BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Penambahbaikan UPSR, PMR Dimansuhkan 2016

by Staff Berita Semasa on October 10, 2010

in Berita Pendidikan

upsr-pmr

Lagi 6 tahun lagi baru penambaikan UPSR manakala PMR dimasuhkan bermula 2016 akan dilaksanakan. Lama lagi dan macam-macam boleh berlaku. Diharap model pengajaran terbaik akan digunapakai dalam pembangunan pendidikan negara dan mencontohi model pendidikan dari negara maju seperti Jerman.

SYDNEY: Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan menggunakan format baru mulai 2016, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata peperiksaan bagi pelajar Tingkatan Tiga akan dibuat melalui penilaian berasaskan sekolah manakala peperiksaan UPSR bagi murid Tahun 6 akan mempunyai bentuk dan format yang agak berbeza. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata kementerian perlu mengambil masa untuk melaksanakan sistem penilaian yang baru itu kerana pelajar yang ada dalam sistem sekarang tidak boleh dibebani dengan format baru.

“Kalau kita nak mulakan penambahbaikan UPSR dan PMR itu, ia mungkin akan bermula seawal-awalnya pada tahun 2016. “Pelajar yang telah ada dalam sistem sekarang ini tidak perlu kita hadapkan dengan ujian baru kerana mereka telah berada dalam sistem ini,” katanya.

Beliau berkata rundingan ketiga dan terakhir meja bulat mengenai penambahbaikan sistem peperiksaan itu telah selesai dan mereka menerima baik pandangan dan cadangan penambahbaikan yang dikemukakan kementerian. “Secara kasarnya saya boleh sebutkan, umumnya ramai bersetuju bahawa UPSR itu perlu dikekalkan tetapi mesti ada penambahbaikan manakala bagi PMR pula umumbersetuju ia diganti dengan penilaian berasaskan sekolah. “Yang penting di sini ialah setiap peringkat kemajuan murid dan pelajar sekolah itu perlu dinilai,” katanya.

Muhyiddin berkata antara penambahbaikan yang mungkin dilakukan untuk UPSR ialah 60 peratus penilaian murid akan berasaskan bidang-bidang akademik yang terpilih manakala 40 peratus lagi berdasarkan kokurikulum atau sivik. Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet dan maklumat terperinci mengenai penambahbaikan itu akan diumum apabila ia diputuskan secara muktamad.

Mengenai penilaian berasaskan sekolah bagi PMR pula, Muhyiddin berkata Lembaga Peperiksaan akan memainkan peranan penting untuk menyelaras bentuk ujian yang akan dilakukan di peringkat sekolah itu. “Mungkin dalam masa seminggu lagi kita akan maklumkan secara muktamad,” katanya. Muhyiddin berkata penambahbaikan itu akan memperkukuhkan lagi sistem dan kualiti pendidikan negara, dan tidak dilihat sebagai berasaskan peperiksaan semata-mata.

Beliau berkata program perintis penilaian berasaskan sekolah itu telah dilaksanakan sejak 2008 dan sehingga kini ia melibatkan 550 sekolah. Penambahbaikan sistem peperiksaan UPSR dan PMR itu akan melibatkan perubahan dari segi kurikulum, buku dan latihan untuk guru, katanya.

Diharap juga lebih ramai tokoh akademik berada dalam kementerian yang akan menjadi badan pemikir yang boleh membuat satu formula yang mantap. Penambahbaikan memang perlu ada, itu sudah pasti bagi mengikut peredaran zaman. Cuma jnaganlah sesekali membuat satu dasar yang flip-flop. Kejap A, kejap B. Kasihan anak-anak kita nanti.


{ 1 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat Ini. Komen Anda Pula? }

1 Firdaus Fikri October 17, 2010 at 6:54 pm

Saya sokong 100% tindakan ini. Sebagai pendidik, saya merasakan bahawa dasar sebegini boleh menjadikan sistem pendidikan di Malaysia tidak berorientasikan kepada peperiksaan semata – mata dan lebih menekankan kepada perkembangan yang menyeluruh dari pelbagai segi. ( JERIS )

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: