Benarkah kadar penceraian di Malaysia meningkat angkara laman sosial terbesar di dunia sekarang ini, Facebook?
Memang tidak ada kajian khas dilakukan dalam menangani isu ini sebenarnya, namun, jika dilihat secara rambang, jaringan sosial dalam Internet seperti Facebook, Twitter dan Myspace ternyata boleh mendatangkan mudarat kepada keharmonian rumah tangga jika penggunaannya disertai dengan niat yang salah.
Menurut maklumat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebanyak 27,110 kes perceraian telah direkodkan daripada 135,136 perkahwinan yang telah didaftarkan pada tahun 2009.
Punca utamanya ialah pasangan gagal menjalankan tanggung jawab masing-masing. Walaupun tidak diperincikan bentuk kegagalan tersebut, sedikit sebanyak jelas pengabaian tanggung jawab itu memang ada hubung kait dengan ‘ketagihan’ sama ada suami atau isteri dengan laman web sosial masing-masing.
Itu tidak termasuk kes-kes nyaris bercerai kerana salah faham dan cemburu dari hasil hubungan sama ada suami atau isteri di laman Facebook masing-masing.
Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik dari Akademi Pengacara Perkahwinan Amerika (AAML) harus diberi perhatian. Hasil kajian mereka menemukan bukti jumlah perceraian meningkat gara-gara aktiviti suami atau isteri di Facebook, Myspace dan Twitter.
Presidennya, Marlene Eskind Moses, berkata, sebarang komen yang diletakkan oleh bekas pasangan akan gunakannya sebagai bukti di mahkamah.
Kajian tersebut juga mendapati pasangan yang sedang dalam proses perceraian atau perebutan hak penjagaan anak akan turut mengadu hal tersebut pada rakan di jaringan sosial.
Antara kenyataan Marlene Eskind Moses :
“Dalam satu kes yang pernah berlaku, seorang wanita yang bercerai ingin menuntut hak penjagaan anaknya telah kehilangan hak tersebut kerana dia memberitahu mahkamah dia sudah bertunang dengan pasangan baru.
“Padahal di Facebook dia mengatakan dia sudah berpisah dengan teman lelaki yang suka menderanya dan kini sedang mencari lelaki kaya sebagai ganti.
“Saya memang terkejut bagaimana seorang itu tidak berfikir dahulu sebelum menaip di Facebook masing-masing terutama mereka yang dalam proses perbicaraan mahkamah,”
Mengikut perincian yang diperolehi daripada data kajian AAML, 66 peratus kes perceraian adalah dari Facebook, Myspace 15 peratus dan Twitter (lima peratus).
Maka tidak hairanlah, beberapa ulama Mesir mengeluarkan fatwa mengharamkan Facebook, kerana kesan negatifnya kepada pasangan suami isteri.
Kita kalau nak main Facebook, kalau dengan niat yang salah memang boleh meruntuhkan rumahtangga. Mula-mula join Facebook, pastu cari balik awek-awek lama, yang si isteri pulak, cari balik pakwe lama. Nak tengok perkembangan terkini kononnya.
Tapi dalam secara tak sengaja, boleh minumbulkan kembali nostalgia.Kena pulak dengan hubungan suami isteri tengah tegang, akibat tidak puas dan sebagainya, mula la jadikan pakwe/makwe lama jadi tempat mengadu. Akhirnya, maruah tergadai, anak-anak terbiar, dan cerai.
Banyak kali skrip macamni diulang-ulang.Yang penting, apakah niat kita sebenarnya.Samada nak cari kawan, atau nak cari padah, itu anda tentukan.
Persoalannya, kenapa anda ber-facebook?


{ 17 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
nawaitu kena betul…
niat nak kembangkan produk sendiri pun bagus kat fb ni…tapi nawaitu kena kuat lah..jgn sampai terpesong….
persoalan kat sini senang je…”PERLU KE FACEBOOK” ni? bukan “kenapa anda berfacebook”…
Semua benda ada baik buruknya. FB yang bagusnya dapat cari kawan-kawan lama dan baru. Masalahnya bila dah terlebih inform sampai nak makan kat kedai mamak atau nak tidur pun inform kat FB. Jadilah pengguna FB yang bijak hehehe..
kalau niat dan cara penggunaan baik..baik lah facebook tu..tak semestinya membawa keburukan..facebook senang nak kontek member2..macam susah hidup tanpa facebook sekarang ni..nak je bukak walaupun tak buat pape
FB BOLE TENGOK OMPUAN DEDAH TUBUH DGN SECARA FREE. . .
facebook nie xley nk dsalahkan.yg salah pada pengguna nye.status pon yg melampau2…lg2 bile tngah feel bercinta.sakan publish status menyatakan yg pasangan mereka TERBAIK.tapi bila da gadoh sakan jugak maki2.salahkan mereka yg terlampau jangan salah kan facebook
ini masalah etika. masalah yang menghancurkan diri sendiri. bukan masalah facebook secara total.
Nampak sgt mcm da x der keje lain nk dibuat…..Bg Pak Mann Buruk lebey byk dari Manfaat, ramai org kita rosak akhlak sbb FB lerr…..Mcm org buta baru celik, abih pekong diri sendiri diwar2kan satu dunia. Jumpa kat luar mcm bagus jerr, tp realitynya boleh taw ler sapa sebenornyer mamat/minah gara2 diaorg sendirilah yg dedahkan info diri sendiri…..bodo tol!!.
Inilah akibatnya jika kita terlalu gahirah dengan apa yang dilakukan. Kemudahan yang baik akan menjadi perosak pula. Facebook ini boleh menggantikan fungsi telefon, jadi apa salahnya kita jadikan ia sebagai alat perhubungan, bukannya tempat untuk hal-hal yang tidak baik
Inilah akibatnya jika kita terlalu gahirah dengan apa yang hendak dilakukan. Kemudahan yang baik akan menjadi perosak pula. Facebook ini boleh menggantikan fungsi telefon, jadi apa salahnya kita jadikan ia sebagai alat perhubungan, bukannya tempat untuk hal-hal yang tidak baik seperti menipu, berbohong dan lain-lain lagi. Jika tidak puas hati dengan suami atau isteri bincang dengan baik-baik permasalahan, selesaikan dengan baik-baik dalam keluarga. bukannya facebook tempat melepaskan rasa tidak puas hati. Apa……………..ni ?
…Jangan melihat sekitar Anda dan mengeluh tentang apa yang salah, melainkan ubahlah fokus anda. Tetap bersyukur adalah kunci untuk hidup bahagia.
aku xde facebook pun..org kutuk pun wat bodoo je..hehe
yang bodah sangat sebeb fb pun nk cerai..kalo tau bini curang sepak je la..xpn jual jebia jd ayam.hahahaha
BAB TU AKU TAK SOKONG FB NIE..BYK BURUK DARI BAIK..FIKIR2 KAN LAH..
59.9% drp. perkahwinan berakhir dengan perceraian. 24000 drp. 27000 kes perceraian di M’sia adalah dari kalangan umat islam. Statistik sebenar tidak pernah dikeluarkan oleh kementerian walaupun berulang kali diminta. Statistik ini saya dapatkan dari hujah dalam parlimen 2010.
fb adalah perantaraan bkn punca penceraian. kalau xde fb pun pakwe/makwe lama still blh contact kalau bertemu di kenduri kawin kwn2 ke dn kt mana2 la. Mula2 tukar no fon, pastu sms, then ajak jumpa. Yg penting sikap diri sendiri yg memang dah miang dan x tau batas2 agama. Guna fon pun blh bercerai. Sms jer “aku cerai kn ko dgn talak 3″