
Memang terdapat usaha “pihak-pihak tertentu” untuk menswastakan Institut Jantung Negara. Jikalau terjadi cubaan jahat dan tidak berperikemanusian ini, kasihanlah kakitangan kerajaan atau ahli keluarga yang menghidap penyakit jantung. Yang dikasihankan lagi, adalah golongan yang berpendapatan rendah, hendak dicampakkan ke mana?
Tetapi cubaan kedua menemui kegagalan, apabila baru-baru ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengatakan yang mana pihak kerajaan tidak akan sama sekali menswastakan Institut Jantung Negara sama ada secara sebahagian atau keseluruhan.
Baguslah kalau begitu. Sepatutnya, isu ini tidak timbul jika soal kebajikan rakyat diberikan keutamaan. Walaubagaimanapun, sekurangnya jawapan inilah ditunggu rakyat daripada kerajaan yang mana ia sebenarnya mampu menyelamatkan ramai nyawa daripada dirakus oleh golongan yang tidak kisah penindasan dilakukan terhadap golongan bawahan.

Walaupun bukan swasta, Institut Jantung Negara dah macam GLC lagaknya. Cajnya bukannya murah. Betul tak? Lagipun IJN ada private, ada juga yang public. Kalau sekarang ini hendak masuk public wad pun mestilah dikalangan kakitangan awam atau mesti dapat kelulusan cadangan dari pakar-pakar kardiologi dari hospital lain. Bagimana pula jika pesakit yang menghadapi kes-kes kecemasan yang tidak disangka-sangka?
P/S : Tempoh hari ada hospital dari India, iaitu Hospital Narayana Hrudayalaya yang juga merupakan salah satu hospital Pediatrik yang terbesar di dunia, bercadang untuk mengambil alih heart center yang mengandungi 400 katil di Kuala Lumpur. Rupanya, ramai juga orang luar dah mula mengintai-mengintai dan menunjukkan minat.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- Dasar Penswastaan Syarikat Milik Kementerian Kewangan Malaysia
- Projek Bina Istana Negara Kuala Lumpur Yang Baru?
- Rizab Emas Negara Malaysia Telah Susut?
- Mengapa Ramai Rakyat Malaysia Kerja di Luar Negara?
- [COMING SOON] Negara China, Bakal Kuasa Besar Dunia
- Pendapatan Tambahan Negara, Hasil Judi Menjangkau RM2.37 Billion


{ 9 comments… read them below or add one }
kiranya orang biasa macam aku ni
tak boleh nak dapat servis kat sana ?
aku tengok banyak yang dimanjakan orang gomen
bajet kali ini pun orang swasta tak dapt pun
semua hendak diswastakan
kalau tak semua nak diswastakan
kerajaan berniaga di negara sendiri dengan rakyat
syukur
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.