
Sudah berkurangan dan gugurnya seorang lagi pakar fizik Islam Iran, Profesor Massoud Ali-Mohammadi. Amerika sebenarnya tidak pernah kenal erti putus asa. Pelbagai cara samada secara halus mahupun kasar akan digunakan bagi merealisasikan impian dan tujuan kotor mereka. Jikalau dilihat modus operandi yang dibuat, memang terbukti ejen asing terlibat sama dalam konspirasi pembunuhan ke atas pakar nuklear Iran, Profesor Massoud Ali-Mohammadi.
GAMBAR rakaman video menunjukkan lokasi letupan bom yang menyebabkan Massoud maut di Teheran baru-baru ini
TEHERAN – Pakar nuklear Iran, Profesor Massoud Ali-Mohammadi maut dalam satu serangan bom yang diletupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh, lapor media rasmi negara Islam berkenaan. Stesen penyiaran IRIB mendakwa pembunuhan Massoud iaitu saintis fizik neutron Universiti Teheran didalangi ejen-ejen Amerika Syarikat (AS) dan Israel. “Bom yang dipasang oleh ejen-ejen perisikan Zionis dan AS menyebabkan dua buah kereta dan sebuah motosikal rosak teruk manakala dua tingkap kediaman di sekitarnya turut pecah,” menurut laporan IRIB.
Massoud, 50, terbunuh dalam satu serangan bom motosikal pada pagi semalam berhampiran kediamannya di utara Teheran. Stesen televisyen berbahasa Inggeris Press TV menunjukkan imej rakaman kaca tingkap yang pecah dan serpihan lain manakala jenazah mangsa yang berada di dalam sebuah beg mayat diusung keluar dari tempat kejadian. Tiada tangkapan dibuat berhubung pembunuhan Massoud setakat ini.
Pengeboman tersebut berlaku selepas kehilangan seorang saintis Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Shahram Amiri pada Jun lepas semasa mengerjakan haji di Mekah. Barat sebelum ini menuduh Iran memajukan program nuklear bagi menghasilkan bom tetapi Teheran menyatakan pembangunan nuklear negara itu bertujuan untuk menghasilkan tenaga elektrik. – Reuter

P/S : Teringat dahulu, semasa serangan ke atas Iraq. Bijak pandai Iraq telah dibunuh terlebih dahulu, bagi memudahkan strategi Amerika menyusup masuk dan seterus menakluk Iraq.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- [Sekatan Minyak] Hoi Amerika, Takut Ker Nuklear Iran?
- [MUKTAMAD] Amerika Syarikat Bersalah Sebab Serang Iraq
- [Tragedi Gemenceh] Pembunuhan Paling Kejam di Malaysia
- Kes Pembunuhan Altantuya Dimuat Dalam Drama Bersiri TVB Hong Kong?
- Muammar Gaddafi “Telanjangkan” Piagam PBB
- Kerosakan Amerika Syarikat Punca Utama Krisis Kegawatan Ekonomi Dunia?


{ 2 comments… read them below or add one }
Berhati-hati rakyat Iran.anda semua diperhatikan oleh zionis keparat.bila-bila masa mereka akan menyerang orang kuat Iran terutama bijak pandai.
Lupakan sahajala…..Insyaallah di bawah pemerintahan perdana menteri Ahmadinejad, takkan ada kuasa asing berani masuk. Sebab setakat ini negara islam yang boleh bagi saingan terhadap Usa dan israel adalah iran
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.