[BONGKAR] Penjenayah Yang Terkaya di Dunia Pernah Bakar Wang Lebih AS$1.63 juta

by Admin [ Master G ] on November 4, 2009

in Berita Dunia

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Siapa yang tidak mahu kaya dan hidup senang-lenang? Mustahil kalau ada yang kata tak nak. Tetapi tidak perlu rasanya memilih “jalan hitam” bagi memenuhi nafsu dunia dengan memilih untuk menjadi pengedar dadah. Itulah yang berlaku kepada mendiang Pablo Escobar.

Siapa yang tidak kenal dengan gerangan ini. Sebut sahaja namanya akan terbayang himpunan dan lambakan dadah yang dimilikinya. Namanya cukup tersohor dengan sindiket  pengedaran dadah antarabangsa. Aset dan kekayaan yang dimilikinya apatah lagi. Ketika era kegemilangannya pada 1989, Escobar disenaraikan sebagai manusia ketujuh terkaya di dunia dengan nilai kekayaan mencecah AS$29.9bilion (RM102.5 bilion) dan juga penjenayah yang terkaya di dunia.

Mendiang Pablo Escobar mati pada 2 Disember 1993. Sejak itu, Sebastian, yang berhijrah ke Argentina selepas kematian bapanya 15 tahun lalu, membuat pendedahan berani itu dalam wawancara dengan sebuah majalah Colombia, Don Juan. Tetapi jangan diingatkan langit sentiasa akan cerah.  Semasa hidupnya sebagai pelarian sejak menjadi buruan pihak berkuasa, mendiang Pablo Escobar pernah membakar wang lebih AS$1.63 juta (RM5.60 juta)! Itulah yangdilakukan oleh ketua kartel dadah Colombia ini untuk memastikan anak perempuannya tidak kesejukan.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang anak lelaki Escobar, Sebastian Marroqumn yang menyatakan bahawa apabila bapanya melihat anak gadisnya, Manuela menggeletar kesejukan semasa mereka bermalam di sebuah kawasan pergunungan setelah melarikan diri daripada pihak berkuasa. Escobar sanggup membakar banyak wang kertas Amerika Syarikat (AS) bagi memanaskan badan. Api wang itu turut digunakan oleh mereka untuk memasak makanan.

Menurutnya lagi, Escobar turut membeli sebuah firma teksi untuk mengesan ketibaan orang asing di bandar kelahiran mereka, Meddelin dan dia akan memindahkan anggota keluarganya ke-15 buah tempat persembunyian setiap 48 jam.

Escobar yang merupakan ketua kartel dadah Medellin, ditembak mati pada 2 Disember 1993 ketika dia cuba melarikan diri daripada pihak polis.

Inilah pengakhiran hidup sebagai seorang penjenayah yang terkaya di dunia…..

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Negara Yang Mempunyai Kekuatan Ketenteraan Terbaik Dunia ??
  2. [AWAS] Sindiket Pemalsuan Wang Baru RM50 !!
  3. [TERKINI] Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2010
  4. Caj Perkhidmatan Internet di Malaysia Akan Lebih Murah?
  5. Ketua Eksekutif Apple Inc, CEO Terbaik Dunia Untuk Dekad Ini
  6. Projek Bina Istana Negara Kuala Lumpur Yang Baru?


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 8 comments… read them below or add one }

1 Pak Awang November 4, 2009 at 4:52 am

nyawa lebih penting dari duit
baguslah…ada jugak sifat kasih sayang kat anak
bukan macam zaman sekarang, bayi dibuang2 macam itu sahaja :doa

2 oneman November 4, 2009 at 6:11 am

Orang kaya dah duit banyak sangat bakar sikit lepas tu boleh dapat banyak lagi… :duit tapi sayangnya penjenayah pulak… :ejek

3 zualliz November 5, 2009 at 7:54 am

bapa yang sangat penyayang. xnak anak kesejukan..Tapi sayang sekali, penjenayah. matlamat x menghalalkan cara..
sayang anak sekalipun, jangan nyusahkan orang lain, buat jenayah..

kalau hidup sederhana, tapi tetap penyayang, lagi anak suka.. :phwitt

4 safar November 5, 2009 at 12:35 pm

Papa dulu kaya.kini hanya papa jadi papan je.duit haram nak takut apa.bakar je.kalau aku bakar je.

5 roletcha December 29, 2009 at 5:10 pm

senang citer…sepadai2 tupai melompat jatuh juga ke tanah….2 la akibatnya bila Duit menjadi tuhan….semuanya dihalalkan….

6 Pak Awang December 30, 2009 at 8:41 am

cepat naik, cepatla jatuh
seronok sekejap, merana? sendiri mahu rasala baru tahu nikmat jadik penjenayah :ejek

7 nightphantom January 25, 2010 at 9:28 pm

janganlah menjadi seperti dia.. :ejek cari duit sendiri dan halal adalah titik peluh kita sendiri… :senyum

8 mesticun January 25, 2010 at 10:27 pm

Siapa tak sayangkan anak sendiri.seorang bapa baik sanggup buat apa saja walaupun rompak negara. :ketawa :ketawa :ketawa .sebab tak sanggup anak mati jadi bakar je duit tu.jadilah seorang bapa yang penyayang. :duit :duit :duit

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: