Jemaah Menteri, akan mengkaji semula masalah pelajar yang menerima tajaan biasiswa JPA yang enggan pulang berkhidmat untuk negara berasaskan undang-undang sedia ada sebelum dilaksanakan.Baca kenyataan di bawah.
JERANTUT-Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara yang enggan kembali berkhidmat di negara ini selepas menamatkan pengajian akan diminta membayar balik dengan nilai penuh biasiswa termasuk dikenakan faedah.
“Jika kabinet bersetuju, bekas pelajar tajaan JPA yang sudah bekerja di luar negara akan diwajibkan membayar balik semua perbelanjaan berkenaan termasuk faedah”, katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di sini semalam.
Mohamed Nazri berkata, kebanyakan pelajar tajaan JPA yang enggan pulang menuntut di universiti di Eropah serta Amerika Syarikat dan menerima biasiswa di antara RM 400,000 dan RM 1.2 juta seorang.
“Sewajarnya golongan berkenaan patut mengenang budi kerajaan yang memberi biasiswa dan menghantar mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang profesional tertentu di luar negara”, katanya.
Memang ramai yang diikutkan, hatta rakan-rakan penulis sendiri masih lagi bekerja di luar negara sehingga sekarang.Dan kebanyakan mereka ini memberi alasan yang sama untuk tidak pulang bekerja di Malaysia, iaitu, tarikan gaji dan pendapatan yang tinggi yang ditawarkan di luar negara, berbanding negara sendiri.
Tidak dapat kami nafikan disini, tanggan gaji di luar negara, sememangnya sangat mewah.Kita ambil Akauntan sebagai contoh, sekiranya mereka pulang bekerja di Malaysia, rata-rata mereka akan bermula dengan tangga gaji dari RM 2500-RM 4000, berbanding sekiranya mereka bekerja di luar negara untuk jawatan yang sama, di mana mereka menerima purata GBP 2500 sebulan atau GBP 30,000 setahun belum termasuk lagi elaun-elaun lain.
Kalau ditukar kepada matawang Malaysia, purata sebulan gaji mereka adalah RM 12,250!.Untuk kami ambil kira bagi mereka yang baru mula bekerja.Kalau dah ada pengalaman sampai 5-10 tahun, adakala pendapatan mereka setahun adalah dari GBP 40,000-GBP 80,000, iaitu RM 196,000 setahun atau RM 16,300 sebulan!
Kepada sesiapa yang mempunyai peluang pun, pasti tidak akan melepaskan sesuatu seperti ini tanpa alasan yang munasabah.Di mana, dengan kadar gaji yang lebih tinggi dan kuasa beli yang lebih besar, pastinya pelajar-pelajar ini kurang minat untuk menabur bakti di negara sendiri.
Nak marahkan sangat pelajar biasiswa JPA yang bekerja luar negara ini pun,kadangkala kerajaan juga perlu main peranan penting. Ada juga kes rakan kami yang ingin pulang menabur bakti selepas belajar, namun selepas 6 bulan pulang tanpa mendapat pekerjaan, akhirnya beliau kembali ke luar negara selepas mendapat tawaran bekerja di sana.
Bagi kami, sekiranya kerajaan mampu menyediakan pekerjaan dan juga memberikan opsyen yang lebih menarik kepada bekas pelajar biasiswa JPA ini, mereka juga turut tidak keberatan untuk pulang.Selepas lama di rantau orang, ada juga mereka yang sudah mula menjadi tidak patriotik dan mula mengagungkan negara lain dan mengeji negara kelahiran sendiri.Ini merupakan apa yang kami nampak.
Walauapapun, pada pendapat kami, memang wajar sekiranya pelajar-pelajar terbabit pulang ke negara untuk menabur bakti.Kerajaan jug perlu lebih serius dalam memastikan tenaga-tenaga profesional ini pulang.Jangan asyik nak tekan dan paksa sahaja.Setiap permasalahan, ada cara penyelesaian.
Apa pandangan anda mengenai isu penerima biasiswa JPA yang perlu bayar semula biasiswa sekiranya enggan pulang?

{ 54 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
sokong 100% …..kalau dah berhutang tur pandai2 ler membayar balik!!.
Sape pulak yang berhutang ini biasiswa bukan pinjaman oii.
ini duit kerajaan ke?? betulkan pemikiran anda..
ini adalah duit rakyat, so biasiswa sepatutnya hanya layak kepada mereka yang betul-betul miskin, berlandaskan hadis dan sunnah..
rukun islam menegaskan untuk berzakat supaya dapat membantu orang-orang miskin..
so sebenar-benarnya biasiswa tidak diperlukan oleh mana-mana rakyat sekalipun..
adalah lebih baik memberi pinjaman kepada mereka yang berkelayakan untuk menyambung belajar di luar negara, sebab semua itu adalah duit rakyat..
lepas itu, jangan la tawarkan gaji yang terlalu rendah..
sepatutnya untuk menjadi negara yang maju, nisbah perbandingan gaji dengan taraf hidup perlulah selaras..
supaya rakyat ada kuasa membeli, peningkatan jualan barangan seterusnya meningkatkan ekonomi sektor swasta dan kerajaan..
Memang benar ape yg diutarakan….Tarikan gaji itu yang menjadi pokok utama…dgn taraf pendapatan yang rendah tetapi taraf hidup y semakin tinggi di Malaysia,rasanya bekerja di luar lebih stabil…itulah hakikatnya…Mgkin mereka boleh menyumbang dgn cara lain seperti kewangan melalui yg cukai pendapatan kpd kerajaan malaysia (tp jgn la tinggi sgt)…Dr segi sumbangan kepakaran pula mgkin boleh jika dubuat secara sambilan…
hello Bang Piss …..memang ler biasiswa… tapi masih hutang utk melakukan perkhidmatan kerja yang telah dijanjikan…….hutang bukannyer semata2 duit jer…….
Baik jangan bagi biasiswa JPA ni. Bazir duit kerajaan je. Baik bagi dkt rakyat cm kt ni. Bkn nak mengutuk, nanti kalau bangsa cina @ india x dapat,mulalah masuk paper. Mengutuk kerajaan tak adil. Nanti dah dpt biasiswa, taknak balik Malaysia bila dah habis belajar.
Ada 1 kes ni. Kerajaan hantar ke UK sebab cemerlang masa SPM. Dapat biasiswa RM400k. Tapi final year gagal. Alasan?Terlampau enjoy disana. Balik2 d Malaysia kerajaan serap dalam maktab perguruan sebab takut rugi. Bukan kata semua x bagus, tapi ada suku yang bila dah dpt biasiswa JPA xnak berkhidmat dengan negara.
Mengenai pekerjaan d Malaysia, standardlah. Aku pun bertahun2 tunggu baru dpt kerja. Ni yang 6 tahun ni mesti kes nak gaji mula2 kerja rm12500 jugak. Dpt kerja gaji rm3k xnak.
Kesimpulan aku senang je. Takpayah bagi biasiswa ni. Bukan semua Melayu dpt pun. Bangsa lain pn dpt jugak. Nanti kata Melayu banyak dpt, x adil, Baik semua x payah bagi. Jimat duit kerajaan. Boleh guna untuk majukan sektor lain. Tak pun naik taraf Universiti tempatan. Biar rakyat Malaysia blajar dalam negara tapi laku d luar. Belajar Engineering dalam negara, tapi laku d UK ke, Japan ke, Dubai ke. Lagi untung
kalo gomen dah sediakan kerja baru pulang..kalo tak keje ajelah kat sane…aku pon biasiswa jpa gak..dah lapor diri 3 tahun lepas pon dah habes belajar..smpi skang tak dipanggil…takkan nak tunggu ajer..keje ajelah kat mane2 pon janji ader sumber rezeki yg halal
Kita perlu antar mereka keluar negeri juga tetapi untuk ambik kepakaran, yg SPM tu tak payah lah lagi buat abiskan beras je. Patutnya jangan antar SPM lagi antar yg mereka tahun 1/2 Ijazah je, bagi mereka matang. Itu sebab Dr lulusan UK kerja kat sini tension, pasal dah biasa kerja relaks. Kalau dia orang lama2 kat sana mulalah syiok tak abis, asal usul pun lupa. JPA nampaknya pemikiran tak pandangan jauh, apa nak jadi- kenapa menteri pulak lebih bijak dari JUSA. Jangan orang treasury je berhatihati takut bengkrap, orang JPA pun mesti awas jgn jadi macam ini. Nanti yg tinggal di Malaysia terdiri yg bonggok2 je, pak turut.
kita kena kurangkan pergantungan dari negara asing terhadap tenaga pakar, justeru disarankan agar penerima balik menabur bakti di tanahair sendiri.
zack menulis Berita Terkini….Aksi jijik peserta Maharaja Lawak
sekarang ni biasiswa dah jadi pinjaman ke
naimulfirdaus menulis Berita Terkini….remaja untuk ditiduri
mereka ni pandai pada ekademik jer….
dan mereka akan rasa dah jadi lebih pandai bila mereka bantai kerajaan malaysia bila dah seronok dan lupa diri bila berada dinegara luar……
mereka ni lah yg akan cakap apa yg kerajaan mlaysia buat semua tak betul….
dan yg sebenarnya mereka ni bijak tapi bebal….mereka ni lupa masa nak dapat biassiwa dulu mereka sanggup melukut ditepi gantang pd kerajaan……
masa tu kalau suruh cuci punggung pun…mereka akan buat…..
hallo rakan sekalian…perkara asas yg perlu diketahui dgn jelas adalah KERAJAAN XDE DUIT,KERAJAAN HANYA MENTADBIR WANG KHAZANAH NEGARA,SEMUA WANG KHAZANAH NEGARA TU ADALAH HAK RAKYAT MALAYSIA!BUKAN UTK DI SONGLAP SESENANG HATI SESUKA SAJA!
dorang ni memang bagus jg..
x balik pun takpe la…
klau blik gaji beribu..kjaan pla bg naik harga barang..
rakyat msia yg gaji rendah nak letak mana..?
TAPI yang tak bagusnya..TAK BAYAR PINJAMAN..!!
( *pinjaman yg di BERikan adalah WANG RAKYAT MALAYSIA)
orang lain pun nak guna jg..jadiii BAYAR la..
jangan nak lepas tengkok korang je..
DAN yang tak bagusnya..dah tak ingat dorang tu ORANG MALAYSIA..
taik dan lampin pertama dorang ada dkt bumi MALAYSIA…
BALIK dan BAYAR la pinjaman korang tu..
KERJA ke tak nak BAYAR le..
TAK NAK BALIK pun BAYAR le…
INGAT LA PINJAMAN TU WANG RAKYAT MALAYSIA…BAYARRRRRRRRRRRR
KEPADA saudara yang sebut biasiswa adalah wang rakyat.
Apabila minta biasiswa kepada semua rakyat ada yg tak setuju katanya
biasiswa adalah utk orang melayu & bumiputra saja.sekarang wang rakyat
ini pun adalah dari orang yg bukan bumiputra.tak malukah wang ini pakai
utk orang mel.. & bumiputra sahaja ?
kepada yg lain jgn marah ye,ini terkeluar dari hati seorang kwn i.
klu i fikir pun betul juga.
Maaf kalau cakap kasar. Tapi kolah tipikal melayu yang nak bg confort dkt bangsa lain tapi nak menyusahkan bangsa sendiri. Kalau ko kira, 55% adalah bumiputra d Malaysia, selebihnya Cina, india dll.
Waktu aku belajar dulu, aku rasa ramai lagi cina dpt biasiswa JPA dpd Melayu. Kami melayu guna PTPTipu je. Kalau nak ckp bangsa lain bayar cukai, melayu pn sama. Tp kebanyakkan melayu ni kurang dalam lingkungan pembayar CUKAI PENDAPATAN je.
Ko ingat Melayu/Bumi x pakai postpaid?prepaid?Hisap rokok?Makan dkt fast food?Beli kereta buatan Malaysia/import?pakai barang elektronik/komputer?beli barangan dapur?Tahu tak apa persamaan semuanya?semuanya kena bayar cukai. Lainlah kalau ko duduk dalam hutan (orang pedalaman pn bayar cukai maa, bentuk je berbeza).
Kalau bangsa cina bukak kedai runcit, ko ingat ko x bayar cukai dkt mereke ke dalam bentuk markup harga kalau beli barang dkt c2?Tesco, Jusco, Mydin, Carrefour xpayah citelah.
Kesimpulan aku, xpayah nak cakap bangsa lain yang bayar cukai ke hape. Kita semua bayar cukai. Perasan dengan x je. Yang paling best perasan bagus. Sebab tulah aku cakap, dpd satu2 bangsa cakap mereka layak biasiswa JPA (bumi/non), baik xpayah je bagi terus. Atau macam komen di atas, untuk peringkat Master/ PhD @ kursus yang penting/kurang di Malaysia sahaja di consider di hantar ke sana (luar negara).
Pada pandangan saya, biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara peringkat Ijazah Sarjana Muda hendaklah dibekukan memandangkan Malaysia mempunyai Universiti yang menawarkan pelbagai bidang peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Tetapi, bagi yang ingin melanjutkan ke peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran boleh diberi biasiswa bersyarat. Syaratnya mereka hendaklah bekerja dengan kerajaan Malaysia untuk jangka waktu yang tertentu.
Kepakaran pemegang-pemegang Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran boleh digunakan untuk membina modal insan di Universiti-universiti di Malaysia seterusnya meningkatkan “ranking” universiti-universiti ini diperingkat global.
Saya percaya, kebanyakan ahli akademik tidak seperti ahli perniagaan mahupun ahli politik yang tamakkan wang ringgit. Tetapi mereka cenderung mendalami pemahaman mereka dengan melakukan kajian-kajian tertentu. .
Oleh itu, kerajaan Malaysia seharusnya menarik minat tenaga pakar ini dengan melabur menyediakan kemudahan-kemudahan di Universiti untuk membuat kajian peringkat tertinggi dalam bidang berpotensi seperti kejuruteraan mekatronik, kejuteraan kimia, kejuruteraan biologi, kejuruteraan bio-perubatan, Kejuruteraan pertanian dan sebagainya.
Walaubagaimana pun, jika mereka masih tidak berminat dan melanggar syarat perjanjian, tindakan undang-undang yang tegas boleh diambil terhadap mereka.
memang tak sangka yang biasiswa jpa bernilai RM 400, 000 hingga RM 1 Juta utk seorang… kalau pelajar2 nak mengaji agama takde pulak biasiswa, padahal golongan ni bila pulang, mereka menabur bakti pada masyarakat… mengajar agama di kampung2… kenapa tak bagi biasiswa?… double standard…
Korang semua bebal yang dapat biasiswa kerajaan SPA adalah anak-anak orang kaya, doktor, menteri, penysarah dan lain-lain…sedikit saje anak orang yang kurang pendapatan….itu nasib tetapi …..mereka ni kalo diluar negara bukan main rajin kerja…temasok lah rakyat malaysia yang jadi kuli
batak…tapi bila balik kat Malaysia semua jadi pemalas dan manja……sebab di bawah payong mak bapak dia…..heheheeeee…..
Sekurang2nye diowang ade gak pluang d hargai dgn dpt bntuan JPA n mrasai bkerja d lua ngara dgn gaji yg masuk akal bdsrkn taraf hdup.x mcm kite yg kurang pintar ni,tpakse mrasai tgga gaji yg x munasabah d tanahair sdiri yg x pntingkan kbajikan rkyat tp hnya retorik n pntingkan kroni2 dn ank branak.pmimpin yg memusnahkan malaysia.
Bayar? Mmg lah patut bayar. Tapi kalau ada faedah dan riba’ yang melampau2 patut ke?
Alasan kena byr faedah sebab nak bagi untuk generasi akan datang guna. Korang sanggup bagi anak2 korang belaja guna duit hasil riba’?
Klau g oversea kena bayar munasabah lah. tapi xmunasabah kena byr faedah. aku lagi teruk. blajar degree local dapat dalam RM35 K je. tapi aku break contract sbb keja kat goverment gak cuma kementerian je lain. diaorg suruh aku bayar RM110 K. 300 % faedah!! padahal aku keja kat malaysia, kat kerajaan jugak.
Patut ke?
xabis2 biasiswa jpa jd isu….bg aku dorg y keje kt oversea tuh bkn takat pikir gaji…pikir jaminan pendidikan anak2,faedah sebagai pekerja..kuasa beli,public transport y reliable dan murah,n mcm2 lagi faktor..
kalo kt jepun,elaun nek train g kerja ada..elaun hp ada..kwsp len,insuran kerja lain dan byk lg faedah2 selaku pekerja..biarpn keje kutip sampah…
kalo ada anak..didik anak tuh blaja rajin2..biar xpyh harap sgt kt jpa nih..kt mesaia sbnr nye biasiswa bersepah..byk sgt..tinggal lg rmi je xtau…
blacklist aje keluarga & sedara mare org yg xnk pulang dan brkhidmat dlm negara, jgn bagi famili diaorg pinjaman atau biasiswa. xpun lucut saje krakyatn. so merempat la kt sana.
Assalamualaikum. Saya tidak berpuas hati dengan kerajaan kerana mereka sudah tahu sebab pelajar-pelajar tajaan JPA enggan kembali berkhidmat di negara tetapi pelajar juga yang sering dipersalahkan. Jika kerajaan ingin menarik minat pelajar-pelajar, kerajaan perlu meningkatkan tanggi gaji pekerjaan di Malaysia seiring dengan tangga gaji di negara lain. Hal ini memandangkan kos sara hidup sekarang sangat tinggi selepas kerajaan tidak putus-putus menaikkan harga barang di Malaysia tetapi tangga gaji pekerja tidak dinaikkan. Rakyat Malaysia sekarang dalam kesempitan dengan tindakan kerajaan yang tidak mementingkan rakyat. Dimana rasionalnya slogan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DUTAMAKAN???? Sama-sama kita fikirkan.
Saya cadangkan dimasukkan syarat ini dalam borang kontrak biasiswa JPA:
“Pelajar yang menerima biasiswa JPA yang tidak pulang bekerja di Malaysia selepas tamat pengajian akan dilucutkan kewarganegaraan.”
tarik je la kerakyatan yang taknak balik tu. lebih baik bagi bangla yang membantu ekonomi malaysia ni..
Aku tak kisah..dia org tak nak alik pun …itu hak dia org….dia org senang hidup di negara org….kalau sapa pun akan ambil kesempatan ini….kita tak boleh berbohong dgn diri sendiri….sebab dia org lebih selesa dgn kehidupan di negara org…bergaji besar….hidup senang lenang….cuma kalau berhutang tu tolong bayarlah….yg kementerian bising tu buat apa…..kita ada saluran utk kutip wang pinjaman tu….apa nak kecoh2….yg kecoh2 ni sebab tak tagih dan asyik dok tidur kat pejabat….nanti kalau dah balik malaysia jgn bagi masuk …kalau tak bereskan hutang….
:0 macam mana pulak kena bayar rm110k tu kalau dah kerja gomen jugak? Parah la kalau macam tu. macam mana diorang cakap awak break contract? jpa x consider ka bila cakap ngan diorang yg awak kerja kerajaan jugak?
Kalau nk ikotkan gaji kt sana lbih kurang ja pn dgn sini. GBP2500 sbln sama ja la dgn sni pn RM2500. Kalau sini mkn sehari RM20. Kt sana GBP20. Kalau convert mmg la nmpk bnyk. Tuh la pasal xleh trus convert.
salam.. large percentage of money came from tax payers, . stop using the duit rakyat term.. blk dulu, ke malaysia, tabur jasa, after 5 years, go abroad..
balik buat apa,pi keje sana la bawak nama baik negara, branak-pinak mcm org lain,bawak budak kita pi keje sana skali tp duit tu tetap kena byr…bdk ptpn utang24k pn kena kejar ni yg 400k gaji riban2 tak kn nk buat bodo je…balik msia 2 thn skali byr zakat, tlg org susah pn dh ok…ni kalo blk keje sini karang bising gak, keje sana ,cakap’im frm msia,im a good worker,u can trust me’ jgn buat jenayah masuk jail dah la
Dah pandai kene la balas balik jasa negara sendiri. So kerajaan kene la fikir mcm mana nk tanamkan sifat patriotik pada pelajar tajaan nya. supaya tidak lupa diri dan rela berkorban demi tanah air tercinta. Rugi jerk duit gov labur kat luar negara tanpa ada hasil untuk negara sendiri. Tapi jgn suruh balik tapi xda keje plk, tumpul plk ilmu yg dh ada, jgn hangus sudah.
patriotik???hehehehe…lawakkkk…anak2 menteri tu cuba tanya ada ke yg skolah kat skolah kebangsaan?semua skolah internationaleeeee…patriotik ker mcmtu?mcmna nak maju negara…semua benda yg menteri ckp..ckp kosong..ckp nak naikkan nama sendiri dan jawatan politik…belilah barangan buatan m,sia..menteri2 tu pakai pakaian brand aper?kenderaan aper?membeli belah kat mana?melancong kat mana?m,sia ker??sorryy…potong jari la kalo brand m,sia..yg beli barangan m,sia nie orang2 sederhana mcm aku nie..sbb tu menteri2 nie mcm endah x endah je nak suruh bebudak biasiswa JPA balik…diorang pon sama je…melalak perjuangkan negara, agama dan bangsa tu hanya utk raih undi je….raih kedudukan..korang kalo slalu tgk berita,baca paper..kalo tak cukup iman dan pemikiran..sure terpengaruh dgn dakwaan2 musang2 berbulu ayam nie..setiap hari dimomokkan kerajaan prihatin..ekonomi meningkat..wang subsidi utk rakyat yg benar2 memerlukan…pirahhh!abis kami yg rakyat pertengahan nie tak layak ker?mcmtu wat per undi kerajaan..yg miskin pon aku tgk makin teruk..sampai ke subsidi tu?ke subsidi utk kroni2 dan ahli keluarga?
Bayar? Mmg lah patut bayar. Tapi kalau ada faedah dan riba’ yang melampau2 patut ke?
Alasan kena byr faedah sebab nak bagi untuk generasi akan datang guna. Korang sanggup bagi anak2 korang belaja guna duit hasil riba’?
Klau g oversea kena bayar munasabah lah. tapi xmunasabah kena byr faedah. aku lagi teruk. blajar degree local dapat dalam RM35 K je. tapi aku break contract sbb keja kat goverment gak cuma kementerian je lain. diaorg suruh aku bayar RM110 K. 300 % faedah!! padahal aku keja kat malaysia, kat kerajaan jugak.
Patut ke?
haha. okay. first of all aku salah seorang pemegang biasiswa luar negara jpa dan sedang belajar lg. kepada yang main ckp ikut sedap je kteorg mmg ada kontrak 6tahun bekerja bila habis degree nanti. sebenarnya isu2 ni biasa je. hangat2 pstu sejuk balik. tahun aku dpt biasiswa dlu pn bising cmni gk pstu senyap. sbb benda sama je dari dulu sampai sekarang. jgn main sedap ckp bagi dkt yg nk bt master and phd dan bersyarat. kami yg pegi bt degree pn bersyarat gk, 6tahun. kalau doktor lagi lama, 10tahun. kalo balik tak nak keje dgn kerajaan mmg dlm kontrak ckp kne bayar pn. semua dlm paper tu mmg pusing balik isu sama je. yg ckp fourth year tak lps balik malaysia tu, korang tau tak jpa suruh bayar balik semua yg diaorg dh abes belanja so far kalo tak lps. mmg gov dh plan siap2 dh. say budak tu belajar sampai 3rd year dh and perbelanjaan dah 600k, diaorg tak lps diaorg mmg balik malaysia and they have to pay that 600k. just that. nk tnye apa2 lg reply je.
biasiswa tu pun da lebey dari cukup. dorg siap enjoy ngan duit kerajaan ni. hidup mewah kat sana. xkan xnk balas jasa untuk kerajaan pulak? daripada taja mereka, lebih baik buat benda lain naik kan ekonomi negara. sekarang universiti tempatan dan swasta di malaysia sudah maju dan setaraf luar. lanjutkan kan sahaja pelajaran kat dalam malaysia
SAlam brader, itu klu student yg X lepas.
Tpi klu lepas? korang x perlu bayar kan?
Dan klu lepas, kenapa tak balik Malaysia? kenapa tak kongsi bersama ilmu dgn kitaorg di Malaysia? Saya tahu kerajaan Malaysia teruk, tpi jngan tinggalkan kami sbgai rakyat/kuli mangsa kerajaan ni..kalau brader betul2 seorang yg prihatin, demi (agama,bangsa dan negara), datang Malaysia balik dan bantu kami dan kami sama2 bergandng bahu ubah Malaysia lagi maju dr teknologi dan matangkan politik.. saya tahu gaji tak ckup, tp yg saya thu, klu awk balik Malaysia, snggup terima gaji skit, dan menjadi tokoh mngubah nasib Malaysia, insyaAllah, balasan anda akan diterima akhirat nanti dan awk dpt respect dari kami..
itu sebenarnya harapan kami.. klu smua stdent biasiswa JPA berfkiran/mindset utk dapatkan duit dgn lebih banyak dgn bekerja di luar negara, smpai bila pn nasib Malaysia tidak akan berubah..adakah niat awk belajar semata2 utk duit shj dan bkn utk mngubah nasib agama, bangsa dan negara?? mana pergi janji awk ms interview minta biasiswa JPA?? mesti awk ckp utk berbakti demi agama, bangsa dan negara, bkn? klu tidak dsbbkan duit, buktikan! saya jumpe awak di Malaysia dan mari kiter sama2 menempuh dugaan di Malaysia dan skurang2nya kewujudan anda di dunia tidak sia2, tp akan ttp diingati sbagai tokoh Malaysia, selama2nya.. INsyaAllah..
Untuk pengetahuan encik, yang lepas xperlu bayar balik tetapi perlu berkhidmat untuk gov selama 10 tahun bagi perubatan dan 6 tahun bagi kursus2 lain. Bagi yang tak lepas kena bayar full yang dia tak lepas. FYI, ayah saya adalah salah seorang pemegang biasiswa gov luar negara juga dulu (first degree & masters) dan masih berkhidmat di dalam kerajaan
Walaupun tidak mempunyai gaji yang tinggi, dia gembira dapat mendidik anak bangsa.
Jangan cakap aja,keluarkan dalam akhbar juga diTV senarai nama2 orang yang dah guna pinjaman JPA,MARA dan sebagainya.kita tahulah anak siapa.
kalau kat malaysia ni kalau keje kerajaan nak mintak pindah negeri sendiri pun payah,. ini siap suruh balik negara sendiri pulak. mengong la budak JPA x reti2 balik ni. kami keje ngan kerajaan masih lagi menanggung hutang PTPTN, bagi kat kami lagi bagus la..
memang patut la mereka bayar..itu duit rakyat..
memang nampak best ngn tawaran dijepun..tengok sekali kena tsunami…merangkak balik la diorg…ha..bersyukur la kita yang berada di malaysia…da buat pinjaman..wajib bayar..full stop…kadang2 pasal ko cakap biasiswa bersepah kan…memang pun..tapi pikir la..semua telah di agih kan pada kroni2 masing2…sapa x kuat cable…maka x dapat la..mana keadilan…
x jugak..
anda pernah apply ke salah satu hingga mengatakn dberi pd kroni shja…
atau anda pernah apply n stdard qualification anda x lpas..
ko pernah amek biasiswa x..kalu macam medical punye.ada dia cakap kan anda wajib berkhidmat untuk sekian2 tahun atau period yang telah dipersetujui,tu lah yang dia nak..balasan daripada apa yang di belanja pada dia…even ianya brbentuk perkhidmatan,,ianya adalah amanah..kita rakyat msia bayar cukai penat2.nak bagi kamu belajar..sekarang,…nak lari tanpa berkhidmat..mana boley…x redha la duit ak yang ak guna untuk tampung perbelanjaan kamu even ianya 1 sen..
ha3…aku setuju..naik taraf uni di msia…instead dari membazir bagi duit kat minah n mamat yang p oversea..kita naik taraf uni di sini dan tambahkan kuota penerima biasiswa di uni kerajaan…setle..tapi tu la..kita cakap senang..nak laksanakan..bnyk prosedur..semua org atas ada kepentingan masing2….ha3..susah2..
betul tu…ak setuju ngn comment atas ni…
xpayah ada biasiswa untuk belajar di luar negara..biasiswa hnya di berikan pada org yang excel dan yang belajar di msia…full stop..nak p oversea.duit PAMA( pak n mama)..
kalu dah kena pay..bayar la..lagi sayu..yang sangkut tu kenapa..kenapa boley sangkut..ha..itu bermaksud anda x layak..p sana…berfoya…ak lihat pada member ak yang buat study di oversea..kalu dah hutang 300..bayar 300 la…xkan bayar 1sen..ingat la..kerajaan pun ada pakej yang disediakan.macam sambung di uni di malaysia..then keja ngn kerajaan/…pay balik…ada kan?…
Yang kena bayar tu mmg kena bayar. Soal layak ke tak layak pegi sana I can’t comment more. Itu diaorg kena jwb sendiri la dkt rakyat Malaysia. And for those yg kne balik tu mmg diaorg akan bayar. Don’t worry. Kalau students overseas tak lps if I’m not mistaken mmg goc tak tlg dh, you just have to pay your debts that you owed la. Kalau dikira betul, hutang PTPTN lagi banyak tak bayar dari students yang tak lps belajar dekat overseas. Mcm this year, 152000 students diberhentikan dari PTPTN sebab dapat results below 2.0
Haha klu mls belajar mg x patut dpt biasiswa pown. Pi oversea gi kuliah main fb kt iphone jer kowt. Duit berlambak dlm poket siap keje nk bwk kete balik mesia gner AP. Klu gner guner duit sendiri ad lah semangat nk belajar sbb belanjer tinggi, kne excel spy x gagal.
satu lagi..kita perlu tahu..benda yang menyebabkan masalah ni sebenarnye adalah pasal sylibus pendidikan di msia…kita pnye sylibus memg teruk kalu di bandingkan ngn negara luar..lihat lah rangking uni msia sendiri..ha2..ak pun belajar di uni kerajaan;system pendidikan harus setaraf dengan system pendidikan di luar..then baru la kita dapat pastikan yang pemegang biasiswa jpa itu layak untuk p oversea dan akan lulus dengan cemerlang disana..masalaah timbul apabila kronism terjadi semasa pemilihan candidate..tambahn pulak dengan culture shock disana.student p sana berfoya2..balik bawak budaya x senonoh,,,then demand tinggi2..padahal ada ramai je yang sangkut study di sana..balik msia..ilekpucik..habuk..dah kamu guna duit kami berjoli..bayarla balik..bab faedah..kena tnya kerajaan..kita sekarang suarakan pendapat dan segi moralnye tentang topic ini..full stop…
setuju..yang ptptn pun kena la bayar even sikit,..tolong la kerajaan balik untuk pusing modal..tak kesah la korg tu sokong parti apa pun.yang penting bayar balik semua hutang itu adlh wajib..
hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri..
lagi baik hujan batu dinegeri sendiri…
kita fikirlah dari segi positif,apakah objektif gov menghantar korang ke ngr luar…kalu harapkan gaji mmg Malaysia kalah..
tapi fikirlah duit rakyat yg digunakan untuk ape..
kalau ditanya pada rakyat mesti x setuju duit tu digunakan untuk kepentingan sendiri…
kita semua mangsa kepada sistem..renung2kan….
Kerajaan seharusnya memikirkan satu mekanisma yang baik supaya pelajar yang berada diluar negara berminat bekerja di negara ini.