[PENGAKUAN] Komunis Chin Peng Minta Maaf, Mohon Balik Malaysia!!

by Admin [ Master G ] on November 24, 2009

in Tuntutan & Hak

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Siapa tidak kenal Chin Peng yang merupakan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya(PKM). Sifat amarah rakyat Malaysia masih lagi membuak-buak apabila Chin Peng menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Malaysia. Kekejaman yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya dikatakan tidak dapat dimaafkan oleh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi mereka yang telah menyaksikan sendiri kekejaman PKM sehinggakan ahli keluarga  mereka dibunuh, dirogol, dimusnahkan tempat kediaman dan disiksa. Ironiknya, kesemua ahli jawatankuasa pusat dan ahli biasa PKM dibenarkan pulang dan tingal di Malaysia termasuk Rashid Maidin, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Zainon @ Ah Yan, Suriani Abdullah, Abu Samah Mohamad Kassim tetapi tidak bagi Chin Peng.

Terbaru, beberapa akhbar China termasuk China Press dan Nanyang Siang Pau telah memaparkan pengakuan maaf Chin Peng di dalam wawancara The Star(akhbar Bahasa Inggeris).

“Mengakui PKM bunuh mereka yang tidak berdosa ketika zaman peperangan”.

ChinPeng telah mengakui Parti Komunis Malaya telah melakukan kesilapan dalam “keadaaan tertentu”.

“Kalau kami membunuh mangsa yang tidak berdosa, saya meminta maaf.

Setiausaha Agung PKM ini sudi bertanggungjawab terhadap semua tindakan rakan seperjuangannya, tetapi menambah bahawa “mereka sukar membezakan antara yang berdosa dengan yang tidak berdosa di medan perang“. Biarpun Chin Peng telah meminta maaf, tetapi dirinya tidak menaruh harapan agar rakyat memaafkannya.

“Saya orang tua. Apa lagi yang boleh saya lakukan?  Hingga menarik trigger pun tak larat lagi-lah sekarang.”

Pemohonan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia telah ditolak oleh mahkamah sebelum ini, malah Perdana Menteri Najib Abdul Razak juga mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak membenarkan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia pada 27 May 2009.

Satu-satunya hasrat Chin Peng adalah untuk disemadikan di Malaysia, tanah di mana beliau dilahirkan dan ibu bapa beliau dikebumikan.

“Saya ialah orang Malaysia.  Satu-satunya hasrat saya ialah untuk meninggal di mana saya dilahirkan, dan dikebumikan bersama nenek moyang saya. Ini adalah hak saya dan saya berharap tiada orang menafikan hak saya ini.”

Menurut Chin Peng, beliau telah memesan empat orang rakan seperjuangan yang rapat untuk menguburkan abu mayatnya secara senyap-senyap di perkuburan nenek moyangnya, sekiranya hasratnya untuk kembali ke tanah air tetap tidak tercapai,

Manakala Sinchew Daily memaparkan kenyataan dan pengakuan Chin Peng yang mendakwa bahawa kerajaan Malaysia telah memungkiri janji.  Chin Peng menceritakan bagaimana kerajaan berkonspirasi untuk menghalang kepulangannya ke tanah air selepas Perjanjian Hadyai.

“Beberapa minggu selepas perjanjian ditandatangani, pegawai kerajaan yangbertanggungjawab membawa saya pulang telah memberitahu saya untuk bertemu di satu tempat, di sempadan Malaysia-Thai.  Tetapi apabila saya sampai di situ, pegawai kerajaan tersebut tidak menjelma.  Mereka pula mendakwa bahawa mereka menunggu saya di tempat yang lain, namun saya tidak muncul.”

Chin Peng menganggap insiden tersebut merupakan muslihat kerajaan untuk menghalang kepulangannya ke Malaysia.

Sebelum ini, Peguam kepada bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Darshan Singh Khaira mempersoalkan keikhlasan kerajaan Malaysia menunaikan janjinya untuk membenarkan bekas pemimpin-pemimpin parti tersebut termasuk Chin Peng pulang ke tanah air kelahiran mereka setelah Malaysia menandatangani perjanjian dengan PKM pada 1989.

Darshan Singh Khaira mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia mengambil keputusan menandatangani perjanjian keamanan dengan Parti Komunis Malaya yang menamatnya persengketaan antara kedua-dua belah pihak sekiranya ia berniat tidak akan menepati janji yang telah dimeterai? Sekiranya ini benar bolehkan masyarakat antarabangsa mempercayai mana-mana perjanjian antarabangsa yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia pada masa depan?

Darshan Singh berkata menurut sejarah keluarga Chin Peng beliau dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di No 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan, Perak. Kedua-dua ibu dan ayah beliau juga dikebumikan di Sitiawan sementara adik beradik beliau juga menetap di Malaysia. Sebagai anak yang taat beliau ingin memberi penghormatan and menziarah pusara ibu dan ayahnya.

Parti Komunis Malaya telah ditubuhkan pada 30 April 1930 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Parti itu dikatakan sebagai parti berbilang bangsa yang pertama ditubuhkan dengan tujuan memperjuangkan kemerdekaan negara.

Atas inisiatif mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Ketua Polis Negara ketika itu, Datuk (kini Tan Sri) Abdul Rahim Mohd Noor perbincangan dimulakan dengan PKM yang menghasilkan Perjanjian Keamanan yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara PKM, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand di Haadyai, Thailand.

(KLIK imej untuk paparan yang lebih jelas)

Setujukah Anda Chin Peng Dibenarkan Pulang Malaysia?

View Results

Loading ... Loading ...

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Isu Royalti Petroleum Kelantan, Tengku Faris Minta Petronas Bayar
  2. Elaun Kos Sara Hidup (Cola) Akan Ditarik Balik dan Dihapuskan?
  3. Kesudahan Isu Perjanjian Air Malaysia Singapura?
  4. [DEDAH] Era Pemerintahan Mahathir Mohamad, Malaysia Rugi RM100 Billion!!
  5. (MEWAH) Senarai Kereta Orang Kaya(VVIP) di Malaysia
  6. Konvoi Viva Palestina, Pelajar Malaysia Ditahan


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 10 comments… read them below or add one }

1 Zairi Zaidi November 26, 2009 at 3:06 am

Nak balik? Tak payahlah….

2 Pak Awang November 26, 2009 at 4:04 am

bagi sajala….orang tua ini masuk
dah tau teruk dah dia ini, tak larat punya nak buat hal
kadang-kadang pelik juga, Jepun, British dan termasuk Indonesia dalam era konfrantasi dulu
boleh pula kita maafkan……China lagila, dia yang mula era komunis

3 satsuma November 26, 2009 at 10:10 am

nak balik kg?? :merajuk …rugi jer orang dulu atau askar putus kaki tangan etc….
die nak ganti balik ker semua kaki tu? :ejek

4 asdsds November 27, 2009 at 4:34 am

Jangan, berapa ramai dah dibunuh si celaka ni, tak kira la tua atau muda, atau bagi balik

BAWAK MASUK WAR TRIAL

5 Rolet onyx November 28, 2009 at 9:23 pm

aku x setuju ar dia balik…mmg dia dah tua…tp anak..bini…bapak org yg mati time zaman PKM 2 sape nk jawap??….aku mmg x setuju dia balik…

6 hoocksiutong December 26, 2009 at 5:46 am

no way man.
cakap la apa je kejam ke apa ke
ko mmg x guna.
aku lebih rela hidup dengan banduan la

7 fadli January 1, 2010 at 11:33 pm

sebab tidak benarkan ialah chin peng warga malaysia dan membunuh rakyatnya sendiri..berlainan dengan british dan jepun.itu yang membezakan chin peng dan yang lain.Aku pun x setuju dia balik.kita maafkan dia dan tidak bermakan ia boleh pulang ke malaysia.

8 Pak Awang January 5, 2010 at 2:57 am

Tapi itula kalau dia masuk, dia kena terima risiko kalau2 ada amaukan daripada amukan orang2 lama

9 mesticun January 14, 2010 at 1:46 am

:ejek Orang tua ni nak balik ke.baik nak kesian tak boleh.duduk sana sampai mati.apa salahnya.kami disini cukup menderita pada masa lalu.ini nak balik Malaysia. :nangis :nangis :nangis

10 NBK January 20, 2010 at 3:34 pm

x payah bg..memaafkan mungkin boleh,tapi jejakkan kaki beliau ke tanah melayu ini tidak boleh walau abu mayat sekali pon..apa kata waris pejuang veteran yg tekorban dan pejuang yg hilang anggota tubuh badan semasa membanteras komunis celaka ni?biar beliau merayu or menangis air mata darah sekali pon,jgn harap nak jejak malaysia..bile tgk movie bkt kepong,teringat betapa bangsat dan kurang ajarnya komunis..bg saya,chin peng adalah pengkhianat negara..

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: