Berdasarkan laporan SPRM sehingga 2008, yang ramai terlibat dengan gejala rasuah adalah orang Melayu yang kebanyakannya berkhidmat dalam sektor awam dikalangan pegawai tinggi kerajaan dan penguatkuasa.Tapi, adakah ianya benar?
Kaum-kaum lain yang terlibat dalam gejala rasuah kebanyakkannya dalam sektor swasta atau orang awam.Persoalannya, mengapa kakitangan awam terutamanya Melayu banyak makan rasuah? Gaji tak cukup? Kehidupan makin terhimpit? Nafsu besar? Kerja malas? Tiada semangat patriotisme? Tiada jatidiri? Kurang semangat Melayu?…Kini semakin ramai pula kakitangan awam yang bankrap serta dibelenggu hutang.

Dan mengapa pula kaum-kaum lain di sektor swasta lebih banyak merasuah? Sebab duit banyak? Memang rasuah adalah darah daging mereka? Atau pegawai & penguatkuasa Melayu terlalu senang dibeli? Dan kalau dilihat gambarajah di atas, ahli politik kelihatan “paling mulia” sekali dengan tiada langsung unsur rasuah.
Rasa nak ketawa pun ada.Mungkin ianya tidak tepat.Atau mungkin laporan tersebut berdasarkan kes yang dilaporkan dan sudah disabitkan kesalahan.Rasanya ada banyak kes rasuah ahli politik yang “tidak dilaporkan”.Yang dapat dilihat, memang banyak terjadi dikalangan penerima rasuah adalah di kalangan penjawat awam.
Mengapakah ini terjadi? Adakah ianya berpunca dari masalah tidak cukup gaji, ataupun ianya datang dari sikap individu itu sendiri? Apa pandangan anda mengenai perkara ini dan mari kita bincangkan jawapan yang baik dalam mengurangkan rasuah di kalangan penjawat awam ini.

{ 35 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
ahli politik mana ada rasuah, diorang kan orang2 yang suci murni, rasuah tak main la, diorang main politik wang je. rasuah? uuih, jangan salah besar tuu, politik wang takpe, tak salah & tak berdosa, tak tau laa, askar pencen kat jabatan agama tu diam je, bagi la nasehat seket kat member2 tuu, kalau dok diam je kira subahat tuu, nanti kaki kena tarik sama masuk kat “microwave” kat “sana” nanti….
i like..!!=)
suci n murni
@kodeen; haha pedar sindiran tu hehe..Orang yang main rasuah ni tengok hidup dia wang sentiasa tak cukup.Makin banyak rasuah makin lama makin tak cukup duit.iya la duit tak berkat dapat 1 juta sekalipun masih tak cukup.Kalau habis duit tu tak tau kemana duit dibelanjakan.Lagi satu orang yg main rasuah ni sentiasa didatangi bala bencana.ada saja masalah yang mendatang.
ustaz askar pencen tu spesis ‘ulamak daulah’…pengipas bontot pemerintah
Utk membanteras gajela rasuah ni kita kenalah tahu puncanya :
1-kos hidup meningkat
2.karenah birokrasi yang tinggi
3.kefahaman tentang kesan rasuah kurang/kefahaman agama kurang
btul2
siapa yg xsuka duit…semua org suka duit..kerana duit org ble “gila” woooo…
rasuah dah famous, hatta bila cakap soal rasuah, pelaku dan penerima rasuah boleh tersengih je, apa kata kita ubah PANGGIL duit haram, harta haram, ubah perkataan je, benda simple, tapi…. effect long term pada pengamal dan pelaku, sebabnya orang buat rasuah ni, balik2 akan ke surau atau masjid juga bila insaf terima bala,biasa Allah hijab hati mereka, jadi bangang XBOLEH kaitkan dengan rasuah, so ubah ayat harta haram duit haram, sebab dari kecik kita dah diajar, blogger2, mulakan ayat2 macam ni, pastu berjangkit surat khabar pastu berjangkit dengan minda, semua ni arts of media je sebenarnya. asal masuk dalam kepala otak. sebab tu kajian barat menyatakan setiap hari beribu2 iklan kita terima tanpa kita sedari, salam
kwn aku pernah bgtau, guru besar sklh rendah lg byk rasuah tp cgu tak boleh buat apa..kbanyakknya org lama..patut la tuhan surah hormat org tua…kalo tak kita hormat yg baik jee…
rasuah ada dimana2 saja.
tak kira siapa…
cuma cara dan bentuk rasuah berbeza.
contoh:1
seorang ketua penguatkuasa bersama anggotanya pergi buat rondaan di satu kawasan perniagaan dan masuk minum di restoran mamak…
makan roti canai/minum teh tarik.
bila tiba masa bayar dikaunter mamak tu kata tak payah la…dan siap hulurkan sebungkus rokok dunhill 20btg.
rasuah la tu…tujuanya supaya penguatkuasa tidak ambik tindakan terhadap restoranya yang meletak meja kerusi diatas petak letak kereta.
contoh:2
seorang pemandu ditahan anggota polis kerana memandu dengan lesen memandu yang telah tamat tempoh..
setelah meneliti lesen yang tamat tempoh…anggota polis tersebut berkata..”tawkey.. ni salah…tawkey punya lesen dah mati 2 bulan..
KALAU saya saman kena rm300.00 ….kompound…
ayaaaaaa…latuk soli la…wa pun tatak ingat maaaa…aya manyak sibuk sulak lupa…latuk pun tau la…kita keleja cari makan maaa…
polis tadi pun pusing kiri kanan…tengok kiri…tengok flat no….
polis tanya…towkey duduk mana?…meniaga apa?…..
ayaa…saya ada muka itu kelai eksesori keleta…sana itu klana jaya..lekat itu lepan balai polis maaa..
polis: ooooo…tau…tau…saya pun selalu jalan sana…
ok la…
ini hal apa macam…?tokey tu tanya…
polis pun tak apa lah. nanti towkey jangan lupa kasi baru itu lesen.
…nanti saya pegi sana…jumpa tawkey ….itu tinted cermin ada ka?.
ada..ada…ada….towkey tu cakap..
polis pun serah balik lesen dan kereta peronda pun berlalu pergi.
lepas 3 hari….towkey kedai pun menerima kedatangan 2 orang anggota polis yang diluar tugas bersama kereta myvi terpakai yang baru dibeli.
nak pasang tinted,tambah apa2 eksoseri atau pasang lampu HID
spescial harga…
nak panggil apa ni….rasuah ke apa?
yang kes besar2 aku tak tahu lah….sebab tak nampak…yang aku pernah nampak aku dapat la cerita.
contoh 1: itu namenye ‘hadiah pengunjung bertuah’..:P
contoh 2: itu namenye “canderahati tanda penghargaan@terima kasih”
dua2nya bahasa sopan @ganti nama khas “RASUAH”..
Yang paling hina; rasuah seks!!!
SETUJU !!.. 100%
!!
… langsung xde silap.. xde salahnya kisah2 begini…
umpama kata… realiti kehidupan… /dicelah2 kehidupan
dulu aku kerja penyelia tapak binaan, polis paw manager aku mintak cat 2 tong dari stor bahan binaan, nak cat rumah sempena raya puasa yg mulia ini. sbb site tu ramai pekerja PATI. kalau tak bagi cat, dia angkut PATI tu ke balai. kalau bulan x raya, dia dtg gak bulan2 kutip RM50 sorg PATI. kalau 20 org dah berapa. lumayan tu baru tahap bilis. kalau jerung bygkanlaaahhhh
TAKPE..PENJAWAT AWAM RASUAH DORANG NAMPAK..ORG POLITIK TAKDE SAPE BRANI NAK TANGKAP..TP JGN SILAP…TUHAN NAMPAK..SO MCM MANA KITA SEMBUNYI PUN TUHAN NAMPAK..
Dah bapak jerung suka makan rasuah, anak-anak bilis pun tumpang sekaki la.
bapak jerung takut nak tangkap.. ikan bilis ‘kaut’ cam tu jer..:P
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata….Sepatutnya benda ni kena benteras dari atas sampai bawah…. Kalau yang jerung .apa yang pelik bila dah pencen jawatan baru nk seret ke court. Itupun pasal kes tipah tertipu… Contoh : : sepenggal jadi YB dah ada duit juta juta. SPRM pun buat dek jer,,, Kes menteri besar membawa lari segala dokumen sehingga tiada sehelai kertas dalam pejabat apabila kalah piliharaya. Segala dokumen tu hak rakyat sepatutnya serah jer pada menteri besar baru… Cadangan: SPRM sepatutnya diletak dibawah kuasa Parlimen atau dibawah kuasa Yang Dipertuan Agong. Apabila diletak dibawah kuasa executive, inilah jadinya. Kalau pasal nk ambil kes dari pembangkang apabila diarahkan tak lalu ikut pintu terjun tingkap pasal nk cepat. Perlantikan Peguam Negara juga sepatutnya dibawah kuasa Parlimen dan Yang Dipertuan Agong. Kes TONTO siapa ada buat undang-undang untuk TONTO. Sampai sekarang kita lihat negara ini dah macam TONTO yang berkuasa dari penguatkuasa . Pasal apa jadi cam tu. Semuanya berpunca dari rasuah….apabila boss rasuah anak buah tak berani ambil tindakan.
nak cakap isu rasuah ini orang kata tangkap leleh siot!!!cakap sembur-sembur tapi keluar telingan kanan masuk telinga kiri..buang masa buang karan..
pada rakyat,hangpa nak rasuah,rasuah lah ramai ramai..jangan fikir soal integriti..kita fikir soal duit betul tak??daripada kene saman contoh rm300,baik bagi suap rm30 je dah lepas..bijak,cerdik tak idea aku?kita bukannya mencuri pun..so jadilah cerdik k..duit yang lebih tu baik simpan beli beras,buku sekolah anak2,bil2,minyak,duit tol..
jangan fikir nak tunjuk baik ke,ape ke..
cakap pasai rasuah ko orang tidak tahu apakah kebaiaknnya kepada si pencekik rasuah, ko inilah masa kalo nak kumpui harta. Ko orang cakap pasai haram, berapa puluh oge isle minum arak,beli loteri,berjudi dan lain2 itu pung hare jugo. kalo tak ambil nanti oge lain yang ngap.oge lain juga yang berduit,berharta. kite yg suci murni pape kedane@ dahlah miskin hina pula. ko oge kate nanti dapat balasan di akhirat. Oge kate tuhan maha pengampun.Conthnya rokok,ada negeri patwenya rokok itu haram. bagaimana dengan rakyat negri lain tapi tak patwa rokok haram….nanti sambung he….. sabakla.
pasal isu rasuah nie sampai bile2 pun x kan habis…selagi ade org2 atasan yg masih terime & beri rasuah,selagi tue la permasalahan x kan habis….selalunye yg kene tangkap,’anak2 jerung’…yg terlepas dr tangkapan ‘bapak segala bapak jerung’ sbb beso sgt……ape yg earsenal katekan tu btl…kos kehidupan semakin tinggi,karenah birokrasi,cetek dlm agama pasal hukum halal-haram….rasuah kene tangani dr peringkat tertinggi sampai la terendah…pantaun,risikan & siasatan berterusan jgn sekadar hangat tahi2 ayam je….
secara logiknya memang nampak bijak dan cerdik.. tapi untuk pengetahuan anda.. dalam Islam tak semua benda boleh pakai logik akal.. ada kaedah yang disebut MENOLAK KEMUDHARATAN LEBIH DIUTAMAKAN DARIPADA MENGAMBIL MANFAAT..daripada kita terlibat dengan rasuah baik la kita bayar je saman tu.. soal saman (saman ekor) tu betul ke tak betul kita dah lepas.. orang yang saman tu la jawab esok2 kat akhirat kelak.. soalnya kita tak terlibat dengan rasuah.. kerana Allah MELAKNAT orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah (hadis riwayat Tarmizi).. dan dalam ayat al-Quran ada disebut pada ayat 188.. ini bukan soal nak tunjuk baik ke tak.. ini soal hukum yang akan DIPERTANGGUNGJAWABKAN kelak..
rasuah mimang ada brlaku.. bole d katakn semua jabatn awam mesti ada yg buat.. mereka kebanykn trdiri dari pegawai yg ada kuasa melulus kuasa tangkap kuasa perolehan dan mcm2 kuasa sbagai pegawi awam… mereka buat krane tugas dan krjanya mimang ada pluang samada pluang yg dibuat2 oleh penjawt itu sndiri atau oleh planggan yg mrlukn.. atas nama tolong mereka perlu ada habuan.. itulah punca rasuah…
ko ni saja-saja bangang ke atau bangang dari azali lg, ko nk Malaysia jd macam indon ke br sibuk nk banteras rasuah. kat indon rasuah dah jd terang-terangan. Ke ko nk rasa anak ko mati time tunggu rawatan kt hospital br ko nk sedar, sbbnya orang lain potong giliran ko dengan bagi rasuah RM100 kt orang keja hospital.
orang atasan le paling banyak wat mende ni..yang bwhn ni rsnye akibat kekangan kewangan terpaksa la gadai maruah terima rasuah..rasuah ade di mana2..tambah2 lagi nak pilihan raya nt…
rasuah bukan pada penjawab awam aje,swasta,rumah tangga pun ada…
cth : penjawat awam risiko tinggi rasuah.
1.polis dan JPJ
2.kastam
3.pegawai perolehan (setiap jabatan ada)
4.pegawai tender
5.pegawai Pejabat Tanah
6 Pegawai majlis perbandaran.
7,Wakil rakyat(habuan lompat parti)
Sektor swasta
1.pegawai bank
2 lawyer
3 pegawai bahagian pemerolehan (cara make up harga(kilang/office)
4.Marketing/projek department(hulur kat maincon untuk dapat projek)
5.Apa sahaja pegawai yang deal dengan gov untuk dapat kelulusan biasa akan hulur duit kopi kat pegawai coz kekangan birokrasi kerjaan untuk kelulusan segera.
pada rumah tangga pula…
cth: kakak beri rasuah kat adik agar tutup mulut kantoi nampak dia bertemu teman lelaki secara senyap2…(kes budak sekolah ni haha)
jadi gejala rasuah ni sudah menjadi budaya masyarakat malaysia…nak bendung hanya melalui cara memberi hukuman yang berat seperti potong tangan..yang menghulur dan menerima.fikirkanlah
Pendapat aku.. rasuah dalam Negara Malaysia seperti penyakit kanser kronik tahap 4. tunggu ‘masa’ je la.. DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN.. kalau ada rasa untuk insaf itu seperti sudah terhantuk baru termengadah@ sudah jatuh ditimpa tangga pula.. kena bala dulu baru nak balik kepangkal jalan.. tak kira dari sebesar-besar rasuah hingga sekecil-kecil unsur rasuah janganlah kita amalkan.. kesian…
kenapa ya..yang nampak macam tak bersalah jer..tapi bila disiasat ada ramai yang kantoi… itu belum yang lain2 tuh… entahla???
yang salah diri kt sendiri. lau x de yang memberi xdela yang menerima, setiap keja semua nak berupah, kt ni lau ada nmpk rasuah , laporkan je la kt sprm , lapor dan lapor je , biar bnyk rekod org lapor rasuah , bru tahu kronik ke x , rasuah ni pun bnyak cara , cntoh keja , majikan suruh keja masuk pkl 8 blik pkl 5, tp masuk 9 blik 4. time rehat pun sama , majikan bg 1 jam , tp kt lepak n ular 1 jam setengah , gaji kt amik penuh, tu nak kira apa plak, kebanyakan kakitangan awm, tu bnyak bangkrap, wat loan x ingat, byr sakit, keja plak menipu , gaji diorang dr cukai rakyat malaysia , tp berkhidmat kt rakyat mcm apa ntah. semua nak kn hulur bru cpat wat keja, apa kejadahnya tu, simpan wit nak g haji , tp keja mcm tu nak kira mcm mana tu, berkat ke
Bio gdai maruah..jgn gadai agama…bio idop sush..jnji tk mkn bnde yg haram..
BANGUN SEMUA DARI DIULIT LENA PEMBULI RAKYAT………….
rasuah dah jadi darah daging..nama lain utk rasuah
1. hadiah
2. duit kopi
3. sumbangan ikhlas
4. komisyen
5. persen
6. bawah meja
7. belakang kira
aku penjawat awam bahagian keselamatan pembinaan. kerja aku luluskan lesen kren setelah pemeriksaan keselamatan kren dilakukan di tapak bina. kren rendah tokey kecik nak hulur RM50, kren tggi tokey besar nak hulur RM200. tapi aku tolak. aku cakap duit tu tokey guna lah untuk bayar lesen kren je la kan bagus. mau kawan saya tak perlu bayar
Assalamualaikum, tuan admin beritasemasa, kalau tiada masalah, boleh tuan linkan website atau emel softcopy rasmi dari BPR/SPRM tentang pemberi dan penerima rasuah mengikut kaum seperti dalam gambar di atas kepada emel saya: zamiluna85(at)yahoo.com