Baru-baru ini kalau anda masih ingat lagi, 5 buah universiti telah dianugerahkan oleh Kementerian pengajian Tinggi autonomi & kuasa baru universiti termasuklah juga Universiti Malaya. Seiring dengan pengumuman tersebut, terbaru melalui Naib Cancelor UM, Tan Sri Dr Ghauth Jasmon telah mengetatkan syarat baru pengambilan UM 2012 bermula September ini…………..
Antara Syarat Pengambilan UM 2012 Yang Perlu Dicapai Oleh Pemohon :
- Permohonan Kursus Kritikal (Perubatan & Pergigian) di UM : Pelajar lepasan matrikulasi atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) maksimum 4.00
- Permohonan Kursus Sastera : Pelajar perlu memperoleh keputusan 3.50 dan ke atas
Kalau dilihat rekod terkini kedudukan Universiti Malaysia, UM berada di tangga yang ke 167 daripada kalangan universiti terbaik dunia.
Jadi mereka pastinya mengharapkan kalangan pelajar yang terbaik sahaja diterima masuk ke dalam universiti tersebut apatah lagi mereka memegang status sebagai kalangan universiti yang terbaik di Malaysia. Walaubagaimanapun, kami mengharapkan juga agar kriteria dan syarat-syarat yang diperketatkan ini seiring dengan barisan pensyarah, budaya kerja tidak boleh ditakuk lama, kursus yang ditawarkan, kemudahan dan juga sumber ilmu & akademik pun turut sama dipertingkat.
Dan satu lagi sebelum kami terlupa, berkenaan dengan kemudahan yang kami “highlightkan” itu lebih kepada kemudahan penyelidikan. Kalau boleh pihak atasan UM jangan membiarkan “mereka-mereka” ini terpaksa “beratur” terlalu panjang semata-mata mahu menggunakan instrumen dan kalau boleh elakkan terlalu banyak birokrasi.
Insyaallah kalau ini dilakukan bersama-sama dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak, perjalanan UM untuk meningkatkan kedudukan daripada kalangan universiti terbaik dunia akan bertambah mudah.
P/S : Ada kalangan di sini yang berminat untuk menyambung pengajian di UM? Apa pandangan anda dengan starat terbaru pengambilan UM akan datang ini?



{ 87 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
sokong 100%! ini kalau bapak mak ada kepentingan yg x bagus pun boleh masuk U!sokong UM buat macam tu!
nmpaknya klu dah semua pelajar bagus masuk UM, USM, UKM, UTM
akhirnya melayu yang tak brapa nak ada berkumpul di uitm
saya harap bila UM nak dinaiktaraf as universiti penyelidikan….KPT patut pun percepatkan kenaikan taraf uitm sebagai universiti penyelidkan supaya duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan universiti lain termasuk UM
demi survival melayu….yg pegawai kat kpt tu tgk-tgklah sikit
masalahya uitm mampu atau tidak menjadi universiti penyelidikan? jangan sebab dia untuk melayu boleh bagi U penyelidikan walaupun kualiti masih belum sampai tahap yang sesuai untuk jadi U penyelidikan. naikkan ranking dan kualiti dulu baru sesuai untuk bagi U penyelidikan.
aku tak rasa ranking tu penting… bagi aku ranking tu hanya nak menentukan KPI menteri jer. akhirnya yang rugi anak bangsa sendiri jer. masa aku study dulu, budak kelas aku ada 18 orang jer. akhir semester 5 orang melayu daripada 18 orang adalah yang mendapat anugerah dekan setiap semester sepanjang pengajian termasuk aku. kami berlima memang dalam satu study group yang sama. apa yang aku nampak, rakan-rakan malayu yang lain bukan tak bagus atau tak bijak tetapi banyak yang study sambil lewa. group aku pun bukan semuanya cerdik termasuk aku. tapi kami kerja keras untuk capai semua ni. kecemerlangan akedemik sebenarnya tak mengambarkan kebijaksanaan seseorang tapi akan menentukan kelas masyarakat mana kita bakal tergolong? kelas bawahan? pertengahan? atau atasan? sebelum ni aku study di uitm. kebanyakan classmate aku keputusan SPMnya tak berapa bagus. tapi apabila pengajian telah bermula mulai nampak golongan yang bijak pandai ni muncul. bila keputusan peperiksaan keluar mmg terbukti mereka ni sangat bijak dan kreatif. walau pun keputusan SPM aku lebih baik dari diorang, ternyata tak menggambarkan apa-apa bila dah belajar di IPTA kerana suasana pembelajaran yang berbeza semasa di sekolah selama 11 tahun sebelum ni. semester 5 aku ambil keputusan berhenti kerana aku dah give up sebab tak boleh bawak course tu. aku masuk ke satu IPTA lain dan ambil course yang mmg aku suka dan akhirnya aku dapat keputusan yang cemerlang. kesimpulannya UM patut bagi peluang kepada melayu yang dapat keputusan yang tak berapa bagus ni tapi ada kesungguhan untuk belajar dan memajukan diri. kalau keputusan tak peperiksaan tak berapa bagus, tendang je kemudian. apa susah-susah sangat nak pikir.
saya sokong kerana kualiti universiti tempatan dapat ditingkatkan lagi..kalau nak dapat universiti elit seperti ini, mereka perlu score maksimum ..yang nak score biase2 masukla universiti biase2 jek..baru fair untuk mereka yang studi hard n smart..u get what u deserved to yols..
sekarang ini pun nak masuk UM, terutamanya medic dgn pergigian kena pointer 4.0
3.90 itu kirim salam, pi apply kat universiti lain
masa dekat fakulti engine, kejututeraan kimia pointer 4.0, elektrik dan telekomunikasi rasanya 3.7-3.9 dan seterusnya
enineering no.1 kt Malaysia bgi kategori IPTA – UTM
bukannye UM… sbb fasiliti & kemudahan byk…
IPTS – UniKL (sekalipun engineering technology)
Masalahnya ada ker budak-budak yang CGPA tinggi nak ke masuk UM?
baik diaorang masuk universiti luar negara tak?
setuju!!
aiyaa kawan…biase jek bebudak melayu dapat 4 flat nih kat matrik…ni bukan sesuatu yang menakutkan pon…lagipun,kita dah banyak dibantu oleh sistem matrikulasi ni,berbanding bebudak stpm yang study 2 tahun…
matrik tu siapa yang ramai?janganla risau…masih orang kita lagi…orang kita pun cukup hebat,dan kita bertuah kerana bebudak kita yang hebat ni bila dapat 4 flat,senang masuk course kritikal…
kita harus menghargai benda yang berada dalam tangan sekarang.jgn asyik merungut,x bersyukur langsung!sedangkan budak cina susah nak masuk matrik walaupun dapat keputusan yang cemerlang dalam spm.setakat 10 percent sahaja untuk non-bumiputera.bayangkanla begitu susah orang cina dan india nak masuk matrik.yg x dpt matrik tu msk ting 6,ambil stpm!peperiksaan top 5 susah dalam dunia.akhirnya ,susah payah nk score,kalau pointer tinggi,masuk um,pun patut kerajaan bagi.yang tidak dapat um,jangan salahkan sapa2 sedangkan pointer rendah,tambah lagi awak pelajar lepasan matrikulasi,sepatutnya dapat masuk um berbanding dgn pelajar lepasan stpm.apa nk kata lg???
fikir2 dulu. kalau yg dapat 3.5 hingga 4.0 tu biasanya yg berkulit putih dan hitam. bukan yg sawa matang. kalau di tetapkan macan ni lama kelamaan um akan bertukar wajah kepada unitar. hanya nama je u melayu tapi yg menghuninya adalah bukan melayu. saya bukan nak bangkitkan isu perkauman tapi beri la peluang pada melayu untuk menghuni antara universiti terulung di dunia ni.
Ya zaman sekarang untuk menjadi terbaik bukan setakat memerlukan pengorbanan sahaja. Pelaburannya juga seiring. Tk merasa …
brtul tu….saya perhatikan, cina dan india memang berebut-rebut nak masuk UM, boleh baca dari blog dan forum non malay
memang UM jadi keutamaan mereka, dan melayu pula hanya setakat masuk utitm jela….
hey bro.. ini persoalannya.. smpai bila mahu tolong melayu? dari 1970 DEB smpai skrg.. x maju2 jugak.. 40TAHUN!! klu bayi, dah brjanggut dah.. ap kes nih bro? melayu trlalu selesa dan brfikiran “ade org tolong aq, aq kn melayu” berbanding “aq melayu, aq perlu buktikan yg aq layak mndapatnya”…
tak payah nak bagi peluang sgt lah. kalau indian and chinese layak, biarkan depa masuk. tunggak islam itu keadilan bukan kaum. jgn sbb org tak spttnya masuk, uni ni jatuh merundum.
kalau org melayu terus dibagi muka, dengan cgpa rendah pun bleh masuk UM,sampai bila nak maju? sebab mentaliti orang melayu smua orang tau selalu dgn perangai “cukup la apa yang ada”,”cukup-cukup makan dah la” melayu dah diberi peluang bukan setahun,dua tahun tapi 50 tahun lebih.takkan nak hidup dengan cukup-cukup makan je?
adeeii.. student form6 la yg akan rugi .. tambahan lagi dgn sistem modular yg akan dimulakan tahun ni..
kecoh la UM..kalau semua pelajar terbaik dia amek, memang la result semua pawer..apa barang~~
ko akan dipandang lagi tinggi kalo dpt produce graduan terbaik hasil pengajaran kpd student dpd berlainan background..setakat dr awal memang pelajar terer, xpayah lu nak kecoh la UM..
ni bermaksud, mereka x perlu lah nk ajar basic dah kpd pelajar2 mereka sbb otak dorg pick-up dan pengajaran boleh berjalan lancar.. klu ade yg low level, pensyarah juga perlu slow dlm pengajarannya.. ini akn mmbntutkn perjalanan pengajaran.. paham x?
alah, mmg UM pon yang keluarkan graduan terbaik….nak kata apa?? no offense but mostly graduan U melayu yang grad xkup bagos~~~
RU/autonomi universiti mmg mempunyai kelebihan mendapatkan pelajar terbaik. requirements ke atas pensyarah RU/autonomi universiti pun semakin mencabar dan sukar. kalu tak caya, cuba banding keje pensyarah RU dan universiti tempatan lain. u’ll see the differences. big differences. tapi satu jer harapan saya, autonomi/ru perlu seiring dengan fasiliti universiti terbaik negara, in terms of fund for resarch, internet connection, online journal, research equipments and facilities for postgrad students. sbg seorang yg ader pengalaman ambik phd luar negara, saya lihat kemudahan ini kena mantap dulu barulah staff/students dapat perform seperti dikehendaki. kalu itu ini takder, motivasi pun lemah.
xsemestinya student yg masuk2 cgpa 3.5 keatas terus akan cemerlang….
ada je yg kantoi tgh jalan…student melayu perlu berlumba2 ambil peluang ni utk beat dgn kaum lain….sampai bila nak bagi muka pada student melayu?kalau camtu sampai bila melayu nak maju?
ingatla sampai bila nak gunakan word “cukup la ni”?
sebagai seorang melayu yg beragama ISLAM, belajar itu adalah ibadah dan sepatutnya tidak perlu wujud word “cukup makan”….
lagi tinggi ilmu seseorang itu lagi tinggi martabat seseorang, TAPI, ilmu tanpa amal adalah sia2….
biasa lah tu, dunia. semua nak maju, nak pandai.
mintak turun sikit kepada 3.0 keatas…. gua 3.49 ni kempunan lerr..
hebat la tuuuu
pensyarah pun kena pilih drp yg terbaik..ramai pensyarah skrang tidak berkualiti..sy tak faham mcm mana pemilihan pensyarah dibuat
manusia skrg ni mmg dah kurang berkualiti.. xtau la org lain,. tp yg saya nampak sebilangan manusia kini semakin malas berusaha, semakin malas berfikir
Jadinya ini yang kita dapat bila nak naik ranking universiti..silap2 budak melayu tinggal beberapa kerat jer. Universiti kat Rusia tu tak kecoh pun, siap gi bulan lagi.
adalah 10 ketul dalam kelas tu. tak pun sorang
bukankah sepatutnya tempat tumpuan ilmu menjadi tanggungjawab universiti tu untuk menghasilkan graduan yang bagus menjadi lebih baik?
asal ade citer pasal Universiti kat Malaysia ni..Xkesahlah ape2 isu pun. Mesti Uitm terpalit jugak.. Kesian budak2 Uitm..
Pointer tinggi2…lepas grad tanam anggur juga…
Nak tanya la, apa yang kita dapat bila kejar ranking universiti? Tolong respon
xdapat apa…skdr nk dpt pengiktirafan saja, bkn utk kecemerlangan akademik dn jugak kecemerlangan pelajar. Kenapa Massachussett Institute of Technology, Harvard, Oxford, Princeton, Yale, Cambridge uni terbaik didunia?…dorg bukan setakat mementingkan pencapaian akademik pelajar, tp hasil sumbangan pelajar terhadap masyarakat…
hmmm…
boring… bila universiti & sekolah kt Malaysia sibuk kejar ranking… kebajikan pelajar dan pengajar ntah ke mana…
apa matlamat tubuhkan sekolah dan universiti?
bukan ke utk melatih dan mendidik pelajar?
utk kejar ranking semata2 demi pengetua dan NC dpt nama?
fikir2kan lah wahai kawan2…
setuju!!!… bkn pe, sibuk sgt nk kejar rangking, tp kualiti pelajar2 pun kena ambil kira, dari segi softskill, kepimpinan etc, apa guna kalau pointer cecah 4.00 tp, dari sudut lain zero?? universiti bukan tempat untuk mengejar nama, tp untuk mendapatkan ilmu serta melengkapkan diri untuk masa hadapan.
nak kata budak2 U lain grad 2.00 tapi d leadership skill+soft skill la??
dapat la menjadi kebanggaan dekat seluruh dunia
Pengambilan kemasukan pelajar ke universiti di Malaysia ni lebih berorientasikan ‘tangkap-muat’.
Bukan atas minat dan kecenderungan pelajar itu sendiri. Sebab tu mereka hnya bagus ketika pengajian shj. Bila masuk alam kerja esok, hancur!
Secara peribadi, sy lebih ‘respek’ jikalau graduan yg masuk tu biasa2 shj (pointer p0n sekadar mencukupi). Tapi, bila keluar bergraduat dan masuk alam pekerjaan esok, mereka menjadi orang yg hebat!
Baru menampakkan universiti/IPT tu sudah berjaya m elahirkan orang yg cemerlang!
Itu sepatutnya IPT di Malaysia buat begitu juga.
Yg pentingnya adlh bgimana universiti/IPT itu melatih atau mendidik pelajar, dan sistem yg bagaimanakah berjaya melahirkan ‘produk’ yg cemerlang dan berkebolehan.
Bukankah kita nk mempertingkatkan pembangunan modal insan?
ini berkenaan sikap ssorang.. sikap rajin berusaha , rajin meningkatkan kualiti diri.. ia berkait dgn pengaruh persekitaran dan kekuatan rohaniah seseorang. Persekitaran yg kondusif tu penting
mmm….pointer tidak melambangkan kecemerlangan hidup….yang penting 7 kemahiran insaniah perlu dilengkapi dalam diri
at 1 point..bagus sbb confirm Malaysia akan lahirkan pelajar terbaik dari univerisit terbaik..
at 1 point.. aku rasa mmg dipelopori oleh pelajar bukan Melayu (ini realiti)
Bill Gates xdak degree pn jd org terkaya didunia jgk…yg ada degree jd kuli org yg xda degree…
Sapa kata student uitm tak bagus? rasanya kalu kt luar saingan masa nak dpt kerja rasanya ex-uitm lg senang dpt kerja dan boleh buat kerja berbanding dgn um.. kalau yg ambil pendidikan rasanya ramai ex-um yg x dpt keje lg berbanding ex-upsi. kalau student tu bagus rasanya mereka akan masuk u luar negara kerana kemudahan yg jauh lebih bagus dan berkualiti.. juz my 10cent point.
salah gak tu… mana2 u sama jer… baik UM, UiTM, IPTA, IPTS mahupun politeknik…
majikan nk tngok kebolehan kita… boleh WORK or tidak…
degree/diploma/sijil hnyalah ‘tiket’ utk memohon pekerjaan…
= KEBOLEHAN BEKERJA dan MEMIKUL TUGAS
Setahu saya, setakat ni graduan pendidikan especially yang ambil kursus sains dengan pendidikan dari UM semua dapat posting (means dapat kerja sbg guru). Senior2 semua dah posting jadi cikgu. Just cepat atau lambat je depends on kekosongan. Batch sy, paling lama tunggu utk posting tak sampai setahun pun. Setiap batch pengambilannya sedikit dan bila dah grad, satu batch dapat posting (pengalaman sendiri dan tengok senior2 terdahulu). Jadi, belum dengar cerita lagi ada senior2 menganggur. Walaupun upsi universiti khas utk bakal guru, tak semestinya semua student upsi confirm dapat posting. Mana nak sumbat semua satu batch yang beribu2 nak compare dengan kitaorg yg satu batch puluh2 orang je?
kita pernah belajar di Um. Kita tak terringin pun nak kerja dengan orang. Kita lagi suka kerja sendiri. Orang tak faham .. kita fikir tak sama dengan orang lain fikir. Kalau jawab periksa kita orang jawab 30 minit siap. Kalau study kita orang baca sekali dua je. memori memang kuat . Sebab tu kita orang ni suka masuk persatuan jadi macam macam. Bukan study hard tapi dah Allah bagi memori kuat. Kita orang harap semua orang bersyukur kerana jadi biasa sahaja. Kita orang ni boring kalau buat kerja cepat siap. sebab tu kita orang punya tesis macam tesis master. Cuba juga nak jadi biasa tapi kalau buat sesuatu pasti nak yang lain dari yang ada. semoga semua orang tak kata apa apa kerana kita orang pun tak tahu kenapa kita budak UM ni suka buat sesuatu yang baru. Alhamdulillah
ape nk heran pngk 3.5 & above. budak matrix KPM sekrg senang nk score, bersepah2. Bukan mcm zaman aku asasi sains UM dulu. Aku dulu mase matrix ASUM (kolej mara banting) tahun 1999 (course sains fizikal) xde sekor pun 4 flat. Paling gempak pun 3.5 ade sorg. Aku sekadar dpt PNGK 2.8 aje final sem, tapi masih dpt masuk UM course critical mechanical engineering. Yg penting bukan sekadar cemerlang pointer, tapi paling penting ketahanan spiritual, mental (EQ) & sahsiah dlm mengharungi kehidupan. Golongan remaja lah golongan yg mencari identiti diri & cenderung dilanda krisis identiti yg serius. Jgn jadi cam nur amalina che bakri suda…
aku pun ex kolej mara banting gak….batch 1999 cam ko tp amik hayat…pehhh asasi UM time tue sikit punyer susah beb…masuk medic pon minima cume 3.0 jer time tue…taun sblm tue kalo tak silap 2.8 jer pon…soalan lecturer UM sndiri buat…silibus UM puny sendiri….x mcm skrg…matrik senang score sbb kementerian pendidikan dah amik alih….akhirnya aku dapat gak la masuk kursus kritikal ni…tue pun pointer 2.87 jer…tak silap batch 1999 last batch asasi kat mara banting….pastu sumer buat kat UM
yup setuju dgn pendapat
Pandai satu bahagian dari otak. Banyak lagi bahagian lain . Kalau cuma pandai belajar tapi tak pandai memasak, menjahit, mengemas rumah, membaiki kereta tak boleh juga. Biasanya budak rajin pandai mengemas selalunya dia pandai matematik, yang malas suka baring naik motor sana sini belajar tak pandai. Tapi bila orang pandai masuk u dia pun nak masuk u. Budak lemah suka meniru dah suka studi nota kuliah sahaja. kalau budak pandai dia suka buat soalan dari buku rujukan inggeris. Soalan tutorial dah siap tapi dia orang nak buat soalan lain lagi. Budak malas dan lemah tak suka beli buku rujukan. datang u suka sangat nak cari pakwe..makwe. Budak rajin selalu pergi surau. kalau ada yang tak macam tu 1 per 1000 je.
ko ke?
hmmm…
boring… bila universiti & sekolah kt Malaysia sibuk kejar ranking… kebajikan pelajar dan pengajar ntah ke mana…
apa matlamat tubuhkan sekolah dan universiti?
bukan ke utk melatih dan mendidik pelajar?
utk kejar ranking semata2 demi pengetua dan NC dpt nama?
fikir2kan lah wahai kawan2…
tak hingin pun masuk UM. lepas grad UM aku tengok susah jer nak dpt kerja. laku lagi uitm (wpn aku dulu UKM). aku tengok budak2 uitm ni ijazah mereka bidang2 pekerjaan yang ada sekarang.
perghhlah…nak masuk UM semakin ketat sekrang ni…semua pelajar kena dapat pointer lebih dari 3.50 ke atas….aiyo….sedih tengok…nak budak cerdik dari segi pointer je….semua boleh buat dengan meniru, bukan sikit tapi ramai pelajar yang meniru, bukan stdy pun.. institusi pendidikan sebenarnya perlu pentingkan sahsiah pelajar bukan sekadar pinter shaja….apa nak jadi dah dengan sistem pendidikan kita sekarang ni….
ni semua pasal tgk cemerlang pada satu tempat je…tgk la bdk2 sekolah sekarang, terpaksa pegi tuition mlm2 sebab nak kejar ‘cemerlang’
apa2 pun, dh 2 org student UM jdk PM..
mmg la, dulu mana ada u yang lain2
Sapa masuk UM Engineering atau Medic, InsyaAllah diorang fokus.
Yang masuk UM bawah Pengajian Islam, insyaAllah akan jadi talibarut PAS dan PKR.
Yang tak terer pi masuk UPSI pun dah ok.
alhamdulillah UM melahirkan graduan2 yang tahu dosa-pahala
lumrah kehidupan..
Harap semua dapat ambil iktibar dari apa yg akan dilaksanakan oleh pihak tertinggi.
Ambil hikmah daripadanya.
betul..betul..betul….
Pelajar yang nak masuk dipilih yang terbaik.point yang tinggi…
Tetapi kalau pensyarah yang mengajar bukan yang terbaik …um tak kemana
Mesti pilih pensyarah yang paling cemerlang yang mengajar pelajar cemerlang…..baru um top
Kita lihat contoh sekolah asrama penuh………
pelajar yang terpilih adalah yang terbaik semua A dalam mata pelajaran
Tapi cikgu yang mengajar bukan yang cemerlang atau cikgu yang terbaik…
jadi lingkup juga …sekolah asrama tak jadi top cuba buat
pelajar terpilih cikgupun yang terpilih gak……….baru top sekolah asrama tu….
Um nak kurang pelajar undergraduatenya. Dalam tempoh 3 – 5 tahun lagi nisbah post graduate (sarjana) + PhD dengan student degree akan jadi 50:50. UM dan beberapa Universiti tempatan mungkin akan lebih tumpu kepada universiti RDC – Researh develop & coomerlisation. Jadi depa perlu student yang betul2 cemerlang.. senang sikit kejar ranking dunia.
Jangan takut tak dapat masuk universiti. Sekarang ni bilangan ‘U’ kerajaan dah banyak sangat – lebih 20 buah dengan kapasiti pendidikan yang lebih ramai.. dulu ‘U’ berapa kerat je…
Sebenarnya rugi kalau pelajar2 kita ke oversea just setakat utk untuk dapat degree. Dah la bayar mahal, pastu hasil kerja research diorang akan jadi bahan kemajuan negara asing tu… buat keje untuk naikkan nama pensyarah negara bekas penjajah..
Bagi pelajar perubatan, saya fikir lebih baik buat kat malaysia berbanding amerika dan jepun. Di Amerika dan Jepun mereka tidak dilatih untuk menjadi doktor yang tahu serba serbi. Asyik guna alat canggih untuk diagnosis. tak boleh sentuh pesakit, amik darah silap2 tak pernah buat. Bila balik malaysia, mereka tidak akan diiktiraf oleh majlis perubatan malaysia sebab mereka tak berpengalaman seperti yang dilalui oleh pelajar2 perubatan kita did sini. Pelik? Tidak, sebab kalau mereka kerja di amerika dan jepun pun, mereka masih boleh jadi doktor melainkan setelah bekerja di bawah seliaan doktor profesional selama mungkin satu atau dua tahun… itu yang setakat saya tahu.. kalau silap betulkanlah..
pembetulan:
Tidak, sebab kalau mereka kerja di amerika dan jepun pun, mereka masih belum boleh jadi doktor melainkan setelah bekerja di bawah seliaan doktor profesional selama mungkin satu atau dua tahun… itu yang setakat saya tahu.. kalau silap betulkanlah..
yang penting niat, klu nak kejar duit/gaji yg tinggi semata2, result tinggi langit pun tak guna, sbb bagi mereka, duit lagi penting! sepatutnya, pelajar (tidak kira result tinggi atau rendah), perlu sumbangkan diri sendiri utk tingkatkan tahap teknologi di negara Malaysia skrg ni..
bkn sekadar guna teknologi negara luar semata2 untuk hidup..
contoh, doktor pakar tak boleh buat kerja kalau mesin bedah daripada luar negara tiada.. doktor tak boleh hidup tanpa mesin! byk mesin technology adalah daripada luar negara! no machine, no operation!
sedangkan kapal terbang tentera kita pun beli dari luar negara! bila tekan button misil ke arah jet singapore sahaja, jadi error dan system malfunctioning! sebab tu jet singapore berani terjah kawasan udara Malaysia tanpa minta kebenaran, selamba je training jet kat kawasan udara Malaysia!
sedangkan internet yg kita guna sekarang pun adalah hasil dari kajian U.S. Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA).. try search history of internet, mesti ada DARPA..
processor computer di dunia pun ada dua brand je, AMD dan Intel, itu semua luar negara,dn mcm2 lagi..
kita kena bersatu untuk hasilkan teknologi kita sendiri, klu sorang2 memang tak jadi~ teknologi sebenar memrlukan masa yg panjang,oleh itu, kita perlu start sekarang..kita mesti mula dri kecik dulu,wlupun dri duit modal kajian yang sikit..
tak kisah pndai atau bodoh, uitm ker um ker, kerja gomen atau kerja swasta ke,kita mesti asingkan masa kita yg free utk kaji selidik teknologi yg baru.. kita buat satu kelab NGO dan stiap org perlu sumbangkan ilmu mereka dan gabungkan teknolgi bersama2 dan bngunkan teknologi baru..
nk harapkan kerajaan, mmg payah~!!
setiap orang ada bakat yg tersendiri dan mampu cipta teknologi yg baru, tak kira UM ker, UPM ke UITM ker, yg penting impian besar..bakat menyanyi,berlakon,berjoget,pakar business ali baba subcontract sub sub, org yang download software hack, lepas tu guna software tu hack orang,etc — bakat itu semua tak perlu! yg penting adalah ilmu pakar programmer,biologi,chemist,scientist,electrician,manufacturer,mechanical engineer,etc… what say you?!
pandangan pedro aku setuju.
pendapat aku yg lain, kenapa UM nak ambil pelajar yang dah sedia pandai? takut ajar budak yang bodoh ker? manusia tak bodoh, cuma malas dan tidak diasah bakat yang ada, dan tak diasuh dr student yg malas ke budak yg berwawasan dan inovatif,dan student sekarang trdedah dengan perkara yang tak sepatutnya belajar,etc..
kalau UM ambik student yg dah sedia pandai, UM tak ada di dunia pun tak ape, sebab student pandai tu dah boleh belajar sendiri, UM cuma perlu bagi nota dan silibus sahaja..betul?
pada aku, motif universiti adalah pusat pendidikan yang mampu melahirkan student yang tidak bernilai kepada yang bernilai, baru boleh menambah nilai kuantiti pelajar yang berkualiti.. kita PERLU MENAMBAH KUANTITI PELAJAR YG PANDAI! BUKAN TUNJUK AJAR PADA STUDENT YG DAH SEDIA PANDAI!!
bengkel kereta yang terima kereta yang dah sedia modified, dimodified kan lagi kereta tu, lg la power!
aku lagi respect workshop kereta yang sanggup terima kereta buruk dan sanggup repair dan ubahsuai kereta menjadi kereta setaraf internationale!! “workshop” mcm ni yg perlu ada di MALAYSIA!!
sekarang mana unvirsiti macam tu?? MANA??
pendapat saudara, pada saya sangat tidak realistik. nak tergelak pun ada.
Pendapat saudara Pedro memang bagus. Nampak cerdik
percayalah. Sistem pendidikan kita lebih kpd ‘exam-oriented’.
Sebab tu kualiti kureng. Sebab kepandaian mereka hnya atas kertas, then dpt CGPA 4 flat.
Sy rasa, wajar Malaysia kaji balik corak dan orientasi sistem pendidikan di sekolah mahupun universiti. Kerana rata2 pelajar bosan, terutama pelajar melayu (sebab tu mereka tercicir). Sekadar baca buku, buat latihan dan jawab exam. X tahu utk aplikasi, utk apakah mereka belajar.
so, KAJI BALIK CORAK SISTEM PENDIDIKAN KITA!
Pelajar yang tak tinggi cgpa masa matrikulasi bukan sebab tak pandai tapi belajar main main. Kalau dia belajar betul betul suka tanya pensyarah dan buat kerja lebih banyak sikit tentu dia dapat 4.0. Kita dah puas dapat cgpa 3.7 . Kita masuk Medic. And Then tukar kursus Lain. Kita bebas nak pilih mana mana . Budak yang belajar main main banyak masalah. Couple, dating tengah malam. Orang study dia buat benda lain. Sempat pula jadi GRo. Model. memang lah kalau minta kerja tak dapat . Alasan overqualified. Bukan lower class. Sapa nak ambil orang yang bersemangat dan buat kerja macam caplin. Kita dah try kerja dengan company dia bagi 3 bulan siapkan tapi kita buat seminggu. Siap report dan presentation ajar orang kat situ buat nya macam mana. Lepas tu bos bagi kerja orang lain . Lama lama tak tahan… kerja yang teruk teruk dia bagi kita selesaikan orang lain relax. Gaji bagi sedikit sangat tapi kerja banyak sangat. Bila kerja sendiri puas hati. Makin rajin makin bagus. Biarlah Profesor pilih terbaik. Orang Melayu nak bersaing kena banyak berkorban. Beli buku, tuisyen walaupun dah masuk u. Budak cina tuisyen . Budak India tuisyen. Budak melayu tuisyen untuk SPM sahaja. Saya lahir dari UM saya bersyukur. Ilmu saya saya curahkan di luar bandar . Ramai kawan saya jadi majikan dan ada ramai pekerja. kami suka membantu orang kampung. kesian mereka . Janganlah kata budak UM macam macam. Berapa ramai orang dari Luar Negara biasiswa JPA yang jadi Majikan / buka kilang untuk orang kampung. Belum dengar lagi . tapi ramai pelajar UM jadi majikan-usahawan/bukan peniaga .Kita tak kisah tak kerja dengan orang kerana ilmu dari UM cukup membantu kita bekerja sendiri. firma Guaman, Klinik, Consultant, Pusat Tuisyen, tadika.. terima Kasih UM.
klu yg UM tu mcm Anwar Ibrahim ke, Hisyamudin Rais ke, dan Khalid Ibrahim ke (MB selangor), Tun Mahathir ke… x pe la jgak.
Pengambilan kemasukan pelajar ke universiti di Malaysia ni lebih berorientasikan ‘tangkap-muat’.
Bukan atas minat dan kecenderungan pelajar itu sendiri. Sebab tu mereka hnya bagus ketika pengajian shj. Bila masuk alam kerja esok, hancur!
Secara peribadi, sy lebih ‘respek’ jikalau graduan yg masuk tu biasa2 shj (pointer p0n sekadar mencukupi). Tapi, bila keluar bergraduat dan masuk alam pekerjaan esok, mereka menjadi orang yg hebat!
Baru menampakkan universiti/IPT tu sudah berjaya m elahirkan orang yg cemerlang!
Itu sepatutnya IPT di Malaysia buat begitu juga.
Yg pentingnya adlh bgimana universiti/IPT itu melatih atau mendidik pelajar, dan sistem yg bagaimanakah berjaya melahirkan ‘produk’ yg cemerlang dan berkebolehan.
Bukankah kita nk mempertingkatkan pembangunan modal insan?
Bagaimanana pula dngn lepasan spm untuk ke asasi sains hayat? ketat juga ke?
asasi um rasanya dia takde ubah apa2
x semestinya straight A’s dpt (last year)
ada je yg near miss
yg penting merit -90% akademik, 10% koko
second intake pun ader je yg x straight
but bila ada autonomi nih, pelajar PASUM ada speciality sikit
pointer 4 satu cadangan yg sgt baik ,jangan bikin tak serupa cakap nanti.
mana nak cari semua pointer 3.5-4 keatas.
Ilmu bukan pd pointer..=)
Semua universiti adalah yang terbaik, tidak kurang juga politeknik di malaysia, masalahnya pada diri pelajar itu mahu belajar bersungguh-sungguh atau tidak?????? masuk U hebat heboh satu kampung tapi malas belajar pon x guna jugak, baik masuk kolej komuniti
lantak lah..diorang punya suka…duit bpa dorg bnyak sgt kot…
macam mana nak tengok senarai nama untuk kemasukan july 2012 kat ukm ye…
Actually, ramai orang Melayu yang tak nak apply UM. Ramai pelajar Cina dan India berkejar2 nak ke UM.
Saya rasa dah sampai masanya pelajar Melayu mencabar diri mereka untuk belajar di UM.
Boleh tak kalau pointer 3.96 masuk medic di UM?
saya dapat cgpa 3.92 minx law kt um pon xdapt..maknenye,yg kt sane sme 4flat ke??huhuhu
MUET. mungkin sbb tu awk x dtawarkn law UM. mungkin band4 ramai..kalau cgpa 3.92, MUET Band5, kompem dpt.. insyaallah..
KALAU MCM NIE , KNE BLAJAR SESANGAT DAH NIE , TAPI …. TAHAP PENGAJARAN ANTARA PENINSULAR DGN SABAH SARAWAK TAK SME , beza yang teramat sangat ….. tak boleh ke pointer tu d turunkan sdikit untk org sabah sarawak … alamat um x de org dari sabah srawak arrr…………
*tak berniat yang tak baik….