politeknik tiada bonus..
kenapa e-maklum susah nak ekses payah nak buat semakan pembayaran tapi semakan gaji o.k saja anm tolong jawab
aks naik gaji ciput jer….pm naik lahlagi………..
tp sejak ade sbp nape ramai yg xsetuju,why???
aku xstuju spb sbb aku yg dh kjew lma btahun2 yg bru msuk kjew gj sma taraf..pe kes?????kalun korang puas ati x kalu duk kt tempat aku??????????
kdg2 susah gak nk prnt out lbh2 lg bila line maxis wat hal.. apa lg sya duk kwsan luar bandar…
kesiannn la awak. nasib kita serupa.. kih4x
ok lah pd tak naik gaji lgsg kan, slip gaji on line ni ok lah so kite kat mn2 blh tgk n prin,
^_^huhuhuh
salam nak tanyalah
yang slip gaji tu hanya jabatan kerajaan je ke..mcam saya badan berkanun,tidak boleh tengok ke..mengape ye tidak diselaraskan slip gaji xkira sepenuh kerajaan, badan berkanun.jadi mudah untuk semak.
saya minta badan berkanun juga dapat menyemak melalui online.
terima kasih
nak tanye semua jabatan kerajaan boleh guna ke sistem ni..
saya keje bawah jabatan pdrm…bila nak daftar jer kata ID tak ujud..
macammane tue..
nie lah setiap kali sy nak daftar…
Gagal untuk mendaftar. – Tiada rekod ditemui. Sila semak semula ID pengguna anda.
Apa min system requirement nak view slip gaji ni? Sebelum ni xde masalah. Tak dapat tgk slip gaji April. keluar blank page je. mesej yg keluar what do you want to do with Getfile_ashx?&filename=APR2012(C01)&TYPE=1&id=25322878? Dekat telefon pun xleh tgk…internet explorer, acrobat reader??? pening…
kami mengharapkan elaun perumahan dapat dinaikkan bagi penjawat awam di Sabah.
Diharapkan dapat dikeluarkan jadual tarikh slip gaji keluar bg setahun(mcm jadual pmbyaran gaji tu tp ini jadual slip gaji kuar).jd xder la dok cek byk2 kali tp xkuar2 lg.terima kasih.