
Baru-baru ini berita harian seorang pelajar Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di sini cedera di dahi kanan kerana terhantuk pada bucu meja selepas ditampar dua kali oleh guru Sejarahnya selepas mendapati Amirul berbual ketika dia sedang mengajar lalu terus menampar pipi pelajar itu. Mangsa yang bernama Mohd Amirul Asyraff Johari, 14, luka di atas kening kanannya itu menerima lima jahitan ketika dirawat di Hospital Jitra (HJ), di sini.
Mintak maaf saya katakan awal-awal, kalau dalam keadaan sebegini, jarang sekali saya nak menyokong bulat-bulat kata-kata pelajar jika berlaku sebagai masalah di antara guru dan pelajarnya. Kecuali guru itu sememangnya daripada jenis keturunan yang “panas baran”. Kalau dahulu, setakat hukuman yang dikenakan mereka (guru-guru seperti denda ketuk ketampi, tarik sideburn, berdiri atas kerusi, hanya dek kerana tak hafal sifir.
Pelajar-pelajar sekarang ini pun sudah kurang rasa hormat kepada guru. Mana ilmu nak berkat kalau begitu sikap pelajar semasa guru mengajar. Teringat dahulu, kalau pelajar-pelajar ditampar, dirotan. Tiada kecoh-kecoh pun sampai masuk berita disebabkan laporan polis yang dibuat mak ayah mangsa. Sihat walafiat aja mereka sekarang. Siap lagi, ramai yang dah berjaya semuanya.
Sebenarnya guru sangat sayang kepada anak muridnya. Memang semua guru buat seperti memberikan hukuman untuk setiap kesalahan, ada baiknya kalau kita fikirkan balik. Kalau kita dah besar nanti, mesti teringat punya.
Owh…guru ini pernah lempang aku dulu, sebab…………………
Owh…guru ini pernah denda aku dulu, sebab……………………
Guru tidak akan hukum pelajar tanpa sebab. Sebab, apabila guru tegur, tandanya dia sayang kita sebagai pelajarnyalah. Apabila guru hukum kita, maknanya dia sayangkan kita juga sebagai pelajarnya supaya kita “ingat” dan tidak ulang kesalahan yang sama berkali-kali. Sama seperti dia sayangkan anak-anaknya sendiri. Memang semua guru buat tu untuk kebaikan pelajar-pelajarnya juga.
Tanyalah orang-orang lama, tak payah yang jauh-jauh. Ayah saya sendiri, sebagai contoh. Jikalau saya sendiri buat silap dan dihukum di sekolah. Sebolehnya, saya takkan mengadu dengan mak ayah. Cubalah kalau nak mengdu juga. Hehe…..Konpem kena balik dengan diorang, tambah “satu das” lagi adala. Kalau tak kena marah, takpun kena “rotan panjang” dengan ayah. Pengalaman-pengalaman.
Kalau situasi sekarang ini lain pulak jadinya. Kalau anak kena hukum di sekolah, mak bapak pula yang “cepat melatah”. Last-last, buat laporan polis takpun diserangnya guru tersebut tak tentu hala. Itu yang sekarang ini, pelajar-pelajar sekolah naik tocang dan banyak yang tidak berdisiplin. Cikgu sekarang terlalu sangat dikongkong untuk mendenda pelajar. Ada yang pula, pelajar datang kes sekolah berlagak nak jadi “taiko” atau “samseng”. Tapi sekali kena tampar dengan guru, mengadu pulak dengan mak bapak. Hadoiii……..
Tapi tidak perlu rasanya sehingga membuat laporan polis. Lebih baik dibincangkan secara baik dengan berjumpa terus dengan guru tersebut bagi mengetahui masalah yang sebenarnya. Kan, itu lebih cantik. Walaubagaimanapun, berita harian seperti kes ini perlu didengar dari sebelah pihak satu lagi iaitu guru itu sendiri. Memandangkan mana-mana penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali memberikan statement kepada mana-mana akhbar, kita tunggu sahaja laporan penyiasatan yang akan dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan nanti.
Tapi itula, golongan guru sekarang ini semakin mencabar, kalau nak dibandingkan dengan dahulu. Sekarang ini golongan guru hari ini ada bainya perlu persiapkan diri mereka dengan ilmu-ilmu psikologi dan tahu bagaimana nak mengawal emosi ketika mendidik pelajar-pelajar. Disamping doa-doa tertentu untuk diri dan anak murid sendiri. Walaubagaimanapun, kepada guru-guru yang telah mendidik saya, you are the best. Terima kasih cikgu.
P/S : Besar kemungkinan guru tersebut menghayun tangannya selaju 30-40km/jam tanpa sedar. Tu yang kepala pelajar itu, tersembam ke meja.
Baca yang ini pula!!! (Jangan Terlepas) :
- (Bongkar) Masalah Disiplin Pelajar di Sekolah
- Video Lucah Gadis Melayu Semakin Kronik!!
- Pelajar Cemerlang & Sekolah Terbaik (Result SPM 2009). Tahniah!!
- (Result PMR 2009) Sekolah Cemerlang & Terbaik di Malaysia
- [BERHENTILAH] Harga Rokok Naik 30 Hingga 40 sen
- Jenayah Kes Rogol di Malaysia Semakin Kronik. Punca?


{ 50 comments… read them below or add one }
ada potensi nak jadi samseng, kalau macam ini gayanya…
institusi keluarga yg baik, parents xleh letak tanggungjwb didik anak2 atas bahu cikgu2 kt skolah bulat2. Bile kt umah, kna ade kesinambungan proses pendidikan tu sendiri. Solat bsama, mkn bsama, tny masalah dsb. baru dpt didik anak2 yg lebih matang fikirannya, Insya Allah
mmg patut cekgu bagi cepumas..
p/s kpd cekgu2 or bakal2 cekgu bnyk2 bc surah taha ayat 1-5 sebelum mngjar…or wktu bila2 tiup kat muka2 budak2 ni..
supaya hati meraka ni dgr kata cekgu,mak ayah,org tua…yg paling pnting dpt amal ajaran agama
(kerjaya guru sekarang memang mencabar..
)
kte xtau perkara sebenar yg terjadi kat budak tu, die melawan ker or cikgunyer mmg panas baran ker xtau la.. pe2 pun harap2 dak tu selamat..
lagi satu sy xsuke gn cikgu2 skrng, klu yg da lame berkhidmat tu ok lagi. klu cikgu skrng sikap dorng cm acuh xacuh.. punca utama mungkin sbb bidang guru ni adalah pilihan terakhir mereka kerana tidak dpt pekerjaan lain.. golongan ni kejenyer nk gaji je la..
lagi satu cikgu2 skrng byk buat mak bapak kuar duit yg lebih byk dari biasa.. itu nk kene beli ini nk kene beli.. klu ade wt activiti beli lagi.. igat mak bapak cop duit ke ape.. da ler yuran PIBG mahal.. cikgu2 cmni byk terdapat kat sekolah rendah, sbb die tau budak2 ni xde byk soal. keje dorng mintak kat mak bapak, klu xdpt merajuk..
klu skolah menengah ni kire da ley pk.. klu ade yg xmunasabah tu pandai la jwb, smpai cikgu pun bengang hoho..
nampaknya diorang kena masuk kursus rumah tangga plak…hari tu masuk tak kursus kawin…ha kalu belum masuk dua-dua kursus ni….
p/s: kes cerai pun dah makin menjadi…
1) duit banyak
2) sibuk dengan kerja
3) tak titik berat ajaran agama…so, anak mula tak reti hormat mak bapak…
anak muridnya tak boleh marah lebih-lebih lagi benci dan sebagainya…
jangan durhaka dengan guru, nanti hidup tak berkat
dan ini buat teladan ye…
Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
………………………….
renung-renungkan…
tapi sekarang…anak murid pulak naik tocang….huh!
zaman sudah berubah…
sila la jadi seperti budak di atas.. hak3
dah makin manja…..
kalau anak aku, dah kena bantai punya
cakap baik-baik, mereka tak nak dengar
“kasi sikit”, baru beringat bila nak buat salah
ini tidak, jenis mak bapak sekarang bagi bulat suruh cikgu jaga
abistu bila anak kena pukul sebab buat salah
cikgu pulak dimarahnya
mana tak rosaknya disiplin mereka :tunggu
kira saudara jauh aku
ada ker dia pergi jual button kartun2 cm spongebob sampai 30 button
harga satu button, RM20
pastu jual sampai 20 button
aad ker hotak macamtu
mana tak rosak anak murid
kena teliti 2 2 aspek..
sama ada guru yang teruk, atau anak yang terlebih manja?
kita pun jangan caya ngan mana2 pihak tanpa dengar 1 pihak lagi..
cube rakan2 sekalian pk klu korang berada kt tempat plaja tu, klu mak bapak korang xbekap korang?korang rase korang xkn rase kecik ati or taruh dendam (tuk budak jahat) kat mak bapak korang?
jujur jeler, letakkan diri kte sendiri kat ctu, umo budak ni 14 thn kan.. mase2 ni korang leh pk betul ker? klu boleh korang mmg hebat..
tak patut betul.
tapi kita kena ambik teladan
jangan duk salahkan orang je
atau mengata orang buat silap..
silap haribulan nanti kita pulak yang kena..nauzubillah
mak bapak pun satu..
saisat dulu kes sebenar,
jangan terus dengar cakap anak
bincang dengan guru-guru…
tapi kena tengok situasi
kalau mak bapak selalu bergduh, itu yang buat anak-anak memberontak
bila dah besar, suasana yang dibangunkan oleh kerajaan pun ambil peranan dalam membantu merosakkan akhlak anak-anak hari ini
senang ceritanya
semuanya kena ambil port dalam membantu perkembangan mereka sejak dari kecil lagi
perangai dua alam.
dirumah lain diluar rumah lain…
so, mak bapak akan tengok perangai kat rumah je,
dan tak dipantau perangai anak-anak diluar rumah.
buat mak bapak, sila lah pantau anak-anak, atau cuba tanya kawan-kawan anak-anak anda tentang tabiat dan perangai anak-anak anda.
tapi jangan risau pak awang garang di tulisan je..orangnya mesti baik..kan pak awang?
kepada remaja, dekatkan dirimu dengan orang baik-baik, penuhkan dadamu dengan ilmu yang bermanfaat
*nasehat buat adik2= korng da besa… xdpt msok U.. bru krng korang tpiki nyesal nye x blajo btol2 time skolah. hahaa
buatla aktvti yg bes2 sket kt skolh,
bru la ade prsaingn yg sihat,
untk kte bntras
prsaing yg kureng sihat nih..
a- xboleh rotan, takut cedera
b- xboleh denda berdiri, takut pelajar pengsan
c- xboleh cubit, nanti tgl kesan lebam
d- xboleh pakaikan / gantung apa2 kat plaja dan suruh plaja round 1 sek., memalukan plaja..
e- xboleh tampar, nanti lebam muka..
apa yg kita boleh buat utk bg pgjrn kat pelajar? pe ingat kita ni sentiasa boleh bersabar wat cara baik.. cikgu pun manusia biasa la!! dah la plaja sekarang makin naek minyak..
3) Pentingkah komen anda? Jawapannya ya....sekurang-kurang-kurangnya suara anda dapat "didengar" dan dikongsi dengan pembaca yang lain supaya dapat mencari titik pertemuan yang terbaik bagi sesetengah isu.
4) Komen yang berbentuk promosi akan dipadam serta- merta. Begitu juga link-link promosi tidak dibenarkan sama sekali. Kerjasama anda amat dihargai.
5) Respon anda 100% di bawah tanggungjawab anda. Oleh itu, kongsikan ulasan anda sebaik mungkin di sini.