Akhirnya hasrat kami untuk membina satu laman informasi dan isu semasa yang menjurus ke perbincangan dikalangan pembaca Berita Semasa terlaksana. Bermula daripada hari ini, kami akan menjadikan laman ini sebagai satu satu platform yang membincangkan isu semasa yang terkini untuk dikongsikan kepada umum
Berita Semasa tiada sangkut paut-dengan mana-mana laman Internet. Diwujudkan dengan harapan setiap isu dan berita yang dipaparkan kepada umum dapat diperbincangkan dan berdiskusi di antara satu sama lain dikalangan pembaca setia beritasemasa.com.
Diharap dengan kewujudan laman Berita Semasa Online bakal menjadi wadah yang terbaik dalam membincangkan sesuatu perkara mahupun berita yang menjadi bualan umum ketika ini. Diharap anda semua dapat memberikan sokongan yang terbaik agar beritasemasa.com akan kekal relevan.
Mana-mana yang ingin berkongsi berita semasa, mahupun info boleh hantarkan melalui ruangan hubungi yang telah kami sediakan. Kerjasama anda amat amat kami hargai bagi sama-sam memeriahkan laman Berita Semasa ini


{ 14 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }
bagus Master G.. kalau xda benda ni, aku xkan baca surat kabar.. hahahaha… master G! cepat2 jadi PM.. bagus kamu punye input ni.. heheheheeheh
Tula…sekarang ini media kerajaan
tak boleh pakai
dengan adanya laman Berita Semasa Online Master G ini
sekurang-kurangnya, rakyat diberikan pilihan untuk mendapatkan info dan membincangkan sesuatu isu :tepuk
ya…paling saya suka kita diberi kebebasan untuk bersuara kat sini… walaupun pihak berwajib tak dengar suara kita, sekurang-kurangnya kita boleh luah kat sini…huhuhu…(cam dah lama terpendam..haha)
doa yazid supaya Master G cepat-cepat jadi PM..haha
insyaallah suatu hari nanti yer Master G.
dan juga bawa ke depan suara-suara kami disini… :senyumkambing
sangat bagus Master G…
sekurang-kurangnya pendapat rakyat
boleh terus didengar di ruang komen…
tak gitu ke?
apa-pun tahniah atas kewujudan beritasemasa.com
saya sokong!
sekarang ni ramai anak muda hanya baca berita kat internet…nak belek akhbar sangat payah da…
so, dengan ada berita semasa yang telus, orang muda akan lebih faham hakikat sebenar… tak tertipu dengan ayat-ayat akhbar…
Apa faedah yang kita dapat dari laman Berita Semasa Online:
1.Membaca isu semasa sambil berchatting
2.Mudah untuk membuat perbincangan mengenai sesuatu isu
3.Dapat melihat pelbagai komen dan cadangan2 yang bernas
dari orang ramai
4.Membina insan yang berfikiran terbuka
5.Membina generasi yang gemar membaca dan tahu isu2 semasa
6.Apa itu berita,berita=sejarah/pekara yang lalu/perkara
terkini/perkara terkedepan>>dapat
mendidik kita menjadi insan yang insaf/mengambil
iktibar/kreatif/peka melalui pembacaan isu semasa
saya nak tambah bleh…
7. dapat kawan-kawan baru
8. melahirkan generasi yang berani memberi pandangan
9. mengelak dari membuka laman web yang tidak berfaedah terutama remaja.
10. “merajinkan saya online setiap masa…hehe”(gurau je)
wahwah..yang kesepuluh tu dah lain macam ja dengar :gelak
kalau diikutkan aku pun rajin gak nak online kat laman web ni..ahaks :ketawa
haha…mat nuat…
sangat memahami diriku..haha
apapun…bila dah join kat sini
pandai-pandai berusaha…
selamat maju jaya mat nuat.
buat Master G,
saya cadangkan tambah katogeri-katogeri lain seperti isu semasa tentang hukum hakam/ fatwa terbaru…serta tentang isu semasa agama lain…saya rasa isu ini penting juga dalam masalah ummah sejagat…
wah cadangan yang sehat lagi bernas…aku berharap cadangan kau ni dapat dipertimbangkan oleh MASTERG…amiinn…
makaseh ada yang menyokong…
ada lagi setuju?
kalau ramai setuju, Master G akan pertimbangkan banyak kali gak…huhu..
Apa hal pun bila banyak berita di internet maka akhbar cetak yang kuat mengampu dan membodek akan kurang laris. Moga-moga sifatnya akan berubah bila rakyat berubah kepada akhbar internet.
Aku sentiasa mengikuti berita yang disajikan master G… :ketawa :ketawa