Tidak sampai seminggu daripada pendedahan daripada Pengerusi Yayasan Pembangunan Belia India Malaysia, S.A. Vickneswaran, yang mengaitkan Naib Presiden PKR dengan pembelian saham bernilai RM8.5 juta, seorang bekas pembantu kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula iaitu Anuar Shaari mendedahkan dokumen-dokumen baru yang didakwa sebagai bukti Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali memperoleh saham sekurang-kurangnya bernilai RM2 juta awal 1990-an.
Ketika ditemui pemberita hari ini, Anuar memberitahu, laporan polis dibuat demi kepentingan untuk menegakkan kebenaran. Saham-saham itu diperoleh ketika berkhidmat untuk Menteri Kewangan. Anuar Shaari (gambar), bekas setiausaha peribadi Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis di Bukit Aman pagi tadi mendakwa Azmin memperoleh saham berkenaan antara 1992 dan 1994.
“Saya akan menyerahkan dokumen asal berkaitan dengan pemerolehan saham yang sedang diperkatakan ini,” kata Anuar Shaari di pekarangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini.
“Saya percaya penyokong Azmin, Shamsidar, Anwar dan Wan Azizah juga berminat untuk melihat kebenaran,”kata Anuar sambil mendakwa jumlah nilai transaksi mencecah RM2 juta.





{ 3 comments… read them below or add one }
Kadang2 orang politik ni xleh caya 100%..Cakap 10, boleh caya 1, ntah2 0.1?
zualliz(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Tunggu je bukti dari orang camni..Ntah2 nanti dia kata, bukti hilang, xda, dakwaan salah dan lain2..
Orang politik suka cakap untuk publisiti..
Suka @ Tidak
0
0
alah tuduhan je tu.. nanti senyap blk ble perkara xdpt dibuktikan huhu JohnJimat(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0
pulak!!!!…salah ka memiliki saham?……lagi banyak lagi bagus kan?….pening…pening…aku nk kena jual balik. takut kena dakwa… gajah kelabu(Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain
Suka @ Tidak
0
0