BREAKING NEWS : Barisan Nasional Menang Majoriti Mudah PRU13 2013!! : SEMAK BERITA SINI


Pembentangan Bajet 2011- Belanjawan Lengkap!!

by Staff Berita Semasa on October 15, 2010

in Cadangan & Dasar Kerajaan

Bajet 2011 malaysia

Selepas Bajet 2010 tahun lepas, akhirnya Bajet Belanjawan 2011 akan dibentangkan pada jam 4 petang ini. Pelbagai spekulasi mengani bajet belanjawan tahun ini telahpun berlegar-legar. Dan, di blog Perdana Menteri Malaysia sendiri, terdapat ribuan cadangan dan harapan dari rakyat kepada Datuk Seri Najib Razak agar input dan cadangan mereka di masukkan di dalam pengumuman Bajet 2011 petang ini.

Di antara isu yang paling banyak dibangkitkan adalah, di dalam bidang pekerjaan dan kebanyakannya mahu supaya dasar gaji minimum dilaksanakan. Dan isu cukai serta subsidi juga menjadi di antara isu paling hangat dibicarakan waktu ini. Selain itu, sektor pendidikan, dan peningkatan perkhidmatan jalur lebar juga disuarakan.

Apa pula pandangan dan harapan anda mengenai Belanjawan Bajet 2011 yang akan diumukan pada petang ini?

P.S. Kami akan meng-update secara live pada pukul 4.00 petang ini! Jangan kemana-mana!

Update!

Selesai sudah  Bajet Belanjawan 2011 yang di bentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abd. Razak di Dewan rakyat pukul 6.oo petang tadi. Bertemakan “Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”, Bajet 2011 ini akan menumpukan kepada 4 strategi utama berikut :

  1. Mendaya Kembali Pelaburan Swasta
  2. Membangun Modal Insan
  3. Mensejahterakan Hidup Rakyat
  4. Memantapkan Penyampaian Perkhidmatan Awam

Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010
Perbelanjaan kos operasi – RM162.8 bilion
Perbelanjaan kos pembangunan – RM49.2 bilion

  • Rizab negara berjumlah RM310.8b  bersamaan dengan nilai  8.5 bulan import tertangguh dan 4.3 kali lebih tinggi daripada hutang luar jangka pendek negara
  • Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
  • Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah.Diantaranya adalah beg, kemeja, pengilat kuku, seluar dalam, baju tidur dan lain-lain lagi.
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri.Ini merupakan langkah yang baik bagi melindungi pekerja-pekerja swasta dan bekerja sendiri.
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit dimana sebelum ini di antara 5%-10%.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
  • RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
  • Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama.Ini merupakan satu lagi langkah yang bijak.
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus. Tarikh berkuatkuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Januari 2011. Ia terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini. Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua.
  • Elaun pemimpin masyarakat dinaikkan kepada RM800 sebulan. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam. Satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam akan menggantikan sistem PTK yang akan dimansuhkan menjelang Jun tahun depan
  • Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan kewangan khas RM500. Sebagai menghargai sumbangan 1.2 juta penjawat awam seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, kerajaan setuju memberi Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
  • Kerajaan memperuntukkan RM 111 juta untuk Program Permata. Ianya bagi membiayai pembinaan Fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar,32 Pusat Anak Permata Negara(PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.
  • Kadar tol di 4 Lebuhraya utama kendalian Plus Ekspressway Berhad tidak dinaikkan selama 5 tahun bermula serta-merta.

Ini merupakan ringkasan terhadap pembentangan Bajet Belanjawan 2011. Apakah pandangan anda mengenai Bajet Belanjawan 2011 Malaysia kali ini?


{ 26 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

1 Bajet Yg Perihatin October 15, 2010 at 11:44 am

Kerajaan perlu menimbangkan agar kos penggunaan internet dpt dikurangkan pada kadar yg paling minimun atau terus beri percuma agar kenikmatan kemudahan ini untuk pembangunan semua rakyat khasnya kepada pelajar2, disamping itu kerajaan perlu mengujudkan sofware dalam menangkis laman2 yg prono dan sebagainya dalam sistem syber dinegara kita ini.

Kadar tol perlu dikaji semula kerana kos itu juga melibatkan kenaikan harga barangan dan membebankan rakyat,Tol2 dikawasan bandar terutama perlu dihapuskan.

Kerajaan perlu memperhalusi dan memgurangkan kadar faedah dan caj dalam penggunaan kad kredit yg dianggap membebankan khasnya oleh kakitangan kerajaan kerana penggunaan mereka disebabkan keperluan semasa dalam mengimbangi kos sara hidup yg meningkat berbanding pendapatan tetap mereka.

Perlu memberi insiatif dalam meningkatkan sistem latihan industri bagi mengujudkan lebih ramai tenaga mahir, begitu juga disektor awam kerajaan perlu meneruskan latihan2 khussus bagi meningkatkan kecekapan kakaitangan awam disamping meningkatkan lagi sinergy modal insal bagi melahirkan kakitangan yg lebih berinovatif serta produktif

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

2 FrankRose October 16, 2010 at 1:43 am

Komen aku simple… Segala intipati bajet kali ni tak ada satupun yang direct kena pada rakyat kebanyakkan… Tak pa nanti ramai yang argue kat bab infrastruktur tu… Ni semua modal lama, modal buku teks, KEYNESIAN school of economy, nampaknya kerajaan masih tak cerdik, keynesian ni cadangkan kerajaan rangsang ekonomi dgn berbelanja pada infrastruktur (buat jalan, buat bangunan, buat itu ini) sebab nya simple… Infrastruktur perlukan kayu, pasir, batu, perabot, pekrja, makanan so… Ada aktiviti… Tapi taktik ni hanya akan berkesan kalau ekonomi supply and demand lembap… So kerajaan berbelanja utk create demand… Maka supply berjalan… Tu dulu… Masa nilai duit terkawal… Sekarang ni masalah kita duit tak terkawal terutamanya dollar, tak ada nilai, kita sedang dilanda financial krisis… Maksudnya setiap dollar yg kita pegang tu hutang US tak berbayar… US sedang nak float kan duit supaya nampak bernilai… Tapi no value.. Toilet paper… So kaedah spending najib hanya mengundang musibah… Swasta nak drive ekonomi, mana datangnya modal… 75% modal kerajaan habis pada operasi kakitangan yang melampau ramainya (nisbah tak munasabah)… Buat bangunan… Huh… Hello… Bangunan yang ada sekrang byk kosong dari berisi… Mana perginya usaha pertanian, usaha penyelidikan, keadaan sekarang ni pertanian lebih penting… Jangkamasa panjang… Mulut mahu kasi makan woo… Thainland pun dah kawal eksport beras dia… Kenapa..? Mesti ada sebab… Kita masih dok import… Kerajaan masih tak persaan ke negara industri tgh sibuk turunkan nilai duit masing2… Tak perasan ke kenapa… Ayoooo… Kalau tak jaga2 eksport kita lunyai wooo… Ni permata pintar jadah apa ni… Kat luar sana ada berjuta murid… Masing2 ada hak untuk belajar… Mana najib campak hak anak2 ni… Kenapa nak jaga segelintir anak pintar saja (sampai beratus juta tu..) Ni dah nampak mcm program eugenic NAZI je dah ni… Tu hutang jangka pendek mmg tak banyak… Apa cerita hutang jangka panjang… Tu yang menyeksakan negara sebab interest dia berdasarkan harga dollar semasa… Adoi…. Mana peginya orang cerdik pandai kat malaysia ni…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

3 007 October 16, 2010 at 2:23 am

bajet atas kertas jer,, jangan sampai peruntukan yang di bagi entah kemana.. bile sampai masa projek tak siap… Tahun depan buat lagi bajet baru…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

4 jalanraya swk October 16, 2010 at 7:51 am

bajet dh cukup cantik..sampai berbilion2 utk menaik taraf jalanraya kt swk dan sbh….dari dulu lg ckp benda yg sama…tp tak pun di naik taraf….last2 bajet dipakai utk kegunaan lain…….! mcm nak sorok bajet jer….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

5 kedai francais October 16, 2010 at 10:05 am

Ini bukan bajet untuk rakyat, tetapi bajet utk kroni. kenape tak turunkan semua duti import… barang tu mcm nak bagi rosmah je atau lebih mengutamkan pelancong asing daripada rakyat tempatan.Utk rakyat takde langsung. Penyelarasan gaji pun takde, walhal gaji perlu di revise semula setiap 5 tahun. Rosmah tiada kene mengena dalam pentadbiran negara pun boleh dapat peruntukkan rm111 juta utk permata. Go to hell la najib…. penipu.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

6 bajet4444 October 16, 2010 at 11:44 am

bajet mmg utk rakyat..tp utk golongan kapitalis jer le…..utk org kpg cuma boleh bertransformasi “drp sluar dlm cap ayam kepada sluar dalam cap kanggaroo” tu je…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

7 Tempeyek October 16, 2010 at 3:28 pm

Yang aku tak puas hati kenapalah gaji untuk para pengawal keselamatan cuma ditetapkan antara RM500 ke RM700 saja sebulan? Besar sangat ke wang gaji sebanyak itu untuk tugas selama 8 jam sehari x sebulan kalau dibandingkan amanh dan tanggung jawab yang dipikul oleh pak guard pak guard kita tu? Apakah pak2 menteri kita tu tak tahu betapa sebelum ini pendapatan bulanan untuk pengawal keselamatan dikalangan bangsa asing contohnya Mat2 Nepal tu diantara RM1200 hingga mencapai RM1500 sebulan? Maknanya selepas ini setelah gaji baru dinaikan maka si Nepal akan mendapat lebih banyak lagi berbanding dengan pegawal rakyat tempatan.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

8 Kuli Swasta October 16, 2010 at 4:35 pm

Entahlah, setiap kali belanjawan dibentangkan tak de ape yng berlaku….taraf hidup rakyat cam kami cam tu gak, harga barangan asas masih gak melambung tinggi…..pelepasan cukai kat barangan berjenama nak wat ape….menguntungkan mak datin beli belah jea….
Yang aku pelik, kenapa perlu dilindungi sangat kakitangan kerajaan….sampaikan nisbah mereka agak melampau banyaknya ibarat 1 kerja sepuloh orang yang buat. Buat rasuah pun tak kena buang keja tapi cuma kena tukar tempat lain aje….( pass tu leh buat balik keja merasuah tu ) klu cam nie sampai bila pun tak leh nak dihapuskan rasuah nie.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

9 betul betul betul October 16, 2010 at 6:21 pm

yg duti setem hanya untuk berpendapatan bawah 3000??? padahal org bergaji 4000 pon kalo bini tak kerja…miskin gak….ayoyoyoyoyoyo……sila naikkan lagi untuk golongan berpendapatan bawah 5000

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

10 lion October 16, 2010 at 8:43 pm

…negara luar segala ekspot hasil pertanian dah dihadkan serta meletakkan kenaikan harga…pertanian padi, getah, dan sawit napa kerajaan tak buat pemajuan gerak gempur habis-habisan sedangkan bidang ini menguntungkan secara seiring jalan antara rakyat dgn kerajaan??? Yang banyak berlaku di Sabah dan Sarawak cara pemilikan projek pertanian lebih tertumpu kepada golongan tauke dan orang kenamaan jak…untuk rakyat, cakap saja lebih tinggi drpd gunung kinabalu tapi secara praktikalnya hanya Tuhan saja yang tahu. Sesiapa yang tak caya pls buat penyelidikan…
Bukan cakap kosong woo!!…Overoll bajit 2011 adalah bajit yg macam dah plan orang tertentu boleh meneguk di air keruh…bijakkan?

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

11 Ramu October 16, 2010 at 9:55 pm

Najib suruh kita berubah…. so kita kena la berubah.
Berubah dari pangkah BN kepada pangkat PR pada next election.
Untuk Najib…. jumpa pada pilihanraya akan datang. Tak lama lagi dah.
Berubah atau diubah.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

12 ami go October 17, 2010 at 2:17 am

emmmm gaji x naik pun… barang2 naik dh…. ada otak fikir la….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

13 mag October 17, 2010 at 8:53 am

Ramu: Najib suruh kita berubah…. so kita kena la berubah.
Berubah dari pangkah BN kepada pangkat PR pada next election.
Untuk Najib…. jumpa pada pilihanraya akan datang. Tak lama lagi dah.
Berubah atau diubah.  

bajet terakhir,,,huhu

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

14 a October 17, 2010 at 10:57 am

harge minyak x de ckp pulak?nie mesti nk wat kejutan nie.mng pilihanraya…minyak dia nak naik!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

15 Ram October 18, 2010 at 5:19 am

FrankRose: Komen aku simple… Segala intipati bajet kali ni tak ada satupun yang direct kena pada rakyat kebanyakkan… Tak pa nanti ramai yang argue kat bab infrastruktur tu… Ni semua modal lama, modal buku teks, KEYNESIAN school of economy, nampaknya kerajaan masih tak cerdik, keynesian ni cadangkan kerajaan rangsang ekonomi dgn berbelanja pada infrastruktur (buat jalan, buat bangunan, buat itu ini) sebab nya simple… Infrastruktur perlukan kayu, pasir, batu, perabot, pekrja, makanan so… Ada aktiviti… Tapi taktik ni hanya akan berkesan kalau ekonomi supply and demand lembap… So kerajaan berbelanja utk create demand… Maka supply berjalan… Tu dulu… Masa nilai duit terkawal… Sekarang ni masalah kita duit tak terkawal terutamanya dollar, tak ada nilai, kita sedang dilanda financial krisis… Maksudnya setiap dollar yg kita pegang tu hutang US tak berbayar… US sedang nak float kan duit supaya nampak bernilai… Tapi no value.. Toilet paper… So kaedah spending najib hanya mengundang musibah… Swasta nak drive ekonomi, mana datangnya modal… 75% modal kerajaan habis pada operasi kakitangan yang melampau ramainya (nisbah tak munasabah)… Buat bangunan… Huh… Hello… Bangunan yang ada sekrang byk kosong dari berisi… Mana perginya usaha pertanian, usaha penyelidikan, keadaan sekarang ni pertanian lebih penting… Jangkamasa panjang… Mulut mahu kasi makan woo… Thainland pun dah kawal eksport beras dia… Kenapa..? Mesti ada sebab… Kita masih dok import… Kerajaan masih tak persaan ke negara industri tgh sibuk turunkan nilai duit masing2… Tak perasan ke kenapa… Ayoooo… Kalau tak jaga2 eksport kita lunyai wooo… Ni permata pintar jadah apa ni… Kat luar sana ada berjuta murid… Masing2 ada hak untuk belajar… Mana najib campak hak anak2 ni… Kenapa nak jaga segelintir anak pintar saja (sampai beratus juta tu..) Ni dah nampak mcm program eugenic NAZI je dah ni… Tu hutang jangka pendek mmg tak banyak… Apa cerita hutang jangka panjang… Tu yang menyeksakan negara sebab interest dia berdasarkan harga dollar semasa… Adoi…. Mana peginya orang cerdik pandai kat malaysia ni…  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Berrjela jugak kan kau pendapat kau yang simple tu.Anyway aku setuju la yang bajet kali ni yang hanya retorik.Takpun ulangan teks drpd bajet2 yang lepas

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

16 kudabesi October 18, 2010 at 5:57 pm

sebagai rakyat kelas pertengahan….aku tak GUMBIRA langsung dgn belanjawan ni……najib dok laungkan rkyat didahulukan pencapaian di utamakan. ape jadahnye?? aku tak nampak apa yang dia nak bagi direct kepada rakyat?semua ni sebenarnya hadiah kepada jerung-jerung yang lahap yang dok tunggu kat luar sana! kita tunggu next ellections ………….Puuuuiiiii ! citttt !

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

17 kukusakit October 20, 2010 at 2:23 pm

aku rasa bajet kali ni xmenyeluruh la..pada aku yang paling penting pelarasan gaji patut dibuat semula memandangkan kos sara hidup pada masa sekarang xmampu ditanggung dengan gaji ofis ajerr…xkan rakyat nak kene wat dua kerja pulak…kerajaan beri kemudahan pinjaman 100% utk beli rumah tp kalau gaji sekarang pun cukup mkn je mcmne nak beli rumah…paling penting pada aku pelarasan gaji perlu dibuat semula laaa….berita hari ni pon cakap rakyat malaysia banyak hutang…apesal banyak hutang?sebab gaji xcukup laaa~~!!!

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

18 Nana October 20, 2010 at 5:53 pm

Kita kena bijak merancang perbelanjaan. Terpaksalah jimat cermat. Kalau ada lebih simpan. Terpaksa ubah cara hidup kita. Sebab nak ikut “rentak semasa”. Saya sendiri pun dah mula berubah,gerak dgn kenderaan bila perlu, makan masak sendiri, hp banyak sms je/email, jimatkan letrik, air, sebab tarif harga tak macam dulu. Semua keperluan untuk “meneruskan hidup” naik. Tapi bila kita bersyukur pada Allah, insya Allah, Dia cukupkan. (Yang penting kita jangan ketinggalan dengan “perubahan zaman” ni).Bengkak jugak bila sumer asyik naiiik je,…Tapi yang bab dapat beli rumah loan 100% saya syukur sangat, sebab, kalau sewa umah duit lebur, … dapat beli flat kecik pun syukurlah, itu jadi harta kita. Ambil yang positif la ye, ..Salam

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

19 momotaro October 22, 2010 at 10:55 am

Gaji pokok pengawal keselamatan akan dinaikkkan dari RM350 kepada RM500-RM700 bermula 2011 mengikut zon…???Tahniah..memang beratus la syarikat keselamatan akan lingkup..dah gerenti punya..dan banyak la syarikat melayu kena saman..pertama..tender kerajaan tak mau naikkan.kalau bagi budget bayar satu pengawal RM5 satu jam waktu sign kontrak..tapi bila 2011..kena bayar bayar RM8 satu jam..mana syarikat tu nak cekau lagi RM3 tu???Macamana syarikat nak buat operation??Kedua..X teruskan kontrak atau perkhidmatan..syarikat akan disaman…Mungkin niat mereka bagus..tapi masih ada bodohnya..Kalau syarikat x dapat teruskan operasi..bermakna syarikat akan ditutup..dan jika syarikat ditutup..PENGAWAL TU X DER KEJE LA…fikir2 la balik…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

20 ti October 28, 2010 at 3:54 pm

x bayak peruntukan untuk golongan bawahan ,yang kerja sendiri seperti petani,nelayan dan rakyat yang bergaji bawah RM1000

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

21 baby November 3, 2010 at 4:17 pm

setiap pekerja ada majikan.. dan tggjwab setiap majikan utk jaga pekerja mereka.. pekerja swasta dijaga oleh syarikat masing2.. begitu juga penjawat awam… tiada kerja yg mudah.. tidur pun penat apalagi melayani karenah berjuta rakyat di negara kita nie.. saling memahami sgt penting walaupun kita bertugas di sektor yg berlainan..

Kuli Swasta: Entahlah, setiap kali belanjawan dibentangkan tak de ape yng berlaku….taraf hidup rakyat cam kami cam tu gak, harga barangan asas masih gak melambung tinggi…..pelepasan cukai kat barangan berjenama nak wat ape….menguntungkan mak datin beli belah jea….Yang aku pelik, kenapa perlu dilindungi sangat kakitangan kerajaan….sampaikan nisbah mereka agak melampau banyaknya ibarat 1 kerja sepuloh orang yang buat. Buat rasuah pun tak kena buang keja tapi cuma kena tukar tempat lain aje….( pass tu leh buat balik keja merasuah tu ) klu cam nie sampai bila pun tak leh nak dihapuskan rasuah nie.  (Balas Komen Ini) – Sertakan sekali komen anda apabila quote komen orang lain

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

22 harry December 15, 2010 at 7:28 pm

aku Melayu anak kg yg menyokong kerajaan.Apa yg kerajaan lakukan adalah terbaik untuk semua golongan masyarakat.Usah kita lupa,alpa,sombong,bongkak dengan kesenangan yg kita kecapi sekarang.Kepada manusia2 yang lebih rezekinya carilah jalan untuk bersedekah,membantu org lain yg memerlukan,beramal,bukan menunjuk2 harta,harta yang tidak dapat dibawa ke dalam kubur pun,hanya amalan yg dikira…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

23 Hamba Allah March 1, 2011 at 8:21 pm

Hmm..bila budget telah dibentangkan, ada je suara2 yang tak setuju, yang membangkang..tapi yang herannya tu yg membangkang tu ada ke idea yang lebih bagus? Atau cuma tau nak membangkang jer..Sepatutnya bila nak membangkang atau tak bersetuju, sediakan cadangan2 korang yang bernas yg jauh lagi bagus dr belanjawan yg dibentangkan tu..Ado? Tak ado kan..
Can u really see what rakyat needs macam org2 yg duk atas tu nampak? To me, i’m very satisfied dengan pembentangan budget kali ni, cuma harapan setiap plan itu dapat dilaksanakan secara optimum bersesuaian dengan budget yang diberi dan menepati waktu. Itu sahaja. Amin…

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

24 sayang rosmah October 9, 2011 at 1:30 pm

kalo harga rokok nek lg,aku cium ang najib….

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

25 Euphilia November 19, 2011 at 5:11 pm

think the price for cigarettes should be increase.
so less people smoking.
it’s irritating especially the smokers smoking in public places.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

26 Euphilia November 19, 2011 at 5:09 pm

i think this budget 2011 aldy ok la…
doesn’t makes any sense when u want to argue about this.
gives idea la if u want to argue.
just saying he only care government sector not makes sense at all.
government workers works for government.
the non-government less contributing in our economy since a lot of non-government sector are from outsides.
this means only taxes on the factories, shopping complexes contributes to our economy.
a lot of the profits goes to the owner.
farmers needs support since now our country is the host for ‘halal foods productions’
hopefully this 2011 budget will proceed like stated.

Respon Anda Bagi Pendapat Ini?

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini...(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)

Previous entry:

Next entry: