
Negara Jepun kita berwajah baru dari segi pimpinan kerajaan. Apa yang boleh dikatakan dinasti bagi Parti Liberal Demokratik (LDP) sejak sekian lama bagi pemerintahan untuk Negara Matahari Terbit ini telah pun berakhir. Parti Liberal Demokratik (LDP) gagal mengekang kebangkitan mendadak Parti Demokratik Jepun (DPJ) di bawah pimpinan Hatoyama dengan mendapat sokongan hebat dar rakyat Jepun.
Yukio Hatoyama secara rasmi telah pun dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru oleh Dewan Rakyat Jepun semalam. Dengan tidak mempunyai sebarang pengalaman menguruskan negara dalam pada masa yang sama rakyat mahukan perubahan dari segi corak pemerintahan yang bakal dipimpin oleh Perdana Menteri Jepun ini. Pastinya Yukio Hatoyama bakal menerima tekanan hebat untuk berdepan dengan cabaran besar memulihkan ekonomi yang terjejas teruk selain menguruskan kembali hubungan goyah dengan sekutunya, Amerika Syarikat.
Kini sudah tiba masa Hatoyama memenuhi janji memberi tumpuan kepada meningkatkan keupayaan pengguna untuk berbelanja, mengurangkan pembaziran dan mengendurkan kawalan ketat birokrat dalam membentuk dasar kerajaan. Hatoyama, 62, yang mendapat pendidikan di Amerika, memakai tali leher dipercayai pemberi tuah berwarna emas, perak dan biru serta sapu tangan poket pengenalan, berdiri dan tunduk selepas undian.
“Perasaan saya bercampur baur antara teruja mengubah sejarah dan menggalas tanggungjawab besar untuk melakar sejarah,” kata Hatoyama.
(Bekas Perdana Menteri Jepun , Taro Aso)
Dalam sejarah politik negara Jepun, Parti Liberal Demokratik (LDP) hanya kalah sebanyak dua kali kepada Parti Demokratik Jepun (DPJ) dalam pilihan raya sejak diasaskan pada 1955.
“Perjuangan bermula sekarang,” katanya sebaik meninggalkan rumahnya awal pagi sebelumnya.
Kabinet Hatoyama, keseimbangan rumit antara anggota bekas anggota LDP, bekas penyokong sosialis dan konservatif muda, perlu segera bekerja.
“DPJ perlu muncul dengan senarai keutamaan dipersetujui dengan segera kerana manifestonya sepanjang senarai pakaian yang perlu dicuci,” kata Koichi Nakano, seorang profesor di Universiti Sophia di sini.
“Adalah lebih baik mereka bukan setakat memerintah dengan cara berbeza, malah dari segi dasar sebenar,” katanya. “Mereka boleh menjangka bulan madu selama setahun, namun tidak lebih daripada itu.”
Langkah Hatoyama memilih ahli parlimen veteran Hirohisa Fujii, 77, sebagai Menteri Kewangan meredakan sesetengah kebimbangan penganalisis bahawa program perbelanjaan kerajaan akan meningkatkan hutang awam yang sudah sedia besar ketika Jepun bertungkus lumus keluar daripada kemelesetan dan menangani kos meningkat masyarakat berusia.
( Perdana Menteri Baru Jepun, Yukio Hatoyama)
Fujii menggerakkan pasaran kewangan walaupun belum mengangkat sumpah, dengan nilai yen meningkat sehingga 0.5 peratus berbanding dolar selepas beliau memberitahu media, yen yang kukuh baik untuk ekonomi Jepun.
Bagaimanapun, langkah Hatoyama memilih Shizuka Kamei, ketua rakan gabungan kecil yang lantang, sebagai Menteri Pengawal Selia Perbankan dan Perkhidmatan Pos menyebabkan sesetengah pakar bimbang berikutan bantahan Kamei ke atas usaha pembaharuan pasaran.
Hasrat perdana menteri baru itu untuk membentuk dasar diplomatik bebas bagi negaranya mungkin mencetuskan kebimbangan sekutu utamanya iaitu Amerika.
P/S : Dalam berita harian, politik ini macam-macam boleh berlaku. Tokoh politik dari Malaysia pernah berkata dalam tempoh seminggu sebenar adalah tempoh yang lama bagi dunia politik. Apa-apa boleh berlaku dalam “tempoh tersebut”.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- Projek Bina Istana Negara Kuala Lumpur Yang Baru?
- Kerajaan Kekurangan Dana, Kerja Guru Baru Dibeku Tahun Depan?
- [GEMPAR] Kerajaan Barisan Nasional Hampir “Tumbang” di Dewan Parlimen !!!
- [BARU] Sistem Baru Gred SPM, Syarat Kemasukan Ke IPTA Diperketatkan
- [LATEST NEWS] Anwar Ibrahim Bebas Skandal Akaun Bank di Luar Negara
- Kakitangan Kerajaan Perak & Selangor Dapat Duit Raya


{ 17 comments… read them below or add one }
pemimpin tertinggi mesti bersih
kalau setakat pemimpin pandai tapi kuat cilok duit rakayat pun tak boleh pakai jugak
erk..
inilah dunia sekarang…sangat susah nak jumpa yang telus
kalau hati tak bersih maka ia akan merebak kepada yang lain plak…seperti kelakuan dan sebagainya…
p/s: cara bersih hati yang paling efektif: zikrullah…
kita lah yang perlu ubah
sumbangkan tenaga serta sokongan untuk berubah
tapi paling penting ilmu kepimpinan
perlu ada…kalau takde ilmu lagi
nanye dibuatnya….
p/s:banyakkan membaca sahabat-sahabatku(pesanan buat diriku juga)
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.