Satu kejadian malang telah menimpa rakan-rakan kita yang bekerja di Pelantar Carigali Petronas Bekok C apabila platform minyak tersebut telah terbakar. Seramai 6 orang cedera dalam kejadian tersebut.
Kebakaran di platform itu yang terletak kira-kira 200 kilometer di luar pesisir pantai Semenanjung dikendalikan oleh Petronas Carigali.
Sejurus selepas kebakaran berlaku selepas tengah malam, api dapat dikawal oleh pasukan kecemasan Emergency Response Team (ERT).120 kakitangan yang berkerja di platform berkenaan telah pun dipindahkan ke platform lain yang berdekatan.
Berikut dibawah adalah nama-nama mangsa yang tercedera:
- ALIAS ABDULLAH
- HAMZAH ABDULLAH
- FAUZI IBRAHIM
- RISHAUDIN ISMAIL
- ARIFF FARIMI
- ZAMRI WAGIMAN
Malang tidak berbau.Apa-apa kerja yang kita buat pun, kalau dah nak jadi kemalangan, jadi juga. Ketepikan rasa marah terhadap isu kenaikan minyak tempohari. Semoga mereka yang telah tercedera akan segera sembuh untuk menyambung tugas masing-masing.


{ 17 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
semua kerja yang kita lakukan ada kesan dan impak cuma kita tidak tahu sama ada kesan positif atau negatif, namun yang pasti semua musibah yang kita alami ada hikmah disebaliknya… renung-renungkan lah. Semoga semua mangsa cepat sembuh.
Kesian diorang. Syukur la selamat. Tapi xpe la, kerja gaji banyak, risiko pun tinggi la. semoga cepat sembuh
apa punca kebakarannya tu..
mg mangsa cpt sembuh dan selamat
syukur tak berlaku kemalangan jiwa. abg ipar saya terlibat sama. mujur sempat terjun laut….
yaallah ya tuhan ku semoga sahabat3 kite cepat semboh dengan izin yang maha isa,, amin,,
nasib baik selamat
aq igt gambar real platform bekok skali gmbar hiasan lak
terjun laut? dapat mana berita nih bro?
dosa2 kecil..tu
kalau platform tu kepunyaan pembangkang, pasti jawapannya.. ujian Allah, Tuhan nak uji umatnya..
disebabkan PETRONAS punya, macam-macam cakap.. balasan menipu la, sebab banyak dosa la… itu la… ini lah…
x baik kte yg bkn2… dah nk jd kemalangan.. nak buat mcm mane…. doakan lah moga2 cpt smbuh….
Betul ke berita ni! Aiyoo…tempat manyak safety pun leh jadik camtu ka? OHSAS la…aiyoyo. Itu staff gaji manyak tido ka. Buat la investigation, manatau staff itu tido. Takpun takde maintenance. Aiyaya, ini sudah langgar OSHA 514. Harap DOSH betul2 menjalankan tugas, jangan berat sebelah.
Aiyaa…safety takdaaa!! Maintenance mana pergi!! Dah jadi…hal memang sudah jadi, tapi untuk elak semular….dosh tetap kena siasat…kalau betul Petronas salah, dakwa la. Huhu….
Malaysia demokrasi…..
——-petani moden—–
bengong r lu..
kalu ader safety opiser pon xsemestinyer kemalangan xleh blaku.
baek lu cakap polis bnyk tpi asal kes jenayah masih jadi.
asal keta ader airbag tapi org still mati bleh langgar diniding.
OSHA kepale hangguk ko!!
ko ingat kalo dh tebakar camtu ader mase ke nk bukak smue requirment & regulation.
bodo btul.
gi r mampos ngan OSHA lu.
kalu dh tebakar ko ader mase ke nk bukak buku bace regulation?
gile ape?
padam ajela api tuh baru citer ape problem.
kemalangan xbbau lar dowh.
Duda, kot ye pun bahasa tu jaga la sikit. tak payah la nak marah x kene tempat bro. sekurang2nye aku ada pendapat dan pandangan aku sendiri. kau ni mesti bermasalah punya orang. bahasa macam org takde sivik dan moral je.
=============================
semua yang berlaku adalah dari ketentuan Allah SWT. tidak akan bergerak dua butir pasir di dasar lautan melainkan dengan izin Allah SWT. segala sesuatu itu terjadi telah ditetapkan di luh mahfuz. kita tidak dapat melawan qada dan qadar yg telah ditetapkan. betul kata saudara, ada OSHA sekalipun, tapi kalau dah Qun FayaQun maka terbakarlah juga pelantar nie. Ini semua adalah mengikut sunnahtullah. Dan kita patut mengimami rukun iman ke-6 iaitu percaya akan qada dan qadar…..sekadar memberikan pendapat..