BREAKING NEWS: Pendapatan Rakyat Malaysia Mesti RM12,000 Sebulan Untuk Beli Rumah Teres 2020!! SEMAK BERITA TERBARU DI SINI

Peniaga Kecil Melayu di Malaysia Susah Nak Berjaya?

by Staff Berita Semasa on January 4, 2010

in Berita Ekonomi

chowkit Peniaga Kecil Melayu di Malaysia Susah Nak Berjaya?

Berniaga ini ada turun naiknya. Bisnes ini satu yang dinamik, sentiasa berubah, persaingan dari segi saiz, bentuk dan intensitinya  yang akan sentiasa berubah.  Perlunya fleksibiliti untuk menyesuaikan dengan perubahan yang ada disekeliling. Kalau boleh, perlu golongan peniaga kecil Melayu di Malaysia bersatu. Lihat dewan perniagaan Cina, lihat pemborong mereka, lihat persatuan pemborong mereka. Bagaimana mereka mampu mengawal penawaran sesuatu benda dnegan cara bersatu. Kita jarang-jarang tiru sebegitu.

Saya ingin mengulas artikel berkenaan “Peniaga Kecil Melayu Sedang Dalam Kesusahan” setelah membaca rintahan peniaga kecil Melayu dalam akhbar Kosmo mengatakan perniagaan mereka ketika ini dihimpit keperitan sebaik 2009 membuka tirai.  Mereka menyangka dapat membawa pulangan modal dan keuntungan memberangsangkan seperti yang mereka perolehi sekitar tahun 2008.

Dalam bisnes, otak mesti kena ligat, kalau tidak susah untuk maju. Pembekal contohnya bukan satu sahaja di dunia. Okey, kita kecilkan skopnya.  Bukan satu sahaja pembekal di Malaysia. Lagipun bisnes, bukan terikat kepada satu cara sahaja. Dalam bisnes semua benda kena jalan. Cuba lihat syarikat maju yang ada pada hari ini. Mereka bukan terikat pada satu sumber atau pembekal sahaja. Pokok pangkalnya kalau nak maju dalam bisnes otak kena ligat. Dalam bahasa mudahnya, kalau merasakan diri tidak mampu berfikir untuk memajukan perniagaan sendiri boleh sahaja meminta nasihat daripada yang lebih layak. Sekurang-kurang kita mempunyai usaha untuk menjadi lebih maju dibandingkan dengan hanya merunggut-merungut, dalam pada masa yang sama nasib tidak dapat berubah.

Contohnya kalau otak tak ligat, jangan haraplah si Donald Trump yang sudah beberapa kali mengistiharkan diri beliau pernah muflis  untuk bangkit jikalau tidak kerana semangat dan usaha tidak berputus asa dan kembali berjaya dan kaya seperti yang ada sekarang. Minta maaf saya katakan, sebahagian besar perniaga Melayu cepat berpatah hati apabila ditimpa sesuatu dan tidak pernah mencari jalan penyelesaian. Bukan niat saya untuk menjatuhkan bangsa sendiri. Saya lebih suka lihat bangsa sendiri lebih berjaya. Tetapi, kalau mereka sendiri tak nak berubah, bagaimana?

Senario yang saya boleh lihat sendiri hari ini. Apabila peniaga asing, contohnya daripada Indonesia buka kedai di sebelah-menyebelah. Mula hendak sakit hati. Sepatutnya kita kena bersyukur dan ambil saingan yang ada dalam bentuk yang positif. Masa itula perlukan perubahan. Cari dan kaji apa yang orang suka. Lihat Kentucky Fried Chicken, dahulu sejarah penubuhannya bukan  boleh main senang-senang terus maju sahaja. Berapa banyak kedai dia(Kolonel Sanders) pergi untuk yakinkan orang suruh jual produk ayam goreng dia. Bukan sekejap malah telah 1000 kali resepi beliau ditolak. Dia mengambil masa yang lama untuk menjadi Kentucky Fried Chicken seperti yang ada sekarang. Adakah dia berputus asa? Contohi dan jadikan mereka yang sudah berjaya sebagai role model dan bukannya cepat dengki-mendengki antara satu sama lain.

Satu lagi layanan. Ini paling penting. Tak perlu saya nak banding-bandingkan layanan antara sesama peniaga. Anda lebih memahaminya. Sekali lagi, aku suka bangsa Melayu lebih maju dalam perniagaan tetapi dengan usaha yang tidak seberapa, hubungan dengan pelanggan seperti ” hangat-hangat tahi ayam”, bagaimana hendak maju. Satu lagi jangan mengharap pelanggan untuk datang semata apabila membuka kedai. Kita sendiri yang “mencari pelanggan”.

Tidak lupa juga penguatkuasaan perlu dipertingkatkan, kadang-kadang peniaga asing yang ada datang ke Malaysia memang cara sah, tetapi pasport mereka yanya untuk tujuan melancong sahaja. Kalau nak meniaga mesti ada permit. Ini tidak, selamba aja mereka-mereka ini meniaga tanpa permit, tidak risau atau takut dengan penguatkuasa undang-undang. Memang tidak dinafikan banyak peniaga kecil Melayu yang gagal disebabkan kedatangan peniaga asing. Hari ini buat serbuan, besoknya akan penuh semula. Jika penguatkuasaan tegas dan berprinsip, mungkin masalah ini dapat dikurangkan daripada masa ke semasa.

Muhasabahkan diri, lihat semula mengapa orang tidak datang ke kedai kita dan sanggup pergi ke kedai lain?

  • Muka masam mencukakah?
  • Tak mesra pelanggan kah?
  • Harga mahal mencekik darahkah?
  • Ambil sikap ambil lewa ketika meniaga/tidak sembahyang /tidak bayar zakat kah ?

Lihat Chow Kit Road, Petaling Street dan Jalan Mesjid India. Tahun 70an dan 80an, kawasan Jalan Chow Kit termasuk kawasan sekitar Jalan Raja laut, Lorong Hj Taib, Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan perniagaan Kuala Lumpur  yang pesat, maju dan terkenal dan dipenuhi dengan peniaga-peniaga kecil Melayu terutama yang datang daripada Kelantan, setanding dengan kawasan perniagaan org Cina di Jalan Petaling @ China Town dan kawasan perniagaan orang India di Jalan Masjid India. Itu dahulu. Lihat situasi sebenar yang berlaku pada hari ini. Sekarang ini semuanya sudah tukar kepada warga asing Indon. Bagaimana pula dengan Lorong Haji Taib hari ini?

{ 13 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 danzaimar January 4, 2010 at 2:38 am

pada pendapat saya, kadang-kadang peniaga Melayu bukan tak boleh berjaya..tapi kena bijak mencari ruang dan peluang untuk berjaya… :tunggu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 JohnJimat January 4, 2010 at 8:31 am

setuju dgn pendapat bro Dan. nk berjaya kena la pandai mencari peluang dan jgn harapkan nasib dan pertolongan orang lain sahaja.. :senyum

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 JohnJimat January 4, 2010 at 8:29 am

ya betul tu orang melayu kene ubah persepsi sendiri bila berniaga, buangkan jauh2 status ‘PHD’ yg ade pd kebanyakan peniaga dan yg penting nk berniaga muka mestila ceria, klu muke ketat je mane pelanggan nk datang ye x? :phwitt tp skrng sy jrg la pegi kedai melayu terutamanya kedai makan sbb mhl dan makanan lambat sampai terutama kedai makan melayu yg rupe die da mcm mamak bistro atau rupe kedai mamak tu.. klu sy nk makan pun sy pegi kedai melayu yg nmpk cm warung atau restoran biasa je.. lagi sedap,murah dan cpt… :hormat

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 danzaimar January 5, 2010 at 1:58 am

betul gak cm bro john cakap…peniaga Melayu sepatutnya bersama-sama bergabung dan bentukkan kerjasama dan networking…bukan dengan hasat dengki sesama sendiri… :tepuk

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 JohnJimat January 5, 2010 at 10:33 pm

yup betul tu bro.. peniaga melayu juga kene bijak dlm mencari kerjasama yang mantap dan berkesan :senyum .. jgn awal2 kerjasama sesama mereka amat berkesan tp alih2 di akhirnya jadi permusuhan sesama sendiri pula :phwitt

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 zikr the jalanan sepi January 5, 2010 at 5:29 am

Sama-samalah kita berusaha. bantu membantu.. mana yang berjaya terus mantapkan lagi businessnya. yang kurang berjaya kena check balik apa masalahnya. tak boleh putus asa.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 danzaimar January 6, 2010 at 5:11 am

betul tu..seharusnya perlu ada konsep membimbing dan dibimbing…barulah peniaga dan usahawan Melayu boleh berjaya.. :senyum

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Pak Awang January 6, 2010 at 3:15 am

Jneis cepat nak untung, biasala….tapi dalam masa yang sama suka merungut. memang beza kalau beli barang dengan orang Cina contohnya banding peniaga Melayu sendiri. Kadang2 kita nak support org macam ini, tapi meraka sendiri tak nak berubh

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 danzaimar January 6, 2010 at 5:08 am

emm..ada betul jugak cam pak awang cakap…peniaga Melayu ni seharusnya kena lebih bijak dan berdikari sendiri dalam menjalankan perniagaan, bukan hanya mengharap tanpa berusaha..

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 HazwanHakim January 6, 2010 at 7:18 am

kat Malaysia ni sebenarnya banyak peluang yang tersedia kepada para peniaga-peniaga kecil untuk memajukan perniagaan mereka. Terdapat banyak skim bantuan kewangan yang disediakana oleh kerjaan cuma para peniaga yang tidak tahu macammana untuk memohon. Diharap publisiti tentang perkara-perkara macam ini dapat diperluas supaya semua orang tahu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 mesticun January 11, 2010 at 3:29 pm

Kena berani jual diri bukan tubuh ya.bijak berkomunikasi semasa berniaga.pandai buat tawar-menawar.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 lily July 1, 2010 at 4:26 pm

:serabut salam kepada semua peniaga Melayu. saya sendiri pemborong tunggal minuman SOYA tapi bila nak p hantar kat kedai MELAYU mereka tak mau dan tak berani mencuba..saya heran bila tanya kenapa tak berani nak jual takut tak laku dan bermacam alasan lagi…SO tanya lah diri sendiri mcm mana bangsa lain boleh senang kita MELAYU masih macam dulu lagiii…. RENUNG-RENUNGKAN LAH….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 pah hak July 1, 2010 at 5:52 pm

melayu bijak, tidak bodoh, kerana melayu niaga mengikut islam, kerajaan niaga mengikut nafsu, apakah saya kata gitu, saya seorang meniaga sebagai pengangkutan, yang masa dulu lpkp keluar lesen ( permit ) hak berat 36.000 kg, sekarang Lpkp keluar lesen (permit ) menlebihi 57.000 kg, bagi saya macam besar makan kecil, sebab pendapatan berbeza kerana permit besar boleh isi banyak, yang permit kecik dah mapus,
sebab belanjaan minyak disel mahal sekarang.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

CommentLuv badge

Previous entry:

Next entry: