Pendapatan Tambahan Negara, Hasil Judi Menjangkau RM2.37 Billion

by Admin [ Master G ] on November 30, 2009

in Persoalan Masyarakat

[KLIK] Kongsikan Dengan Rakan Anda di Facebook

Selepas melihat sendiri video perbahasan isu judi yang dibangkitkan di dewan rakyat, kita disuapkan dengan angka yang boleh dikatakan dahsyat iaitu sebanyak RM2,370,000,000 hasil daripada pendapatan tambahan negara berkaitan judi sahaja. Banyak bukan? Yang menjadi kerisauan rakyat terutamanya yang beragama Islam sendiri, inilah hasil negara yang diagihkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Mengapa dan kenapa jadi begini. Adakah kerajaan terlalu “haus” untuk meningkatkan pendapatan negara?

Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di dewan parlimen. Antaranya :

Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Yang sedihnya tidak nampak penglibatan dan kerjasama daripada ahli Parlimen semasa isu judi ini dibangkitkan di dewan rakyat.

Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat:
Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh:
Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.

Bagaimanapun, jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein mengatakan kerajaan memberi jaminan akan mempertimbangkan cadangan untuk mengurangkan segala aktiviti perjudian di negara ini amat dialu-alukan. Harap jangan manis di bibir sahaja. Laksanakankannya secepat mungkin.

“Saya tidak terlibat dengan perjudian, saya tidak jaga hal-hal ini, saya hendak bagi janji pun susah tetapi saya akan bawa permintaan bersungguh-sungguh ini kepada kementerian,”

P/S : Selain jumlah pendapatan dari cukai judi seperti di atas turut dimaklumkan yang  mana kerajaan memperolehi RM4.4 bilion hasil dari cukai-cukai yang dikenakan ke atas produk tembakau dan arak.

Related Posts with Thumbnails

Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :

  1. Gaji Menteri(VVIP) VS Pendapatan Rakyat Malaysia
  2. [BONGKAR] Laporan Ketua Audit Negara Dedah Kerugian RM1 Billion Projek Landasan Berkembar Elektrik
  3. Keputusan Nombor Ekor di Berita Harian Tapi Komen Judi Dalam Islam!!
  4. [DEDAH] Era Pemerintahan Mahathir Mohamad, Malaysia Rugi RM100 Billion!!
  5. [UNDI] Caj VEP Kereta Singapura Keluar Masuk VS Kereta Malaysia
  6. Mengapa Ramai Rakyat Malaysia Kerja di Luar Negara?


Never miss to get updates on Beritasemasa.com. Subscribe now!

Subscribe in a reader   Get new news via RSS and reader or subscribe via email

Masukkan email anda di ruangan bawah :





{ 3 comments… read them below or add one }

1 johnjimat December 10, 2009 at 7:41 pm

tahniah malaysia :kejut :gelak

2 mesticun January 13, 2010 at 3:53 am

Pakat-pakat main judi tipu orang susah.buka kena sangat.alih-alih pemilik yang dapat untung banyak. :marah

3 Yg Gangster March 8, 2010 at 6:22 pm

ini adalah salah satu pendatan negare..

Respon anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda Dengan Pembaca Lain Di sini....



1) Ingin gambar avatar pilihan anda terpapar setiap kali anda memberikan komen di sini? KLIK DI SINI untuk ketahui caranya.

3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.

4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.

5)  Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.

Previous post:

Next post: